home about contact travelog resepi bahasa jerman

Pengurusan Sampah dan Sisa di Jerman

"Duduk menghadap laptop, jeling ke kanan sedikit, nampak tuan rumah di luar jendela. Teringat masa baru-baru kahwin, pindah masuk rumah baru ni, kami tersalah buang sampah (di sini sampah diasing mengikut jenis), jadi tuan rumah pun tegur kami."


Ok Assalamualaikum. Bila duduk dekat negara orang ni, memang tak lari tidak, memang kena ikut rutin dan gaya hidup orang dekat sini kan. Contohnya, kat sini, semua orang wajib melibatkan diri dalam pengasingan sampah, jadi kitorang pon terlibat sama. Takde pengecualian, semua orang wajib.


Kenapa aku kata, wajib semua orang mengasingkan sampah?

Sebab, sebenarnya semua rumah wajib MEMBAYAR macam tax setiap bulan (ada dalam bayaran sampingan sewa @ Nebenkosten) untuk pungutan sampah pada kerajaan. Bayaran dikira ikut kepala bagi setiap isi rumah. Kami pon baru tahu masa kami pindah rumah baru, tuan rumah explainkan. Habis kita dah bayar untuk pungutan sampah ni, takkan kita tak nak asing sampah kita kann, pastu buang jer suka-suka kan? Macam pelik pulak. Memang secara tak sengaja, kita terikut la sekali dengan system depa ni uruskan sampah. Gtuh.

Sampahnya pulak dipungut mengikut jenis, dan ada jadual pungutan

Contohnya hari Isnin, lori sampah plastik sahaja datang. Selasa datang pulak lori untuk sampah kertas. Minggu seterusnya, sampah jenis lain plak. Setiap rumah akan diberi jadual pungutan sampah. Jadual ni details untuk pungutan sampah sepanjang tahun. Sampah dipungut dua minggu sekali, kalau kat Bingen ni. 



Tong Plastik

Generally tong ni untuk semua jenis plastik, termasuk semua pembalut makanan, dan apa-apa pembalut la. Orang jerman panggil, Verpackungstonne (Verpackung = Pembalut/Bungkusan/Pelastik; Tonne = Tong). Kalau kat umah aku ni, tong ni la yang paling cepat penuh. Berebut-rebut dengan tuan rumah nak penuhkan tong sampah ni. Biasalah manusia zaman sekarang ni, semua benda guna plastik. Aku rasa, paling penting untuk alam sekitar, plastik kena asing elok-elok, dan kemudian kitar elok-elok. Sebab plastik ni yang paling mudarat dekat bumi kalau kita biarkan dia. Nyah kau plastik dari sini!  Watcha! *tiba-tiba jer, hehehehe*
Tong utk Plastik



SEGMEN | PENCARIAN BLOGLIST JAN - JUN 2016

Haa terasa lama betol tak update blog ni. Sehat ker semua rakyat marhaen? Dah makan ke semua orang? Heheheh. Arini na join satu segmen ni, sikit lagi nak habes, nasib baik sempat, lari-lari nak join. Nasib baik tak tertinggal bas, dapat join. Sape-sape yang sempat lagi, moh ler join sekali :D


Macam biasa, sape nak join, sila klik banner yer :D Syarat semua tiptop, senang aje. Memang boleh join punyala :D Kikiki :D Btw kakak empunya segmen, kita dah follow lama yer, tak ingat bila follow. Nanti free2 sikit, kita masukkan akk dlm bloglist kita yer :D 

Sekian, cau cin ciao!


Switzerland Travelogue : Iseltwald, Interlaken

Kepada semua yang baru jer datang baca kisah aku travel ke Swiss baru-baru ni, selamat datang!! Hihihi. Boleh baca dekat sini cerita sebelum ni LINK. Haa kalau korang nak tahu, kitorang cuma pergi ke Interlaken sahaja, masa berada di Switzerland. Sila jangan tanya aku tempat-tempat lain, hapah aku tak tau, sebab aku pernah pergi sini jer. Kehkehkeh.




Haa Interlaken yang kitorang pergi ni, tempat dia besar. Tempatnya ada bukit, ker gunung ek, entahlah, whatever u call it la kann, pastuh ada 2 tasik besar giler. Memang elok naik kereta, banding public transport. Kalau nak datang sini naik public transport, ok jugak, tapi seloknya dudukla bermalam bareng semalem duo. Ada hill train cantek tau boleh naik, tapi take time sikit kalau guna public transport.


Interlaken City :D *Romentik!*

Hill Train in Interlaken, Swiss.

Town Interlaken ni terletak dekat tengah-tengah antara 2 tasik ni. Tasik ni cantik weh. Air dia hijau. Mak ko hijau! *Tiba-tiba jer* Hhahahahha :D Tasik 1 nama dia Brienz, satu lagi nama dia Thun. Dua-dua hijau sangat air dia. Rasa nak minum, macam air Elken Spirulina pulak aku nengok. Tapi hijau la. Pastuh ada bukit bukau lagi. Memang nature habes.






Bertemu Blogger Dalam Real Life!! First Time! Hihihi

Akkkkkkkkkkkk, assalamualaikum semua! Kekekeke, aku sebenar-benarnya takde idea nak mulakan ayat, 10 hari tak menulis belog ni, terasa awkward jugaklah nak mulakan bicara tuh. Maafkan guwe deh! 


So as everyone already knows, it's winter over here in Germany. And Christmas is approaching! Jangan gundah, jangan risau, walaupun aku duduk sini dah bertahun, aku takdelah sambut Christmas, ko giler?! Hahhahaha. Aku just sambut cuti panjang yang datang setiap kali Christmas, biasanya kurang-kurang cuti 2-3 minggu, duduk berpeleseran dekat rumah, until your badan tumbuh cendawan. Oh damn, it's rhyme! Kekekkeke. Yek kan?! Hhahahha. 


And aku paling suka bila nak dekat Christmas ni, ada Christmas Market yang cantek giler. Sejuk-sejuk malam-malam winter-winter ni pon, aku sanggup kuar pergi Christmas Market ni, sebab best tau sejuk giler-giler, pastuh dapat makan makanan panas, yang freshly cooked. Ko akan rasa macam makanan tulah penyelamat ko dari terkena frozen bite segala alah tuh. Terasa macam makanan tulah heater, the only heater yang boleh panaskan badan masa sejuk giler-giler tuh. Best sangat feeling dia. 



And paling cantek tentang Christmas Market adalah, lampu-lampu-lampu yang berkedipan di sana sini. Winter ni season yang sangat gloomy, yang sangat jarang dapat tengok sang matahari tersenyum indah, tapi bila malam banyak lampu-lampu, cantek sangat. Hilang kejab gloomy, tak tau tinggal kat mana. Hhahhahahah.


Fitri Ananda & Me :D :D :D

Tujuan asal ke Pasar Christmas Ruedesheim kali ni, adalah nak bertemu dengan salah seorang sahabat baik aku dalam dunia blogging ni. Ya Allah, susah betol nak cari masa yang sesuai nak jumpa dengan Mek Fitri Ananda ni, akhirnya jumpa jugak. Alhamdulillah :D Fit ni blogger yang berasal dari rumpun yang sama dengan kita semua, dia dari Indonesia. Rumah dia dekat jer dengan Bingen, kalau naik train cuma 3 station jer bandar Ingelheim tuh, tapi Allah banyak kali merancang nak jumpa, tak terjumpa-jumpa. Baru laa ni jumpa. Meh la berkenalan dengan Blogger Fit ni, dia ni ramah dan manis orangnya :D




Disebabkan bandar Rüdesheim ni seberang sana Sungai Rhine dari Bingen, kitorang naik Ferry kecik untuk cross sungai. Ini kitorang dalam ferri :D Kawan-kawan kak Atie pon datang jugak, ada Kak Sopi (belajar dekat Nuremberg), dengan Kak Mashi (belajar dekat Stuttgart).


Pasar Christmas macam ni biasanya bukak sebulan sebelum menjelang Christmas. Haa skema kann ayat aku?! Pasar ni bukak dari pagi sampai ke malam, tapi biasanya orang akan pergi waktu malam, sebab cantek bila malam, lampu kedip-kedip. Heheheh. Apa aktiviti biasanya orang buat dekat pasar Christmas ni? Jawapan dia, makan! Dan minum! Ofkos, kalau makan je, tak minum-minum, kang tercekik dah parah. Hahhahah.


Makanan feveret aku dekat Christmas Market Ruedesheim ni adalah Cendawan masak berempah macam Makcik Deutsche ni tengah masak ni. Dia guna macam 3 seasoning je dengan cendawan, tak pasti apa, tapi memang halal semuanya. Lepas dia masak lama-lama macam jadi berkuah, pastu boleh makan dengan roti potong. Aku memang tau, orang kedai ni kedekut roti, biasa bagi roti sekeping je, pastu potong dua pulak tuh, so aku bawak bekal roti siap-siap dari rumah. Kelas kau, Maria! Hahhahaha

Pengumuman Pemenang Giveaway Poskad Jerman

Haa, lama engkorang menunggu yer? Sorry ler, ahkak saje nak bagi engkorang berdebor sikit. Kikikiki. So tanpa melengahkan masa, pemenangnya adalahhhhhh...

Peserta no. 12, 27, 34, 48

GIVEAWAY TAMAT!

Tau kann kat mana nak check nombor penyertaan masing-masing kann? Cepat tuntut hadiah tau, kalau tak, aku bagi kat orang lain. Kikikiki. Cara menuntut hadiah pulak, emailkan maklumat korang macam dekat bawah ni, ke siti.aisya.ibrahim@gmail.com sebelum 7 Disember 2015. Kalau lambat, hadiah korang terbang dekat peserta lain. Hihihihi. Takut tak? Hahhhaha. Maklumat kroang yang aku perlukan adalah:

Nama:
Alamat:
URL blog:
No penyertaan GA:


Sekian, wabillahi taufik wal hidayah,
Sampai kita bertemu lagi di GA yang akan datang! EH?!
Bui bui!
Muah!
Anneyoung!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...