home about contact travelog resepi bahasa jerman

Aktiviti Anak Melayu di Perantauan Pd Musim Raya

Assalamualaikum, dan hye semua!

Korang semua mesti tengah sakan lagi beraya dekat Malaysia tuh kann? Tolong rayakan untuk cheq sekali naa! Hihihi. Kami yang di Jerman ni, berayanya sehari jer, masa raya pertama. Pastuh raya kedua, ketiga semua orang dah bertebaran balik rumah masing-masing. 


Haa disebabkan beraya meriah-meriah dekat sini cuma sehari jerk an, makanya! Raya kedua kami dah start cari aktiviti menarik untuk buat. Boring ar kalau duduk rumah jer. Kitorang ikut Kak Atie dengan husbandnya naik basikal lalu persisiran sungai Rhein. FYI, sungai Rhein ni sungai yang panjang giler-giler across Germany. Tapi tak pasti arr panjang camne, tapi panjanglah jugak, ada banyak bandar besar dekat tepi-tepi sungai ni. (Maklumat selebihnya, silalah korang google yer :D Peace V)


Suami kak Atie bawak kamera Gopro, jadi adalah dapat rakam-rakam sikit suasana berbasikal dengan view sekeliling. Jemput yer tengok. Kalau suka, sila komen! *Muah*






Jauh giler kitorang kayuh basikal, serius tak tipu. Perjalanan pergi dengan balik adalah 40 km kot. Seriusly ni festaim dalam hidup aku kayuh basikal sejauh ni. Masa pergi happy-happy la, balik rumah, haa sakit kaki sekor-sekor. Solat pun macam susah nak rukuk sujud, lutut terketar-ketar lepas balik tuh. Hahhahaha. Terasa faktor penuaan sangat! Cess! 




Beraya Di Perantauan Pun Best Jugak Tau!

Hihihii. Start-start dah gelak. Apasal la ko ni, Aisya! Arini happy. Musim-musim raya ni mestilah happy kan?! Hihihi. Tahun ni kitorang beraya ramai-ramai dekat Konsulat General Malaysia di Jerman. Jangan tanya aku, beza Konsulat dengan Kedutaan, aku pun taktau beza dua bendalahjadah ni. Hihihi. Konsulat ni tompatnya terletak dekat bandar Frankfurt, Germany. Dari rumahku syurgaku, adalah dalam 2 jam perjalanan naik train nak ke sinun tu haa. Takpe, 2 jam perjalanan berbaloi, dapat makan sedap!


Makanan = Heaven!!
(khurafat giler, hihihihi)


Arituh seminggu sebelum raya lagi, pihak JPA dengan MARA ada bagitahu pukul berapa nak datang apa semua, tentative majlis gtuh. Jadi senang kitorang plan nak gerak dari Bingen ni pukul berapa kan. Bagus-bagus. :D Kitorang sampai dekat Frankfurt dalam pukul 830 pagi. Solat raya pesemua setel, dalam pukul 1030 kitorang start makan jamuan raya. Syok jugak rupanya beraya beramai-ramai camnie.


Gadis-gadis sebelum solat hari raya..

Seronok tengok semua orang pakai baju raya :D Cantek!

Kak Marina Scholler and femli. Yang kiri tuh Shiqa, pastu yang nak tumbuk tuh Daniel,
si kecil molek satu kat tepi tuh Dawud namanya. Comel kan diorang kan?!


Aku jujur cakap, aku festaim beraya dekat Konsulat Malaysia di Jerman ni. Jadi aku memang tenggelam-timbul tak reti sangat, tak tau suasana dia camne apa semua. Blur-blur. Nak cakap dengan orang pun segan-segan, sebab ramai orang yang tak kenal aku. *Bukan aku yang tak kenal orang tau, hihihi*

Resepi | Homemade Nugget

Assalamualaikum dan hye!


Aku kan sebenarnya hairan dengan Cik Juwaily. Kalau pergi Netto ke Rewe ke, aku nak beli benda merepek-repek sikit, mesti dia larang. Aku memang kontra habes dengan Cik Juwaily. Dia kalau pergi supermarket, dia betul-betul beli benda yang perlu sahaja. Aku pulak, kalau boleh semua benda dalam supermarket tuh aku nak beli, bawak balik rumah. Hahahha. Segala jenis jajan, semua aku nak try. Aku bukan apa, aku ikut pepatah arwah abah aku dulu-dulu, "Kalau nak makan, makanlah selagi sehat. Besok dah sakit, banyak benda tak boleh makan". Itu pasal aku suka beli makanan macam-macam jenis. Kadang-kadang aku makan sikit jer, pastu taknak dah. Just nak lepaskan rasa 'teringin' tuh jer pon. Tapi kalaulah perangai aku ni, Cik Juwaily tak kawal, tegur, lentur kan, mesti habes terbang duit aku beli benda merepek. Haa kan. Tengkiu jugaklah dekat Cik Juwaily kan :D Sebabkan abanglah, kita dapat jimat sikit kan :D Muah ciked!


Tapi aku pelik dengan Cik Juwaily. Punyalah dia suka larang aku itu hini kan, tapi satu benda dia memang tak larang. Kalau aku kata, nak beli bahan-bahan untuk buat homemade nugget, dia mesti support. Tak pernah dia larang. Pelik giler, dia selalunya memang kuat melarang. Hahahhahha :D Jadi disebabkan suami tak larang, maka terhasillah nugget-nugget hasil kepalan tangan kak Aicha sendiri. Air tangan guwe ni, haruslah digemari para suami! Para?! Huh?! Hahhahahaha


Krabby patty dan nugget :D
100% Homemade

Tak pasti kenapa, semenjak duduk Doshland (read: Germany), aku lagi suka buat nugget sendiri, berbanding beli. Kalaulah beli nugget dari kedai Turki kan, ya Ampunnnn, masin bebenor nugget dia. Sekilo hagaknya garam dia tuang dalam adunan nugget tuh. Serius tak kena dengan tekak aku. Jadi kalau ada kerajinan lebih sikit, aku memang try cari masa untuk buat nugget homemade sendiri. I suka, Cik Juwaily pun suka! Yeay! Suka sama suka gtuh! Bergabung meletop! Hehehehe. Apalah aku merepek ni kan :D Hihihi.

Resepi Nugget Homemade


Bahan-bahan utk buat nugget homemade:
§ 2 dada ayam (cincang ataupun potong dadu)
§ 4 keping roti potong (buang bahagian warna coklat, pastu potong dadu)
§ 1 sb tepung jagung
§ 1 sb serbuk stok ayam
§ 1 st baking powder
§ White pepper secukup rasa


Bahan untuk kulit luar:
§ 5 biji telur ayam (pukul/kocok)
§ Breadcrumb secukupnya (kalau ada yang warna oren, lagi bagus :D)

Seorang Lelaki Jerman Yg Hensem Dan Surat Kabor

Praktikel aku kali ni, boss kasi semua dokumen untuk dibaca dalam bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris korang tahu, bukan bahasa Jerman. Walaupun bahasa Jermanku sedikit berkarat, aku tak kesah pun, kalau boss kasi dokumen dalam bahasa Jerman. Boleh praktis kan. Hehehehe. Pastuh aku pun baca dokumen yang boss kasi. Sambil baca, hatiku bagai digeletek-getelek. Aku gelak banyak kali tengok penggunaan word English boss aku yang salah. Jahat giler aku kutuk boss aku. Giler kerek ko Aicha! Tak bagus, tak bagus.


Masa aku tengah geli hati sorang-sorang, tiba-tiba seorang lelaki Jerman yang hensem menegur aku, “Wolltest du auch eine Kaugummi?” (Maksud: Nak satu chewing gum tak?). Mamat hensem tuh offer aku chewing gum. Aku tak puasa, sebab ABC, jadi dengan yakin dan pantas aku cakap, „Ja“ (Maksud: Yes!). Budak jerman hensem tuh duduk belakang meja aku, tapi setill dalam cubicle yang sama. Ada 6 ekor meja dalam cubicle ni. Kalau cikgu aku tahu aku guna ‚ekor‘ sebagai penjodoh bilangan utk meja, tentu cikgu BM ku menangis seorang diri di belakang blok D. Kah kah, lame lawak kau Aicha! Dekat pembalut chewing gum tuh, ada tertulis something, yang buat aku macam…


“Wo wärst du gerne in diesem Moment und warum bist du nicht dort?”
(Where do you really want to be right now and why are you not there yet?)




Jawapan aku:
„Ich wäre gern in diesem Moment in Malaysia sein.“
(Aku nak sangat berada di Malaysia sekarang ni)

„Aber… Ich habe noch was zu tun hier.“
(Tapi… Aku masih ada perkara yang perlu dibereskan di sini)


Praktikal Day 4 :D

Harini, hari ke-4 aku kerja praktikal. Perasaan?! Takde perasaan pape. Clueless lagi pasal kerja praktikal ni. Tak tahu apa yang kena buat. Blurr-blurr sangat lagi. Semalam boss aku tak datang, arini kawan sama-sama praktikal pulak sakit, pun tak datang. Boss esok baru ada dekat firma. So aku duduk melanguklah sorang-sorang harini.


Banyak dah artikel yang related dengan topik praktikal ni, aku baca. Tapi ehmm. Tak faham menda pun! Hehehe. Tapi takpe, pelan-pelan kayuh kann.


Cer cite feeling kerja praktikal dekat negara orang?
Tak tau nak kata feeling dia. Sume orang dekat firma ni buat kerja sendiri, takde sangat gosip-gosip. Nama kawan meja sebelah pun, aku tak tahu. Masing-masing buat hal sendiri. Tempat kerja ni senyap macam library. Sekolah mana diorang ni semua dulu?! AKu takkan anto anak aku sekolah tuh. Hahhahaha


Review Blog | Baju Warna Coklat

Wahh sekejab jer bulan dah berubah kan. Aku ni tak perasan masa gerak laju sangat. Dann aku tak perasan jugak aku ada berhutang review blog. Arituh aku join jadi sponsor untuk contest. Jadi dengan berbesar hati, arini blog pertama akan direview oleh aku. Iaitu blog Rrai ==> LINK


Rrai ni comel tau. Rarai ni student dekat KUIM. Dalam blog Rrai banyak cerita pasal life dia, study dia. Aku seronok baca, sebab ayat Rarai ni comel-comel. Akk aicha rasa nak cubit-cubit pipi Rarai. Kenapa Rarai comel sangat ni?! Hihihi :D


Header yang comel :D Semua benda comel tau :D


SEGMEN | Tinggalkan URL Korang Di Sini

Heatwave melanda Europe. Dah berapa hari dah panas sangat-sangat. Ya Ampun, dekat Jerman sekarang ni panas sangat-sangat. Bayangkan kitorang puasa almost 19 jam, dengan suhu arini 40° arini. Memang rasa nak pengsan weh. So, disebabkan panas yang amat di luar sana, maka, kami suami isteri duduk ajelah di rumah. Sambil duduk-duduk dekat rumah ni, aku nak datang blogwalking ke blog korang semua dengan gumbira. 


Kalau korang nak aku datang blog korang, sila TINGGALKAN URL korang di ruangan komen bawah ni yer. Kira segmen blogwalking kecil-kecilan la yer. InsyaAllah masa wikend-wikend yang panas ni, eloklah aku duduk saje di rumah dan blogwalking. Tak laratlah nak kuar. Pengsan plak karang.


Lupa cakap :
BERSIARAN HARI NI DARI RUMAH BARU




SEGMEN TAMAT!!!




Happy wikend, semua!
Kalau ada bran, jemputlah follow aku :D
Lagi bran, buatlah entri. Tapi xwajib pun tau :D
Cau cin ciao! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...