home about contact travelog resepi bahasa jerman

Beraya Di Perantauan Pun Best Jugak Tau!

Hihihii. Start-start dah gelak. Apasal la ko ni, Aisya! Arini happy. Musim-musim raya ni mestilah happy kan?! Hihihi. Tahun ni kitorang beraya ramai-ramai dekat Konsulat General Malaysia di Jerman. Jangan tanya aku, beza Konsulat dengan Kedutaan, aku pun taktau beza dua bendalahjadah ni. Hihihi. Konsulat ni tompatnya terletak dekat bandar Frankfurt, Germany. Dari rumahku syurgaku, adalah dalam 2 jam perjalanan naik train nak ke sinun tu haa. Takpe, 2 jam perjalanan berbaloi, dapat makan sedap!


Makanan = Heaven!!
(khurafat giler, hihihihi)


Arituh seminggu sebelum raya lagi, pihak JPA dengan MARA ada bagitahu pukul berapa nak datang apa semua, tentative majlis gtuh. Jadi senang kitorang plan nak gerak dari Bingen ni pukul berapa kan. Bagus-bagus. :D Kitorang sampai dekat Frankfurt dalam pukul 830 pagi. Solat raya pesemua setel, dalam pukul 1030 kitorang start makan jamuan raya. Syok jugak rupanya beraya beramai-ramai camnie.


Gadis-gadis sebelum solat hari raya..

Seronok tengok semua orang pakai baju raya :D Cantek!

Kak Marina Scholler and femli. Yang kiri tuh Shiqa, pastu yang nak tumbuk tuh Daniel,
si kecil molek satu kat tepi tuh Dawud namanya. Comel kan diorang kan?!


Aku jujur cakap, aku festaim beraya dekat Konsulat Malaysia di Jerman ni. Jadi aku memang tenggelam-timbul tak reti sangat, tak tau suasana dia camne apa semua. Blur-blur. Nak cakap dengan orang pun segan-segan, sebab ramai orang yang tak kenal aku. *Bukan aku yang tak kenal orang tau, hihihi*



Me & Daniel

Lepas solat, semua orang salam mintak maaf. Ya Ampun guwe sebak dong, masa ni! Nasib air mato den tak jatuh! Hahhaha


Last year masa pagi raya, aku dengan Cik Juwaily jer masak dekat rumah. Tengahari orang datang, barulah makan-makan ketupat rendang bagai tuh. This year, makan masakan orang lain pulak. Alhamdulillah rejeqi! :D



Makanan ni semua dah siap kami digest dalam perut. Kihkihkih :D

Lelaki dengan perempuan baris lain-lain. Takleh dekat2 sangat! Haip!

Makanan eden :D Nampak tak ketamakkan aku?! hihihih

Sebelum makan nasi apa semua, satay habes dulu! Satay memang amat-amat dirindui! :D Muah satay!

Kueh raya pon ada! Sah memang takkan homesick masa raya :D

Meriahkan makanan?! Juling mato den menengok! Aku bila tengok makanan banyak giler depan mata camnie, aku jadi tak keruan. Hati ni mendesak-desak nak amek semua sekali. Giler kau, arituh puasa dapat turun berape kilo sangat, sekarang naikkan balik semula. Sehari jer naik 3-4 kilo agaknya. Hahhahah. Halal la yer, raya katanya!


Kak Atie and Me :D

Qura & Daniel :D

Me & Kak Atie lagi :D Ni housemate kitorang tau!
Sayang kak Atie ketat2 :D Selalu kak Atie ni tolong kitorang :D
*terharu!*


Aku tak kenal ramai orang, tapi!!! Haa, tapi! Bagus ada event macam ni, bolehlah berkenal-kenalan kan. Alaa, orang Malaysia yang ada dekat Jerman ni cipuk jer, tak payah sombong-sombong dengan orang, kita kawan je dengan semua orang. Hari baik, bulan baik kan :D



Gadis-gadis Bingen :D Me, Kak Atie, & Kak Lisa :D

Sebelum balik, orang JPA suruh singgah rumah amek barang dari Malaysia.
Baik giler, kakak JPA kasi free kicap kipas udang yang dirindui :D
Aku amek sardin 2 tin, sebab sardin Jerman xbest!!!!! Yek!!


Masa otw balik, kitorang singgah bandar Mainz(tengah-tengah antara Frankfurt-Bingen). Sebab ada femli Malaysia dekat Mainz jemput datang beraya. Tengkiu Femli Kak Marina Scholler jemput kitorang datang yer. Murah rezeki tuan rumah, kasi kitorang makan banyak-banyak. Pasni 3-4 hari tak payah makan dah. Hihihi. Sakan kitorang beraya tahun ni yer :D



Outdoor Raya Party - Btissam, Kak Atie & Kak Lisa

Haa yang tudung coklat tuh tuan rumah. Semoga murah rezeki tuan rumah, hidang makanan banyak giler :D

Multicultural kan?! I loike!!

Budak2! COmel! :D

Morale of the story:
Walaupun jauh dari femli di Malaysia kann, tapi still rasa suasana raya tuh dekat sini. Sebab manusia Malaysia yang cipuk di Jerman ni semua rapat-rapat dan baik dengan each other. Bila kita kelompok kecik jer dekat negara orang kan, kita akan belajar hargai semua orang yang senegara dengan kita. Sebab boleh cakap bahasa yang sama, makan makanan yang sama, celebrate perayaan yang sama. Datang dari historical background yang sama. Ibarat semua yang ada dekat sini ni, semua sedara. Arrghh touching pulak. Nangis arr! Sebak hati I cite camnie tau! Besok-besok balik Malaysia, mesti rindu :D I sayang semua rakyat Malaysia tau! *Haa, statement aku macam Perdana Menteri Malaysia pulak! Pasal?!*





Kepada semua reader blog JINDRISSKA,

kak Aisya dan Cik Juwaily nak wish 
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN





P/S:

Kalau nak kasi duit raya, silalah post ke sini! Alamat nanti kita kasi :D Sape kata, orang dah kawen takleh dapat duit raya? Babab jer sape cakap cemtuh tuh! Hihihihi :D


30 comments:

  1. wah meriah juga sambutan aidilfitri di sana...akk pun suka makan satay.
    salam aidilfitri buat aisya juga :)

    ReplyDelete
  2. salam aisyah dan juwaily, selamat hari raya...xde ninja cutting onions ke sana pagi2 raya? hahaha adik saya pun beraya di mesir tahun ni, pagi2 dah bising, katanya ada orang potong bawang hehehe

    ReplyDelete
  3. seronok oiii beraya!! hahahaha...alhamdulillah kalau Aisya dapat rasai nikmat beraya kat sana...

    Happy Eid my dear...lebiuu!

    ReplyDelete
  4. aisya.. best kan sebenarnya beraya di perantauan. tengok gambar-gambar aisya teringat akak zaman study kat Uk dulu pun cam aisya gak.. rindu saat raya di sana.. :))

    ReplyDelete
  5. selamat hari rayaaa, meriahnyaaaa raya kat perantauan :)

    ReplyDelete
  6. hehehe kita kan semua bersaudara.. mana pergi insyallah ada yang sudi bersama..
    dah namanya Islam kan.. meriahnya.. macam lagi meriah dari akak nye first raya ni hahaha..

    ReplyDelete
  7. Comel nye dia...

    Selamat hari raya Aisya ~~

    ReplyDelete
  8. First time bertandang ke blog ni, Selamat Hari Raya buat tuan blog, wah sampai ke Jerman beraya ye, belajar engineering kat sana ke, btw lelaki yg kat pic last tu senior saya zaman sekolah dulu, die ade kembarkan, dua2 baik je n rajin study time blaja dulu :)

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin ye..wah...meriah ye..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  10. Meriahnyaaa raya kat sana rupanya yaa kak. Macam best pulak study jauh jauh ni. Kuiikuii. Apapun SELAMAT HARI RAYA Kak Echa! Maaf zahir batin.

    ReplyDelete
  11. Seronoknya dapat beraya macam ni, kak Aisya! Saya beraya sorang-sorang je. Sedih juga rasanya :(

    Selamat hari raya, kak Aisya! :D

    ReplyDelete
  12. meriahnya raya!

    selamat hari raya aidilfitri!
    maaf zahir batin

    ReplyDelete
  13. seronok nampak....

    Selamat hari Raya Aisya...

    ReplyDelete
  14. macam ni baru meriah.. one big family.. tak kisah lah anak sapa kan, bila kat sana, semua serumpun.. selamat hari raya sis (dah 15 syawal).. :)

    ReplyDelete
  15. Eish, seronoknya study abroad. Nak, tapi tak mampu. Btw awak, tq atas komen di picisan saya. Terharuuuuuu :')

    ReplyDelete
  16. Meriah betul sambutan raya korang kat sana. Kira pagi2 tak delah sedih nyanyi lagu dendang perantau kan,..

    ReplyDelete
  17. meriah gak tu!!teringin nak merasa pengalaman macam ni (ahahaha..ayat mintak kena maki). Kak Marina Scholler tu orang apa? Dia kawin ngan orang Jerman ke?

    ReplyDelete
  18. Seronok dan meriah sangat dugaannya..baru la hari raya kan..hihi

    ReplyDelete
  19. Amboi aisya, banyaknya makan..Eh, nanti gemuk tau..hi hi..tapi takpe..aisya gemuk atau kurus tetap ada en. kesayangan.. ;)

    ReplyDelete
  20. Besstnya ada pengalaman beraya di perantauan

    ReplyDelete
  21. Seronoknya...xkan homesick kalau ada sambutan macam ni :) Semua org dah mcm keluarga sendiri :)

    ReplyDelete
  22. Aisya!!! Hehe... Selamat aidilfitri!

    Kad raya CN dah sampai tak? huhu

    ReplyDelete
  23. Aisya...
    CN salah address eh? alamak! sampai ke tak kad raya CN tu. hee...

    ReplyDelete
  24. meriah juga sambutan disana kan Syah, terubat jugalag rindu pada masakan Melayu..kawan-kawanpun ramai,Alhamdulillah ,sabar kay tak lama lagi pulang lah ke tanahair tercinta :)

    ReplyDelete
  25. Tak pernah lagi merasa raya di perantauan ...

    ReplyDelete
  26. Comel2 nye kamu semua- :) hahaha biasanya bila dah diperantauan keakraban lebih lagi senang ape2 hal dan urusan boleh bersama2

    ReplyDelete
  27. pehh meriahnyaa..kalau kitaorang yang intern kat german ni boleh ke join skali dtg kat konsulat tu?segan pulak nk datang kalau tak dijemput haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...