home about contact travelog resepi bahasa jerman

Meroyan | Ramadhan Kelima di Perantauan

Assalamualaikum. Dalam sebok-sebok dan pening-pening nak pindah rumah ni, masuk dah kita ke bulan Ramadhan yer. Macam tak perasan, setahun dah berlalu. Kejab sangat rasanya. Kejab jer masa berlalu, tahu-tahu this year kali kelima kena berpuasa di negara orang. Aku tak pasti nak kata feeling dia camne.



Aku maybe tengah down sekarang. Aku sendiri tak pasti, samaada aku down sebab pening fikir pasal nak pindah ke. Aku fikir jer, tapi tak buat pape pun! Melepak jer! Hehehehe :D Minggu depan nak pindah, rumah satu hapah tak berkemas. Seriuosly sayang sangat nak meninggalkan rumah ni.


A tear is 1% water, and 99% feelings... 


Boleh jadi jugak aku down sebab aku homesick. Rasa sedih sangat tahun ni berpuasa lagi di negara orang. Hati ni membentak-bentak, kalau boleh nak lari balik Malaysia sekarang jugak, nak puasa dekat Malaysia. Tapikan, aku rasa, bukan suasana puasa dekat Malaysia yang aku dok rindu ni. Aku rindu bazaar Ramadhan jer sebenarnya. Baiklah aku duduk sini diam-diam. Daripada, berkejar naik flight balik Malaysia, semata-mata nak pergi bazaar Ramadhan. Aisya, kau dah kenapa!



Korang doakan, aku cukup gagah untuk hadapi puasa tahun ni di rantau orang lagi. Dalam hati ada rindu pada tanah air. Tapi apakan daya, masanya belum tiba, untuk berpuasa lagi sekali bersama keluarga di sana. Yang jauh selalu dirindui, satgi jumpa depan mata, bercekau dengan akk akk aku. Hahahha. Biasalah kan, adik-beradik. Hehehehe :D



Aku harap, aku cukup gagah jugak, untuk hadapi puasa yang setiap hari 19 jam. Untung-untung nasib, dapatlah puasa 17 jam setengah ker. Tapi takpelah, sabar jelah kan. Atleast, puasa ni dapat mengajar kita, rasa macam mana orang susah tahan lapar dan dahaga diorang kan. Semoga puasa kali ni memberi makna dalam hidup kita kan.




Salam Ramadhan. Mohon maaf andai ada terkasar bahasa, sepanjang perkenalan kita yer.
Ramadhan Mubarak! TOlong makankan murtabak! RIndu!
Sekian, wassalam :D

14 comments:

  1. Assalamualaikum kak, sabar erk. biasalah bila duduk jauh mesti rasa homesick. tapi yang tak leh tahan tu homesick nak pergi bazaar ramdhan je =D hahhahaa. raya balik malaysia ke tak ? rasanya kalau raya tak balik tu yang lagi sedih tu. puasa gagah lah lagi.. hihi

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadhan Aisya. Semoga tabah menghadapi Ramadhan tahun ini..

    ReplyDelete
  3. selamat berpuasa aisya. Bertahan Aisya, ianya akan jadi kenangan manis bila dah habis study dan balik Malaysia nanti.
    takkan lari bazar Ramadhan, setiap tahun pasti ada :)

    Jgn sedih2 ye..

    ReplyDelete
  4. xpe dh nk abis dah..blk msia nt msti tringat blk puasa kt sana..'enjoy' ea..hehe

    ReplyDelete
  5. Kak Aisya lagi power dari saya sebab dah 5 kali berpuasa kat luar negara. Saya baru nak masuk 2 kali. hehe

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa aisya....jangan la homesick sgt dik.. baca je berita2 dari gang2 efg...sure kurang rasa down tu kan...

    ReplyDelete
  7. Sama la kita puasa 19 jam! Heee. Selamat berpuasa :)
    Raya nanti balik msia tak? Hajar touchdown malam raya iA.

    ReplyDelete
  8. selamat berpuasa... bertabahlah.. hehehe

    ReplyDelete
  9. be strong Aisya! puasa kat mana-mana sama je yang penting hati kita...

    May Allah bless you always!

    ReplyDelete
  10. selamat berpuasa aisya. sabar ya. semoga ramadhan di sana bakal memberikan satu pengajaran yang baik bila pulang ke malaysia nanti

    ReplyDelete
  11. Salam Ramadhan Aisya :) Hari ini dah seminggu kita berpuasa kan..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah dah masuk bulan Syawal pun. mampu bertahan x kak Aisya? hehe

    ReplyDelete
  13. Pindah rumah best apa kan..wink wink ^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...