home about contact travelog resepi bahasa jerman

Germany : Musim Lalat Dah Start

Assalamualaikum dan salam sejahtera I bid to all readers :D 

Welcome, Mrs. Summer :D


daisies


Hari kelmarinkan, dekat Jerman ni tiba-tiba panas yang amat. Jumaat yang panas. Aku ada appointment dekat bank, pastuh Cik Juwaily cadangkan naik basikal pergi bank tuh. Setengah jam ok aku mengayuh dengan penat lelahnya nak sampaikan ke bank tuh. Dahlah panas giler-giler, rasanya kalau tak silap aku, aku check weather, Jumaat tuh suhu dekat Bingen ni 33° Celcius, memang terbakar ok. Peluh jangan cakaplah kan. Balik rumah, sakit kepala terus.

Ladang gandum, Bingen, Germany. Summer 2015


Aku sebenarnya terkejut dengan cuaca yang tiba-tiba panas ni. Hari Isnin lepas baru aku mengamuk-ngamuk sebab dah bulan June, tapi suhu masa Isnin tuh 13° Celcius, sejuk aku nak pergi kelas. Marah-marah aku masa tuh. Tiba-tiba, kuasa Allah kan, cuacanya berubah drastik giler. Cheq terkejut! Hehehehe.


Ladang Rapeseed, Bingen, Germany. Summer 2015

Bersempena dengan cuaca panas mendadak dekat Jerman ni, bermakna secara rasminya sekarang dah masuklah musim panas. Dann! Di musim panas nilah, lalat banyak berterbangan dengan lajunya ke sana sini. Aku kan, kalau lepas masak kan, mesti dengar bunyi lalat ramai-ramai menderu masuk rumah kitorang. Geram jer aku, bunyi diorang ni, macam naik motor super bike, bunyi macam laju giler. Smash kang baru tau! Hahahah.


flies clipart


Musim panas nilah musim exam, musim puasa, musim buah-buahan, musim lalat. Banyaknya musim! Hehehe :D Aku selalu macam tanya orang, 


"Suka winter ke summer?"


Tapi aku sendiri, tak boleh nak jawab, aku suka winter ke summer. Kalau winter tuh memang best, sebab malam panjang (Maghrib pukul 430 petang, Syuruk pukul 830 pagi), so dapatlah belajar dan berehat banyak. Tapi aku benci rasa sejuk waktu winter. Aku kan, boleh mengamuk marah-marah tak sedarkan diri kalau time sejuk. Cik Juwaily faham sangat dah, bini dia ni, benci rasa tangan dengan kaki sejuk. Hahahah. My bad. Kalau winter, sayur dekat kedai semua jadi mahal. Kobis bunga kesukaan aku pun naik harga. Nak beli sayur, termenung aku tengok harga dia. 

snow beautiful


Tapi bila masuk musim panas macam sekarang ni, sayur semua murah-murah. Beli sayur dengan gumbira! Strawberi murah, tembikai murah! Suka! Tapi benci bila pasukan bermotor superbike masuk rumah lepas aku masak. Rimas, tak suka lalat! Tapi best jugak panas-panas ni, boleh gantung baju ampaian dekat luar, cepat kering. Tak payah keringkan baju guna dryer. Jimat duit, jimat current, bagus untuk alam sekitar :D Teehee :D


Apapun, winter ke summer ke, musim apa pun, Allah jadikan semuanya ada baik dan buruknya kan. Hadapi ajelah! Hihihi :D

Al-Baqarah 216 Makna
Quran Translation 2:216


Sekian~
Happy SPF 50++ season!
Minum banyak-banyak air bila panas ni tau!
Muah! :D

30 comments:

  1. subhanallah cantiknya pemandangan, macam dalam cerita hindustan pulak tengok Aisya dekat ladang bunga.
    betul tu Aisya, Allah dah buat cantik dah waktu bermusim, jadi bersyukur lah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak sue, kita pun fefeeling macam tengah belakon cite hindustan...hehehhehe :D

      Delete
  2. singgah pagi
    sory hr nie x de mood nak BW, demam x baik lagi ..
    office sejuk beku... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye ker kak hanum....semoga cepat2 sembuh yer :D

      Delete
  3. erm..kalau akak suka summer kot..haha, sebab tak tahan sejuk.good luck la ye untuk awak dan Encik Juwaily menyambut Ramadhan in Summer. take care Aisya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa kak sal :D kitorang tahun berpuasa di perantauan lagi...xpelah, insyaAllah tahun depan nak balik dah :D dapatlah nnt puasa dengan gumbira dekat Malaysia :D hihiiih

      Delete
  4. cantik sangat permandangan yag disajikan..
    Huhuuu tergelak baca entry aisya..
    Lalat naik superbike ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, lalat tuh bunyi macam naik superbike... kita memang panggil pasukan bermotor besar...suami kita faham dah, hehehehehe :D

      Delete
  5. hahahaha...sama panas macam dekat Singapore oii! serius! kak Sally seronok bila blk KL blk...sbb SG panas yang amat! mihmihmih...

    I love summer! kak Sally tak suka winter sangat walaupun cantik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://sallysamsaiman.blogspot.com/2015/06/thank-you-aisya-ibrahim.html

      Delete
    2. Iye ke Singapore panaih? Baru tahu....agaknya sebab dekat sekeliling nya laut kot kan...sebab tuh panas... btw kak sally, terharu kita dengan entri kak sally tuh :D tengkiu & lebiu :D muah!

      Delete
  6. ingtkan dkt malaysia jer kdng2 ada musim lalat yg bnyak.. dkt sana pn ada ek.. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, ada masa2 dia jugak yang banyak lalat ni....paling terasa ms summer mcm sekarang ni... rimas betul dengan lalat, takut nk bukak pintu rumah, nnt dia masuk... penatlah nak smash....heheheh :D

      Delete
  7. Wahh . best2, nak try jgk duk musim winter tu. .Tapi diri ini xtahan sejuk. kite nk curi bunge tu ye. .mekasihh :D Nak wat wallpaper

    ReplyDelete
  8. Hadap dengan tenang gituu. hehe. Kat mesia ni lagiii banyak musim ada. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah scha, hadapi dengan tenang dan saboorr :D hehehehe :D

      Delete
    2. I misshh u too!!!! cepat2 update byk2 entry, pulun sebab dah ade internet...!! tadi kita ckp dgn suami kita, seronok scha dah kembali dengan internet laju! yeyeh!! :D

      Delete
  9. Happy Summer Aisya :) Hehehe..tempuhi segalanya dengan kesabaran ye :)

    ReplyDelete
  10. Enjoy your summer kak Aisya. Saya kat sini pun lebih kurang macam kak Aisya juga. Pasal saya ni duduk dekat kawasan gunung, cuaca pun ikut cuaca gunung. 2 hari lepas, 40 degrees. Rasa macam nak pengsan sebab tempat kerja memang dah sedia ada panas. Bila tambah dengan panas kat luar tu, memang tak tahan. Hari ni, kemain sejuk pula. 5 degrees. Asyik nak berselubung bawah selimut je.

    ReplyDelete
  11. Amboiii cntiknyeee view.. Rse nak berlari larian je bile tgk gambar ni.. Hihi

    ReplyDelete
  12. Ya Allah bestnya duk overseaass banyak nyaa bungaaaaaaaaa !

    ReplyDelete
  13. Ya Allah bestnya duk overseaass banyak nyaa bungaaaaaaaaa !

    ReplyDelete
  14. Ya Allah bestnya duk overseaass banyak nyaa bungaaaaaaaaa !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...