home about contact travelog resepi bahasa jerman

[Germany] Bingen-Rüdesheim Ring Tour

Assalamualaikum and hye!

Pernah tak korang rasa, korang duduk dekat-dekat dengan kawasan pelancongan, tapi korang sendiri tak pernah pun nak explore bendalah pelancongan tuh. Pastu dalam masa beberapa bulan lagi, korang akan balik ke Malaysia, meninggalkan semua kenangan yang korang ada dekat sini, tapi kenangan nak tinggalkan tuh pun takdelah banyak mana. Haa camno tuh?!


Aku rasa camtuh baru-baru ni. Aku macam pikir, aku dah tak lama nak duduk Jerman ni haa, tapi Bingen dengan kawasan sekitar pon tak habis explore lagi. Bagaimana nak ku pulang ke tanah air, tanpa membawa seribu kenangan untuk kuceritakan kepada anak cucu cicit ku nanti, semuanya sebab salah diri sendiri yang taknak mencipta kenangan tuh. I should give myself ONE BIG SLAP! Watcha! Ok, that one is one big kick, not slap. Hahhahaha.


Bingen am Rhein
Rüdesheim am Rhein, Germany (13 Sept 2015)

Jadi disebabkan masa di sini dah tinggal bulan-bulan sahaja, takde lagi perkataan setahun dua tahun lagi, eloklah masa yang ada ni kita isi dengan mencipta kenangan kann. Gtuh you! Kenangan terindah! Ouch! Lagipun tak lama lagi dah masuk winter, kalau masuk winter ni, banyak aktiviti tak dapat nak buat. Cable car pun tak jalan masa winter-winter nanti. Meh sangat kan!


Rüdesheim Town
Rüdesheim ni cantik tau. Tapi harituh nak rushing pergi naik cablecar,
jadi tak sempat nak pukl gambar comel-comel. Takpe, nanti habes praktikel
cheq datang lagi naa :D :D :D InsyaAllah :D

Jadi baru-baru ni tercipta ler kenangan baru di Rüdesheim (bandar berdekatan Bingen tempat aku duduk sekarang). Rüdesheim ni tersenarai dalam must-see, if you come to visit Germany. Old town, classic, cantik. 4 perkataan mampu describe the whole thing. Kalau datang masa summer, boleh naik cablecar. Tapi masa winter cablecar ni tak available. But no worry bebeh-bebeh sekalian, masa winter ada Christmas Market cantek giler-giler kat Rüdesheim ni :D Tak caya, cer tengok sini ---> LINK



Rüdesheim Seilbahn (Eng: Rüdesheim Cablecar) 





Kitorang baru ni ambil ticket Ring Ticket (14 Euro = RM XYZ). Dengan ticket ni, boleh naik cable car di Rüdesheim, pastu hiking 45 minit, pastuh naik cable car lagi satu, turun ke bawah bukit. Kemudian boleh naik ferry ala-ala cruise untuk balik semula ke Bingen. Kelas kau jah, dapat naik cruise siap! First time weh. Cruise yang kitorang naik ni, just 30 min jer.



Cik Juwaily & Me : Rüdesheim from above :D Love :D Meow!

niederwald monument aisya
Kat belakang kitorang ni namanya NIEDERWALD DENKMAL LINK.
Lupa kenalkan. Yang tengah tuh Nabila, kawan baru di Bingen.
Nabila ni sebaya I olls, tapi dia dah nak sambung master. *Kagum!*

Kalau malas nak hiking 45 min, boleh naik kereta kuda shuttle untuk sampai ke cablecar station yang next.
"Tapi, siapkan aja, duitnya, banyak-banyak sedikit..." *baca gaya haji bakhil sikit!* Hihihi :D

Pengembaraan bermula! Nampak tak semua orang bawak beg galas?
Dalam tuh banyak makanan tau, kitorang bawak :D Yummy for tummy!

Kak Lisa (mmg selalu tak pandang kamera)
Nabila & Me :D

Dah lama kitorang hiking (dalam bahasa Jerman : Wandern), baru kereta kuda tadi tuh lalu. Lambat kan?!

Almost the end of our trip on that day, terjumpa padang ni.
Ada binatang macam sang kancil. Takpon pelanduk. Tak pastilah, korang tengok arr sendiri.

Komen sikit, ini rusa ke, kijang ke, pelanduk ke, kancil ker?
Aku tak kenal, dulu masa tadika malas belajar nama binatang. Teehee :D

Kesian si Akmal, berseorangan dekat cablecar yang paling depan. Masa ni dah otw turun dari bukit NIederwald ni :D

Nabila & Kak Lisa.
Berpayung sebab elok jer kitorang naik cablecar, tiba-tiba hujan lebat giler. Lokos!

assmanhausen sesselbahn

Turun dari cablecar, boleh beli poskad, ada gambar sendiri. 1 poskad 3 euro.

Bandar dekat bawah ni namanya Assmanhausen.
Tuh junior baru kitorang, Akmal namanya. Kos mechanical.
Hensem & masih single lagi, *kekekeke* :D

Seronok tengok diorang senyum. Sunday well-spent! :D

Kak Lisa, we'll be missing u!
Kak Lisa dah habes master, lagi seminggu dua kak Lisa nak balik Malaysia dah.
*Sobs sobs*

Kapal ni la kami naik masa nak balik. Cruise apa benda camnie Aisya oi?! Bolehlah kan :D Hehehhe

Mimpi sangat kak Aisya korang nak naik cruise ala-ala Titanic tuh, memang tak dapatlah kann. Mano eden nak cekau duit nak naik cruise cemtuh tu haa?! Korang kasi arr sikit, mai klik iklan kat atas bawah, kiri kanan yang ada. Untung-untung berbekalkan duit nuffnang ni, after 10 years, dapatlah jugak cik kak Aisya naik cruise betol-betol barang sekali dua kann. #HarapanSangat




“The most beautiful moment in life is when the soft air blows through your hair,

you have the feeling that you can take a piece of the sky a few seconds.”



P/S: 
I'm so sorry the photos came out a bit blurry. Masa hari kitorang hiking ni, hujan sepanjang jalan. Lense terkena air hujan 1 hal. Pastuh masa da siap edit gambar, nak upload dekat blog, lama sangat-sangat. Rupanya pixel dia tinggi sangat. Dah compress, jadi blurr plak. Adehh. Halal la ek! :D Have a nice day ahead! :D Sarangae! :D



Rüdesheim, till we meet again this winter!
Till then…
Terima kasih sudi baca :D
Kalau rajin, jemputlah join giveaway kita :D

12 comments:

  1. bertuahnya dapat berjalan kat tempat orang

    ReplyDelete
  2. cablecar memang open macam tu eh? Scary! Erks.

    ReplyDelete
  3. WAh.. dah nak balik dah..

    dah habis tour belum ni...??

    sempat lagi ni.. heee

    ReplyDelete
  4. Kak Aisya lagi berapa bulan dekat Germany sana tu?

    ReplyDelete
  5. Aisya selalunya macam tu lah, yang paling hampir tu lah yang macam tak endah nak pi kan, btw aisyah antara insan yg terpilih untuk melihat keindahan dunia sekeliling, alhamdulillah.. :) terima kasih berkongsi dengan kak ana ye pemandangan indah ciptaanNya.

    ReplyDelete
  6. Laaaa...tinggal bulan-bulan ke? camne akak nak g sana nnt...muahahahaha...cantik scnery dia...tapi akak suka kalau ada air, laut..

    ReplyDelete
  7. bestnya Aisya.. tapi cablecar tuh agak menakutkan terbuka macam tu..

    ReplyDelete
  8. Owh, itu rusa tu...hehehe seronoknya dapat sepnt time macam ni :)
    pengalaman baru :)

    ReplyDelete
  9. bestnya... singgah disini dari g.a mimin adam :)

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. ehehehe hiking ? alaaa malasnyaaa.. tak ada yang naik ngan cable lepas tu xyah hiking lepas tu turun ?
    i is pemalas u....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...