home about contact travelog resepi bahasa jerman

Pengurusan Sampah dan Sisa di Jerman

"Duduk menghadap laptop, jeling ke kanan sedikit, nampak tuan rumah di luar jendela. Teringat masa baru-baru kahwin, pindah masuk rumah baru ni, kami tersalah buang sampah (di sini sampah diasing mengikut jenis), jadi tuan rumah pun tegur kami."


Ok Assalamualaikum. Bila duduk dekat negara orang ni, memang tak lari tidak, memang kena ikut rutin dan gaya hidup orang dekat sini kan. Contohnya, kat sini, semua orang wajib melibatkan diri dalam pengasingan sampah, jadi kitorang pon terlibat sama. Takde pengecualian, semua orang wajib.


Kenapa aku kata, wajib semua orang mengasingkan sampah?

Sebab, sebenarnya semua rumah wajib MEMBAYAR macam tax setiap bulan (ada dalam bayaran sampingan sewa @ Nebenkosten) untuk pungutan sampah pada kerajaan. Bayaran dikira ikut kepala bagi setiap isi rumah. Kami pon baru tahu masa kami pindah rumah baru, tuan rumah explainkan. Habis kita dah bayar untuk pungutan sampah ni, takkan kita tak nak asing sampah kita kann, pastu buang jer suka-suka kan? Macam pelik pulak. Memang secara tak sengaja, kita terikut la sekali dengan system depa ni uruskan sampah. Gtuh.

Sampahnya pulak dipungut mengikut jenis, dan ada jadual pungutan

Contohnya hari Isnin, lori sampah plastik sahaja datang. Selasa datang pulak lori untuk sampah kertas. Minggu seterusnya, sampah jenis lain plak. Setiap rumah akan diberi jadual pungutan sampah. Jadual ni details untuk pungutan sampah sepanjang tahun. Sampah dipungut dua minggu sekali, kalau kat Bingen ni. 



Tong Plastik

Generally tong ni untuk semua jenis plastik, termasuk semua pembalut makanan, dan apa-apa pembalut la. Orang jerman panggil, Verpackungstonne (Verpackung = Pembalut/Bungkusan/Pelastik; Tonne = Tong). Kalau kat umah aku ni, tong ni la yang paling cepat penuh. Berebut-rebut dengan tuan rumah nak penuhkan tong sampah ni. Biasalah manusia zaman sekarang ni, semua benda guna plastik. Aku rasa, paling penting untuk alam sekitar, plastik kena asing elok-elok, dan kemudian kitar elok-elok. Sebab plastik ni yang paling mudarat dekat bumi kalau kita biarkan dia. Nyah kau plastik dari sini!  Watcha! *tiba-tiba jer, hehehehe*
Tong utk Plastik




Tong Kertas

Tong ni pon sama macam tong plastik, dia sangat bermakna kepada dunia dan seisinya. Yelah kita kenalah kitar semula kertas kan, supaya pokok-pokok takdelah banyak sangat ditebang sebabkan kita kan. Kita patut rasa bersalah sebenarnya dekat dunia, kalau kita mengabaikan alam ni. Ingat, kita khalifah di dunia ni, kita bertanggungjawab mengimarahkan dunia, dan menjaga keharmonian seisinya. Kalau da sampah menimbun-nimbun, pokok pon da takde, harmoni lagi ke alam ni? *Ok serius plak aku tiba-tiba. Hehehe*


Seingat aku, dulu masa rumah lama, tong sampah kertas ada tulis dekat depan dia, apa benda yang boleh di-classify-kan sebagai sampah kertas. Kena rajin la sikit baca. Aku tak rajin, jangan ikut. Aku pakai agak-agak ja. Time aku betul tak pasti, baru aku baca kat tong ni.


Tong utk Kertas


Tong sampah Lain-Lain

Nama lain tong ni adalah tong General Waste. Dalam tong yang ni, buh la apa suka. Hahaha. Aku dulu terbuang metal dalam tong ni, pastu Tuan Rumah tegur, dia kata Metal/Besi/Tin Makanan dan seangkatannya kena dibuang dlm tong plastik, nanti sampai kat tempat sampah, dyorang asingkan. Ok itu kerja orang atasan. Kita buat ja, ikut ja depa buat camne. Btw, dalam tong hitam sehitam-hitamnya ni, boleh buang sisa-sisa makanan, ataupun benda yg kita rasa bukan plastik, ataupun kertas.

Tong utk Lain-Lain Sampah


Tong Bio

Haa kadang-kadang ada rumah yang ada 4 tong, selalu akan ada tong ni, tong bio nama dia. Tong ni untuk lebihan makanan, dan benda-benda yang bio-degradable.


Tong sampah ni, sesuai kita buangkan sampah Biology sahaja, aku tak pasti apa aku cuba cakap kat sini. Ala sampah macam tulang ayam, ikan, lebihan makan basi, ranting pokok, daun kering, tahi kucing, tahi anji** semua buang dalam ni. Tapi ingat, jangan sesekali bungkus sampah Bio di dalam beg pelastik yang tak bio-degradable. Sebab nanti beg pelastik tuh tak dicernakan oleh alam, nanti jadi pencemaran baru plak! Haih. Dan bagi rumah yang takde tong ni, boleh buang sampah makanan dalam tong Lain-Lain (general waste) yang aku explain kat atas tadi. Hehehe


Tong sampah Bio

Botol Kaca, Baju Lama, Perabot, Battery pulak?

Lupa cakap, utk sampah macam pakaian dan botol-botol kaca, ada tong lain, yang besar sangat-sangat (tipu je, takdelah besar mana pun). Selalunya tong besar tuh untuk satu kawasan perumahan, ada 2, 3 tong. Kalau nak buang perabot pulak, ada dalam jadual buang sampah kami, setiap kali sebelum masuk musim bunga (Spring Cleaning). Dalam bulan 2 gtuh.


Kami suka time spring cleaning ni. Ada je org yg buang perabot yg still elok, jadi kami student-student Malaysia kat sini suka jugak kutip benda yg depa buang, contoh mcm almari utk dapur, kerusi study, meja jepun, dan macam2 lagi. Bukan kami je yg mengutip, org lain pon kutip jugak. Siap bawak lori pon ada. Selalunya org yang nak membuang perabot, dyorang akan buang sehari atau 2 hari sebelum lori sampah datang. Enough time utk kitorang kutip apa yg berguna! hahhaha. Jimat di situh! Tak perlu beli!


Bateri pulak sampah yang komplex (metal bercampur dengan bahan kimia), jadi tak boleh masukkan dalam mana-mana tong yang aku sebut kat atas tadi. Kalau nak buang bateri, dekat pasaraya yang jual barang rumah, depan dia normally ada tong sampah untuk bateri. Tong dia kecik jer, comel angat-angat! Gtuh you! Manage your sampah like a boss! Hihihihi


Tong untuk botol2 kaca, mengikut warna kaca
Tong untuk buang/derma baju-baju lama



Itu saja for this time, bubye! Semoga benda yang baik macam ni turut dibuat secara ''berleluasa'' di Malaysia satu hari nanti, cebause, I kinda get pissed off when orang tak asing sampah ni! Tolong jangan buat perangai macam SAMPAH masyarakat boleh? Ohh, bukan korang, maksud aku, orang yang da duduk Jerman lama, pastuh still buang plastik suka-suka hati. Hambek plastik tuh, tonyoh kat kepala, bagi lemas baru tau! *Eeewww creepy!*


Sebelum terlupa, botol-botol minuman plastik pun ada cara nak buang dia. Meh tengok video junior I olls buat ni, dia terangkan pasal pengurusan botol plastik di Jerman. LINK di sini....!!!!




Sekian!
Adios Amigos!



36 comments:

  1. wah.. hebat! Supaya Malaysia buat begitu juga..
    Follback
    http://ummuaqill.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wah bagusnya sistem pengurusan sampah kat jerman. btw saya dah klik nuff akak

    ReplyDelete
  3. salam kak!
    wah wah ,main buang je campak campak saya ni

    ReplyDelete
  4. tapi bagus la sistem ni , baru rajin sikit nak asing bumi pon sihat hehe

    ReplyDelete
  5. bagusnya ada sistem macam ni, bagus untuk alam sekitar dan mencambah sifat rajin penduduk german itu sendiri..

    ReplyDelete
  6. Diorang pulak yg amalkan cara hidup islam

    ReplyDelete
  7. kat Malaysia nan hadoo, at least tirulah mcm singapore tu bersih je

    ReplyDelete
  8. Kemain banyak tongnya. Saya dekat Canada tu ada tiga tong sahaja. Itu pun kadang malas nak asingkan. lol

    ReplyDelete
  9. Bagus betul kat sana. Tong sampahnya pun menarik

    ReplyDelete
  10. Terbaik!! negara maju memang lebih awareness bab2 buang sampah and jaga alam sekitar ni. Kat mesia, baru nak start asingkan sampah kat kwsn rumah teres dah ramai dah yang merungut..huhuhu

    ReplyDelete
  11. Bagus la kan buat macam gini. Semua orang ada tanggung jawab sendiri untuk buang sampah menurut klasifikasinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, semua org kena take part kann, bru benda cmnie boleh dijayakan kann :D kalau sikit jer org yang baut pon, xjadi jugak kann... :D

      Delete
  12. Aisya dear, nanti nak minta kebenaran guna entri ni utk ajar anak murid akak Geografi. Boleh kan?

    ReplyDelete
  13. Bagus sistem mereka... Banyak beza dengan kita... Pemimpin mereka pun berbeza dengan pemimpin kita :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann... kat sini kebanyakkan pemimpin ada PHD...pastu arituh ada sorang tuh kt sini, kitorang dpt tau dia beli sijil PHD dia, terus kena turun...xboleh dah duduk dlm kerusi politik....kikiki :D nak wat camno...

      Delete
  14. Aisyaaaa. Kite pun pernah kena tegur sbb terbuang semua benda dalam tong sampah coklat yg biodegradable tuu. Haha, baru la tahu ada beza rupanya kaler2 ni, even kat fakulti pun tong sampah ada 3 at 1 site, plastik, kertas, sampah.

    Tak sure kat Bingen sama tak, tp kat HK ni kan, tong untuk kaca etc tu kann, nampak je kecil. Tapi sebenarnya ada ruang besar bawah dia (kind of underground). Hari tu teman kawan buang botol2 kaca dia, pastu masa dia masukkan dalam tong tu kan, rasa macam ehhhh apsal lama sangat nak dengar kaca tu jatuh berlaga dgn kaca lain. Intai punya intai, laaaahh, jauh ke bawah ruang dia sebenarnya. :D

    p/s - dah balik dahhh :D ahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. samelah hanis, kat FH kita pon ada 3 tong normally...tp keciklah :D ehehhe

      yang kat Bingen ni, tong kaca dia besar, tpi bahagian dia semua atas tanah je hanis... kita pernah tgok org angkat tong kaca tuh, bla dia smpai atas lori, tong tuh bukak dekat bawah dia, kaca semua turun... sebab tuh mcm tau, tong kita tuh pendek jer, xde yang bawah tanah....hehehehe :D

      Delete
  15. Malaysia pun kene ikut macam ni kowt, baru okeyh sikit psl smpah. Hihi

    ReplyDelete
  16. Malaysia pun kene ikut macam ni kowt, baru okeyh sikit psl smpah. Hihi

    ReplyDelete
  17. kat malaysia pun ada, tapi org mlaysia tak macam org luar yg ade sivik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha....maybe kena start ajar dri sekolah rendah kot...kena pupuk semangat kitar semula ni :D

      Delete
    2. kat rumah saya ada tong ni ...diwajibkan setiap rumah mesti ada. tapi klu hilang tong ni kena byr RM120...patut ke mcm tu. klu tuan rumah tak kerja oklah..leh simpan tapi yg kerja ni balik kerja baru leh simpan. agak2nya ada tak org yg berkenan nak suri tong sampah mcm ni.

      Delete
  18. Sana mcm lebih pentingkan alam skitar gak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul....org sini biasa marah kalau kita xkitar semula... kat firma yang kita keje praktikel dulu, masa meeting, mesti ada org akn pesan, jangan lupa asingkn sampah, sepaya senang nak ktiar semula... hehehehe :D

      Delete
  19. Ha ha.. malaysian mmg mcm tu.
    Buang sampah merata ikut dan ja...

    ReplyDelete
  20. In msia we hv all those rules... tp execution hampeh...

    ReplyDelete
  21. system yg sgt bermanfaat! kalau Malaysia.. berhuhuhu je lah. hihih

    ReplyDelete
  22. wow cool gila! banyak gila jenis tong sampah. hahahaha. kira memang bagus la pengurusan dia. kalau kat sini buat pun fekdah nya juga

    ReplyDelete
  23. mentaliti...itu yang patut orang Malaysia buat...bukan bila kena ada tong sampah yg sesuai baru nak asingkan...benda boleh buat mula dari rumah...kenapa nak tunggu ada tong sampah baru nak buat..?

    In Malaysia, kita ada je tong macam tuuu...tapi semuanya sekadar hiasan sebab org malas nak asingkan...asingkan dulu baru ceita pasal implementasi..

    ReplyDelete
  24. makasih bos infonya dan salam sukses

    ReplyDelete
  25. terimakasih gan infonya dan semoga bermanfaaat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...