home about contact travelog resepi bahasa jerman

Pengalaman Berpindah Rumah di Jerman

Aku kurang sikit online lately, sebab tengah uruskan pindah rumah kan. Arituh dah cerita dekat entri manentah kan. Hihihi. Arini secara officialnya aku dapat kunci rumah baru dari tuan rumah. Van yang kitorang nak sewa untuk pindah, Isnin ni baru boleh amek. So buat masa sekarang, kitorang angkut barang sikit-sikit. Kadang jalan kaki je, ataupun kalau berat, kitorang bawaklah naik bas.


Aku kan, arituh tension nak pindah. Tapi as time goes by, aku macam realise, pindah ni ada best dia jugak rupanya. Takdelah semua benda pasal pindah ni buat kita stress. Hihihi. Ada jugak benda yang positive :D


Best dapat jual barang dekat online
Tak tahu camne nak cerita, tapi dekat sini (Jerman) kita boleh iklankan dekat online barang yang kita nak buang/jual/kasi dekat orang. Pastu sapa-sapa berminat, contact dekat fon ataupun email, pastuh dia buleh datang dengan kereta amek sendiri. Haa, best kan?! Bayar cash jer masa nak amek barang. 


Masa dulu sebelum kawen, nak pindah masuk rumah yang sekarang ni, aku iklankan, dan aku dapat jual banyak barang rumah. Banyakkkk, serius tak tipu. Masa tuh microwave ada 2 (satu aku, satu cik Juwaily punya), jual satu microwave. Pastu jual gitar, masa tuh ada 2 gitar. Masa tuh aku baru belajar main gitar. Tinggalkan 1 je gitar dekat rumah. Yelah lepas kawen kan, semua benda boleh share kan. This time around, kitorang akan pindah masuk satu bilik yang dah fully furnished. Jadi banyak perabot lama-lama kena get rid. Dalam masa yang sama boleh dapat duit sikit-sikit. Yeay! :D 


*Duit = Happy* 
Kihkihkih

Sayang jugak nak jual meja sendiri. Sayang sangat-sangat meja ni. Tapi takpelah,
rumah baru ada meja baru :D *Wink!*

Ini dulu aku amek dari kakak senior. Ya Allah susah nak letak dekat online ni,
sebab kitorang tak tau basikal bodoh ni, dalam bahasa Jerman apa. Puaslah cari tadi. Hihihi :D



Iklan dia pulak tuh, kita boleh set location kita. Jadi orang yang nak beli, dia bolehlah cari-cari mana-mana orang yang dekat-dekat jer gtuh. Macam aku ni, kalau ada yang beli dari aku, mesti penduduk-penduduk Bingen dengan kawasan sekitar jer. Senang kan? Jual pun jual murah-murah je, sebab barang terpakai kan :D

Rak ni lama bertahan, dari aku belum kawen lagi. Ingat lagi, akak senior (kak Azwa) dulu bersungguh-sungguh
tolong aku screwkan rak ni. Masa dulu belum kawen, takleh nak suruh cik JUwaily sangat kan :D #kenangan :D


Best sebab rumah baru nampak kemas
Haa, yelah kan. Bila kita nak pindah ni, rumah yang lama, confirm macam tongkang pecah. Kemas berjuta-juta kali pun, sepah jugak. Mana satu sampah, mana satu barang elok pun, aku tak boleh beza dah. Setiap kali nak buang, kena check betul-betul. Hahahaha. 


Tapi kan bila tengok rumah baru, kemas jer, senang hati aku. Lapang terasa di dada. Cewah! *Excited balik* Excited dah nak pindah! Yeyeh! :D Aku suka nak susun-susun barang dekat rumah baru. CEpatlah hari esok! Esok siang nak angkut barang lagi :D

Bilik tidur rumah lama. Hihihi Ini rumah ke sarang tikusshh Ratatouille ni?
Bestnya kalau Ratatouille duduk dalam rumah kitorang, boleh suruh dia masak! Hahahhaha :D

Rumah baru. Insyaallah bakalan di isi barang esok dan lusa.
Memang dua tiga hari ni kitorang badan bau macam Bangla. Hihihi :D
Takpe, Bangla rajin bekerja apa?!


Happy puasa korang!
We are strong enaf!
Strong people, pindah masa puasa!
Hihihi :D

12 comments:

  1. Fuh memang tabik spring la korang berpindah time bulan puasa. Semoga semuanya dipermudahkan insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. cabaran besar kalau pindah dalam bulan pose.. haha..

    selamat berpindah!

    ReplyDelete
  3. love the positiveness of you! :D haha, pernah jugak pindah masa berpuasa, memang semput jugak lah :D utk jual2 barang tu, kalau kawasan2 tu ramai foreigners, lagi mudah nak jual beli. sebab ada je orang yang kena clearkan rumah sbb nak balik for good. ada pulak yang baru masuk czech and nak cari rumah yang fully furnish. :D

    ReplyDelete
  4. Baguslah kak Aisya ni positive. Saya paling tak suka pindah rumah sebab banyak sangat benda yang kena kemas. Ni nanti nak balik Malaysia ni, lagilah malas fikir.

    ReplyDelete
  5. pindah umah ni penat.. huhu.. tapi happy dapat baca experience u pindah umah di perantauan

    ReplyDelete
  6. Pindah rumah boleh explore creativiti kita kan aisya? heehehe.

    ReplyDelete
  7. uuuu . dapat rumah baru . sabau je la bulan puasa berpindah .

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaaa aliah suka sangat hias hias rumah haritu nampak dapur rumah akak dlm entry cite pasal nugget homemade tu ..cantik suka dapur akak ^^^

    ReplyDelete
  9. kesian bangla yang terkena. hahahahaha. lawa rumah baru. nampak simple. hehehehe. susah juga eh nak cari produk nama tu dalam german. adeh

    ReplyDelete
  10. syok nya ade pengalamn dok di negara org

    ReplyDelete
  11. Wah..Nmpk lebih cantik dan kemas rumah baru aisya..best la kan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...