home about contact travelog resepi bahasa jerman

Tips & Idea Bijak Beli Kereta by Ezaz Wealth

Assalamualaikum dan hye semua!! Cik Juwaily terjumpa bendalah ni dekat Facebook. Bagus bendalah ni, yuk la kita sharing-sharing yer :D Besok-besok aku sendiri nak beli kereta boleh jugak refer. Bagus tips orang ni :D


IDEA 1 : Alang-alang beli kereta, beli 2biji terus

Rasional:
1. Mesti beli dengan pembiayaan, bukan tunai.
2. Satu dipakai, satu disewa.
3. Pendapatan daripada sewa kereta bayar untuk dua-dua kereta.
4. Anda tidak langsung bayar kereta anda, malahan pendapatan sewa kereta itu yang membayar komitmen bulanan anda.
5. Selain menyewakan sendiri, boleh jugak dipajak kepada peniaga kereta sewa.


Kelemahan:
1. Rekord loan anda banyak.
2. Perlukan kreativiti untuk beli aset lain dengan loan.



IDEA 2 : Beli kereta tunai

Rasional:
1. Tak perlu pening-pening berhutang. Beli aje cash.
2. Boleh buat loan untuk aset macam rumah.
3. Sebolehnya beli tunai jika kereta dibawah RM 20k.
4. Jika kereta lebih 20k, mungkin agak membazir beli liabiliti, baik dilaburkan.

Kelemahan:
1. Perlukan tunai yang banyak.
2. Kereta terpakai yang bagus sukar dicari dan ada pelbagai masalah. Jadi kena pandai cari, dan kena pandai jugak bab maintainance kereta.



IDEA 3 : Bayar ansuran kereta tidak lebih 15% daripada gaji bersih dengan pinjaman kurang 7 tahun.

Rasional:
1. Supaya tidak terover beli kereta diluar kemampuan.
2. Kekang nafsu kereta.
3. Lebih murah kereta, lebih murah maintainance.
Tinggalkan gaji untuk beli aset. Minimumkan liabiliti, lebihkan aset.

Kelemahan:
1.Tak boleh menunjuk dengan kawan-kawan. :p Kekeke.



IDEA 4 : Harga kereta tidak melebihi gaji tahunan

Rasional:
1. Cuba bayangkan harga kereta tu kita kerja setahun penat lelah baru dapat bayar semua. Berbaloikan? Beli kereta nak pergi kerja, pergi kerja nak bayar kereta?
2. Kekang nafsu bermewah kereta.
3. Kereta asalkan boleh bawak dah ok.

Kelemahan:
1. Tak boleh menunjuk dengan sedara-mara. Kekekek :D



IDEA 5 : Gunakan rules 20/5/10

Rasional:
1. 20% bayar downpayment, loan 5 tahun, bayar dengan 10% gaji.
2. Biar banyak sikit downpayment, biar rasa bayar liabiliti tu. Kurang loan dan interest yang dibayar.
3. Loan 5 tahun. Kereta ni tak sampai setahun dah boring sebenarnya. So buat apa loan sampai 9 tahun. 5 tahun da cukup. Kalau pakai 3 tahun, nak jual, InsyaAllah ada untung atau tak perlu topup kalau buat loan 5 tahun.

Kelemahan:
1. Kumpul duit downpayment tinggi.
2. Bayar ansuran mungkin tinggi sedikit.
3. Kalau gaji tahunan bulanan RM 4k, harga kereta tidak boleh lebih dari RM 30k.





IDEA 6 : Fikir biar orang lain bayar ansuran kereta anda

Rasional:

1. Buat apa susah-susah bayar, suruhlah orang lain bayar.
2. Beli rumah untuk disewakan. Lebihan cash flow, gunakan untuk bayar kereta.
3. Jadi beli rumah dahulu, baru beli kereta.
4. JIka ansuran rumah RM500 sebulan, disewakan RM800, lebihan RM300 sebulan adalah untuk bayar kereta.
5. Kena buat loan kereta dengan ansuran RM300 sebulan.
6. Terimalah apa sahaja kereta yang dapat dengan RM300 tu.
7. Kalau nak kereta up lagi, saving downpayment lebih sikit.

Kelemahan:
1. Kena cari rumah yang boleh disewa. Jadi kena usaha banyak sikit.
2. Anda jadi cool dengan segera.


Kredit: EZAZ WEALTH Link



Pikir-pikirkan, dan selamat membeli dengan bijak! :D
Muah! Terima kasih sudi baca :D

13 comments:

  1. Sekarang nie serba serbi mahal ... Kena lah pandai berjimat cermat ...

    ReplyDelete
  2. Bagus cadangan yang terakhir jarang anak muda kita termasuk saya sendiri amalkan

    ReplyDelete
  3. Haha..bagus juga idea ni..kena cari duit ni nak beli keta lagi satu..;)

    ReplyDelete
  4. pinjam ye, nk share kt blog, hehehe~

    good infooo, tQ

    ReplyDelete
  5. good sharing kak.. tapi masih blur2 .. tak berapa faham.. hehe.. inshaallah, kalau nak beli kereta nanti, fatin ikut tips kak ni.. hehe..

    ReplyDelete
  6. eeerk beli kereta tunai tu macam krik krik sngt.. hehehe ketidak mmpuan..
    tapi yg beli dua terus tu stuju..

    ReplyDelete
  7. good info kak.. benda baru bagi anis.. tapi kan nak beli dua kereta tu..err..err..terbeliak biji mata i..hahahha

    ReplyDelete
  8. Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete
  9. Nanti nak cari tayar lain kali, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete
  10. cakap dengan air liur senangla

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...