home about contact travelog resepi bahasa jerman

Ayam Masak Laila Isabella

Aku dengan Cik Juwaily kan, bila malas sangat nak masak, ataupun konon-konon tengah diet, kitorang mesti masak ayam masak Laila Isabella ni. Ini resepi yang Cik Juwaily cipta secara tak sengaja, pastu saje-saje je gedik namakan dia Laila Isabella.


Resepi ni, memang takde kena mengena dengan cerita movie Laila ISabella yang Rosyam Nor berlakon dengan Nasha Aziz tuh tau. Ini memang gedik-gedik jer kitorang namakan dia Ayam Masak Laila Isabella. Copyright reserved! Hehehe :D Cara nak buat dia senang habis, memang campak-campak jer, kukus, siap!

Ayam Laila Isabella
Ayam Masak Laila Isabella



Bahan-bahan diperlukan:

Ayam (potong ikut suka)
Sos tiram
Kicap
Serai
Bawang putih
Serbuk bawang putih
White pepper & garam
Daun limau purut


Cara nak masak:

Cara potong bawang putih & serai nya :D

Bawang putih potong cincang-cincang. Serai pulak potong serong. Masukkan ayam dalam satu loyang yang tahan panas. Pastu bubuh sos tiram dengan kicap. Nisbah 1:3. Kalau 3 sudu sos tiram, gunalah 1 sudu kicap manis. Taburkan serai, bawang putih, dengan daun limau purut di atas ayam tadi. Seasonkan guna pepper, garam, dan serbuk bawang putih secukup rasa. Letak loyang dekat dalam periuk kukus.

Ayam Masak Laila Isabella : Sebelum Kukus

Ayam Masak Laila Isabella : Selepas Kukus


Pastu kukus lebih kurang 20 minit. Pastuh terbalik kan ayam. Kukus lagi 20 minit. Pastu kalau check-check, ayam takde darah dah, maknanya, siap! Dann makan! Teehee :D


Siap! Hidangkan dengan nasi panas, atau makan begituh sahaja! :D




Senangkan?
Selamat mencuba korang!
Muah :D
Thanx for reading this :D

17 comments:

  1. boleh ambil resipi buat time bulan puasa t utk juadah buka puasa or sahurkan.. hehehehe tq sharing

    ReplyDelete
  2. macam nak try jer..hehe sedap nampak =)

    ReplyDelete
  3. makk aih sonang jee. boleh lah masak guna multi cooker kannn?

    ReplyDelete
  4. assalam aisya cayang..

    maaf la lamanya kak wana tak singgah sini kan..asyik sibuk manjang..rindu tau dengan aisya..rindu nak baca entri baru di sini..

    ReplyDelete
  5. glamer habis nama ayam tu... mkn ngn nasi ayam sedap ni.. :D

    ReplyDelete
  6. dengar nama resepi pon dah sedappp,hehe...sesatunya lauk hospital yang k.sue suka, kuar hospital cuba buat kat rumah, sekarang dah jadi kesukaan seisi keluarga, tapi k.sue nye cara rebus kat kuali je & pakai blackpepper, nanti nak try versi aisya pulak lah :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya, kena cuba ni sbb bahan dia senang je cuma serbuk bawang putih je x de skrg ni.

    ReplyDelete
  8. todia nama pun dah macam tajuk drama hihi

    ReplyDelete
  9. Haish, terliur tgk ayam masak laila isabella ni..hehe :)

    ReplyDelete
  10. sedapnyer... yumyum... pandai masak... :)

    ReplyDelete
  11. Heeee. Suka kukus ayam jugak! Rasa healthy. tapi tak pernah pulak cuba dengan serai dan daun limau purut. Boleh try malam ni :)

    ReplyDelete
  12. Laa simple je la buatnye.. Power la cipta resepi gini.. Nak cbe la bila free nanti.. Hihi

    ReplyDelete
  13. Nampak sedap..nama x leh kalah..mesti sedap

    ReplyDelete
  14. nama punyala seda haha... heee... tengok pun sedap ...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...