home about contact travelog resepi bahasa jerman

Jatuh Cinta Dengan Missha

Lebih kurang 4 bulan lepas, aku hidup tanpa hala tuju. Setiap hari aku habeskan masa dengan menonton drama Korea. Sambil menonton drama Korea, biji mataku terasa nak terjojol keluar! Sebab biji mataku sakit melihat cantekknnnya kulit orang Korea ni. Geram mak tengok! Jadi aku pun dengan pantas menggoogle nama brand-brand kosmetik yang ada dekat South Korea. Orang kata, ada berlambak barang kosmetik yang bagus dari Korea ni, dann harganya berganda lagi murah dari barang kosmetik dari western. Jadi aku pun, apa lagi, google sana, google sini. Baca review sampai nak juling mata. Masa tulah aku terjumpa dengan Missha ni. Missha adalah nama brand kosmetik berasal dari Korea ok. Korang jangan ingat Missha ni Misha Omar pulak. Ayoyo @_@



(Lagu ni best, jemputlah dengar yer KLIK)
Kalau korang nak tahu, produk Missha ni terkenal jugak dekat Korea tau. Dann berdasarkan pembacaan singkat aku, aku dapat tahu, yang Missha ni banyak jugak buat produk yang bagus-bagus setanding dengan brand-brand mahal dari Western, macam Estee Lauder dan Lancome. Semangat ke-ASIA-an aku membuak-buak ok! Sokong habis produk Asia-Asia ni. Aku memang percaya, kulit orang Korea dengan Jepun cantik-cantik sebab diorang rajinnnnnnnn sangat jaga muka diorang. Jadi, berbekalkan semangat ke-ASIA-an aku, aku order barangan dari Missha ni. 

missha
Source : Missha Germany Official Website


P/S: 
Ada banyak jer brand dari Korea yang bagus jugak, contohnya Innisfree, Tony Moly, Etude House, Skin & Lab, Nature Republic, blah3x. Tapi takde dealernya dekat Jerman. Jadi mahal sikit, sebab kena beli direct dari Korea, dan shipping ke Jerman makan masa dekat 4 minggu. Missha satu-satunya yang ada dealer dekat Jerman, kalau beli 3-4 hari sampai dah dekat rumah aku. Dann, bila sampai, HAPPY! Hehehe. Dasar engkau Aisya memang kuat shopping online! Kehkehkehkeh :D

Pengalaman Berpindah Rumah di Jerman

Aku kurang sikit online lately, sebab tengah uruskan pindah rumah kan. Arituh dah cerita dekat entri manentah kan. Hihihi. Arini secara officialnya aku dapat kunci rumah baru dari tuan rumah. Van yang kitorang nak sewa untuk pindah, Isnin ni baru boleh amek. So buat masa sekarang, kitorang angkut barang sikit-sikit. Kadang jalan kaki je, ataupun kalau berat, kitorang bawaklah naik bas.


Aku kan, arituh tension nak pindah. Tapi as time goes by, aku macam realise, pindah ni ada best dia jugak rupanya. Takdelah semua benda pasal pindah ni buat kita stress. Hihihi. Ada jugak benda yang positive :D


Best dapat jual barang dekat online
Tak tahu camne nak cerita, tapi dekat sini (Jerman) kita boleh iklankan dekat online barang yang kita nak buang/jual/kasi dekat orang. Pastu sapa-sapa berminat, contact dekat fon ataupun email, pastuh dia buleh datang dengan kereta amek sendiri. Haa, best kan?! Bayar cash jer masa nak amek barang. 


Masa dulu sebelum kawen, nak pindah masuk rumah yang sekarang ni, aku iklankan, dan aku dapat jual banyak barang rumah. Banyakkkk, serius tak tipu. Masa tuh microwave ada 2 (satu aku, satu cik Juwaily punya), jual satu microwave. Pastu jual gitar, masa tuh ada 2 gitar. Masa tuh aku baru belajar main gitar. Tinggalkan 1 je gitar dekat rumah. Yelah lepas kawen kan, semua benda boleh share kan. This time around, kitorang akan pindah masuk satu bilik yang dah fully furnished. Jadi banyak perabot lama-lama kena get rid. Dalam masa yang sama boleh dapat duit sikit-sikit. Yeay! :D 


*Duit = Happy* 
Kihkihkih

Sayang jugak nak jual meja sendiri. Sayang sangat-sangat meja ni. Tapi takpelah,
rumah baru ada meja baru :D *Wink!*

Ini dulu aku amek dari kakak senior. Ya Allah susah nak letak dekat online ni,
sebab kitorang tak tau basikal bodoh ni, dalam bahasa Jerman apa. Puaslah cari tadi. Hihihi :D


Meroyan | Ramadhan Kelima di Perantauan

Assalamualaikum. Dalam sebok-sebok dan pening-pening nak pindah rumah ni, masuk dah kita ke bulan Ramadhan yer. Macam tak perasan, setahun dah berlalu. Kejab sangat rasanya. Kejab jer masa berlalu, tahu-tahu this year kali kelima kena berpuasa di negara orang. Aku tak pasti nak kata feeling dia camne.



Aku maybe tengah down sekarang. Aku sendiri tak pasti, samaada aku down sebab pening fikir pasal nak pindah ke. Aku fikir jer, tapi tak buat pape pun! Melepak jer! Hehehehe :D Minggu depan nak pindah, rumah satu hapah tak berkemas. Seriuosly sayang sangat nak meninggalkan rumah ni.


A tear is 1% water, and 99% feelings... 


Boleh jadi jugak aku down sebab aku homesick. Rasa sedih sangat tahun ni berpuasa lagi di negara orang. Hati ni membentak-bentak, kalau boleh nak lari balik Malaysia sekarang jugak, nak puasa dekat Malaysia. Tapikan, aku rasa, bukan suasana puasa dekat Malaysia yang aku dok rindu ni. Aku rindu bazaar Ramadhan jer sebenarnya. Baiklah aku duduk sini diam-diam. Daripada, berkejar naik flight balik Malaysia, semata-mata nak pergi bazaar Ramadhan. Aisya, kau dah kenapa!

Bulan Baru, Rumah Baru

Haa, oooii kawan-kawan! Kami suami isteri nak pindah rumah! Hihihi. Rumah yang lama ni, masak guna elektrik, shower pun guna elektrik, komputer 2 biji pasang 24 hours, memanglah kan. Naik melambung bil elektrik kitorang ni haa. Sekali dapat bil, dekat 100 Euro. *Pengsan style haji Bakhil*



Nak tak nak, terpaksa cari alternative lain untuk jimatkan duit. Jadi, kami bakalan berpindah rumah! Yeay! Jadi bulan 7 ni rumah baru! Bulan baru, rumah pun barulah! Hihihi. Rumah next tuh, insyaAllah dapatlah jimat sikit duit. Sebab sekali dalam duit bayar sewa, ada dah siap-siap bayaran untuk current, rumah dengan heater. Current semua tuan rumah yang uruskan. Kalau berlebih, dialah tanggung. Hehehe. Jadi tak payah dah pikir belanja bayar current banyak ke apa kan.





(Cuba dengar lagu ni sambil baca KLIK)
Rumah baru nanti, insyaAllah, rumah sharing-sharing. Alaa macam rumah dalam cite P Ramlee yang Bujang Lapok tuh. Rumahnya share dapur, share toilet gtuh. Tapi masing-masing adalah bilik sendiri. Haish, takkan bilik tidur pun nak share kan. Amboi! Hehehe

Sahabat Sebenua

Semenjak aku masuk ke Fachhochschule Bingen (FH Bingen aka University of Applied Sciences Bingen) kan, aku perasan, aku takde berapa ramai kawan rapat. Masa sebelum datang ke Jerman, dalam kelas persediaan tuh, aku kenal semua orang dalam kelas. Tapi berbeza bila dah masuk universiti. Semua orang buat hal sendiri, belajar sendiri-sendiri. Takde pun macam term 'bestfriends' gtuh. 



So, betul-betul aku rasa, aku ada 4 orang kawan jer. Dua orang Morokko, sorang orang China, sorang lagi orang Afrika (negara Cameroon). Tapikan, aku perasan dengan kawan Morokko dan Afrika tuh, bila berbual, macam ada limitation. Kadang-kadang aku tak faham diorang cakap. Kadang diorang yang tak faham apa yang aku cakap. Macam ayam cakap dengan itik. Lawak arr, sebab selalu salah faham each other gtuh.


Tapi aku perasan, paling perasan sekali kan, bila aku berbual dengan kawan yang dari China tuh, dia selalu faham apa aku cakap. Untuk pengetahuan korang, kawan China aku ni lelaki tau, umur 31. Dia dahlah lelaki kan, sepatutnya dia manalah faham orang perempuan cakap kan. Tapi dia selalu get-the-idea bila kitorang borak.

Ayam Masak Laila Isabella

Aku dengan Cik Juwaily kan, bila malas sangat nak masak, ataupun konon-konon tengah diet, kitorang mesti masak ayam masak Laila Isabella ni. Ini resepi yang Cik Juwaily cipta secara tak sengaja, pastu saje-saje je gedik namakan dia Laila Isabella.


Resepi ni, memang takde kena mengena dengan cerita movie Laila ISabella yang Rosyam Nor berlakon dengan Nasha Aziz tuh tau. Ini memang gedik-gedik jer kitorang namakan dia Ayam Masak Laila Isabella. Copyright reserved! Hehehe :D Cara nak buat dia senang habis, memang campak-campak jer, kukus, siap!

Ayam Laila Isabella
Ayam Masak Laila Isabella


Germany : Musim Lalat Dah Start

Assalamualaikum dan salam sejahtera I bid to all readers :D 

Welcome, Mrs. Summer :D


daisies


Hari kelmarinkan, dekat Jerman ni tiba-tiba panas yang amat. Jumaat yang panas. Aku ada appointment dekat bank, pastuh Cik Juwaily cadangkan naik basikal pergi bank tuh. Setengah jam ok aku mengayuh dengan penat lelahnya nak sampaikan ke bank tuh. Dahlah panas giler-giler, rasanya kalau tak silap aku, aku check weather, Jumaat tuh suhu dekat Bingen ni 33° Celcius, memang terbakar ok. Peluh jangan cakaplah kan. Balik rumah, sakit kepala terus.

Asam Garam Hidup Berkahwin Masa Belajar

Lately kan, terasa macam ramai pulak orang yang bertanya dekat aku, apa beza lepas dah kahwin, especially bila kahwin masa still bergelar student ni? Haa, cammano den nak torangkan ni haa. Aku sebenarnya tak reti nak put everything in words, apa baik-buruk-kesan berkahwin masa study ni, tapi mehlah aku cuba yer. Ini entri tentang, apa yang berlaku dalam hidup aku lepas dah ter-kahwin dengan Cik Juwaily, hehehehe :D Jemputlah baca yer :D




1. Aku lulus subjek yang dah fail 7 kali lepas kahwin
Haa ini paling obvious aku rasa. Dulukan sebelum kahwin, aku memang hidup mati berusaha sangat nak lulus subjek Programming (Part 1 & Part 2). Sampai 7 kali aku ulang tau subjek ni. Aku bukan mengulang exam jer, aku mengulang assignment dia sekali. Sampai satu tahap, aku memang rasa tak boleh go on lagi dah, sampai rasa nak pindah unilah, rasa nak tukar courselah, apalah. Betulll.

7 Tips Hilangkan Jerawat

Rasanya lebih kurang setahun lepas, blogger Nadya Syafiqa kot ada minta aku tips, macam mana nak hilangkan jerawat. Cewah, macam hebat-hebat jer aku ni, nak kasi orang tips kan. Tapi, bila scroll-scroll gambar aku dulu-dulu dekat facebook, tengok diri sendiri, banyak rupanya improvement muka aku ni. So, kiranya layaklah juga aku ni nak berkongsi tips. Teehee :D




April 2015


1. Jangan usik-usik jerawat. Pecahkan lagilah jangan. Gentel pun jangan.
Sebab bila kita usik jerawatkan, tangan kita ada kuman dia sendiri. Kuman dari tangan pergi ke muka. Lagilah teruk jadinya. Kalau pecahkan jerawat pulak, memang senanglah dia merebak. Jerawat ni once kita pecahkan dia, membiak dia tuh, ya ampun, beranak-ranak dia nanti. Baik jangan usik langsung jerawat tu. Kalau ada jerawat, biar jer dia duduk situh diam-diam. Jangan bagi perhatian pada dia. 


2. Gunakan pencuci muka yang ada effect mengeringkan muka
Setakat pengalaman aku dengan jerawat ni, aku paling perasan, bila aku start guna pencuci muka yang buat muka jadi kering (2011: aku start guna pencuci muka Avene), memang jerawat tuh mati. Once muka kita kering, jerawat susah nak bertahan lama, dia akan mati. Pastu dia takkan dapat merebak kalau muka kita kering. Seeloknya, pendapat aku, masa jerawat tumbuh, kurangkan guna pelembab dan krim muka, sampailah jerawat yang ada tuh sembuh sepenuhnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...