home about contact travelog resepi bahasa jerman

Apa Salahnya Repeat Exam?!

Psst, psstt, meh nak bisik. Hehehehe. Kalau tulis dekat blog ni, takde maknanya bisik, Aisya oi! Hahhahahah :D Aku sebenarnya nak bercerita kepada dunia, tentang perihal seorang budak bernama Aisya yang suka repeat exam. Hhahaha, aku ler tuh, sila buat2 kenal yer.


Aku kan selalu sangat gebang dekat blog, cakap aku exam kan. Sebenarnya sebab aku ni selalu kena repeat exam. Haa, terukkan aku kan? Ceritanya camnie, dekat sini (Jerman), sistem dia, setiap subjek, kita boleh ambil maximum 3 atau 4 kali, depends pada universiti. Macam uni aku, FH Bingen, boleh ambil exam bertulis sampai max 3 kali, pastuh kalau fail lagi, exam lisan plak, dann kalau lisan pon fail, barulah kena buang uni. Haa, seram tak seram jugaklah kan.

5 Ways Germany Changed Me

Helloww Everyone !!!


Kepada semua yang baru datang singgah first time, second time, tak kesah lah kan, aku nak perkenalkan diri aku sekali lagi pada korang. Name diberi Siti Aisya Ibrahim, I'm really young in my heart, umur dalam IC patutnya 24 this year, tapi dalam hati I olls sentiasa 22 jer. Kehkehkeh. 


Aku sekarang tinggal di Jerman untuk menghabiskan pelajaran, mengejar cita2, menunaikan impian ibu bapak, nusa dan bangsa, ceh! (**Belajar patutnya kenalah atas impian diri sendiri, jangan semata2 sebab orang lain) Hhhahahah. Aku student engineering(Electrical Eng.), sekarang sem 7 Bachelor. Pelajaran dekat sini sepenuhnya dalam bahasa Jerman, so you can tell that, I can speak, write & talk in German. 

Follower ke 400 !! Wahh

Terima kasih banyak kepada anda-anda-anda semua sebab follow blog aku yang tak seberapa ni. Tanpa korang semua, tak sampailah ke angka 400 arini yer. terima kasih jugak especially kepada follower ke-400, namanya 

Nadira Ismail


Narnia Next Akan Buat Filming di Bingen, Germany ????!

Betul2 ker ni?! Hahahhaha, takdelah aku tipu jer. Salji ciput jer dekat Bingen ni, Narnia takde der nak pilih Bingen untuk buat filming. Tapi walaupun salji yang turun dekat Bingen ni ciput-ciput jer, still berjaya membuatkan aku excited tak hengat!!! Nak tengok tak?


Salji sikit jer tau, akak Aisya yang excited terlebih! Hahhahah :D





Main chak-chak dengan pokok pon jadi! Hihihi

Tips bershopping secara bijak dan berjimat!!

Aku dulu boros duit, sampai pernah arr terpaksa pinjam duit orang untuk bayar sewa rumah. Terukkan aku kan? Pastuh aku jumpa dengan en Suami aku, suami akulah ajar berjimat-cermat, membawa berkat. Hhehehhe. Dapatlah simpan sikit2, sampai alhamdulillah cukuplah belanja kahwin dulu. Teehee :D



Tapi still susah nak buang tabiat suka sangat shopping online ni. Aku bila boring belajar, bukalah website shopping online, scroll2 sampai nak juling biji mata. Susahlah nak jimat kan kalau suka shopping macam aku ni kan. Haa, tapi, aku ada tips tau! 


Kegilaan dulu2 kala... :D Sekarang dah bijak sikit berbelanja :D



Tips bershopping secara bijak dan berjimat:

1. Subscribe newsletter dari website2 macam Zalora, dan Lazada, nanti diorang akan inform melalui emel, bila diorang nak adakan SALE!!
2. Membeli baju seberapa banyak yang disukai, hanya pada waktu sale. Pastu puasa membeli.





Tapi kan aku rasa, kalau nak tunggu sale je tak cukup arr. Camne kalau kita nak beli baju untuk pergi interview kerja ker kan, tapi masa tuh tak sale? Takde diskaun? Acanorr? Let me tell you one secret! **Haish, secret patutnya cakap slow2, tak boleh laung2. Nanti semua orang tahu. Haishh!

[Jerman] Kehidupan Anak2 Melayu di Perantauan

(Cerita rabu lepas :D)

Ahh rasanya bila duduk jauh giler2 dari Malaysia ni, benda yang aku paling rindu tentang Malaysia adalah makanannya. Kalau aku balik Malaysia ni, confirm naik berat badan aku, makan mee goreng mamak, pastu minum Milo Dinosaur, tiap2 hari dapat sarapan roti canai dengan teh tarik, haisshh banyak lagilah makanan yang aku teringin sekarang ni.



Haa bila dah duduk jauh ni, the only way nak melepas geram rindu keramat dekat makanan Malaysia satu jer,
haa engko masaklah sendiri Aisya oi! Hahahhaha.  


Antara benda kitorang selalu masak adalah:


Ayam masak lemak cili api dengan rebung
Ikan keli salai masak lemak cili api
Asam pedas ayam
Ayam masak kicap
Kari Ayam
Ayam masak sup
Ayam masak paprik
Tomyam Campur
Nasi goreng kampong(Ini makanan feveret aku!!)
Nasi Ayam Gemas
Nasi Lemak
dan banyaklah lagi... hehehehe :D



Aku dengan suami aku biasanya beli barang2 nak masak dari kedai Asia, bawak balik keletang-keletung masak. Haa, kalau korang nak tahu, kedai barang2 Asia kat sini kitorang panggil Asiamarkt tau, sebut betul2, bukan Aisyamarkt tau! Haip! Hehehehe.

Riwayat Seperiuk Tomyam

Sebenarnya aku reluctant nak cerita dekat sini, tapi sebab kak Siti yang menaip suggest aku update ni dekat blog, aku story lah sikit. Tadi kann, aku dengan en Suami aku masak seperiuk tomyam, kononnya naklah buat tomyam gong, yang ada santan, rasa lemak2 sedap gtuh.


Aku dah siap masak seperiuk tomyam tuh, rasa perfect siap, tinggal masukkan santan jer. Sekali masuk jer santan, rasa2 balik, masam. Dah sudah, santan tuh basi rupa-rupanya. Sedih ku bukan kepalang, rasa nak nangis sebab tak boleh makan tomyam tuh. Masa cerita ni dekat korang pon rasa nak nangis lagi. Wahhhhh!! 




Last2 kitorang laki bini order jer pizza delivery. Lain kalilah makan tomyam gong yer, takde rezeki kitorang arini. Aku suspect, santan tuh basi sebab arituh rumah ni blackout dekat sejam, masa tuh santan tuh duduk dalam chiller. Sian dia.


:'(


P/S:
Aku dengan suami tak berani nak macam basuh, masak balik tomyam tuh ke apa, sebab kitorang selalu dengar cerita2 orang food poisoning teruk, kitorang takut kalau masak balik tomyam tuh, dengan kuah baru maybe ada saki baki santan basi tuh. Bukan sengaja2 tau nak buang. Rasa berdosa buang makanan. Hhahaha


Hailah pengalaman....

Hadiah & Harapan di Birthday ke 24 Aku!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. 


Apa khabar semua orang? Firstly, terima kasih banyak kepada yang wish birthday aku last week, tak lupa jugak yang hantar poskad dan hadiah. Domo-domo kumawoyo(tqvm). So, since birthday aku dah beberapa hari berlalu, aku dah dapat kumpulkan beberapa hadiah, dan aku nak tunjuklah dekat korang. Apalah salahnya kegembiraan dikongsi bersama kan? Hehehee.


Hadiah2 yang diterima untuk bedeyh ke 24 !!


Arituh aku ada bagitahukan suami aku belikan beberapa outfit summer untuk aku kan. Aku pilih, dia bayor! Hahhaha. Seronok giler, dapat pilih dengan riangnya. Tengkiu le Husband!





Healer Episode 11 Spoiler

Haa kepada yang giler dengan cerita Healer, mari aku nak bercerita. Harap2 korang belum tengok episode 11 yang baru jer keluar tak sampai 24 jam tadi. Haa, dalam episode 11 ni Healer keluar dating dengan Choi Young Shin. Giler, romantik habessss!!! 



Tapi jangan ler korang risau, abang Healer kita tak reveal muka dia dekat Choi Young Shin, cover baik punya. Argghh tension dengan OST yang keluar masa diorang dating ni. Stress2, jelesnya tengok kakak Choi Young Shin dapat dating dengan abang Healer! Hhahahahha. Dah kenapa aku tiba2 obsess dengan Healer ni. Takyah nak berangan yer, Aisya!

Healer: Jom kita menonton!!

Haa, aku kan sekarang ni tengah giler kemaruk dengan satu drama korea ni. Sampai rasa nak ajak satu dunia tengok sama2 cerita ni. Padehal bukannya ssemua orang suka genre sama macam aku kan. 


Aisya, aisya, be logical, can you?! Hahahahah :D


Btw, kalau korang macam aku, suka cerita korea yang banyak action2, tapi ada part2 cute, romantik2, mari aku nak suggest dekat korang untuk tengok cerita ni. Chacha...!


HEALER
Ji Chang-Wook
Park Min-Young
Yoo Ji-Tae

Genre: Action & Love
No. of episodes: 20 




Ya Allah aku kan, sebenarnya memang dah lama cair dengan Ji Chang Wook ni masa tengok dia berlakon cerita Empress Ki. First time tengok dah suka!! Tapi aku rasa, aku sekarang bukan setakat cair je, aku dah ter-evaporate dah dengan this guy's hotness. Arrrgggh tak tahan tengok dia senyum. Rasa nak cubit2 pipi dia!!

Kelas Bahasa Jerman #2

Assalamualaikum dan salam Maulidur Rasul kepada semua yang membaca di sini. 


Ni nak cerita, 2 minggu lepas, kitorang penduduk Bingen, Germany telah pergi ke Airport Frankfurt untuk menghantar senior kitorang balik ke Malaysia for good. Perghh ayat aku ada ''telah'' la. Bangga cikgu BM den dekat sekolah dolu2 kalau dengar. Kehkehkeh.




Bui bui seniors, till we meet again, insyaallah :D


Dann... Airport Frankfurt telah memberi inspirasi kepada aku untuk share dengan korang beberapa perkataan dalam bahasa Jerman. Ini kira ala-ala kelas Bahasa Jerman tak berapa formal la yer. Ater aku ni idok ler bertauliah nak mengajor kome2 ni bahasa Jerman, tapi apalah salahnya berkongsi ilmu. Tak gtuh?


"Lho semua mahu nggak guwa ajarin Bahasa Jerman?"


Makanya kalau mahu, mari kita mulakan! Teehee. Aku pon tak tahu, kenapa aku tiba2 cakap macam ni. Btw, selamat belajar semua! Lets get started!

Berita Gumbira Ditahun Baru 2015!!

Yeyeh!! Assalamualaikum dan salam tahun baru 2015 kepada korang semua. 



Apa khabar? Demam ker sehat ditahun baru ni? Kalau tak sehat, bawak2 ler makan ubat apa patut yer. Hahahahha. Aku baru balik dari tengok bunga api, ni nak cerita. Punyalah dalam setahun bumi Jerman ni senyap jer malam2 lepas 10 malam tak boleh buat bising, cuma bila malam tahun baru jer orang boleh party2 bising2, main bunga api, mercun semua. Lentum-lentam tadi dekat luar. 



Kitorang tak beli pun mercun, sayang pula rasa macam bakar duit, student extend macam aku ni kena pandai2 jimatkan duit, heheheheh  kitorang keluar tadi just nak tengok orang lain main bunga api. Semua bunga api diorang beli sendiri dekat kedai tau, pastuh haa bakar sendiri, main sendiri. Dah sepah2 main bunga api, aku ada nampak pakcik2 ni keluarkan penyapu, sapu balik bekas2 sampah bunga api diorang tadi. Respek! Ahaks!



Haa, takmoh la cerita pasal tuh. Berita gembiranya sebenarnya adalah, aku nak kasi korang kalendar 2015 yang kiut-miut, kalau korang suka, korang boleh download dan print. Haa nanti bolehlah letak dekat meja study, comel pon comel aku tengok. Mata akulah, aku tak tau mata korang tengok comel ke idok. Teehee. :D


Credit to cgvector.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...