home about contact travelog resepi bahasa jerman

Aktiviti Anak Melayu di Perantauan Pd Musim Raya

Assalamualaikum, dan hye semua!

Korang semua mesti tengah sakan lagi beraya dekat Malaysia tuh kann? Tolong rayakan untuk cheq sekali naa! Hihihi. Kami yang di Jerman ni, berayanya sehari jer, masa raya pertama. Pastuh raya kedua, ketiga semua orang dah bertebaran balik rumah masing-masing. 


Haa disebabkan beraya meriah-meriah dekat sini cuma sehari jerk an, makanya! Raya kedua kami dah start cari aktiviti menarik untuk buat. Boring ar kalau duduk rumah jer. Kitorang ikut Kak Atie dengan husbandnya naik basikal lalu persisiran sungai Rhein. FYI, sungai Rhein ni sungai yang panjang giler-giler across Germany. Tapi tak pasti arr panjang camne, tapi panjanglah jugak, ada banyak bandar besar dekat tepi-tepi sungai ni. (Maklumat selebihnya, silalah korang google yer :D Peace V)


Suami kak Atie bawak kamera Gopro, jadi adalah dapat rakam-rakam sikit suasana berbasikal dengan view sekeliling. Jemput yer tengok. Kalau suka, sila komen! *Muah*






Jauh giler kitorang kayuh basikal, serius tak tipu. Perjalanan pergi dengan balik adalah 40 km kot. Seriusly ni festaim dalam hidup aku kayuh basikal sejauh ni. Masa pergi happy-happy la, balik rumah, haa sakit kaki sekor-sekor. Solat pun macam susah nak rukuk sujud, lutut terketar-ketar lepas balik tuh. Hahhahaha. Terasa faktor penuaan sangat! Cess! 













Tapi rasa best giler, sebab dapat berpeluh sepuas-puasnya. Yelah raya pertama dah makan segala macam makanan sampai sakit perut, santan pun bertingkat-tingkat, bagus jugak raya kedua dapat bakar balik semula. Kita bakor! Kita bakor! Hhahahahah :D


Orr lupa cerita, laluan dekat tepi Sungai Rhein ni memang cantik giler pemandangan dia. Kalau search tempat melancong dalam Doshland (read : Germany), mesti ada orang suggest ikut laluan susur Sungai Rhein ni. Cantek, memang serius cantek. Dah tengok kan dalam video dekat atas tadi. Kalau naik train dari Bandar Koblenz ke Bingen, sepanjang jalan, boleh tengok sebelah kiri. Ada bukit-bukau, sungai, hutan. Breath-taking giler! Subhanallah :D  Mehlah datang sini, akak Aicha boleh bawak jalan :D Hihihi




Yeahh, you can call me paparazzi.. Hihihi
But say it the way the germans say, Pa-pa-rat-sii
Hahhahahah :D

Bukit yang sebelah sana sungai tuh negeri lain. Lupa cakap,
negara jerman ni macam Malaysia, ada negeri-negeri. Banyak! :D


Dann ramai jugak orang Jerman pun berbasikal susur Rhein ni. Tak bahaya tau, sebab memang ada laluan basikal dekat tepi sungai ni. Dann, ada signboard siap, takdelah macam tersesat ke apa kann. Alaa tak sesat lah, jalannya lurus jer. Nak kona pun tak boleh, sebelah kita sungai jer pun. Kalau kona, tenggelam weh. Sia-sia jer. Hahhahaha :D


Penat mengayuh, kitorang berenti rehat. Makan-makan, posing-posing tangkap gambar sikit, pastu baru sambung perjalanan. Hala tuju kitorang masa ni adalah Bandar Bacharach tau. Kalau naik train, 3 stesen jer dari Bingen. Tapi jauh jugak rupa-rupanya. Bacharach ke Bingen 17 km. Pastu dari Bandar Bingen nak sampai rumah kitorang lagi 3 km gtuh. Dah 20 km kan. Darab dua tau, sebab pergi dan balik kitorang berusaha mengayuh. 





Air yang bawak sampai habes, tak cukup, last-last kitorang beli lagi air. Nikmat weh, balik rumah, terasa ringan badan. Rasa macam, 'Eh ehh, ringannya badan! Hilang dah 3 kilo ker?!' Haa gtuh kau! Hahhahha :D







Maksud Surah Al-Waqiah:

Apabila berlaku hari Qiamat itu (1)
Tiada siapa yang dapat mendustakan kejadiannya (2)
Kejadian Qiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar),
dan meninggikan (golongan yang taat) (3)
Semasa Bumi bergoncang dengan segoncang-goncangnya (4)
Dan gunung-gunung dihancur leburkan dengan selebur-leburnya (5)
Lalu ia menjadi seperti debu yang berterbangan (6)


**Hati dan fikiran tak dapat bayangkan, gunung yang kita tengok kukuh & utuh di depan mata, menjadi seperti debu berterbangan. Terasa kerdil di dalam hati. Takut dengan kuasa Allah**


Bersambung dalam entri next! :D
Terima kasih sudi baca yer!
Muah! :D
Salam Selasa :D

39 comments:

  1. Assalam aisya cayang..

    maaf kak wana baru ada masa nak bw sini..huhu, sibuk sangat la..

    salam aidilfitri dan maaf zahir batin ya..

    ReplyDelete
  2. dah lama tak datang sini blog pun dah wajah baru ek..lawa la..sukasukasuka..hihi..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....

    Wah...cantik2 pemandangan di sana....salam lebaran dari Malaysia...

    ReplyDelete
  4. subhanallah cantik sangat pemnadangan tu.
    boleh mandi tak kat air tu..

    kalau lama x kayuh basikal, bila start buat memang sakit segala urat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sue, ad kawasan memang dia benarkan mandi...ramai jugak org piknik kita tgok...hehehehe tpi air dia boleh tahan sejuk jugak :D

      Delete
  5. Assalamualaikum sis.. salam kenal ye.. singgah kembali.. bestnya berbasikal sepanjang sungai yg view sangat cantik.. cuaca kat sna masa tu berapa? klu panas cam malysia ni tak kuasa nak mengayuh (alasan je tu, malas tak nak cakap). hahahaha..

    ReplyDelete
  6. Nak taip lagi.... bertuahnya Aisya.... doakanlah kaksha ada rezeki macam kamu.... pemandangan yang menawan..... lama tak berbasikal... seronok plak bayangkan..... best !

    ReplyDelete
  7. YA Allah cantik pemandangan kat situ.. Salam lebaran!

    ReplyDelete
  8. Seronoknya berbasikal kak Aisya! Lagi romantik bila berbasikal dengan pasangan :D

    ReplyDelete
  9. 40 kilometer? Klu akak dah tertonggeng penat dah! ;)

    ReplyDelete
  10. Lupa lak nak wish,..selamat hari raya, Aisya. Maaf zahir batin :)

    ReplyDelete
  11. Mak aiihh..gigihnya ... pasti banyak lemak terbakar tu =)

    ReplyDelete
  12. aisyaaaaaaa hehehe. ya allah subhanallah cantiknya view! sonoknye la hai kalo ana kat sini pon dpt kayuh beskal cenggitu tiap minggu. kalau lah view kat tmpt ana ni secantik mcm kat situ mesti rajin gila ana kayuh beskal hehehe


    slmt hari raya aidilfitri aisya. maaf zahir & batin :)

    ReplyDelete
  13. bestnye naik beskal.. dh berpuluh taon xnaik beskal..
    rindu pulak nak mengayuh.. hihi

    ReplyDelete
  14. hahaha..kalau kak Sal mau 3 hari 3 malam sakit tak bangun-bangun.cantiknya view!!bila lah nak sampai ke sana ni...

    ReplyDelete
  15. jauh gila 40 km pegi balik. ishh kalau sayalah, comfirm x larat dah T__T tapi pemandangan mmng lawa. berbaloi jugalah berkayuh-kayuh tpi dpt tengok view lawa

    ReplyDelete
  16. datang jenguk adik manish hujung minggu dulu.. nnt datang bom hehe..

    ReplyDelete
  17. kurus ke idok...kalau kak sally kena naik train jugak laa...tak pernah bawak beskal...sobsss

    ReplyDelete
  18. canteknyaa view . smua tmpat tringin nk gi ni. hahaha

    ReplyDelete
  19. ehhh header da brtukar la. comel2 (⌒_⌒;)

    ReplyDelete
  20. subhanallah..cantiknya...kalau banyak duit boleh pi sana..

    ReplyDelete
  21. Cantiknya view. teringin nak pi sana...

    ReplyDelete
  22. SubhanaAllah, cantik sgt2 view dekat situ :) bestkan dapat riadah macam tu..hehehe:)

    ReplyDelete
  23. Wahhh seronok nye dpt jejln di tempat org... akak jln jugak...jln ke kedai 2 ringgit tepi umah...hihihi ;)

    ReplyDelete
  24. seronok jelejah tempat orang kan..sambil tu muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  25. bukan kayuh beskal 40km je sakit kaki montot semua Aisya.. akak kayuh kejap je keliling Georgetown..
    ahahaha terus rasa jalan kengkang2 hahaha.. teruk tol..

    ReplyDelete
  26. Subhanallah cantiknya... ni kalau hari2 kayuh beskal kt situ pun sanggup.. tapi tapi tapi.. haha. tak tahulah pastu mampu bergerak lagi ke tak.. kikikiki

    ReplyDelete
  27. Syah, berbasikal 40km pun dalam cuaca sejuk dan suasana dingin ditambah pandangan yang indah tak terasa kan... Maha Suci Allah :)

    ReplyDelete
  28. Wahhh ... Best nyer leh kayuh2 santai ... Pemandangan plak hebat ... Terima kasih Ya Allah ...

    ReplyDelete
  29. cantiknya cantiknyaaaaa... teringin nak naik basikal view cmni..heee

    ReplyDelete
  30. Bestnyaaa blh jalan². Bilalah hajat kat hati yg nak travel ni akan kesampaian T.T

    ReplyDelete
  31. Bestnyaaa blh jalan². Bilalah hajat kat hati yg nak travel ni akan kesampaian T.T

    ReplyDelete
  32. u are my inspiration...
    dah...dah nanti saya sambung 'bom' akak...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...