home about contact travelog resepi bahasa jerman

Kopi: Tabiat Orang Jerman, Serba Sedikit

There was one time, I told my friend.... Amboi speaking London ahkak Aisya yer! Kekekeke. Takdelah gurau jer. Aku pernah arr borak dengan kawan kerja sini, orang Jerman. Aku cakap, aku rasa nak reduce coffee intake aku. dulu macam banyak arr minum kopi. Aku nak reduce jadi 3 CAWAN jer sehari. Pastuh kawan aku si Jerman alah ni pon cakap, dia pon nak reduce jugak coffee intake dia, jadi 7 CAWAN sehari. I was like, whattttt....??!! 7 cawan tuh kau dah reduce dah, habis kalau belum reduce berapa tuh kau minum sehari? Is coffee you blood type or what? Hahhahaha. Minum kopi tak hengat donya betul ni.



Tapi somehow bila dipikirkan balik semula, logiklah kenapa diorang minum kopi banyak sangat-sangat. Sebab orang Jerman ni sangat fokus bila buat kerja. Kalau menguap, memang pelik arr. Aku tak pernah tengok kawan Jerman aku menguap. Haa dahsyat kan. Pastuh diorang ni memang pentingkan efficiency bila kerja. So untuk stay fokus masa kerja, diorang bukan takat minum kopi jer. Malah diorang tidur awal setiap hari. Kalau kat perumahan aku kan, lepas pukul 9 malam, dah sunyi gila. Sume rumah dah tutup lampu weh. Diorang sume tidur awal, supaya esoknya tak mengantuk kat tempat kerja.

My Boss

Dekat tempat aku praktikel ni kan, aku kerja bawah sorang boss ni. Boss aku ni, hebat giler programming. Aku memang tengok dia, sentiasa rasa kagum. Ok, tipulah kalau kata ''sentiasa'' tu kan. Kadang-kadang rasa nak lempang muka dia, bila dia buat lawak sinis dekat aku. Kadang-kadang jer sebenarnya aku kagum dengan kehebatan dia programming tuh. Keh keh keh. 


Pastuh last week, kitorang(aku dengan kawan China aku) setiap hari buat test dekat luar bangunan bawah terik matahari, sebab nak check reaction sensor dalam kereta BMW dengan panas dari matahari. Sunburn aku, korang tahu. Setiap hari 5-6 jam duduk bawah panas matahari. Takutlah kena cancer kulit pulak kang. Scary you know! Pastu lepas dah buat banyak giler buat test, tak mampu la jugak nak analisa satu-satu data kan. Datanyer panjang berjela-jela pulak tuh. Boleh terkeluor biji mato den kalau nak kena analyse satu-satu. Kekeke


Jadi boss aku tuliskan satu programm ni, kalau kitorang tekan 'RUN', dia terus siapkan analisa semua comel-comel simpan dalam komputer dalam bentuk EXCEL. Aku tengok boss aku buat, woopp terus terkagum kuasa 16 belas ratus! Kekeke. Tapi, bila boss aku kasi programm tuh dekat aku pulak, aku sendiri try nak buat ala-ala boss aku kan, **nak try test power diri sendiri**, tiba-tiba programmnya taknak jadi pulak.




Eh eh!! Raya Dah Habes Ker?!

Hahahaha. Start-start ketawa dah. Ke ke ke. Perasan tak perasan, dah habes dah bulan raya. Liplap-liplap sekejab betul masa berlalu. Tapi tak tahulah kenapa, feeling-feeling gembira raya aku belum habes. Dalam hati stil berbunga-bunga, setiap hari rasa macam hari raya. 


Aku terjumpa satu video yang junior aku rakam, suasana raya arituh masa dekat Konsulat Malaysia di Frankfurt. Harituh aku ada cerita pengalaman raya diperantauan kan. KLIK SINI. Kali ni share video pulak, kasi korang tengok. Have fun watching!! See if u could spot me :D Hihihi :D



Tips & Idea Bijak Beli Kereta by Ezaz Wealth

Assalamualaikum dan hye semua!! Cik Juwaily terjumpa bendalah ni dekat Facebook. Bagus bendalah ni, yuk la kita sharing-sharing yer :D Besok-besok aku sendiri nak beli kereta boleh jugak refer. Bagus tips orang ni :D


IDEA 1 : Alang-alang beli kereta, beli 2biji terus

Rasional:
1. Mesti beli dengan pembiayaan, bukan tunai.
2. Satu dipakai, satu disewa.
3. Pendapatan daripada sewa kereta bayar untuk dua-dua kereta.
4. Anda tidak langsung bayar kereta anda, malahan pendapatan sewa kereta itu yang membayar komitmen bulanan anda.
5. Selain menyewakan sendiri, boleh jugak dipajak kepada peniaga kereta sewa.

Nak buat giveaway ke tak?

Hye semua! Rasanya macam lama pulak aku Missing In Action (MIA). Belog pun dah berdaki dah ni! Hehehehe. Isnin lepas baru exam last paper, paper yang susah yang amat. Dalam sepanjang-panjang Bachelor dekat Jerman ni, inilah satu-satunya exam yang 2 jam setengah. Exam lain semua sejam setengah jer. First time la dalam hidup aku, nak exam, aku tutup semua benda. Deactivate Facebook, logout Instagram, macam-macam lagilah, sebab nak fokus exam yang ni. Blog pun pandang sipi-sipi jer. InsyaAllah lepas ni akan free sikit, barulah boleh up story macam-macam dekat blog. Maybe nak buat Giveaway Contest kot. Tengoklah camne.


Haa nak cite. Masa exam tuh ada 6 soalan, aku dapat buat adalah dalam 5 soalan. Tapi balik rumah check-check, ada satu soalan tuh memang salah pengiraan aku. Cuak! Janganlah sebab satu soalan ni, aku fail lagi sekali. Korang semua doakan aku lulus yer! Ohh please, tolonglah jangan suruh aku amek exam lagi dah. Tak sanggup mak! 



I have been thinking about my future lately, what next apa semua. Still couldnt come out dengan satu jawapan, nak settledown lepas habes belajar nanti camne. Lepas balik Malaysia nak buat apa? Should I just kerja Engineer ke, should I just stay at home and babysit my daughter or son ke(kalau adalah Cik Juwaily Junior nanti :D), should I sambung master ke. Blah blah blah. 


Baru faham bila dah exam yang last, praktikel pon dah halfway through, kita akan start fikir what to do in the future. Aku sebenarnya takut kalau aku tak plan, tiba-tiba huru-hara dikemudian hari. Ehhmm. Korang tolong kasi cadangan, aku penatlah pikir. Ke ke ke :D




P/s: 
Pasni nak pergi travel kejab. Harap-harap best! :D *Aku ada simpan banyak souvenirs sepanjang travel Europe, ada macam-macam negara* Hihihi. Korang nak tak aku buat giveaway? Nak giveaway start bila? Leave me a comment! :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...