home about contact travelog resepi bahasa jerman

Alhamdulillah :D

Merenungi luar jendela,
Mengagumi kebesaran yang Maha Esa,
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza,
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa.
Mahukan harta yang mampu beli satu semesta,
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan,
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan,
Hantaran jamuan nafsu tidak berkekalan,
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan.



Pangkat dikurnia jangan disalah guna,
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma,
Guna kelebihan untuk hikmah bersama,
Jagalah nama, hidup penuh pementasan & drama.



Ada yang buta, hanya bila sudah kaya,
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata,
Boleh hilang dalam sekelip mata,
Ucaplah Alhamdulillah, bukannya sukar.




Kerna semana kaya atau besar

Tetap Allahuakbar




[Germany] Bingen-Rüdesheim Ring Tour

Assalamualaikum and hye!

Pernah tak korang rasa, korang duduk dekat-dekat dengan kawasan pelancongan, tapi korang sendiri tak pernah pun nak explore bendalah pelancongan tuh. Pastu dalam masa beberapa bulan lagi, korang akan balik ke Malaysia, meninggalkan semua kenangan yang korang ada dekat sini, tapi kenangan nak tinggalkan tuh pun takdelah banyak mana. Haa camno tuh?!


Aku rasa camtuh baru-baru ni. Aku macam pikir, aku dah tak lama nak duduk Jerman ni haa, tapi Bingen dengan kawasan sekitar pon tak habis explore lagi. Bagaimana nak ku pulang ke tanah air, tanpa membawa seribu kenangan untuk kuceritakan kepada anak cucu cicit ku nanti, semuanya sebab salah diri sendiri yang taknak mencipta kenangan tuh. I should give myself ONE BIG SLAP! Watcha! Ok, that one is one big kick, not slap. Hahhahaha.


Bingen am Rhein
Rüdesheim am Rhein, Germany (13 Sept 2015)

Jadi disebabkan masa di sini dah tinggal bulan-bulan sahaja, takde lagi perkataan setahun dua tahun lagi, eloklah masa yang ada ni kita isi dengan mencipta kenangan kann. Gtuh you! Kenangan terindah! Ouch! Lagipun tak lama lagi dah masuk winter, kalau masuk winter ni, banyak aktiviti tak dapat nak buat. Cable car pun tak jalan masa winter-winter nanti. Meh sangat kan!


Rüdesheim Town
Rüdesheim ni cantik tau. Tapi harituh nak rushing pergi naik cablecar,
jadi tak sempat nak pukl gambar comel-comel. Takpe, nanti habes praktikel
cheq datang lagi naa :D :D :D InsyaAllah :D

Jadi baru-baru ni tercipta ler kenangan baru di Rüdesheim (bandar berdekatan Bingen tempat aku duduk sekarang). Rüdesheim ni tersenarai dalam must-see, if you come to visit Germany. Old town, classic, cantik. 4 perkataan mampu describe the whole thing. Kalau datang masa summer, boleh naik cablecar. Tapi masa winter cablecar ni tak available. But no worry bebeh-bebeh sekalian, masa winter ada Christmas Market cantek giler-giler kat Rüdesheim ni :D Tak caya, cer tengok sini ---> LINK

PENGUMUMAN: Senarai Pemenang Giveaway Souvenirs Europe

Assalamualaikum dan salam sayang 1 Malaysia. Hye semua! Terima kasih banyak sebab sudi join giveaway ahkak yang syaratnya macam giler arituh yer. Meh nak umumkan pemenang, semua ynag bertuah, tahniah. Kepada yang belum bernasib baik, insyaAllah nanti ada giveaway lagi. Jangan risau tau :D Btw, sini boleh check no penyertaan masing-masing yer CLICK

GIVEAWAY CONTEST : SOUVENIRS dari EUROPE

Dari GERMANY:
Keychain Rüdesheim : 30 Fatin Syaherah
Magnet Set Germany : 14 Nur Zulaiha Aziz
Fridge Magnet Loreley : 35 Umi Kalsom


Dari CZECH REPUBLIC:
Fridge Magnet Prague 1 : 9 Kak Lya

Fridge Magnet Prague 2 : 17 Ana Halim @ Ana Jingga

Dari HOLLAND:
Keychain Wooden Clog 1 : 28 Fitri Ananda

Keychain Wooden Clog 2 : 10 Maisarah Sidi
Keychain Wooden Clog 3 : 26 Fatin najuwa bt yusuff
Keychain Wooden Clog 4 : 13 Kak Bbwana

Dari ITALY:
Fridge Magnet : 3 Cik Mimie

Fridge Magnet : 1 Ikhwan Yusuff
Keychain : 5 Nenot
Opera Mask from Venice : 29 Juraidah Rahman
Jadi pemenang dah di pilih. Mai emel cheq untuk tuntut hadiah : siti.aisya.ibrahim@gmail.com. Selewat-lewatnya 30 September 2015. Details yang diperlukan:

Nama:
Alamat:
No Penyertaan:
URL Blog:
Menang hadiah apa:



P/s: Menaip masa tengah kerja ni, rasa bersalah giler. Kalau boss nampak ni, mampos! Hhahahah

PENGUMUMAN: Senarai Peserta & Hadiah Giveaway Souvenirs Europe

Haa lama bebenor aku senyap yer lepas dah launching giveaway arituh. Ater senarai nama peserta pun baru sekarang nak update. Sorry korang semua, yang menunggu *Masalah dia, ada ke yang menunggu tuh?! Kekeke* Meh aku kasi korang tengok dulu hadiah-hadiah yang aku sediakan untuk giveaway contest kali ni. Mai cuci-cuci mata sekejab, sebelum cheq updatekan senarai peserta dengan buat pengumuman kecil yer :D :D :D Teehee :D


Dari GERMANY:
Keychain Rüdesheim, Magnet Set Germany, & Fridge Magnet Loreley

Dari CZECH REPUBLIC:
Fridge Magnet Prague 2X

Dari HOLLAND:
Keychain Wooden Clog 4X

Dari ITALY:
Fridge Magnet 2X, Keychain & Opera Mask from Venice

Terharu Kuasa Enam Belas Ratus :D

Dah 2 tahun kahwin, dari bercinta dulu tak pernah dapat bunga. Sekali anniversary second year kahwin, dapat bunga nan sekuntum. Ya Allah, happynya!!! Seriuosly aku terjakun sekejab. Macam awkward masa nak sambut cik Juwaily kasi bunga ros nak sekuntum kusayang tuh. Dalam hati berbunga-bunga. Kahkahkahkah.

Bunga ros pertama dalam hidup ni, tak pernah pun dapat sebelum ni :D


Sampai-sampai rumah lepas balik praktikum, macam pelik sebab cik Juwaily cepat-cepat suruh aku mandilah bersiaplah apalah. Masa aku mandi, aku dok pikir, 


'Kenapalah laki aku pelik bebenor arini ni? Mesti dia plan pelik-pelik ni'


Aku siap pikir, entah-entah dia suruh aku mandi sebab dia nak sorok hadiah anniversary dalam peti ais kot. Agaknya lepas aku mandi, dia suruh aku masak, pastuh terjumpa hadiah anniversary masa cari barang dalam peti ais. Merepek giler benda yang aku pikir. Noob habes. That day, lepas mandi tuh, cik Juwaily suruh aku pakai cantik-cantik. Dia cakap nak pergi makan kebab kat kedai restaurant Turki. Aku macam, 


'Yek, makan kedai Turki je ke. Anniversary kot. Come on la!'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...