home about contact travelog resepi bahasa jerman

K-Drama Review : That Winter, The Wind Blows

Haa, aku baru sudah tengok cerita ni. I know, drama ni dah setahun lepas, cheq ja tertinggal train, baghu laa ni nak tengok. Ok fine! Heheheh. Takdelah, last year busy, this year baru banyak masa, tu yang sampai seminggu boleh marathon 3-4 drama terus. Kehkehkeh. Tengok puas-puas Aisya, besok dah pergi praktikal tak sempat dah nak berlonggok dekat lantai, bergulung dalam comforter tengok drama tanpa henti. Lepas ni, kena bersopan-santun jer uruskan masa. Ngee ngee :D


Geu Gyeo-ul, Baram-i Bund


Drama ni tentang apa sebenarnya?
Ceritanya pasal seorang lelaki ni, Oh Soo (lakonan Jo In-Sung). Dia seorang gambler(kaki judi). Awek dia khianat dia, sampai dia tertuduh larikan duit ke apa entah, pastu dia kena penjara setahun. Keluar-keluar penjara dia dapat tahu, dia berhutang dengan seorang money-lender ni 78 Million Dollar.


On the other hand, ada seorang gadis ni, Oh Young (lakonan Song Hye-Kyo). Dia buta disebabkan ketumbuhan dalam otak sejak umur dia 6 tahun. Dia ada abang bernama Oh Soo, tapi abang dia mati kena langgar dengan kereta, tapi Oh Young tak tahu. Dia tak tahu, sebab dia dengan abang dia terpisah masa kecil lagi.


Nak dijadikan cerita, si Oh Soo gambler ni pura-pura jadi abangnya Oh Young ni, sebab Oh Soo terdesak perlukan duit. Dann eventually they both fall in love into each other. Love is in the air. Hiihi!


Casting : Jo In-Sung, Song Hye-Kyo, Kim Bum, Jung Eun-Ji

Geu Gyeo-ul, Baram-i Bund


Genre drama ni?
Genre dia melodrama, memang love story sedih habis dari mula sampai ke hujung. Aku normally tak fan sangat drama yang melo ni, sebab sedu sedan jer, macam takde hala tuju. Tapi aku berjaya habiskan drama ni, sebab aku curious sangat nak tahu, apa jadi bila perempuan Oh Young tuh tahu Oh Soo tuh penipu. Aku nak tahu sangat, Oh Young yang buta ni, by the end, boleh ke melihat semula. Mati ke dia lepas cancer dia relapse? Sepanjang-panjang drama ni, aku memang diselubungi rasa nak tahu tuh, sampai habis aku tengok drama ni. Hehehe :D


Geu Gyeo-ul, Baram-i Bund


Pendapat aku tentang drama That Winter, The Wind Blows?
Drama ni best, tapi perlahan jugak cerita dia. Kalau memang fan melodrama, takde masalah. Tapi aku fan drama action, comedy, dengan misteri, so melodrama is not really my cup of tea. Tapi drama ni masih masuk dengan jiwa aku. Aku suka drama ni, gambar dia, setting semua cantik-cantik sangat. Salji dia cantik yang amat. Dann, cara penceritaan & setting termasuklah OST dia, sangatlah berkonsepkan original klasik drama korea. Kalau tengok cerita ni, terasa macam tengok drama-drama zamannya Winter Sonata, Autumn in My Heart gtuh. Memang cantik background dia, salji-salji jatuh semua.


Apa yang aku belajar dari drama ni?
Dalam drama ni kan, kedua-dua watak utama semacam hilang harapan untuk teruskan hidup. Seolah-olah kita ni hidup tanpa sebab, mati lagi baik. Tapi, sebenarnya kita ada sebab untuk hidup dalam dunia ni, kalau kita look on the positive side.

Overall:
7/10


Geu Gyeo-ul, Baram-i Bund

Love can't be seen by eyes
I can't see love with my eyes
I don't know where it is
I stumble around, looking for it
But finally I have touched it with my hands

Your scent that scatters in the wind
You low voice that I hear
Spreading in my heart, like the winter coldness
Love blooms like snowflakes

(Gummy - Snow Flower)
That Winter, The Wind Blows : OST 



Thanx for reading!
Anneyoung :D
Happy Drama-Watching! :D
XOXO
Happy Wikend!

10 comments:

  1. Rasanya kak sally dah tgk drama ni...tapi time tu beli CD laaa...hahahaha...sbb ada Kim Bum..boleh?

    ReplyDelete
  2. lama dah tak tengok drama korea lebih2 lagi ada song hye tu.. lama betul x tengok dia berlakon..

    ReplyDelete
  3. Saya tak berapa suka sangat dengan cerita ni sebab slow sangat-sangat jalan ceritanya!

    Tapi, saya memang suka tengok cinematography dia. Cantik sangat-sangat!

    ReplyDelete
  4. mcm best lah nnti nk cuba tgk dan layan hehehhehe

    ReplyDelete
  5. ana pulak mmg not into korean drama. kalo jepun boleh lg layan hehe

    ReplyDelete
  6. tengok n follow tp tak suka ending !! seriously tak suka ending..

    ReplyDelete
  7. dulu akak lyn drama ni...hihih skrg dah xlyn korean drama

    ReplyDelete
  8. Zo In Sung !!!!! Dlm wishlist sepattnya drama ni tapi smpai skrg taktengok lg sbb dah tahu genre melodrama. Mmg slow skit laa kan. Akak dah tgk blom Its Okay Thats Love? Highly recommended sbb best sgt sgt *thumbs up

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...