home about contact travelog resepi bahasa jerman

Jom Tengok Drama Sensory Couple!!

Aku kan masa nak tulis ni, aku tengah berdebor gila. Haahaha. Aku dari semalam non-stop tengok cerita 'Sensory Couple', ya Allah scary tau cerita ni. Suspend habis. Sampaikan aku nak bangun pagi-pagi wuduk pun cuak rasa nak pergi bilik air. Rasa macam ada orang follow jer. Kepada yang belum tahu, meh aku nak cerita drama 'Sensory Couple' ni pasal apa yer.

sensory couple
Sumber : Asian Wiki

Tajuk drama ni 'Sensory Couple' sebab watak utama perempuan dalam drama ni Oh Cho Rim/Choi Eun Seol (lakonan Shin Se-Kyung), dia hebat deria bau dia. Tapi dia nampak bau dengan mata, bukan dengan hidung. Comel jer! Pastu watak lelaki dia plak Choi Moo Gak (lakonan Park Yoo-Chun) seorang pegawai polis, haa dia ni pula langsung tak boleh rasa sakit, panas dan sebagainya. Kiranya watak lelaki cerita ni langsung takde deria merasa tuh. Hahhahah.

Drama ni tentang serial killer, yang setiap kali dia bunuh orang, dia akan toreh lengan mangsa dia jadi barcode. Barcode tuh sebenarnya barcode untuk buku. The whole drama ni berkaitan tentang serial murder barcode nilah. Pastuh kan, sepanjang-panjang cerita dia macam revealkan siapa pembunuh tuh. Dia reveal sikit-sikit, pelan-pelan jer. Kena sabar tau kalau tengok cerita ni. Dann, bila dah di-reveal-kan siapa killer tuh, baru dapat tahu rupanya saksi pembunuhan tuh still hidup. Serial killer ni naklah kejar saksi tuh & bunuh saksi tuh, supaya rahsia pembunuhan dia tak terbongkar, tapi dalam masa yang sama pihak polis pula nak melindungi si saksi ni.


Aku taknak spoil banyak-banyak, korang tengok dulu baru tahu cerita ni best ke tak! Haa ha! :D

sensory couple


Kenapa cerita ni best?

1. Dia ada love story, tapi sikit-sikit jer. Takdelah sampai menitiskan air mata lencut-lencut semua. Haa ha!

2. Storyline yang sangat kukuh dan well-written (ditulis dengan baik). Memang susunan cerita dia padat & tersusun. Tak susah nak faham storinya, sebab watak tak banyak pun, dan ada 2 jer suspek dalam cerita ni.

3. Cool jugak, bila Shin Se-Kyung jadi watak utama cerita ni. Comel jer tengok dia, sebab dia weird dalam drama ni, tapi cute habess! Hehehe :D



Siapa-siapa yang tak berapa suka love story meleret-leret, tapi sukakan story yang banyak clue-clue, misteri-misteri, kena pikir-pikir bagai, mehlah tengok cerita ni. Cerita ni best sangat-sangat! Nora bagi....

10/10


Happy watching-watching!
Muah!
Anyeong! :D

19 comments:

  1. Wah akak aisya layan juga ye hiks , samalah kita :3 tapi tajuk dlm TV sbs 'The girl who sees smells' . mana2 je la haha asalkan ni cerita same. watak oh cho rim weird tp best :D seronok tgk dia jadi pelawak hahaha

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak tengok cerita Korea. Lepas ni nak cuba tengok cerita ni pula la.

    ReplyDelete
  3. wow rating kak aisya bagi 10/10 tuu! ade jugak org review cite ni, katanya best. bolehlah saya tengok lepasni

    ReplyDelete
  4. Cite ni pukul berapa kak kat SBS?

    ReplyDelete
  5. waaa harus tengok ni... u know what, dalam pantang ni, akak boleh khatam cerita kat tonton haha... boleh buat review...

    ReplyDelete
  6. tak berkesempatan nak layan citer korea..En hubby layan citer omputih, anak2 layan cartoon...so bila time mummy??? ermmm

    ReplyDelete
  7. aah cita nie best... hehe kiter pun dah tengok dah smp episode 12.. bestt sangat..

    ReplyDelete
  8. Kak Sally dok asyik rasa chef tu muka macam Yong Hwa!

    http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/05/sensory-couple-nam-goong-min-ni-iras.html

    ReplyDelete
  9. Rasa tergerak hati pulak rassanya tuk tgk crita ni.... InsyaAllah..akan tonton dalam masa terdekat ni :)

    ReplyDelete
  10. syok kalo zmn xde anak n laki boleh dok ats katil layan drama je...huhu

    ReplyDelete
  11. Boleh bookmark masuk senarai drama yg kna tengok ni :)

    ReplyDelete
  12. wah, citer ni pun macam best jugak la..lama sangat kak wana tak layan citer2 korea ni.. :)

    ReplyDelete
  13. Huhu lama dah tak tgk cter korea

    ReplyDelete
  14. baru tahu kak aisya pun minat tgk drama korea. hehe

    ReplyDelete
  15. akk pon tgk dear...donlod dr myasiant....dh smpi eps 14...nsib baik sempt selmt inspector tu...huwaaaaaa...ober akk smpi tutp muka ngan bantal...xsabar nk tgk eps 15 ngan 16 ( final eps )

    ReplyDelete
  16. kak Aisya tgk online or download dahulu?? koz cari kt youtube tak jumpa t.t

    ReplyDelete
  17. ai nak donlod... tapi malasssnyaaa... haha

    ReplyDelete
  18. belum tengok.. tp ramai ckp xbest sb se kyung kan muka tak dak perasaan. hehe. but still kena tgok jga coz i suka mikey ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...