home about contact travelog resepi bahasa jerman

Studentlife : Bila Ada Yang Pulang Meninggalkan Kita

Semenjak dapat 2 orang adik junior dekat Universiti sini (FH Bingen, Germany) terasa diri sendiri macam dah tua. Terasa macam, wahhh diorang 4-5 tahun lagi muda dari aku. Aku pun tak lama dah nak habis belajar jugak, insyaAllah. Tua-nya diri sendiri sebab nak habis belajar dah. Boleh?! Habis belajar = tua. Apende Aisya! Hahhahahah


Baru-baru ni kami hantar kak Lisa balik Malaysia. Kami hantar dekat Airport Frankfurt jer, bukan hantar sampai Malaysia tau. Kau, kalau kitorang hantar kak Lisa sampai Malaysia kann, memang cheq tak balik Jerman balik semula, nak duduk bawah ketiak mak cheq lama-lama. Wahh rindu bau ketiak mak guwe! Waduh!




Memang dah jadi tradisi student Malaysia dekat sini, bila ada orang habis belajar nak balik Malaysia for good, mesti ramai yang sudi hantar dekat Airport. Mesti semua yang hantar pun dalam hati pikir,


„InsyaAllah tak lama lagi, aku pun balik macem ni jugak“

Ok, aku tak tahu hati orang lain camne. Tapi hati aku camtuh katanya. Kekekeke :D Dann jadi tradisi jugak, bila student Malaysia balik, mesti kitorang makan ramai-ramai dekat Airport. Orang kata, nilah last kita makan sama-sama. Besok dah balik Malaysia, semua bertebaran dalam seluruh Malaysia, entah bila dapat kita jumpa lagi kann. *Sebak pulak aku tiba-tiba*





Gluten-free pizza, dengan ikan salmon salai, dengan daun rocket. Pizza ni sumpah sedap. Walaupun rupa dia kurang indah :D
Hhahahhahahaha

Gemüse Lasagna (Lasagna Sayur-sayuran) Sumpah sedap.
Makan, pengsan, makan, pengsan lagi sekali. Sedap sangat-sangat :D

Curi pizza tuna si Akmal dengan Pavi :D Sedap giler pizza ni :D

First time dalam hidup aku nampak elok bila makan.
Masa ni tengah menikmati kaw-kaw! Hahhaah :D

Ini semua sudah selamat di-digest! Hihihi :D
Pizza aku mungkin nampak huduh, tapi rasa dia tiptop! Sedap giler ok :D
Takde sape bayor aku suruh promote kedai ni, aku mmg suka kedai ni tau! Hihiihi :D 

Cik Juwaily yang dikasihi :D Kikiki

Junior baru, Akmal. Masih masih single lagi. Kekeke :D

Junior baru, Pavi. Pon masih single lagi. Kekeke :D

Nabila, Kak Atie, dengan Kak Lisa yang diraikan :D


Kedai yang kitorang makan ni, namanya VITO. Terletak di Terminal 2, Airport Frankfurt, Germany. Tak pastilah tingkat berapa, rasa macam tingkat 2 kot. Hehehe. Seriously siapa-siapa lalu, singgah ataupun berlepas dari airport ni, patut pergi restaurant ni dan rasa. Sedap giler-giler-giler. 


Yang paling aku nak recommend sekali adalah Gemüse Lasagna (Lasagna Sayur-sayuran) dengan Pizza Tonno (Pizza Tuna). Pizza yang aku sendiri makan tuh pon sedap jugak, gluten-free pizza dengan ikan salmon salai, tabur dengan rocket. Serius tak tipu, sedap giler-giler. 




Bewertung/Review : 4.8/5.0
Semua sedap sebenarnya, tapi takleh nak kasi markah penuh. Boleh baiki lagi yer! :D


Tapi tetap, nak pergi lagi!!! Lupa cakap, pekerja kedai ni semua baik-baik belaka. Thankx to kak Lisa, sebab belanja kami semua makan makanan sedap-sedap sebelum kak Lisa balik. Semoga Allah balas yang baik-baik pada kak Lisa, InsyaAllah :D :D :D



Bingen - Full House Take Three :D
Dari kiri : Pavi, Akmal, Cik Juwaily, Puan Blogger, Kak Atie, Kak Lisa, Nabila


With the wind in our hair and the sun in our eyes,
We cherished our friendship as life greatest price…
Now that you are going away,
My life will cease, I will blissfully drown
In all the beautiful memories….

Good Bye...


P/S: Terima kasih sudi baca :D

32 comments:

  1. Kak Aisya nampak kecil sikit (kak Aisya tak besar pun sebelum ni pun bagi saya, cuma la ni bertambah kecil sikit). Sihat tak kak Aisya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hish farah,akk alhamdulillah sehat wal afiat... tuh nampak kecik tuh angle gmbr je tuh... berat akk same jee dr dulu smpai skrg...hahahahaha :D but still, thanx sebab buat akksenyum2 sorang2... bangga jab, rasa kurus...

      Delete
  2. mkn pengsan.. mkn pengsan. bila nak habis.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abes jugak, sbb makan share2... tengah pengsan, org lain mkn....heheheheh

      Delete
  3. seronok gila dpt belajar oberseeee...doakan saya dpt sambung master luar negara pleaseeee ..........Ta tau lah bole tak nak makan2 kat Vito suatu hr nnt...akak amik kos apa kat sana ? Bachelor or master?banyak plak tnya :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, semoga Allah permudahkan jalan aiman yer...terima kasih sudi dtg membaca sini... kita bachelor je bru, electrical engineering.... :D salam kenal yer

      Delete
  4. nt balik malaysia bwk balik sume makanan tu ye.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ezy...kalau kita bawak balik, abesla basi smpai2 msia...heheheheh meh lah dtg melawat kita kt sini...nnt kita belanja mkn kt vito ni... InsyaAllah :D

      Delete
  5. syah bila berjumpa saudara senegara rasa seronok kan syah bila diperantauan ni, kak ana doakan aisyah cemerlang dan selamat pulang ke tanahair bersama suami tercinta.. :) amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak ana... terima kasih yer, anta lgi byk doa utk kitorang yer... :D

      Delete
  6. Senorok jugak kan seekali kumpul ramai2 hantar kawan2 yg dah habis.... Fuh.. Tetiba tgk makanan tu best je... hihihi.. Btw gud luck sis.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhh.. Typo pulak.. #seronok.. hihihihih

      Delete
    2. tq ikhwan :D makanan tuh mmg best...serius :D hihiihih

      Delete
  7. wargh best belajar kat oversea? amek EE yer.. sama bidang la kita ..tapi mommy ni dah tahap pencen dah buat engineering hehee. good luck sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanx sis.... goodluck jugak yer in your life :D

      Delete
  8. aisyaaa lama tak datang blog awak hihi..teringat suatu tika dahulu selalu je berlari-lari siap bukak kasut, sebab selalu lambat pergi boarding gate sampai nama kena panggil he he. pastu orang2 kedai sepanjang jalan semua dok cheers bagi sokongan suruh lari laju laju haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha dahsyt nya bukak kasut cik siti.... kita pon selalu lari2, tp lari nk naik bus la...org german pandang pelik jer....heheheheh meh dtg melawat kita selalu....kita nk kembali active :D DOakan kita rajin update yer :D

      Delete
  9. eheheh back for good.. nanti Aisya and hasbeng pun akan go thru feeling yang sama..

    ps : hai akmal =P ahahaha.. gurau2 gurauaaaaaan semata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhahahha...amboi kak siti :D bukan main lg ek :D

      Delete
  10. Alalala sedih pulak baca, setiap pertemuan pasti ada perpisahan kannn. takpeee2. lepas ni aisya pulak nk balik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hheheheheh, maneder sedih scha....alor jgn sedih2...nt kita balik, yuk gi mengkopi nak??!!! :D Aja!

      Delete
  11. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  12. mcm sedap je tengok pizza tu aisya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius tak tpu mmg sedap Ms kejupenyet....serius teringat2 pizza tuh :D hiihihihh

      Delete
  13. Replies
    1. hish xdelah PHD...hebat sgt tuh....kita bachelor, suami kita master :D hihiihihih

      Delete
  14. good luck and all the best..wish me dapat sambung belajar di germany juga...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah :D all the jugak utk gadis luar biasa yer :D

      Delete
  15. insyaAllah...nanti ada rezeki memang nak sangat ke sana...

    *ramai jugak pelajar malaysia kat sana ek...

    ReplyDelete
  16. indah nya nampak aisya & frens di sana.
    dpt la merasa mengembara berkelana di negara org...
    alhamdulillah :)
    nanti balik mesia, keje, da takde masa nak jalan kot :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...