home about contact travelog resepi bahasa jerman

Jatuh Cinta Dengan Missha

Lebih kurang 4 bulan lepas, aku hidup tanpa hala tuju. Setiap hari aku habeskan masa dengan menonton drama Korea. Sambil menonton drama Korea, biji mataku terasa nak terjojol keluar! Sebab biji mataku sakit melihat cantekknnnya kulit orang Korea ni. Geram mak tengok! Jadi aku pun dengan pantas menggoogle nama brand-brand kosmetik yang ada dekat South Korea. Orang kata, ada berlambak barang kosmetik yang bagus dari Korea ni, dann harganya berganda lagi murah dari barang kosmetik dari western. Jadi aku pun, apa lagi, google sana, google sini. Baca review sampai nak juling mata. Masa tulah aku terjumpa dengan Missha ni. Missha adalah nama brand kosmetik berasal dari Korea ok. Korang jangan ingat Missha ni Misha Omar pulak. Ayoyo @_@



(Lagu ni best, jemputlah dengar yer KLIK)
Kalau korang nak tahu, produk Missha ni terkenal jugak dekat Korea tau. Dann berdasarkan pembacaan singkat aku, aku dapat tahu, yang Missha ni banyak jugak buat produk yang bagus-bagus setanding dengan brand-brand mahal dari Western, macam Estee Lauder dan Lancome. Semangat ke-ASIA-an aku membuak-buak ok! Sokong habis produk Asia-Asia ni. Aku memang percaya, kulit orang Korea dengan Jepun cantik-cantik sebab diorang rajinnnnnnnn sangat jaga muka diorang. Jadi, berbekalkan semangat ke-ASIA-an aku, aku order barangan dari Missha ni. 

missha
Source : Missha Germany Official Website


P/S: 
Ada banyak jer brand dari Korea yang bagus jugak, contohnya Innisfree, Tony Moly, Etude House, Skin & Lab, Nature Republic, blah3x. Tapi takde dealernya dekat Jerman. Jadi mahal sikit, sebab kena beli direct dari Korea, dan shipping ke Jerman makan masa dekat 4 minggu. Missha satu-satunya yang ada dealer dekat Jerman, kalau beli 3-4 hari sampai dah dekat rumah aku. Dann, bila sampai, HAPPY! Hehehe. Dasar engkau Aisya memang kuat shopping online! Kehkehkehkeh :D



Nak tahu benda firssssssttt sekali yang aku beli dengan Missha? Aku beli sheet mask. Ofkoslah kan, orang Korea kan gemar bebenor pakai sheet mask ni. Hampir semua perempuan Korea pakai sheet mask setiap hari. SETIAP HARI OK! Agak-agak, korang rasa, kalau aku pakai dalam 100 sheet mask ni dalam masa 100 hari, sehari pakai satu, dapat tak kulit aku jadi cantik macam Park Min Young ke, Park Shin Hye ke, macam Lee Da Hae ke. Amboi, cita-cita kau Aisya! Melampau! Hahahhahah.



missha cosmetics
Missha Sheet Masks : Ada banyak giler perasa!! Excited mak!! Heheheh :D


Dann, lepas dah beli sekali, tersuka pulak aku dengan Missha ni. Dah 6 kali order online ok! MElekat aku dengan Missha ni. Harap perniagaan Missha di Jerman berjalan lancar dan suksess, supaya aku dapat beli lagi dengan gumbira! Hahahhaha. Benda paling best yang aku beli dari Missha, feveret aku, all-time feveret, ada 2. Iaitu, Missha punya BB Cream, dengan Missha punya Aloevera Cream. Memang suami I olls pun suka tau produk ni.


missha m perfect cover bb cream
Missha M Perfect BB Cream SPF 42 PA ++

Missha M Perfect Cover BB Cream - No 23
Aku suka sebab bila pakai BB Cream ni, dia boleh cover bekas-bekas jerawat aku yang macam kawah-kawah dekat permukaan bulan. Dulu-dulukan jerawat aku teruk sangat-sangat, Alhamdulillah sekarang takde dah jerawat. Tapi parutnya ya ampunnnn, sedih mak tengok! Pakai Missha BB Cream yang ni, cover habess! Memang cukup puas hati, puas hati, suksess, suksess! Alamak!

Memang cukup puas hati, puas hati, suksess, suksess! Alamak! 
Dialog dalam movie Bujang Lapok :D


Missha Aloevera Extract Soothing Gel (95% Aloevera)
Yang ni aku beli, sebab kulit aku terbakar arituh masa travel Italy & France. Aku baca orang kata, Aloevera Cream ni boleh tenangkan kulit yang terbakar dengan matahari. Cik Matahari hot sangat u olls. Terbakor cheq! Hahhahaha. Lepas beli tuh, tengok murah harga dia, dapat pun banyak. Aku dok pakai jer. Rasanya seminggu aku pakai dalam 3-4 kali jugaklah. Lepas sebulan pakai, memang hilang dah kesan sunburn semua. Alhamdulillah sangat. Sekali telek-telek muka sendiri dekat cermin, tengok, ehhh ehhh, pori-pori dekat muka aku pun mengecik! Memang cheq repeat orderlah, apa lagi. Berpuas hati habis. 

missha aloe soothing gel
Gel cream ni sesuai untuk sunburn. Tapi kalau nak pakai untuk 
kulit tangan yang terbakar ataupun melecur kena minyak ke apa, pun boleh :D


Aku guna jugak Aloevera Cream ni bila muka aku tumbuh jerawat kecik-kecik. Cepat weh hilang jerawat aku, bila guna Aloevera Cream ni. Takdelah menahan sakit sepanjang jerawat tuh check-in dengan muka aku ni. Jerawat ni budget muka aku ni hotel ke apa?! Nak rehat-rehat, aku cecepat bunuh dia. Yaaahhh! Nyah kau jerawat dari muka aku! Hahhahaha  *gelak org jahat*



Setakat pengalaman aku kan, semua produk Missha yang aku beli, memang aku sendiri berpuas hati. Aku pembeli yang gembira dengan hasil yang ada. Memanglah takdelah muka aku bertukar jadi comel macam Nora Danish terus, memang takdelah camtuh. Tapi slowly, slowly I know, that my skin gets better by day. 



Hadiah pencuci muka untuk suami aku. Dah 6 kali beli, baru terpikir nak beli untuk suami, tak bagus betul aku ni! Hihihi
Tengah tunggu lagi ni, belum sampai lagi dekat rumah, baru order dekat online :D
Baca review kata, sabun ni bagus untuk blackheads. Tak sabar nak test dekat muka suami aku! Teehee :D


Suami I olls pun suka. Bila suami suka, bini lagilah suka. Kehkehekeh. Alah bukan apa, cantik untuk suami sendiri jugak kan. Takdelah dia segan nak jalan keluar, dengan aku kat sebelah. Agak-agak muka aku sekarang takdelah sampai rupa macam jerangkung, and atleast lah kan, kulit aku semakin sehat dari hari ke hari. Cheq bersyukur, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Seronok tengok usaha sikit-sikit mendatangkan hasil :D I'm in love with Missha!! :D


Thanx suami, sebab support usaha kecil isterimu ini. Cewah, skema giler ayat aku! Hahhahaha Haktuih Aisya :D



P/S:
Arituh aku search jugak, kot-kot Missha ni ada dealer dia dekat Malaysia. Dulu-dulu boleh beli Missha dekat Facebook Page dia, tapi sekarang dah takde. Tapi aku dengar-dengar, kata orang boleh beli produk Missha dekat kedai Etude House. Cubalah korang tinjau-tinjau. Kalau korang jumpa barangan Missha dekat kedai Etude House yang korang pergi, roger aku tau! Aku nak tau jugak, balik Malaysia nanti nak beli dekat mananya kan :D 



Disclaimer:
Entri ini hanyalah perkongsian dari girls to girls. Aku tak menerima sebarang bayaran dari Missha. Aku just nak cerita, kegumbiraan aku men-try produk dari Missha ni. If anyone has tips and suggestion of good products to try, jemputlah tulis di ruangan komen yer. Kita sharing2 :D Sharing is caring kann :D Muah!

Peace, no war V
Skin care lover,
Aisya Ibrahim :D
Anneyoung!

28 comments:

  1. Replies
    1. akk hanum cubalah jugak, kot2 tersuka :D

      Delete
  2. BB Cream tu mcm seakan2 botol SK2, nampak cantik, halus mulus kulit Aisya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye ke? Kita xtau botol SK2 camne...akk cakap baru kita tau :D

      Delete
  3. Replies
    1. kak mas cuba lah jugak...kot2 kak mas terjatuh cinta jugak mcm kita ni :D

      Delete
  4. kita kena belajar jaga kulit ngan aisya ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hissh, xdelah hanis...kita pun baru2 belajar.... xboleh lagi nak ajar org...kehkehkeh :D

      Delete
  5. tips jerawat aisha ari tuh brkesan.. hehehe kalau jumpa produk nih nk kena beli jgk nih...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh tips jerawat kita berkesan? Alhamdulillah :D seronok dengar :D

      Delete
  6. Selalu juga dengar pasal brand ni tapi tak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah farah...akk arituh sje2 gedik nak cube...sekali tersuka plak...kehkehkeh :D

      Delete
  7. tak pernah cuba g hee tapi memang suka product korea..gentle

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...kita pun rasa, produk korea selalu gentle jer, xharsh sagt dekat kulit... :D

      Delete
  8. first time dengar. Tapi, range harga dia mcmana aisya? bukan apa, barang korea ni agak pricey sikit kalau kt mesia. Mengagau cari duit. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtau nak kata mahal ke idok scha...tpi relatively, boleh kata harga dia 1 per 3 dari harga brg2 clinique... relatively murah lah jugak kan? ker?

      Delete
  9. Replies
    1. leyla, akk xtau nak kata dia mahal ke x... tpi relatively, boleh kata harga dia 1 per 3 dari harga brg2 clinique... relatively murah lah jugak kan? ker?

      Delete
  10. wahhhh.. muka glowing la. ehhehe. ingat misha omar

    ReplyDelete
  11. This is interesting! Dekat UK... taktau dapat ke tak, boleh cari ni, tapi baru je beli product utk muka. Sobs.

    ReplyDelete
  12. hmmm... macam menarik je aloe vera tu. muka kita pun senang sangat terbakar.. hahahaha. kita pun ngah cari produk untuk ilagkan segala lubang2 kawah di muka ni. hadoiii. semak tgk.

    kita teringat misha collins je wakaka

    ReplyDelete
  13. Hi kak Aisyah :-)
    Aliah pon peminat tegar produk produk dari koreaaaa ok sep sikit! Hehehhe
    apa yang aliah tahu jenama missha ni mmg antara yg top kat koreaaa :D
    Kak Aisyah nampak puas hati pakai missha heheh Alhamdulillah :)
    In Shaa Allah lepas ni makin cantik Aamiin :)

    ReplyDelete
  14. Hi kak Aisyah :-)
    Aliah pon peminat tegar produk produk dari koreaaaa ok sep sikit! Hehehhe
    apa yang aliah tahu jenama missha ni mmg antara yg top kat koreaaa :D
    Kak Aisyah nampak puas hati pakai missha heheh Alhamdulillah :)
    In Shaa Allah lepas ni makin cantik Aamiin :)

    ReplyDelete
  15. Wah..bgus juga info aisya ni..serius Mmg Kulit org jepun dan Korea cantik2..aisya pun dah mkin cantik skang..wahh..wahh..;)

    ReplyDelete
  16. akak okey x produk nie.. kalau kulit2 yang berminyak akak rasa sesuai x ea...

    ReplyDelete
  17. I also like Missha bb cream. Nice write up btw!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...