home about contact travelog resepi bahasa jerman

Bestfriends, Lets Grow Old Together! Aja!

Dengar lagu ni sambil membaca KLIK

Ingat lagi, masa aku Darjah 2 kan, kitorang satu femli duduk rumah setinggan dekat Seksyen 26, pastuh tiba-tiba kerajaan nak ambil tanah rumah kitorang, kitorang kenalah pindah. Aku masa tuh sekolah dekat Sek Keb Seksyen 20. Kitorang satu femli pun pindahlah ke Kg. Padang Jawa, Klang, sebab ada tanah arwah atok dekat Padang Jawa. 


Setiap hari arwah abah berulang hantar aku sekolah jauh (Klang-Shah Alam), sampailah satu hari femli aku pujuk aku tukar sekolah ke Padang Jawa. Masa tuh kan, aku takut sangat nak pindah sekolah, aku macam fikir, camne kalau aku pindah, aku takde kawan, duduk sorang-sorang. Hahahahha. Aisya, memang gtuh lah, selalu takut kena duduk sorang-sorang takde kawan. Tapi walaupun ada rasa insecurity tuh dalam hati, aku still tukar sekolah masuk Sek Keb Padang Jawa, masa awal Darjah 3, tahun 2000 masa tuh, ingat lagi.


Aku dahlah takut takde kawan kan, hari first masuk sekolah Padang Jawa masa tuh, aku sorang jer tak pakai tudung, orang lain semua pakai tudung, rasa isolated habess arr masa tuh. Camne aku nak pakai tudung masa tuh, baju pun baju pinafore yang aku pakai pergi sekolah. Hahahhaha. Hari first tukar sekolah tuh, budak laki tarik-tarik rambut aku sebab aku tak pakai tudung. Ingat lagi, budak laki tuh cakap camnie dekat aku,


"Ko tahu, sape tak pakai tudung, nanti Cikgu Noraini tarik rambut dia time perhimpunan!"


Masa tuh Cikgu Noraini tuh penyelia petang. Aku cuak giler. Hari kedua terus pakai tudung. Sampailah sekarang ni haa, masih pakai tudung, Alhamdulillah. Terima kasih sangat dekat budak lelaki yang tarik rambut aku masa aku Darjah 3 tuh. Hahhahaha. 

Aku sebenarnya rindu semua yang dalam bayang-bayang ni sangat-sangat sekarang :'D

Cinta berputik dimusim Bunga

Assalamualaikum!

Haa, ini bukan cerita adaptasi dari novel jadi drama ke apa, ni aku nak bercerita. Sama ada cerita ni rekaan semata-mata, ataupun kisah benar, tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka, korang tekalah yer. Teehee :D


Boleh jugak dengar lagu ni sambil baca KLIK

2015 - Latest trip to Italy & France

August 2011
Masa tuh, aku nak pindah masuk Bingen. Bingen ni kampung yang aku duduk sekarang ni, dekat Germany. Kampung kecik jer, orang sini semua baik-baik. Haa nak dijadikan cerita, masa aku mula-mula nak pindah ke sini, aku tumpang letak beg dekat rumah sorang kakak senior ni, sebelum aku dapat masuk rumah sewa. Tapi kakak senior tuh balik Malaysia pulak waktuh tu, jadi Cik Juwaily lah yang tolong bukakan pintu rumah kakak tuh. Kakak tuh tinggalkan kunci dengan Cik Juwaily.


Masa tuh kan, aku ingat Cik Juwaily akan buka pintu jer, pastu dia akan biarkan je aku angkat sendiri beg baju aku yang berat 20 kilo tuh. Hahhaha. Rupanya Cik Juwaily gentleman, dia angkatkan beg aku. Masa tuh memang aku pandang muka Cik Juwaily ni, berbunga, bersinar, bercahaya-cahaya, wa cakap lu. Jatuh cinta terus. Indahnya feeling masa tuh. Cewah! Kahkahkah (**Rasa lawak plak bila nak ceritakan balik semula, kehkehkeh)

Apa Itu Paypal & Bagaimana Cara Menggunakan Paypal

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca di sini. 


Kalau tak silap aku, lebih kurang setahun lepas, aku ada cerita pasal perniagaan online aku dekat Ebay Germany(kepada yang baru di sini, aku tinggal di Germany skrg :D). Haa masa aku meniaga dekat Ebay tu, aku gunakan saluran Paypal untuk mudahkan orang bayar pada aku. Since semalam Kak Siti Yang Menaip ada tanya dekat Facebook, siapa yang tahu Paypal ni apa benda kan, aku rasa eloklah aku terangkan serba sedikit apa yang aku tahu tentang Paypal ni, dengan berbekalkan pengalaman  lebih 4 tahun menggunakan Paypal untuk urusniaga online.



Apa itu Paypal?

Paypal adalah satu website online LINK, yang boleh digunakan sebagai medium untuk transfer duit ataupun membuat bayaran, dengan cara yang selamat. Selamat di sini bermaksud, pihak lain (yang berurusan dengan kita) takkan tahu apa maklumat akaun bank kita, semuanya dirahsiakan oleh pihak Paypal. Tapi pihak Paypal memang ada semua detail bank kita, macam nama, nombor akaun dan sebagainya. Paypal ni kira macam orang tengah antara kita dengan orang lain. Semua transaksi(jual atau beli) hanya menggunakan satu email yang dah didaftarkan dengan Paypal. Itu sahaja. (Klik image dibawah untuk ke website Paypal)

Impian



Ingat lagi, masa aku kecil-kecil kan, abang hakak aku semua dah besar, dah kerja. Aku kan anak bongsu accident, so memang jarak umur kitorang jauh giler. Along aku lahir tahun 1970, aku? 1991. Jauh giler jarak umur kan. Even anak Along aku pun lagi tua dari aku tau. Masa aku kecil, mak aku selalu cakap macam ni dekat aku:


"Sekolah belajar rajin-rajin. Besok boleh kerja senang, duduk dalam office ada aircond"


Tapi kan, aku dah pernah kerja part time dekat macam-macam company masa sebelum fly dulu. Kerja yang dalam office duduk jer main taip-taip pun pernah. Tapi aku rasa, boring arr kerja dalam office ni. Boleh mengantuk sebab duduk jer. So pesanan penaja for my mum:


"Mak, I dont want to work dalam office, got aircond watsoever!" 
Hahhahaha :D

Title-less Thursday

Hellow-hellow yellow marshmellow! Assalamualaikum, semua!
Aku sebenarnya memang takde idea nak namakan entri ni apa, jadilah entri ni Title-less. Hahhahaha. kalau korang nak tahu apo ko bondo aku nak cerita dalam entri ni, teruskan membaca menengok. Aku ada banyak gambar nak share ni :D


Frühling(German) = Spring(English)




It's officially Spring now! Yeay! Cuaca selesa sangat-sangat sekarang. Lebih kurang 10 ke 20 degree, suhu aircond jer gtuh. Tak payah dah pakai jacket tebal-tebal bila keluar. Pakai cardigan jer pun dah cukup. No more boots! Yeay!

Cerita Tentang Venice, Italy

Masa aku tengah menulis entri ni, aku tengah slow-slow paksa diri sendiri makan sebiji tomato. I am never a fan of tomatoes, infact I hate the taste, tapi aku percaya, semua orang Korea yang kulit cantik-cantik tuh mesti dah makan banyak buah-buahan, termasuklah tomato, dalam hidup diorang. I wish, I had flawless skin like them alls. Ayak! Tension tengok depa cantik angat-angat!




But that's not the thing I want to talk today, bebeh! Omo omo omo, aku cakap omputeh ke tadi? Persetankan grammar aku yang ke Laut China Selatan tuh. Arini aku nak bercerita dengan korang tentang trip kitorang ke Venice, Italy.

Siapa Tahu Tajuk Lagu Ni?

Tanya sama pokok, apa sebab goyang
Nanti jawab pokok, angin yang goncang
Tanya sama langit, apa sebab hujan
Nanti jawab langit, tanyalah awan


Awan nanti kata, aku kandung air
Sampai tempat sejuk, aku pun cair
Lihat dalam air, ada bayang-bayang
Campak satu batu, bayang pun hilang


Lihat dalam taman, terdapat binatang
Pokok-pokok hijau indah dipandang
Arnab sungguh comel, bulu warna putih
Itu tanda bersih, Allah pun kasih

Tips Untuk Travel Eropah Like A Boss

Arituh ada orang suruh kongsikan macam mana aku selalunya booking setiap kali kitorang pergi travel kan. Haa meh ahkak ajar. Ilmu ada sikit jer di dada, tapi boleh jugak nak dikongsikan :D Teehee




Macam mana nak booking tiket flight?

Aku suka search macam ni: 
Cheap flight from Frankfurt, Germany to Venice, Italy

Kelas Bahasa Jerman #5 : Es Ist Doch Einfach!!

Arini kan, aku tadi tolong sorang orang tua Jerman ni untuk booking hotel. Aku macam dah selalu uruskan booking hotel setiap kali travel, jadi dah tak berapa kekok nak tolong orang tua tu untuk cari hotel. 


Pastuh aku suggestkan gituh gini pada 'pakcik' tuh, ikut kesesuaian dia, aku just suggest, tapi dia yang pilih sendiri hotel yang mana dia nak, dan booking dia buat sendiri. Masa nak booking tuh, mengamuk-ngamuk pakcik tuh, dia cakap susahlah nak booking-booking ni semua. Pening arr, mencik arr semua kan. Hahahhah. Aku biarkan aje. Bak kata arwah abah aku, ''Takpe, kita perhatikan ajer. Hahhaha''

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...