home about contact travelog resepi bahasa jerman

Memory to Ponder : Swizerland

Hai kengkawan!!! Ingat tak lagi aku cakap, masa praktikum arituh, aku kehilangan life. Terasa nak pengsan, rasa nak mati, takde life sangat bila tiap-tiap hari kena pergi kerja praktikal. Keluar pagi, balik malam. Hilang rasa indahnya berguling atas katil sampai matahari tegak kat langit. Hilang weh nikmat hidup muda-mudi ni. Nak manja-manja dengan laki den pun tak cukup-cukup masa. Kikiki. Tapi thanks to my Mr Cinta Sayang Cik Juwaily (<--- name baru ke tuh? hehehhe), arituh da penat bekerja seminggu, wikendnya Cik Juwaily bawak aku berjalan kejab. Ni masa praktikum arituh la, sekarang da abes da. Loga hati den sekarang ni haa. Hihihihi


Wikend somewhere in August maybe, kitorang pergi merantau kejab ke Swizerland. Kat sinun tuh semua benda mahal, hotel mahal, makanan mahal. Negara orang kayo! Cop money! Jadi kitorang yang tak berapa nak kayo ni, kitorang pack makanan dari rumah, pastuh pergi naik kereta sewa, balik hari. Tak mampu heh nak sewa hotel. Koyak poket laki den! Kitorang pergi beramai tau 10 orang, naik 2 kereta, share-share bayar. Kitorang ajak junior Malaysia yang datang sebagai exchange students kat Jerman ni, ikut sekali pergi berjalan.


Semua bawak makanan macam-macam. :D Ramai chef-chef professional yang masak. Mak takde dekat sini nak masakkan untuk kami, jadi kenalah buat sendiri-sendiri kan. A pat on my husband's shoulder. Thanks, husband! Dia yang masak, aku tukang merasa jer. Kikikiki :D


Interlaken we go! Aja!

Tat-ta-tara!! Welcome to Interlaken, Swizerland! Masa bercinta dulu-dulu sebelum kawen, inilah tempat yang Cik Juwaily yer-yer janji nak bawak aku pergi hanimun. Last-last hanimun kat PD jer. Kekekeke. Takpelah, akhirnya sampai jugak aku ke Interlaken ni haa. Punyalah Swizerland dengan Jerman berjiran jer, da 5 tahun duduk Jerman, baru laa ni sampai.


Masa nak lintas boarder German-Swiss. Pelik giler ada boarder, selama ni tak pernah tengok negara dalam Europe ada boarder camnie.

Bayaran untuk dapatkan Swiss Pass.

Terkejut jugak, masa nak lintas boarder Germany-Swiss, kena macam bayar toll sikit nak masuk tuh. Kena dapatkan Swizerland Pass. Masa tuh kitorang bayar 1 kereta 50 Euro, dapat baki 7,50 Swizerland Frank. Lepas bayar tuh dapat sticker, letak kat depan kereta.


Duit Frank! Sape nak, ada lagi aku simpan tau! :D

Aku tak tahu sangat camne nak kira duit Frank ni. Orang kata, duitnya besar lagi dari Euro. FYI, aku baru tahu Swizerland guna currency Frank. Depa (Swizerlander) tak guna currency Euro macam negara-negara lain dalam Europe ni. Dann diorang takde dalam Kesatuan Eropah @ European Union. Cheq pun baru tau! Sep-sep sapa baru tahu jugak :D Kita geng! Hihihi




Ini jer dulu nak cerita sebagai intro untuk entries travelogue Swizerland. Nak tengok tempat yang kitorang pergi masa dekat Swizerland, stay tuned peeps!


Thanx for reading!
Muah :D
Swizerland, cheongmal saranghamnida!

24 comments:

  1. seronok nak pi luar negara, eden tak merasa lagi kak heheh :D

    ReplyDelete
  2. Bestnya..tak semua orang dapat peluang macam ni..best kan?

    ReplyDelete
  3. Cantiknya permandangan di Swizerland.

    ReplyDelete
  4. ok baru saya tau yg swizerland ni tak pakai duit euro. teringinnya nk pegi sana, pemandangan lawa2 :)

    ReplyDelete
  5. Swizerland tak sama dengan Switzerland? hahahaha...kak Sally malas nak google..kahkah..untung la poie negara orang kayooo!

    ReplyDelete
  6. subhanallah cantiknya, teringin sgt2 nak p swizerland.

    ReplyDelete
  7. sep2 sikit.. cik Ahlam pn baru taw... huhuu

    ReplyDelete
  8. Saya pun mestilaa baru tau jugak! Hehe.
    Bestnya! Jelesnya! Haha

    ReplyDelete
  9. oooooo...iya ke....kenapa baru tau ek? lahai...berdarah hidung tengok k.aisya jenjalan tempat idaman kita...
    ^_^

    ReplyDelete
  10. Ahaaa, Switz pass tu macam Vignette eh?

    ReplyDelete
  11. A cool entry...walau dah pergi dulu tapi bila membaca catatan orang, teringat masa masa dulu haha...

    ReplyDelete
  12. Saya pun baru tahu yang Swiss ni bukan sebahagian dari EU.

    ReplyDelete
  13. Tak sabar nk baca full entry pasal trip ni :D

    ReplyDelete
  14. sep sep ! sama jugak pasal European Union tu....

    cepat habiskan story...!

    ReplyDelete
  15. Salam singgah sini dik...wahh...bestnya dapat ke luar negara² ni...

    ReplyDelete
  16. cepat cepat sambung cerita k asiya...best kan dapat berjalan ke negara orang ni....

    ReplyDelete
  17. alamak aii... beruntong nyer...
    suka nak baca sambungan nyer nanti :)

    ReplyDelete
  18. Nampak best je duduk luar negara...tempat pun tampak canti dan dekat-dekat je....

    ReplyDelete
  19. fuyoooo sampai Luzern dah.. antara tempat yang akak teringin nak pergi..
    uuih akak pun baru tahu yang Swiss bukan dalat EU.. ingatkan skali..

    ReplyDelete
  20. okey, permandangan yg sangat indah. seriouslyyyy !

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...