home about contact travelog resepi bahasa jerman

Seorang Lelaki Jerman Yg Hensem Dan Surat Kabor

Praktikel aku kali ni, boss kasi semua dokumen untuk dibaca dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris korang tahu, bukan bahasa Jerman. Walaupun bahasa Jermanku sedikit berkarat, aku tak kesah pun, kalau boss kasi dokumen dalam bahasa Jerman. Boleh praktis kan. Hehehehe. Pastuh aku pun baca dokumen yang boss kasi. Sambil baca, hatiku bagai digeletek-getelek. Aku gelak banyak kali tengok penggunaan word English boss aku yang salah. Jahat giler aku kutuk boss aku. Giler kerek ko Aicha! Tak bagus, tak bagus.


Masa aku tengah geli hati sorang-sorang, tiba-tiba seorang lelaki Jerman yang hensem menegur aku, “Wolltest du auch eine Kaugummi?” (Maksud: Nak satu chewing gum tak?). Mamat hensem tuh offer aku chewing gum. Aku tak puasa, sebab ABC, jadi dengan yakin dan pantas aku cakap, „Ja“ (Maksud: Yes!). Budak jerman hensem tuh duduk belakang meja aku, tapi setill dalam cubicle yang sama. Ada 6 ekor meja dalam cubicle ni. Kalau cikgu aku tahu aku guna ‚ekor‘ sebagai penjodoh bilangan utk meja, tentu cikgu BM ku menangis seorang diri di belakang blok D. Kah kah, lame lawak kau Aicha! Dekat pembalut chewing gum tuh, ada tertulis something, yang buat aku macam…


“Wo wärst du gerne in diesem Moment und warum bist du nicht dort?”
(Where do you really want to be right now and why are you not there yet?)




Jawapan aku:
„Ich wäre gern in diesem Moment in Malaysia sein.“
(Aku nak sangat berada di Malaysia sekarang ni)

„Aber… Ich habe noch was zu tun hier.“
(Tapi… Aku masih ada perkara yang perlu dibereskan di sini)



Kalaulah Malaysia tuh sebelah rumah jer, memang aku balik tiap-tiap hari. Heheheh. Tapi jauh pulak yer :D Tapi takpe, aku ok jer. Tak homesick pun nak beraya dekat sini. Janji raya kan! Boss dah kasi cuti untuk gi beraya dekat Konsulat Malaysia dekat Frankfurt. Harap-harap makanan sedap, dan dapat jumpa ramai orang. Giler tak best kalau beraya sorang-sorang jerk an. Harus dicari semua manusia Malaysia yang ada duduk di Jerman ini, dan diajak sama-sama berhari raya. Tak gtuh?! :D Hihihi :D


Btw, nak kasi tau, aku masuk paper tau baru-baru ni! Salam perantauan :D First time muka masuk paper, weh. Bangga jab. Terasa diri fofular seperti seorang Nora Danish. Tak pun sebenarnya. Jauh panggang dari oven! Hahhahaha.



Paper Harian Metro tarikh 1 Julai 2015


Sekian~
Terima kasih yer sudi baca :D
Muah!
Ciao cin cau!

25 comments:

  1. Slmt berpuasa & berhari raya di perantauan Aisya..:)

    ReplyDelete
  2. wah, glemer masuk paper :)
    salam jumaat aisya

    ReplyDelete
  3. wah dah famous dah aisya masuk paper...
    Huhuuu apapun selamat hari raya ye..
    settlekan dulu semua komitment nnt bolehlah balik malysia dgn senang hatiii

    ReplyDelete
  4. Hehehe..

    Peymes dah Aisya...

    Wrap chewing gum memang cam tu ea kat sana???

    ReplyDelete
  5. raya kat Embassy banyak makanan sedap2 jugak kannn :D ada senior kite kat Czech pun raya Frankfurt nanti, dia plan utk kerja kat Germany lepas ni:D

    ReplyDelete
  6. hahahaha.. try la masuk dlm kosmo pula. metro xbaca di rumah :)

    ReplyDelete
  7. Suka baca ayat kat pembalut chewing gum tu. Boleh jadik motivasi. Hehee. Kite tgk kat facebook bahasa jerman ni bahasa paling susah nak disebut. betol ke kak? Rrai dengar pun nak berbelit org tuuu cakap. Hahahahaa

    ReplyDelete
  8. kalau chewing gum tu dapat kat kak sally...jawapan dia nak pi Koya...Yong Hwa punya konsert encore! hahahaha...okay, tau tak lawak...

    Happy Eid in advance sayang! :D

    ReplyDelete
  9. Shiannya dia rindu kampung halaman,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik mesia nanti claim ayam penyet the curve =D

      Delete
  10. hehe sampai kat sampul chewing gum pun ada tulisan bermadah pujangga kan..
    chewing gum kita ? ada notis jgn buang gum mrata2 hehe hehee sbb org mesia x reti.. tu kena ajar..

    alaaaa yang.. enjoy the moment while ur there.. nanti dah balik sini..
    rindu kat sana pula.. bereskan semua keje.. then wrap up n come back..

    ReplyDelete
  11. sis kerja eh kat sana, ingatkan study.. kerja molek2 ye.. best tau dapat peluang camni, boleh merasa duduk tempat org kejap..Nanti dah balik sini mesti rindu kat sana plak kan..

    ReplyDelete
  12. tersasul2 mulut nk sebut awat german tu lol, mmg x lah den nk blajo bahase ni haha. Masa kecik selalu verangan nak masuk salam perantau.. tp salam raya hotfm je yg lepas

    p/s: agak2 klu mamat tu x hensem jawapannya ja jgk ke erk XD

    ReplyDelete
  13. cmane boleh terlepas ni..padahal hari-hari baca Metro.nanti jap nak gali timbunan suratkhabar lama ni

    sape lagi hensem? Mario Gotze ke mamat tu?

    ReplyDelete
  14. wow masuk salam perantau.. kite dulu2 masa kecik teringin beno nak g oversea n nak masuk salam perantau.. kekekke..tapi tak tercapai nampaknya hasrat itu

    ReplyDelete
  15. Alololo sedeynyer nak balik Malaysia ler tu hehee..Sya kenapa lama tak upadate blog ...

    ReplyDelete
  16. Xpe2, one day mesti dpt raya dekat Malaysia jugak :)

    Wah, masuk paper...x perasan pulak :) jadi retis Aisya :)

    ReplyDelete
  17. dah habis belajar nanti, dok Malaysia sampai bila2..lepas rindu ..hehe

    ReplyDelete
  18. laa ada keluar salam perantau kat metro rupanya puan aisya kita :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...