home about contact travelog resepi bahasa jerman

Inilah Rupanya Ladang Strawberi

Hari ni rasa happy sangat-sangat. Sebabnya aku baru balik dating dengan suami! Hihihi. Padehal setiap hari keluar beli barang rumah sama-sama, still nak kata 'dating' lagi. Ehh podah! Hahahaha. Arini terasa datinglah sikit fefeeling tuh, sebab arini memang kitorang plan elok-elok aktiviti nak buat, camne nak pergi, camne nak balik. Nak tahu tak kitorang dating dekat mana? Tadaa!



Ini ladang strawberi! Kitorang arini berdating dekat ladang strawberi, sebab kitorang nak strawberry-plucking. Dalam bahasa Jerman, Erdbeeren Pflücken. Kalau korang nak tahu, dalam bahasa Jerman strawberry = Erdbeer.

Erd = Tanah/Bumi
Beer = Berry

Petik-petik....

Makan....


Sekali ada orang tangkap gambarlah. Segan ahkak!

Penat dah makan dia tuh...

Aku rasa, memang patut namanya Erdbeer, sebab dia tumbuh dekat atas tanah. Melepek jer aku tengok dia dekat atas tanah. Haa, apa lagi, aku petik, masuk mulut terus. Hahaha. Sambil petik, haa makan puas-puas. Sampai kembung perut pun boleh. Sebabkan aku asyik makan jer kan, susah giler nak penuhkan bekas untuk bawak balik tuh. Lambat sangat nak mengumpul tuh, semua masuk dalam mulut.




Main nyorok-nyorok plak buah ni yer. Semua yang masak ranum suka menyorok. Biasa dia tuh!


Kalau korang nak tahu, musim petik strawberi ni baru start last week, kalau tak silap aku. Sekarang ni penghujung musim bunga. Kalau sekarang ni, memang strawberi dia manis sangat-sangat. Suami aku semangat tadi tapau Nutella nak makan dengan strawberi yang baru petik. Sampai-sampai, petik, makan, manis giler strawberinya! Tak pandang dah Nutella yang bawak tuh. Membazir jer bawak. Hahahaha.

 Petani berjaya!

Yang suka curi-curi makan. Hahahah :D

Musim tengah peak macam sekarang ni, murah tau orang jual strawberi. Biasanya memang fresh dari ladang, sebab strawberi ni tak tahan lama. Kalau simpan dalam peti ais pun, cepat dia rosak, dia macam lesut gituh. Kitorang excited sangat masa sampai-sampai tuh, basikal parking macam hape jer. 


Basikal bergelimpangan. Hahahah :D Excited!


Kena bayar tak petik strawberi camni?
Jawapannya, kena bayar bila kita nak bawak balik strawberi tuh. Sambil kita petik, kita memang dibenarkan makan direct strawberi tuh, takde masalah, dan tak payah bayar. Tapi kalau nak bawak balik dalam bekas dia, kena timbang. Berapa berat dia tuh, tu jelah yang kena bayar. 


Bekas ni dia provide. Kata orang tuh, bekas ini boleh muat 2 kilo strawberi
  
Jangan dicabut pokok strawberi tuh, kesian dia!
Kita datang nak petik buahnya ajer, abang!

Batas-batas dia ni boleh langkah jer. Jenuh kalau nak jalan ke hujung
batas, pastu pusing patah balik.

Memang takde pun macam bayaran masuk nak memetik ke apa. Tapi! Tapi! Tak bolehlah datang untuk makan jer, tanpa bawak balik pape. Marah nanti taukeh ladang tuh. Biasanya aku tengok orang bawak balik, adalah dalam 2-3 kilo strawberi. Yang tempat kitorang pergi ni, sekilo harga dia 3 Euro (= RM12). Kitorang tadi kena bayar 4,50 Euro jer. Bawak balik sekilo lebih jer strawberi. Tapi perut aku dengan suami memang dah penuh giler. Makan sambil memetik tuh. Hahahaha. Merah-merah jari kitorang makan strawberi ni.


Jari kakak Aicha merah, nampak tak?!
Kami petani berjaya arini! Hihhihi

Seronok tengok orang Jerman. Mak-mak datang bawak anak kecik-kecik. Seronok budak-budak memetik strawberi. Bagus aktiviti memetik strawberi ni, boleh jadikan tempat nak spend quality time dengan family. Bila aku nak ada anak ni, nak bawak anak datang petik strawberi! Arrrggghhh cepatlah lahir Cik Juwaily Junior sekor! Hahahaha.






Erdbeer Selbst Pflücken Philaroma
Gau-Algesheim, Ingelheim
Gegenüber Schwimmbad Rheinwellen
Öffnungszeiten : Täglich 9-13 Uhr und 15-18 Uhr




Thanx alot for reading this entry!
Muah! :D

23 comments:

  1. Wah.. Seronoknya.. pengalaman berharga...

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat petik fresh strawberry..kalau celop dlm coklat mmg dasat..

    ReplyDelete
  3. seronoknye.. petik2 terus boleh makan.. mesti sedap and rse manis strawberry tu.. jeles3.. hahahah

    ReplyDelete
  4. akak lagi tertarik dengan uols berdua pegi ladang naik basikal je.. shoooo cute hehehe..
    makan stroberi sana lepas tu mai rasa stroberi yg smpai mesia.. nangis okay..

    ReplyDelete
  5. fuhhh, terbayang kalau orang yg kerja kutip strawberry - lama kena mencangkung kan :D kita suka smoothie strawberry! hehe tapi malas nak buat, akhirnya lesut dalam fridge.

    oh ye, kat sini strawberry = jahoda (sebutan yahoda). tgh murah jugak weeee. :D nak masuk summer ni, banyak dah berries kat tesco

    ReplyDelete
  6. MashAllah bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. Wahhhhhh. Ini sangat best ni!!!! Yummy. Kat russia pun tgah musim sekarang. tapi tak penah pegi ladang dia.

    ReplyDelete
  8. seronoknyaaaa.. kalau kt mesia di cameron sja la. takda nk merayap merayau atas tanah mcm ni. huhu

    ReplyDelete
  9. syoknya...mesti dekat sgt kan..kalau sy lah hari2 pg nih.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Nak jugak aisya....bestnya dh la fav akak ni...x bleh jd ni..esok nk pi judco cari strawberry. .pstt mkn strawberry awet muda tau...

    ReplyDelete
  11. sesihatnya strawberi dia.. geram lak tengok....

    seronok la ea leh makan free.. dah makan kenyang, bawak balik sikit je.. taktik tu.. haha

    ReplyDelete
  12. Lain rupanya ladang strawberry dekat Germany ni.

    ReplyDelete
  13. kak sally sekali je pernah petik...masa kat Bandung...itu pun...alahaiiii...kocik bebenor! hahahaha

    ReplyDelete
  14. Kenapa strawberry kat mesia ni semua masam2? ahhahahaha. sukaa tgok last gambar tuu. omeynyaa awaaa

    ReplyDelete
  15. Wah, seronoknya :) dating di Ladang Strawberry..Sweet macam rasa strawberry tu..hehe..kat Malaysia kena pergi cameron baru dapat petik..hahaha..

    ReplyDelete
  16. Ceria nau nau tu kak aisya.. Hahah.. Meriah sungguh..

    ReplyDelete
  17. cara tanam strawberry sana dengan sini sedikit lain lah kak

    ReplyDelete
  18. bestnyer petik buah strawberry tu..eii merah menyala pulak tu mesti manis..

    ReplyDelete
  19. bestnya boleh petik dan makan kat situ jer..

    ReplyDelete
  20. strawberry..yummy..segarnya nampak..senang ja hidup kat sana pokok tu ya

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...