home about contact travelog resepi bahasa jerman

Sahabat Sebenua

Semenjak aku masuk ke Fachhochschule Bingen (FH Bingen aka University of Applied Sciences Bingen) kan, aku perasan, aku takde berapa ramai kawan rapat. Masa sebelum datang ke Jerman, dalam kelas persediaan tuh, aku kenal semua orang dalam kelas. Tapi berbeza bila dah masuk universiti. Semua orang buat hal sendiri, belajar sendiri-sendiri. Takde pun macam term 'bestfriends' gtuh. 



So, betul-betul aku rasa, aku ada 4 orang kawan jer. Dua orang Morokko, sorang orang China, sorang lagi orang Afrika (negara Cameroon). Tapikan, aku perasan dengan kawan Morokko dan Afrika tuh, bila berbual, macam ada limitation. Kadang-kadang aku tak faham diorang cakap. Kadang diorang yang tak faham apa yang aku cakap. Macam ayam cakap dengan itik. Lawak arr, sebab selalu salah faham each other gtuh.


Tapi aku perasan, paling perasan sekali kan, bila aku berbual dengan kawan yang dari China tuh, dia selalu faham apa aku cakap. Untuk pengetahuan korang, kawan China aku ni lelaki tau, umur 31. Dia dahlah lelaki kan, sepatutnya dia manalah faham orang perempuan cakap kan. Tapi dia selalu get-the-idea bila kitorang borak.



Dann kawan China aku ni, bakal nanti, praktikal sama-sama dengan aku, dekat firma yang sama (Baca sini HERE). Arituh dalam train, masa nak pergi Firma tu jumpa dengan supervisor, kitorang borak-boraklah. Rupanya bukan aku jer rasa budak China tuh faham aku. Rupanya dia pun rasa, aku selalu faham apa benda dia cakap. 


So kitorang came to a conclusion, maybe sebab kitorang sama benua kan (Asia dengan Asia kan), sebab tuh kitorang senang faham each other. Sebab sama-sama ada cultural background yang lebih kurang kan. So memang senang faham. Iyelah kan, dia makan nasi, kita makan nasi jugak. Dia makan mee goreng, kita pun makan jugak kan. Sebab tuh, aku rasa, antara 4 orang kawan yang aku ada, si China ni paling rapat dengan aku. Pelik, tapi benar. Kawan sebenua ni lebih faham kita, banding kawan benua-benua lain ni haa. Hahaha :D




Sekian~
Thanx for reading this :D
Muah :D



13 comments:

  1. Apa bahasa yg Aisya guna bila berkomunikasi dgn diaorang? English ke?

    ReplyDelete
  2. mungkinlah juga kan aisya, sebenua ni ada pertalian mukabuminya haha :)

    ReplyDelete
  3. Kak Aisya, saya rasa benda yang sama juga. Bila saya masuk university ni, saya tak berapa ramai kawan sangat. Mungkin sebab saya pun jenis yang introvert. Tapi, classmates saya pun jenis yang sibuk buat hal sendiri je. Sebab tu, saya cuba volunteer masa sekolah.

    Bila saya kerja dekat sini, saya pun rasa benda yang sama juga. Asians can click well with other Asians. Sebab tu, saya lagi ramai kawan dari China, Philippine, Korea, etc etc. Ada juga kawan mat salleh or black people tapi tak berapa nak masuk sangat. Hi bye je selalu.

    ReplyDelete
  4. kenapa ye entri ni cam sedih je? hehe... have a nice day Kak Aisya ^^

    ReplyDelete
  5. Org asian memang memahami antara satu sama lain.. Sebab tu la boleh get together..

    ReplyDelete
  6. Baguslah... ada gak kawan sebenua yang boleh buat citer kan,... :)

    ReplyDelete
  7. boleh jadi jugak theory mcm tu. selalu cakap german ke english dgn dia?

    ReplyDelete
  8. oklah tu aisya sekuruang-kurangnya aisya ada kawan yang mungkin boleh berborak pasal keja pasal praktikal dan sebagainya. good luck ya

    ReplyDelete
  9. Ha, okla tu..ada jugak kawan nk berborak..lagi2 satu tmpt praktikal..xde la sunyi :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...