home about contact travelog resepi bahasa jerman

Resepi | Homemade Nugget

Assalamualaikum dan hye!


Aku kan sebenarnya hairan dengan Cik Juwaily. Kalau pergi Netto ke Rewe ke, aku nak beli benda merepek-repek sikit, mesti dia larang. Aku memang kontra habes dengan Cik Juwaily. Dia kalau pergi supermarket, dia betul-betul beli benda yang perlu sahaja. Aku pulak, kalau boleh semua benda dalam supermarket tuh aku nak beli, bawak balik rumah. Hahahha. Segala jenis jajan, semua aku nak try. Aku bukan apa, aku ikut pepatah arwah abah aku dulu-dulu, "Kalau nak makan, makanlah selagi sehat. Besok dah sakit, banyak benda tak boleh makan". Itu pasal aku suka beli makanan macam-macam jenis. Kadang-kadang aku makan sikit jer, pastu taknak dah. Just nak lepaskan rasa 'teringin' tuh jer pon. Tapi kalaulah perangai aku ni, Cik Juwaily tak kawal, tegur, lentur kan, mesti habes terbang duit aku beli benda merepek. Haa kan. Tengkiu jugaklah dekat Cik Juwaily kan :D Sebabkan abanglah, kita dapat jimat sikit kan :D Muah ciked!


Tapi aku pelik dengan Cik Juwaily. Punyalah dia suka larang aku itu hini kan, tapi satu benda dia memang tak larang. Kalau aku kata, nak beli bahan-bahan untuk buat homemade nugget, dia mesti support. Tak pernah dia larang. Pelik giler, dia selalunya memang kuat melarang. Hahahhahha :D Jadi disebabkan suami tak larang, maka terhasillah nugget-nugget hasil kepalan tangan kak Aicha sendiri. Air tangan guwe ni, haruslah digemari para suami! Para?! Huh?! Hahhahahaha


Krabby patty dan nugget :D
100% Homemade

Tak pasti kenapa, semenjak duduk Doshland (read: Germany), aku lagi suka buat nugget sendiri, berbanding beli. Kalaulah beli nugget dari kedai Turki kan, ya Ampunnnn, masin bebenor nugget dia. Sekilo hagaknya garam dia tuang dalam adunan nugget tuh. Serius tak kena dengan tekak aku. Jadi kalau ada kerajinan lebih sikit, aku memang try cari masa untuk buat nugget homemade sendiri. I suka, Cik Juwaily pun suka! Yeay! Suka sama suka gtuh! Bergabung meletop! Hehehehe. Apalah aku merepek ni kan :D Hihihi.

Resepi Nugget Homemade


Bahan-bahan utk buat nugget homemade:
§ 2 dada ayam (cincang ataupun potong dadu)
§ 4 keping roti potong (buang bahagian warna coklat, pastu potong dadu)
§ 1 sb tepung jagung
§ 1 sb serbuk stok ayam
§ 1 st baking powder
§ White pepper secukup rasa


Bahan untuk kulit luar:
§ 5 biji telur ayam (pukul/kocok)
§ Breadcrumb secukupnya (kalau ada yang warna oren, lagi bagus :D)



Bahan-bahan untuk buat nugget :D
Cara-cara nak buat dia?! Senang ajer!
1. Semua bahan di campur, pastu gaulkan. 
2. Gaul-gaul sampai serata semua bahan tuh. 
3. Pastuh kepal-kepal. 
4. Celup dalam telur pukul.
5. Kemudian, angkat dengan garfu, masukkan ke dalam breadcrumb.
6. Pastu repeat step 4 dan 5.
7. Siap untuk digoreng! 

Dadukan dada ayam, dan roti :D

Campurkan kesemua bahan. Gaul sampai sebati :D

Amek dengan sudu, dan kemudian kepal-kepal kan sesuka hati :D
Aip! Tangan sape tuh?! Hehehe. Kenalkan ni tangan kakak senior
duduk serumah, namanya kak Atie kusayang! Ciki ciki bam bam :D

Lastly, sadurkan dengan breadcrumb :D


Kalau suka, boleh simpan dalam peti ais, frozenkan. Besok-besok bila nak, baru goreng :D


Aku penat mengepal 2 jam tadi, last-last yang hujung-hujung, buat jadi krabby patty jelah. Besok boleh goreng, makan macam konon-konon burger gtuh. Hehehehe :D



Selamat mencuba korang! Muah! :D
Entri ni maybe last entri sebelum raya, 
so, selamat hari raya semua!
Maaf zahir dan batin yer :D
Hati-hati di jalan raya :D

29 comments:

  1. terima kasih kongsi resipi..manu sihat ni..puas hatikan buat sendiri..yakin halal dan sucinya..

    ReplyDelete
  2. Bestnya home made nugget! Takde risau pasal makanan fast food yang tak healthy

    ReplyDelete
  3. kak sally pun ada buat jugak...pastu sumbat dalam peti ais...baru goreng...bebila nak...buat roti sosej laa...asal ada benda semua bantai..hahahaha

    ReplyDelete
  4. buat sendiri lagi bagus sbb boleh adjust rasa ikut suka hati kita kan ;)

    ReplyDelete
  5. Alahai,..tergodanya tengok! Kalau rumah kita dekat, dah lama akak buat2 ngigau datang bawak pinggan :)

    ReplyDelete
  6. Sedapnyaaaa kakkk! Rajinnyaaa lahai kakak kita ni memasak. Nanti balik Malaysia buatkan kite eahhhh. Hahahaa. Selamat Hari Raya Kak Echa!

    ReplyDelete
  7. sya akak 1st time tgk resepi nugget homemade ni.. kalau try bg anak bawak bekal ke sekolah bagus gak ni.. dari bg nugget fast food tu.. sekurangnya kita tau apa bahan yg ada tul tak..

    ReplyDelete
  8. hai ecah..lama akak tak singgah sini..sedap nya nugget homemade

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this, kak Aisya! Saya pun dah lama teringin nak makan nuggets ni.

    Selamat hari raya by the way :)

    ReplyDelete
  10. Comel je perangai akak dgn suami ni, hehe. Buat nugget sndiri rasa lebih puas dan dijamin lebih selamat :D

    ReplyDelete
  11. hellooo helloooo.. hehehe hampa dua ni memang la..
    comel sngt =P

    ReplyDelete
  12. akak penah buat skali tp tu gabung ayam ngan potato..
    tapi akak x ska la breadcrumb.. ada cara lain dak ? ritu akak guna telur je.. jadi rasa mcm begedil..

    ReplyDelete
  13. nugget yang dh ada, akak nak goreng pun malas.rajin betul Aisya..

    ReplyDelete
  14. Rajinnya Aisya buat nugget sendiri... Nanti nak cubalah resepi dari Aisya ni. :)

    ReplyDelete
  15. Wah, sedap2 :) Belum pernah try buat nugget sndiri...sebab kemalasan yg melampau...hahahah

    ReplyDelete
  16. lepas ni boleh buat nugget sendiri..tak payah beli dah. hehe

    ReplyDelete
  17. Fuh, hebat la aisya buat homemade nugget.kak wana x pnah try lg tau..

    ReplyDelete
  18. macam-macam Aisyah dah home made kan disini, teringat kisah nasi lemak aisyah dulu tu hihi :)

    ReplyDelete
  19. wah sedapnya nugget tu.. nak try buat lah.. nice sharing kak ^^

    ReplyDelete
  20. Ada resepi- Akk share tau- akk suka masak2-thanks sharing- comel dapur :)

    ReplyDelete
  21. wahh nmpak bestt.. bleh lah try lepas nii

    ReplyDelete
  22. Blh try ni. Selalu mkn yg beli ntah² bahan apa diorg letak kann.

    ReplyDelete
  23. wah.. tgk gambar pun dah rasa sedap.. boleh try juga ni

    ReplyDelete
  24. wah.. tgk gambar pun dah rasa sedap.. boleh try juga ni

    ReplyDelete
  25. Nak cuba buat ni dik...nampak macam sedap jer dan nak buat pun nampak ma am senang..hihi...tq dik sudi kongsikan resepi Nugget ni...

    ReplyDelete
  26. kalau besar-besar macam tu makan setuldah kenyang... nnt nak try buatlah :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...