home about contact travelog resepi bahasa jerman

Mata Yang Tersenyum

Haa, nak sambung cerita lepas aku pergi Universiti semalam, pasal nak ambil surat untuk praktikal. 


Baca sambil dengar lagu ni meh KLIK


Masa aku pergi tuh pukul 955 pagi, pastuh makcik dekat Uni aku kata, surat tuh akan siap dalam sejam setengah, so kenalah datang balik pukul 1130 pagi gtuh. Aku macam, alahai, kena pergi Uni balik semula, malasnya.


Aku ada satu tabiat ni, kalau aku dah balik rumah, memang payah betulllll nak keluar balik. Buntut melekat dekat rumah. Hahahha. Disebabkan aku takut aku betul-betul melekat dekat rumah, aku takdelah balik rumah. Aku merayau-rayau tak tentu hala, nak habiskan masa sementara tunggu surat dari Uni tuh siap.



Aku telefon suami aku dekat rumah, suami aku cakap dia nak minum jus Innocent perasa Apple dengan Mango, ada jual dekat supermarket Rewe dekat kampung kitorang ni. So, aku pun kayuhlah basikal nak pergi ke Rewe tuh. Masa dalam perjalanan tuh kan, aku ternampak orang jual buah strawberry, fresh tau. Fresh dari ladang! Aku pun beli, apa lagi. Pastuh sambung bawak basikal nak ke Rewenya.



Sampai-sampai Rewenya, Jus Innocent perasa Apple dengan Mango takde yang botol saiz besar. Tapi sebab sedap sangat jus Innocent ni, aku pun belilah yang botol kecil, beli 2 botol. Sorang satu. Aku taknak kongsi dengan suami aku, dia tuh kalau minum laju jer. Aku minum seteguk, dia minum sebotol terus. Tak sempat-sempat nanti aku nak minum. Hahahah :D


Masa beratur nak bayar jus ni dekat kaunter kan, ada pasangan Atok dengan Nenek ni (orang Jerman) beratur belakang aku. Si Atoknya bubuh barang atas kaunter untuk bayarkan, si Atok ni comel. Setiap satu barang dia letak atas kaunter tuh, dia sebut nama barang tuh. Kuat plak tuh. Aku tengah taip-taip mesej dekat whatsapp, senyum jer. Pastuh aku dengar Si Atoknya ni cakap, 


''Pandainya dia menaip dekat telefon, laju betul''


Pastuh, aku macam, eh eh, dia cakap pasal akulah. Aku pun senyum dekat dia. Pastuh Si Nenek ni cakap, diorang ada jugak smartphone, tapi sebab diorang rabun, keypad untuk taip tuh besor-besor, senang nampak. Aku layankan ajer perbualan dengan Atok Nenek ni. Ramah betulnya. Seronok tengok orang dah tua pun romantik-romantik, baik-baik pulak tuh kan. Aishh, jeles tengok! Heheheh :D


Balik dari Rewe tuh, aku singgah minum kopi dengan makan roti dekat kedai kopi. Sorang-sorang pun jadi nak melepak kedai kopi kan. Dah sudah minum kopi, dapat koupon free 1 cawan kopi. Aku macam, alahai perut den dan penuh ni minum Latte Macchiatto. Tak mampulah nak minum lagi secawan. Sebelum aku belah dari kedai tuh, aku kasi koupon free kopi tuh pada seorang makcik German ni. Aku macam cuak nak approach orang, tapi sayang nak buang jer koupon tuh kan. Aku pun mulakan ayat...


''Wollen Sie noch Kaffee trinken? Hier habe ich gratis Kaffee, wenn Sie wollen.''
Maksud : Cik nak minum kopi lagi tak? Ini saya ada free kopi untuk Cik, kalau Cik nak.

Gratis = Percuma
Kaffee = Coffee
Dann lepas tuh, aku teruskan perjalanan aku ke Uni, untuk ambil surat praktikal tuh. What a beautiful day today! I had a beautiful day, how about u?

Birunya langit... Subhanaallah :D

Selalu-selalulah senyum kepada sesiapa pun, sebab senyum tuh semudah-mudah sedekah
Bila kita tersenyum, bukan mulut kita dengan pipi jer yang tersenyum, 
tapi yang paling indah sekali adalah, mata kita pun tersenyum sekali 
:D


Thanx for spending your time reading this :D
I wish u a great day, everyday, InsyaAllah :D
Muah!

30 comments:

  1. peramah betul orang-orang Jerman ni..bilalah merasa nak ke sana ni..hehe.

    hari akak?agak hampeh..hahaha.tapi tak nak ceritalah, nak senyum-senyum je bak kata Aisya

    ReplyDelete
  2. pcl suka bab ni : "..beli 2 botol. Sorang satu. Aku taknak kongsi dengan suami aku, dia tuh kalau minum laju jer. Aku minum seteguk, dia minum sebotol terus" ... it was really happen to me. So..kalau isteri nak share makan/minum harus rasa sikit dulu agar tak kempunan.

    ReplyDelete
  3. akak, beger tu macam sedap je. terliur pulaakkkk

    ReplyDelete
  4. romatik dan peramah atuk jerman tu kan...so sweet.

    ReplyDelete
  5. tak apalah aisya ,,nanti tua esok2 boleh la romantik macam atok n nenek ni ..suweeeettt gtukan..hiii .. bestnya boleh cakap german..

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnyer dok tmpt org :)

    ReplyDelete
  7. tergeliat lidah nak jadi orang German sat...

    ReplyDelete
  8. WahPasangan atok dan nenek german romantik, atok german tu comel, akak seronok dngr mereka berbual, menarik ceritaakak

    ReplyDelete
  9. rasa macam sejuk ja minum kat cahaya matahari tu....disana cuaca panas maksimum berapa?

    ReplyDelete
  10. merah2 strawberry dari sana, eee mesti manis kan. saya ni dahlah suka strawberry!

    ReplyDelete
  11. seronok nyee..nmpk burger tu sedap betul

    ReplyDelete
  12. Dengan senyuman pun boleh dpt pahala..gratis ingatkan indonesia je yg pakai perkataan tu..

    ReplyDelete
  13. k. aisya /semua mknn yg k.aisya upload sgt mnggiurkan . hahaha

    ReplyDelete
  14. strawberry....... sedapnya....

    ReplyDelete
  15. nak free kpoi jugak la g german..aisya blanja ek?hihi

    ReplyDelete
  16. jap cemana akak boleh reti jerman ni. ahaha terer nau!

    ReplyDelete
  17. sedap sgt ke jus 2?.. pos 1 ke kedah nih.. hehehe

    ReplyDelete
  18. gratis..macam indon pun ada jugak..sebab indon pun maksudnya percuma..hihik..maklumlah kak wana rajin layan sinetron :p

    ReplyDelete
  19. hukhuk..ingt stoberi cameron tadi....german rupenye..huhuhu

    ReplyDelete
  20. erm hari yang indah buat aisya.. :)

    ReplyDelete
  21. Warga Jerman memang peramah.. sekali lagi kaksha tahu ni dari Lepat Ariffin...
    sekali lagi nak bagitau... Aisha.. bertuahnya kamu dapat pijak bumi Jerman :)

    ReplyDelete
  22. Saya pun suka tengok old couple. Sweet bebenor :D

    ReplyDelete
  23. bak meh kat akak coupun tu lain kali.. (dengki) hahahaha

    kak sally okay-okay je...

    ReplyDelete
  24. freshnye stoberi tu aisya!! romantiknye old couple cenggitu hehe.
    besnye siap dpt free coupon utk free coffee hehe

    ReplyDelete
  25. seronoknya baca cerita Aisya..senyum2 Cik Mimie dibuatnya :)

    ReplyDelete
  26. hehehe stroberi tu. saja je tau Aisya ni kasi menggoda.. nama jus tu innocent ke ?
    haaa pttla semua pakat nak beli je.. mmg rasa x bersalah minum banyak2 hahaha..

    org2 tua kat sana mmg romentik la.. alahai.. mana bakal suami ni..
    nak romentik smpai tua gak..

    ReplyDelete
  27. wah..bahagianya ecah..dapat kopi free lagi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...