home about contact travelog resepi bahasa jerman

Inilah Rupanya Ladang Strawberi

Hari ni rasa happy sangat-sangat. Sebabnya aku baru balik dating dengan suami! Hihihi. Padehal setiap hari keluar beli barang rumah sama-sama, still nak kata 'dating' lagi. Ehh podah! Hahahaha. Arini terasa datinglah sikit fefeeling tuh, sebab arini memang kitorang plan elok-elok aktiviti nak buat, camne nak pergi, camne nak balik. Nak tahu tak kitorang dating dekat mana? Tadaa!



Ini ladang strawberi! Kitorang arini berdating dekat ladang strawberi, sebab kitorang nak strawberry-plucking. Dalam bahasa Jerman, Erdbeeren Pflücken. Kalau korang nak tahu, dalam bahasa Jerman strawberry = Erdbeer.

Erd = Tanah/Bumi
Beer = Berry

Petik-petik....

Makan....

Darah Yang Gemuruh

Pengalaman derma darah di Jerman | 3 hari lepas, aku dengan suami pergi derma darah. Orang dari hospital datang ke universiti kitorang untuk 'kutip' darah-darah kitorang ni haa. Hahahaha. Aku first time tau derma darah. First time derma, terus derma dekat Jerman. Ya Allah best rupanya pengalaman derma darah ni!

Masa daftar, kakak nurse tangkap gambar, simpan dalam data base

Ceritanya macam ni, aku mula-mula nak temankan suami aku jer derma darah, aku takdelah macam nak derma. Aku tak sarapan pun sebelum pergi nak menderma tuh. Budget mula-mula memang taknak derma. Pastu lepas suami aku dah daftar, tiba-tiba suppp! Meresap satu perasaan dalam hati aku, "Eh, nak derma jugaklah" Hahaha. Pastu aku pun mendaftarlah jugak. Kehkehkehkeh.

Lepas daftar yang tangkap gambar tuh, kena jawab soalan pasal kesihatan kita. 
Ada banyak sangat tok nenek soalan kena jawab

France | Travel ke Pantai Nice & Cannes

Entri ini berkaitan dengan:
Roadtrip Italy-France LINK
Travel Venice, Italy LINK
Berdating dengan Mr Bean LINK

Fiat 500
Our ride during the 7-day roadtrip : FIAT Cinquecento (Kiopta!)

Aku dengan Cik Juwaily kan, peminat sangat-sangat Mr Bean kan. Arituh yang kitorang travel roadtrip Italy dengan France arituh, kitorang sempat singgah sekejab pantai yang Mr Bean buat berlakon, dalam movie Mr Bean's Holiday. Nak tengok gambar, teruskan men-scroll :D Teehee!


Blue Sea
NICE, France (20 March 2015)

Blue Sea
NICE, France (20 March 2015)

Dating dengan Mr Bean Kejab!

Siapa dekat sini peminat habis Mr. Bean macam aku? Sep, sep sep! Aku kan, bukan minat masa kecik-kecik dulu jer, sampai sekarang still minat dengan Mr. Bean ni. Semua cerita yang ada Rowan Atkinson (aka Mr Bean) berlakon, mesti aku tengok banyak-banyak kali, tak caya boleh tanya en Suami aku. Hahhahaha. 


Masa kecik dulu, mak aku selalu larang, tak kasi aku tengok cite Mr. Bean, sebab Mr. Bean ni suka buat bukan-bukan, tapis sayur dalam stokinlah, kunci kereta dengan manggalah, drive kereta dengan batang moplah, macam-macamlah kan. Tapi aku suka, sebab Mr Bean ni selalu think outside of the box kan! Mak aku kata,


"Budak-budak tak boleh tengok cite Mr Bean ni, bukan-bukan ajer dia tuh, mak tak sukalah"


Tapi biasalah kan, benda yang orang larang tulah yang best nak buat kan. Aku memang tak pernah miss satu episode pun cerita Mr Bean tau. Memang feveret habeess arr, kata!

Germany | 3 Calit Putih vs. 3 Calit Hitam : Part 2

Dalam entri sebelum ni CLICK, aku sharekan 3 benda aku tak suka tentang negara Jerman ni. Tapi macam mana pun, still ada banyak sangat reasons for me to love this country. Takdelah macam semua benda negative jer pasal negara ni, masih banyak perkara baik yang boleh kita ambil contoh kan :D Read here too CLICK


1. Harga smartphones lebih murah, kalau ambil plan yang betul
Haa, dekat sini ada service provider (line telefon, macam Maxis/Celcom dekat Malaysia) yang buat promotion diskaun berganda, kalau kita beli handphone dengan diorang dan ambil plan postpaid dia. 4 tahun dulukan, aku beli Samsung Galaxy S2 (harga asal 419€), aku dapat diskaun sebab buat plan postpaid. Diskaun aku dapat masa tuh 150€ (=RM600). Dahsyatkan? Banyak boleh saving :D

Cheq duduk sebelah tong sampah :D
2. Negaranya bersih
Dekat sini, sampah diasingkan. Sungai jernih bersih. Semua benda environmental-friendly. Dekat jalan takde sampah ok! Hahaha :D Memang terasa nikmat sangat, aku dahlah sangat suka benda-bendalah environmental-friendly ni. Terasa kurang berdosa dekat alam sekitar :D

Germany | 3 Calit Putih vs. 3 Calit Hitam

Moh ler kita berkenalan :D Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal bercinta ker masalahnya? Hahahaha. Nama diberi Siti Aisya Ibrahim, umur dalam IC patutnya 24 this year, tapi dalam hati I olls sentiasa 22 jer selalu. Kehkehkeh. Aku sekarang tinggal di Jerman bersama suami untuk menghabiskan pelajaran, mengejar cita-cita, podah! Aku student engineering (Electrical Eng.), sekarang sem 8 Bachelor. Pelajaran dekat sini sepenuhnya dalam bahasa Jerman.




Sebenarnya kalau dipikirkan, boring sangat-sangat duduk dekat Jerman ni, kalau aku bandingkan dengan life aku dekat Malaysia dulu-dulu. Meh aku sharekan dengan korang, selepas aku lima tahun duduk Jerman ni, apa benda yang aku tak gemar sangat pasal Germany :D 


Beware! Ini adalah pendapat peribadi aku, harap takde pihak yang gunakan entri ni sebagai bahan rujukan, ataupun bahan untuk meng-bash aku balik di lain waktu. Kehkehkeh :D

Salah Faham Kita

Korang pernah tak terbaca berita dulu-dulu, ada orang dekat China dapat anak kembar 12. Pastuh si parents tuh kena pilih sorang baby jer, dan lagi sebelas baby tuh dibunuh, sebab kepadatan manusia yang berlaku dekat China. Haa, scary kan dengar.


Semalam aku dengan kawan aku yang dari China tuh pergi Firma yang kitorang nak praktikal tuh, ada urusan sikit. Masa dalam perjalanan tuh kitorang boraklah pasal dekat China, setiap keluarga boleh ada anak satu jer. Aku teringat cerita yang 11 baby kembar terpaksa dibunuh, sebab mak bapak dia boleh pilih 1 jer anak untuk depa besarkan. Terasa kejam sangatkan bunuh baby camtuh jer.

terpaksa bunuh


Pastuh tahu tak, kawan aku yang dari China tuh terkejut beruk. Dia katakan, mana ada kerajaan bunuh baby kalau parents dapat anak lebih dari seorang. Itu news tipu tuh. Memang betul dekat China, negaranya padat penduduk sampai terpaksa amalkan ''1 keluarga 1 anak''. Tapi takde pun bunuh-bunuh ni.

Taman Dalam Hati

Bingen(Germany) ni kampung tau, banyak bukit-bukit anggur, orang German tanam anggur untuk buat Wine. Aku kan, pilih Bingen ni untuk sambung Bachelor aku kan, sebab aku suka sangat dengan nature sebenarnya berbanding dengan hiruk-pikuk bandar. Aku selalu rasa, dekat sangat dengan alam, kalau time travel dekat tempat yang ada taman cantik-cantik, bunga, pokok, hijau jer mata memandang. Meh nak story, dalam banyak-banyak jenis taman ataupun gardenkan, aku ada suka 2 garden ni, paling suka sekali. Mani-mani chuwa ae (suka sangat-sangat) !! 


First, aku paling suka Japanese Garden. Masa aku kecik kan, paksu aku rumah sebelah, suka sangat trimm pokok-pokok bonzai dia. Sedap mata aku memandang, sebab rendang je pokoknya. Gendut-gendut, comel pulak. Pastuh dekat tanah, hijau jer rumput karpet, sedap bila pijak. Dalam memory aku, pertama kali aku pergi Japanese Garden betul-betul, masa umur 18, masa tuh pergi Japanese Botanical Garden dekat Bukit Tinggi, Pahang. Ya Allah indah sangat! Ingat lagi sampai sekarang ni haa. Paling aku suka adalah, Japanese Garden selalunya ada sungai ataupun kolam kecil, yang atas dia ada macam bridge. Arrghh, rasa Cinderella sangat kalau dapat diri dekat bridge tuh. Kehkehkeh.


Aku berharap dalam hidup aku yang singkat ni, aku dapat tengok banyak lagi Japanese Garden. Kalau boleh, nak sangat ada Japanese Garden dekat rumah sendiri nanti, kalau ada rumah sendirilah. Hehehe :D InsyaAllah. Amminn :D

K-Drama Review : That Winter, The Wind Blows

Haa, aku baru sudah tengok cerita ni. I know, drama ni dah setahun lepas, cheq ja tertinggal train, baghu laa ni nak tengok. Ok fine! Heheheh. Takdelah, last year busy, this year baru banyak masa, tu yang sampai seminggu boleh marathon 3-4 drama terus. Kehkehkeh. Tengok puas-puas Aisya, besok dah pergi praktikal tak sempat dah nak berlonggok dekat lantai, bergulung dalam comforter tengok drama tanpa henti. Lepas ni, kena bersopan-santun jer uruskan masa. Ngee ngee :D


Geu Gyeo-ul, Baram-i Bund


Drama ni tentang apa sebenarnya?
Ceritanya pasal seorang lelaki ni, Oh Soo (lakonan Jo In-Sung). Dia seorang gambler(kaki judi). Awek dia khianat dia, sampai dia tertuduh larikan duit ke apa entah, pastu dia kena penjara setahun. Keluar-keluar penjara dia dapat tahu, dia berhutang dengan seorang money-lender ni 78 Million Dollar.

Mata Yang Tersenyum

Haa, nak sambung cerita lepas aku pergi Universiti semalam, pasal nak ambil surat untuk praktikal. 


Baca sambil dengar lagu ni meh KLIK


Masa aku pergi tuh pukul 955 pagi, pastuh makcik dekat Uni aku kata, surat tuh akan siap dalam sejam setengah, so kenalah datang balik pukul 1130 pagi gtuh. Aku macam, alahai, kena pergi Uni balik semula, malasnya.


Aku ada satu tabiat ni, kalau aku dah balik rumah, memang payah betulllll nak keluar balik. Buntut melekat dekat rumah. Hahahha. Disebabkan aku takut aku betul-betul melekat dekat rumah, aku takdelah balik rumah. Aku merayau-rayau tak tentu hala, nak habiskan masa sementara tunggu surat dari Uni tuh siap.

Kelas Bahasa Jerman #6 : Grammar Bahasa Jerman

Haa arini aku bangun awal. Takdelah awal sangat, aku bangun lebih kurang pukul 845pagi, sebab janji nak jumpa dengan kawan dekat Uni pukul 930. Punyalah aku pakai comel-comel mekap bagai, sekali pukul 925, kawan aku telefon, kata dia tak jadi datang. Cett! Rasa nak meroyan baling-baling kerusi jer. Tapi aku sabar jer. Aku kan baik! Kehkehkehkeh, perasan betul.


Aku kena pergi Uni sebab nak ambil surat untuk masuk praktikal. Aku macam bengang sebenarnya kawan aku tiba-tiba cancel, rasa nak hentam kepala dia. Lempang piung-piung! Hahahha. Tapi walaupun kawan aku tak jadi datang, aku tetap pergi Uni untuk ambil surat tuh. Malas aku tunggu orang yang tak menepati janji ni. Lantak kat ko lah, Labuu! Hahahah.


Sampai dekat Uni, pergi ler pejabat dia. Aku tersasul-sasul cakap tadi. Punyalah masa atas basikal aku dah karang ayat dalam otak, sasul jugak akhirnya. Ayat perbualan kitorang macam ni:


''Ich habe Praktikumplatz bekommen, und das Firma...''
(salah dah sebab guna 'das', patutnya guna 'die')


Pastuh aku betulkan ayat aku...

Its Okay, Its Love

Haaaaaa, aku baru jer habis tengok drama It's Okay, It's Love. Sekejab jer habis 16 episode, macam tak perasan, tahu-tahu, ehh dah habis ker? Hahahah. Should I review this drama? Is anyone interested nak mendengar membaca?

Gwaenchanha, Sarangiya

Jalan Cerita & Setting?
Ceritanya bermula macam ni. Pada suatu hari...(Amboi!) Hahahaha. Pada suatu hari, di bandar Seoul yang indah tinggal seorang doktor perempuan ni dalam satu rumah dengan 2 orang sahabat lelakinya. Sahabat lelaki dia ni, seorang tuh doktor jugak macam dia, doktor sakit jiwa. Seorang lagi tuh, Lee Gwang Soo, dia ni bukan doktor tapi dia macam ada penyakit sawan gtuh dan dia kerja dekat satu cafe ni. Dann, satu hari ada seorang penulis lelaki ni pindah masuk rumah diorang, jadilah diorang berempat ni housemates. Ohh lupa cerita, rumah diorang cantik tau!

Jom Tengok Drama Sensory Couple!!

Aku kan masa nak tulis ni, aku tengah berdebor gila. Haahaha. Aku dari semalam non-stop tengok cerita 'Sensory Couple', ya Allah scary tau cerita ni. Suspend habis. Sampaikan aku nak bangun pagi-pagi wuduk pun cuak rasa nak pergi bilik air. Rasa macam ada orang follow jer. Kepada yang belum tahu, meh aku nak cerita drama 'Sensory Couple' ni pasal apa yer.

sensory couple
Sumber : Asian Wiki

Tajuk drama ni 'Sensory Couple' sebab watak utama perempuan dalam drama ni Oh Cho Rim/Choi Eun Seol (lakonan Shin Se-Kyung), dia hebat deria bau dia. Tapi dia nampak bau dengan mata, bukan dengan hidung. Comel jer! Pastu watak lelaki dia plak Choi Moo Gak (lakonan Park Yoo-Chun) seorang pegawai polis, haa dia ni pula langsung tak boleh rasa sakit, panas dan sebagainya. Kiranya watak lelaki cerita ni langsung takde deria merasa tuh. Hahhahah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...