home about contact travelog resepi bahasa jerman

Bertemu Blogger Dalam Real Life!! First Time! Hihihi

Akkkkkkkkkkkk, assalamualaikum semua! Kekekeke, aku sebenar-benarnya takde idea nak mulakan ayat, 10 hari tak menulis belog ni, terasa awkward jugaklah nak mulakan bicara tuh. Maafkan guwe deh! 


So as everyone already knows, it's winter over here in Germany. And Christmas is approaching! Jangan gundah, jangan risau, walaupun aku duduk sini dah bertahun, aku takdelah sambut Christmas, ko giler?! Hahhahaha. Aku just sambut cuti panjang yang datang setiap kali Christmas, biasanya kurang-kurang cuti 2-3 minggu, duduk berpeleseran dekat rumah, until your badan tumbuh cendawan. Oh damn, it's rhyme! Kekekkeke. Yek kan?! Hhahahha. 


And aku paling suka bila nak dekat Christmas ni, ada Christmas Market yang cantek giler. Sejuk-sejuk malam-malam winter-winter ni pon, aku sanggup kuar pergi Christmas Market ni, sebab best tau sejuk giler-giler, pastuh dapat makan makanan panas, yang freshly cooked. Ko akan rasa macam makanan tulah penyelamat ko dari terkena frozen bite segala alah tuh. Terasa macam makanan tulah heater, the only heater yang boleh panaskan badan masa sejuk giler-giler tuh. Best sangat feeling dia. 



And paling cantek tentang Christmas Market adalah, lampu-lampu-lampu yang berkedipan di sana sini. Winter ni season yang sangat gloomy, yang sangat jarang dapat tengok sang matahari tersenyum indah, tapi bila malam banyak lampu-lampu, cantek sangat. Hilang kejab gloomy, tak tau tinggal kat mana. Hhahhahahah.


Fitri Ananda & Me :D :D :D

Tujuan asal ke Pasar Christmas Ruedesheim kali ni, adalah nak bertemu dengan salah seorang sahabat baik aku dalam dunia blogging ni. Ya Allah, susah betol nak cari masa yang sesuai nak jumpa dengan Mek Fitri Ananda ni, akhirnya jumpa jugak. Alhamdulillah :D Fit ni blogger yang berasal dari rumpun yang sama dengan kita semua, dia dari Indonesia. Rumah dia dekat jer dengan Bingen, kalau naik train cuma 3 station jer bandar Ingelheim tuh, tapi Allah banyak kali merancang nak jumpa, tak terjumpa-jumpa. Baru laa ni jumpa. Meh la berkenalan dengan Blogger Fit ni, dia ni ramah dan manis orangnya :D




Disebabkan bandar Rüdesheim ni seberang sana Sungai Rhine dari Bingen, kitorang naik Ferry kecik untuk cross sungai. Ini kitorang dalam ferri :D Kawan-kawan kak Atie pon datang jugak, ada Kak Sopi (belajar dekat Nuremberg), dengan Kak Mashi (belajar dekat Stuttgart).


Pasar Christmas macam ni biasanya bukak sebulan sebelum menjelang Christmas. Haa skema kann ayat aku?! Pasar ni bukak dari pagi sampai ke malam, tapi biasanya orang akan pergi waktu malam, sebab cantek bila malam, lampu kedip-kedip. Heheheh. Apa aktiviti biasanya orang buat dekat pasar Christmas ni? Jawapan dia, makan! Dan minum! Ofkos, kalau makan je, tak minum-minum, kang tercekik dah parah. Hahhahah.


Makanan feveret aku dekat Christmas Market Ruedesheim ni adalah Cendawan masak berempah macam Makcik Deutsche ni tengah masak ni. Dia guna macam 3 seasoning je dengan cendawan, tak pasti apa, tapi memang halal semuanya. Lepas dia masak lama-lama macam jadi berkuah, pastu boleh makan dengan roti potong. Aku memang tau, orang kedai ni kedekut roti, biasa bagi roti sekeping je, pastu potong dua pulak tuh, so aku bawak bekal roti siap-siap dari rumah. Kelas kau, Maria! Hahhahaha


Dari kiri : Kak Sopi, Kak Mashi, Me Husband, Pavi, Me, and Fit

THe Gadis!
Dari kiri : Kak Mashi, Kak Sopi, Kak Atie, Me, Fit
Ini gambar kami makan Reibkuchen, dengan Pommes.
Reibkuchen ni macam Hash Brown, makan dengan sos Apple (serius pelik, tp sedap)
Pommes pulak adalah normal Fries je, tapi makan dengan Mayonis + Bawang Holland dice-dice
Sumpah sedap! Aku tak boleh makan Mayonis, tp ku bedel, hantam sajalah labu! Jangan pandang kiri kanan :D
HIhihihihi

Dah sudah makan, kita minum dulu!
Yang Fit minum ni, namanya Kinderpunsch. Dia air campuran buah-buahan, pastu dia panas.
Sedap sangat minum ni waktu sejuk-sejuk. Rasa macam cawan ni heater, bawak dari umah. Hahhahah

Dah sudah makan, minum, maka bergumbiralah anak-anak semua. Hahahhaha. Kitorang nampak something macam konon-kononnya Photoboth gtuh, yang boleh masukkan kepala, kitorang pon apa lagi. Hahhahaha, time tu budak-budak kecik pon tengok kitorang pelik. Hahhaha. Ada guwe kesah!

Kami gadis-gadis kerdil!

Kami gadis-gadis kerdil! COmel kan kaki kami?! Hihihihi
Pastuh dekat dengan papan untuk bergambar ni, ada pulak kandang arnab. Ni sebenarnya tempat untuk budak-budak bawah lima tahun. Kitorang yang dah atas 20 tahun pon boleh jugak nak tumpang bergembira dekat sini. Kekekeke :D

Aik Arnab! Ko pulak duduk dalam castle, aku pon tak merasa! Jeling siap kat I ! Korek mata tuh kang! Hahhahahah

Arnab pon ada pejabat post tau! Ingat manusia je ke biasa post-post surat cinta ni, arnab pon boleh nowadays!





After we had so much fun together, kitorang pon bergerak balik. Yelah sejuk kot nak duduk lama-lama dekat luar masa winter ni kann. Maka kami pon hantar Fit naik train untuk balik.




Sedihnya, bulan 1 ni Fit nak balik for good dah, baru dapat berkenalan sekejab. Tak sempat nak bawak Fit pergi panjat bukit, jalan-jalan dekat Uni semua. Takpe Fit, nanti dah balik Malaysia, kita datang melawat Fit dekat Jawa Tengah sana. Make sure to bring me to great place to see and to eat. Because you know how much I love to eat :D Hihihihi. Sampai kita bertemu lagi yer, Fit! Salam sayang, Muah! Miss u already! Hihihi :D Kalau nak baca entri Fit tentang Ruedesheim Christmas Market ni, dekat SINI yer :D





Thanks alot for reading :D Muah!
Minggu depan ada tetamu lagi datang Bingen :D
Nanti kita story mory yer :D Hihihi



29 comments:

  1. ada rezeki jumpa in few days lagiiiii :D haha okay, nak aim cendawan tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Travel sama-sama ke? Nak pergi mana tuuuuuu?

      Delete
  2. Ihihi
    Bangga nian ni nampang cantik di Blog Kakak:D

    ReplyDelete
  3. pergh kak aisya....tak alang2 jalan...seronok nyalah....setiap hari doakan German tu pindah sebelah rumah...hahahahha

    ReplyDelete
  4. Salam kak! best best ,, seronoknya suasana kat sana!!!!

    ReplyDelete
  5. Bestnyaaa .. bila lah dpt jejak kaki ke Germannn n >.<

    http://kimchaa.blogspot.my

    ReplyDelete
  6. salam..hai kak...best nyee duduk sna...boleh tak culik sekor arnab utk sy...ehehe >_<

    ReplyDelete
  7. aisya, kalau kat KL ni kan pii shopping mall tu pun dah teruja dengan krismas deco depa, apatah lagi kat sana tu kan..cantiknya laahhhh :) macam dalam filem2 kak ana tengok.

    ReplyDelete
  8. Seronoknya pergi Christmas Market. Saya sampai sekarang tak berpeluang lagi nak pergi Christmas Market dekat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah.. sila pergi dan update jugak ada best situ ehe..

      Delete
    2. Tak berpeluang nak pergi, kak Siti :(

      Delete
  9. Bestnya jalan2 makan2 dengan lampu lip lap lip lap meriah sana sini :)

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum....Seronok tengok...gambar-gambar...dapat juga idea-idea baru...

    ReplyDelete
  11. jalan2 malam view lampu2 mengelip mmg best la aisya. pastu cuaca sejuk makan2 plak..alahai..

    ReplyDelete
  12. wahh sonoknyer gadis gadis kerdil yg jeliterr tuuuh ., ;)

    ReplyDelete
  13. Seronoknya.... sedar tak sedar, dah setahun baca blog ni..

    Teringat baca entri christmas tahun lepas..

    Btw, bawak roti sendiri, makan lagi puas an.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe itu epic tu.. bawak roti sendiri..
      tpi org kedai x kisah ke ? kot dia suruh beli roti kat situ jugak ke..

      Delete
    2. kak siti, org kedai tuh xperasan pon kita kuarkan roti kita...heheheh bawak xbyk pon, bawak macm 4 keping, pastuh makan share2...heheheheheh :D

      Delete
    3. Zafirah, sekejab je kan mase berlalu, kita pon, sedar xsedar dah almost 2 tahun blogging...serius xperasan....hehehehe org kata, masa yang indah mmg terasa cepat berlalu kann :D hihihihihi

      Delete
  14. seronoknyaaa Aisya.. akak lama tak singgah sini.. harap maaf adek manish..
    jumpa kawan serumpun kat sana.. awak pun dah nk balik kan.. hehe.. meh jalan Penang k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt kita dtg Penang, bawak kita makan sedap2 tau :D abes lah, naik lah berat badan kita, sampai msia, bju semua sendat satgi....hihihihihi :D

      Delete
  15. berapa suhu ni?mesti bercakap pun keluar asap..nape tak makan mayonnaise?lactose intolerant ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa kitorang gi arituh xberapa sejuk sgt, rasanya 5 degree kot, kalau x silap....heheheh kita xmakan mayo sebab raw... :D hihihihi

      Delete
  16. amboiii! senyum bukan main lebar lg jumpa kawan blogger yer! hihihi...alhamdulillah panjang jodoh kalian :)

    ReplyDelete
  17. hamboii. syok nyaa akak. bukan main heppy lagi. kite pon xpena ketemu lg kwn blogger. hee :)

    ReplyDelete
  18. Bestnya tgk arnab tu duduk dlm castle tu..hehe

    ReplyDelete
  19. Tak pernah lagi jumpa blogger lain depan mata. Haha

    ReplyDelete
  20. k.aisya bile kite pulak nak jumpa ?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...