home about contact travelog resepi bahasa jerman

Projek Suri Rumah Berjaya : Episode 2 DIY Tilam Babycot

Dear blog readers,

how's everyone doing? Its a blessful Jumaat morning & Fikri has been a good boy today, he woke up with a big smile in his cheeks, so his momma got some time to prepare 'bekal' for daddy, and cook some 'cekodok' for breakfast. I feel so good today, that I even made Teh Tarik for breakfast. Selalu minum Teh O Beng jer. Arini over rajin sikit, main tarik-tarik siap. So, Alhamdulillah :D Let's start the day with a big wide smile, just like Fikri. *Sebab dia bangun pukul 6 pagi tadi, skrg dia da lelap balik, btw now means pkul 755pg :D*


Sooo, I have promised you guys, that I would update on my progress making 'tilam babycot' ni, looonnngg ago. Tilamnya pon dah siap loooong before, just that I dont enough time to sit down, and type it down in this blog. I hope, I didn't make u guys wait long for this, so here it is. Btw, thanks to Hanis Amanina for reminding me about this. I almost forgotten that I even own a blog. Kah kah! :D

Sooo, last time, I guess we stop around here...EPISODE 1 DIY Tilam Babycot

Sooo, continue..


1. Last time kita berenti lepas dah jahit keliling kain ni kan. Soo, bila dah jahit keliling (tinggalkan sikit bukaan dekat kain tu). Pastu kita dah garis-garis kat kain kann arituh, dekat garisan first sekali tu, kita jahit dengan tangan. Pastuh baru isi kekabu. (It's always, jahit, then isi. Jangan isi dulu baru jahit, susah nnt :D)  *Note: Sebenarnya silap aku jahit panjang ni, sepatutnya jahit dot-dot senang siki nak isi kekabu* Maybe we can try that another time, who knows! Hihihihi :D




2. Repeat process JAHIT-ISI tu sampai nak dekat hujung. Dekat 3 barisan last tu, buat camnie. Aku guna 3 jarum, jahit halway tru. Pastu isi, pastuh jahit lagi. I dont know how to explain, but that's how I did. Sorry tau, tutorial aku ni amatur sangat. Kahkahkah :D


3. Untuk barisan last sekali, aku pin sikit dekat bukaan. Pastu isi kekabu. Bila dah penuh kekabu, pin lagi sampai habes, baru jahit dengan tangan.


Tara.... Da siap! Aku dapat babycot ni, orang bagi. Tapi macam rosak sikit. Sekarang tak boleh guna lagi. Kena repair sikit baru boleh guna. But, I really like this babycot. Sebab dia ada roda. Pasni sorong jer babycot ni bawak pergi dapor. Sambil masak-masak boleh borak-borak dengan Fikri kann. How sweet! Hihihihi :D



K lah, tak boleh cakap panjang-panjang kat sini. Si Fikri dah huwaa-huwaa dalam buai. Kejab bebenor budak ni tido. Mama got to go! Btw, before we end this entry, aku nak buat announcement,


I'll be making a preloved sale this weekend, nak jual baju dengan kasut yang tak berapa pakai. Some of them memang belom pakai, ada pricetag lagi. Kalau berminat, mai lah join! Ada brand-brand macam Levis, H&M, Esprit, Zalora.. Mai-mai, tengok kat insta pon boleh weekend ni :D InsyaAllah akan cuba bagi harga murah kaw-kaw! Datang tau tengok2 :D Hihihhii

Instagram:
@aisya_ayousch



Thats all for now,
thanx for reading :D
MUah!

Must Watch Movie - Time Renegades

Dear my blog readers,

if you happen to be reading this, thank you very much for stopping-by. I would like to apologize for being MIA for such a long time, but here I am again, trying to put words from my heart into writing. Soo, after being MIA for a really long time, letting October to just pass without any single entry, I guess, it would be kind for me to share what I am currently doing, in case anyone of you guys ever wonders. Hihi.

Days pass, I have not found any jobs yet that is suitable for me, *Arrghhh I just realise, I have to call a company today, it's almost the end of the day! Nak gi call kejab nanti datang taip sini balik!*

Iklan kejab ~
Nak cite ni, last week or last 2 weeks, kitorang bawak Fikri
 tengok wayang muvee Storks. Nasib baik dia tak meragam :D Hihihihi

Sooo, I'm back! Sebenarnya nak cerita, sepanjang aku tak menaip dekat blog ni, aku setiap hari sebok menjaga budak kecik Fikri. Itu jer! Haha! Tipu jer! Sebenarnya sambil2 jaga budak Fikri, ada jugak aku jahit-jahit entah pape entah, sambil tuh tengok cite korea, drama, movie, wehh life aku boring ok duduk rumah. Kahkahkah, I just have to admit it! Sooo nak cerita la, aku baru habes tengok satu movie ni, aku nak paksa engkorang sume pon tengok jugak. Cite dia besssttttt! Memang korang kalau tengok cite ni, korang akan tertunggu-tunggu, what will happen next ni, debar-debar tau. Cheq bagi rating

4.95/5.00



untuk movie ni. Must watch, atleast once in your life, you shud watch this movie. Cerita tersusun cantek, plot cerita yang kukuh, memang bila korang habes menonton, segala persoalan yang bermain di minda akan terjawab, yang penting, tengoklah sampai habes. Kalau tak camne, persoalan-persoalan engkorang tu nak dijawab kan nya PUN! Hahahah *tiba-tiba ada 'pun' dihujung ayat, marah cikgu BM i olls! hihihih*

Secara ringkas movie ni mengenai 2 orang lelaki, dua-dua macam pernah menghadapi situasi hampir nak mati, sorang kena tikam, sorang lagi kena tembak. Lepas diorang macam bangun dari koma, diorang mimpi about each other. Esye allle! Hahhaha. Sorang lelaki ni (Jo Jung Sok, kekasih hati aku, lama sudah tidak berjumpa!) hidup pada tahun 1983, dan lelaki lagi sorang tak tahu name! Haa, lelaki kedua name dia Lee Jin-Wook *sekarang baru tahu name! tq pokcik wiki*. Dia ni hidup pada tahun 2015. Bila diorang dua orang mimpi about each other, they eventually are able to solve a serial murder case from the year of 1983. Anddd at the same time, save the life of their love one. Spoiler alerts!! Yang awek Jo Jung Sok tu mati gak, tak dapat nak dielakkan. Memang takdir dia. But, ending cite ni, akan buat korang sume cam, 

"Wahhh, akhirnya they live happily ever after~~~~~"

Hahaha. Ape tunggu lagi, dengan pantas bingkas now! Take your laptop, turn it on, and watch this movie! Selagi movie ni masih panas! Eh??! What the la.


Neway, thanks for reading!
:D :D :D
Till next entry yg entah bila la tuh kan
hihihi

Dream Job & My Stupidity

If you happen to be reading this, thanks alot for dropping-by here. I have nothing much to say, but I have a tale to tell.

Sooo, like everyone knows, I am currently looking for a job. So, bila dah isi-isi skills yang ada ni dalam Jobstreet, sebabkan aku tahu C and C++ programming, Jobstreet pon banyak lerr men-suggest job-job software developer, software engineer, programmer dekat aku. Memang cheq masa zaman study dulu-dulu berangan sangat nak jadi Software Developer, padehal ilmu di dada apelah sangat. Derr, aku memang nakkkkk sangat-sangat kerja hari-hari taip coding ni, derr. Minat mendalam. Terpaku dihati impian aku nak jadi Software Developer ni, jadi ala-ala Steve Jobs la kononnya. So itu kesah dream job aku.

Tapi bila dah mula cari kerja ni, ko baca job requirement nak macam-macam, masa tulah ko akan terduduk. Barulah ko tau, aku ni dungu rupanya. Very little that I know, that pengetahuan programming aku ni ciput sangat sebenarnya untuk kerja-kerja cemtuh. Maka aku sedih.


Baru-baru ni ada kampeni emel aku ajak acah-acah nak intebiu. Aku pon excited lerr. Aku mintak nak kerja Electrical Engineer **dah memang itu pon bidang aku kann** sekali dia nak kasi job sebagai Software Developer. Hatiku gumbira! Tapi programming language yang dia nak tu, aku tak tahu. So, aku pikir, takpe, aku belajor. Kita terai, kita terai. Tapiiii!



Tapii dia cakap, masa intebiu-nya tuh nanti, dia nak test aku taip bende alah tuh. Dia cakap kampeni dia biasanya guna Java dengan C#. Job dia offer aku tuh tu Java. Jadi aku pon emel-mengemel la dengan si dianya, nak tau details tentang intebiu semua-semualah. Sekali aku tanya dia, dia nak Java JER kan? C# aku belom learn. Terus dia mengguris pride aku. Dia jawab macem ni emel aku,

"Ohhh I see, you have very little experience in programming...."


Ade ke patot dia ckp cemtuh, terguris hati akak tau!. Hahaha. Walaupon mung nengok aku ni nampak macam perempuan yang tiada ego, tiada pride, namun satu ketika kejab tadi, seseorang telah berjaya mencalarkan pride aku. Egoku terguris, hatiku pedih! Hahahahha over sangat hakak kan. Soo, itulah ceritanya nak dibagitahu arini. Hati pedih, tapi perjalanan hidup perlu diteruskan. Hihihihi :D

Thanx for reading everyone. Anneyoung!

Projek Suri Rumah Berjaya : Episode 1 DIY Tilam Babycot

Alkisahnya baru sekejab tadi, Kak Sally call aku. Kak Sally kata, dia ada dekat-dekat Shah Alam, mula-mula macam nak datang rumah aku melawat Fikri, sekali tak sempat pulak. Takde rejeki lagilah mama Fikri nak jumpa Aunty Sally Fikri. Takpe insyaAllah nanti-nanti adalah rezekinya tu. 


So how's everyone wikend? Kitorang wikend-wikend ni masa untuk pergi kenduri kawen, ramai bebenor kawan kawen umur 25-27 camnie. Hehehe. Semalam dah pergi 2 kenduri kawen orang, arini takde kenduri nak pergi, sooo duduk ajelah diam-diam dekat rumah. Masak pon malas wikend-wikend ni, aku kirim jer suruh Kembar Cik Juwaily dengan Isterinya belikan nasi dengan lauk. Cheq malaih nak masak makan tengahari. Cheq rajin nak buat benda lain ja. Haa apabende yang cheq tengah dok rajin buat tuh?


Ni nak cerita. Aku tengah buat 1 projek ni. Cewah, projek! Projek nak menjahit tilam untuk babycot Fikri! Hihihi. Akk ipar kesayangan aku nak kasi babycot dia dekat kitorang, tapi tilamnya takde, dia dulu-dulu lapik dengan toto jer. Aku dah lama beli kain, kekabu bagai nak buat tilam ni, tinggal lagi, progress tu jer yang slow sangat. This week macam dapat buat banyak. Nak tengok tak banyak mana cheq dah buat? Hihiihi. Semangat nak cite, padehal buat tak seberapa sangat pon. Kahkahkah :D :D :D Siapa-siapa rasa nak belajar, meh ikut ajaran sesat aku. Kikiki :D Semoga bermanfaatla yer!


Dah siap semua bahan ada, mula-mula korang potong kain korang supaya dapat size dia 270cm X 150cm. Pastu lipat dua. make sure bahagian kain yang cantik bertemu. Right side together, omputeh kata! Hihhihihi Korang jahit sekeliling dia, tinggal dalam 40cm bukaan. Bukaan ni nanti tempat kita nak masukkan kekabu. Gtuh! Lepaih kome dah jahit comel-comel tu, maka terbalikkan kain korang, yang bahagian cantik tarik bawak keluor. Aterr tetiba jadi orang perokk pulak! Hahahhaha :D


Haa issekarang kita nak mengosok ler kain kita ni. Mula-mula tekan iron dekat atas jahitan. Make sure korang tarik kain korang tegang-tegang, barulah dapat gosok tepat-tepat atas jahitan tu.


Lepaih itu, kome gosok lagi atas jahitan komen tu, this time jahitan korang duduk tepiiiii sekali kain. Kita gosok ni bukan apa, supaya kain tu kemas, dah jahitan kita dapat kita tekan bagi kat bahagian tepi tuh kemas. Cantek sedappp mater teman menengoknya! Hee ehhmmm! Hahahhaa :D


Da sudah itu, mengkome cari 1 barang yang lebar dia dalam 2.5 inchi, ke 3.0 inchi. Aku guna henfon Samsung S6 aku jer. Haa guna barang ni untuk buat garisan macam dekat atas ni. Garisan-garisan ni macam panduan kita time nak jahit dengan isi-isi kekabu nanti. Once dah siap lukis garisan ni sampailah the whole kain, korang jahit atas garisan yang first sekali, tapi dekat bahagian yang paling dalam, meaning garisan yang paling jauuuuuhhh sekali dari bukaan kain korang. Jangan jahit dekat garisan paling luar. Garisan paling luar tu dekat dengan bukaan. Jangan jahit situ. Nanti susah nak masukkan kekabu. Haa dah sudah itu.... (Bersambung di next entri...kahkahkah)



Sebenarnya aku tak siap lagi menjahit tilam ni, susah bebenor nak cari masa si Fikri tidur. Kalau dia dah lena, barulah mama dia boleh menyumbat kain ni dengan kekabu. Tapi belum lagi dapat kesempatan tu. Jadi, kita sambunglah cerita menjahit tilam babycot ni dalam entri yang akan datang yer.  Doakan aku tekun nak habiskan menjahit ni. Jahit guna tangan tau! Jangan memain! Hihihihi


Stay tuned, stay cute, korang! 
Thanx alot for reading!
Muah XOXO :D :D :D 





If you are like me...

Let me tell u something. Breastfeeding is boring! Haa! Boring sebab kena duduk jer, tak boleh buat pape. Aku ni suka mengemas rumah, masak kureng sikit suka semenjak lepas beranak, aku suka mop2, basuh kain dengan tangan, pastu pergi menyinggah rumah abang aku kat belakang borak dengan akak ipar aku. Tapi semenjak Fikri start directfeed masa dia 7 day-old, aku kena duduk jer susukan dia. Mati kutu aku dibuatnya. Hahahahah :D Tapi seronok sebab dapat bonding dengan Fikri, pastu dapatlah korek2 kerak dekat telinga dia, leher dia. Kahkahkah. *Mama Fikri takde keje sangat dah!* 

Fikri said,
'Ayah buat2 tido, to trick me to fall asleep, but I aready knew it hahaha!'

Sooo, since breastfeeding ni buat aku boring kena duduk jer kan, I have taken a new hobby, iaitu menonton. Habis semua movie dalam harddisk cik Juwaily *harddisk dia byk gilor2 movie*, aku dah tengok semua. Semua means, yang bersesuaian dengan citarasa dan tekak mata akulah kann. Kekekeke :D So nak dijadikan cerita, lepas habes movie dalam harddisk, aku beralih kepada drama Korea. Dah lama ok stop drama-watching, and drama-loving ni. Bila dah start balik, memang kemaruk habeslah, wa cakap lu! hihihihi Currently aku tengah follow 3 drama yang tengah on air di South Korea! Bukan 1, bukan 2, tapi 3! Hahahaha siap hafal siap, hari apa diorang on-air kat sana, pastu direct pergi download, boleh pulak time-time internet tiba-tiba kuat sangat-sangat, aku streaming pon boleh! Mabuk habes weh, mabuk! Hahahhaha

Soo, if you are like me, if you are 'mabuk' like me rite now, you should be watching atleast these 3 dramas:

Jealousy Incarnate


Drama ni baru last week start airing in South Korea! Me like crazy suka giler Gong Hye Jin dengan Jo Jung Suk terus dengan pantas sepantas kilat yang sabung-menyabung bila-bila la kann, aku terus download weh. Tengok 2 episode baru, tak puas! Ku tunggu mu datang lagi this week! Hahahha

Drama ni about seorang perempuan(Gong Hye Jin), pembaca news pasal weather, dengan seorang reporter lelaki(Jo Jung Suk). Depa bekerja dekat satu station TV yang sama. Previously, perempuan ni ada crush dekat reporter laki tuh, tapi dah takde da sekarang. Tapi eventually sekarang, laki ni pulak suka kat dia. Kahkahkah. Tulah dulu benci sangat, kan dah tersangkut! Padan mula! Cant wait to see the next episode, me so loving Jo Jung Suk! Bila dia senyum, hati I olls caer. I olls pon senyum jugak. Kikiki. Nampak tak chemistry di situh?! Kahkahkah

Moonlight Drawn by Clouds


Haa ni drama jaman dulu-dulu kala. Zaman raja-raja Korea dulu-dulu. Citenya tentang seorang perempuan ni, dia terpaksa menyamar jadi lelaki. And eventually entah macam mana, dia terjadi salah seorang pekerja kat istana raja. Pastu dia berkawan dengan Putera Mahkota, iaitu si hensem senyum comel-lote Park Bo Gum. Oppa, cheongmal saranghamnida! Kahkahkah. Aku start terminat Park Bo Gum ni masa dia belakon Reply 1988. Caer weh tengok dia senyum. Geram! Hahahhaha :D *Tak senonoh betol mama Fikri ni kan* Pelakon perempuannya aku tak kenal, so can't say much about her. But cite ni comel, and best!

Cinderella and 4 Knights


Mulanya aku taknak tengok cite ni. Bias-bias! Aku terbaca kat online, orang kata cerita ni macam remake Boys Over Flower, so I expect it to be boring. Boring sebab, aku tak suka tengok drama yang aku tau dah jalan cerita dia. Its kinda boring when u can predict, what will happen next kann. So aku mula-mula bencilah cite ni. Sekali kak Sally cadangkan, try arr tengok cite ni. Dia tengah tengok. Hahahha. I olls terpengaruh. Soo, try 1 episode dulu. Sekali tersuka pulak! Kikiki. Benci tapi mau! So i olls pon download. Currently baru kejab tadi habeskan episode 6 streaming, sambil directfeed Fikri. FIkri tido jer, drama pon habes, aku pergi basuh kain. Hahhaha. 

Cite ni tentang seorang gadis yang tinggal dengan mak tiri & kakak tiri dia. Very Cinderella-like! Entah camne, dia kena halau dari rumah. Pastuh seorang pakcik tua kaya hire dia, untuk train 3 cucu pakcik ni. Cucunya degil-degil, aku rasa nak jentik dahi diorang, degil sangat! Hahhaha. So, perempuan ni pon kena pindah duduk dengan 3 cucu pakcik tu, dalam satu rumah superrrrr besar, rumah tuh namanya 'Sky House', dalam bahasa Koreanya 'Haneoul Chib'. Beside 3 cucu pakcik kaya tu, ada seorang lagi lelaki hensemmm dalam cite ni, iaitu General Secretary of that femly. Dia ni hensem, and aku suka dia macam blunt at times. Suka lelaki yang stift camnie. Rasa macam, tolong la dia tergelak masa berlakon, sebab dia berlakon serius sangat. Come on arr! Takpe, nanti cite ni habes airing, kita tengok bloopers, mesti ada dia gelak-gelak, takkan serius jer memanjang kann.

Soo, if you are like me, looking for a drama to start watching to fill your spare time, you shud be watching these! Cubalah, kot-kot ada yang terberkenan dihati. kikiki :D


Happy drama-watching!
See you in next entry, taktaulah bilanya tuh!
Semenjak ada baby ni, timing tak menentu!
Kikiki, neway thx for reading this entry!
Muah! :D :D :D


Zuhud, Pricetag & Syukor

Arrrrghhh lamanya tak update blog! Sekali update-update, nak cerita pasal baby pulak. So lame!!! Hahahaha, maafkan akak Aisya adik-adik, maklumlah kami ni new parent katanya, anak sulung ni ibarat 'drug' bagi kami. Cewah! Drug sangat kann! Yupp, baby Fikri ni ibarat 'drug' sebab dia sangat memabukkan. Tengok dia senyum boleh jadi mabuk, tengok dia nangis boleh jadi mabuk, even dia berak bunyi perr-perr pon dengar macam commmmeeeell jer! Nampak tak betapa mabuknya kitorang semenjak jadi mak-bapak orang ni. Kikikiki.

Fikri @ baby Umbut ~ 1 day old

So ni nak cerita. A few months before tibanya baby Fikri ni ke dunia fana dan penuh pancaroba ni, kami (Cik Juwaily & me) menghadapi dilemma. Haa, belum jadi parents lagi dah dilemma, u olls nampak tak? Susah tau nak jadi parents ni. Hihihi. Dilemma kitorang ni bukan apa pon, kitorang just berbelah bahagi nak beli baju anak, kiranya baju si Fikri nilah. Haa dah kenapa nak beli baju jer pon, amende dilemmanya tuh?

Baju kita, mama dengan ayah belikan.
Mittens dengan booties comel ni ada kawan mama kita kasi!
Sukanya kita! Booties kita ada mateeee! :D :D :D hihihihi

Alkisahnya kakak aku, dengan akak ipar memang simpankan baju baby, dengan barut, bedung semua untuk aku guna. Diorang semua dah masuk 4-series, dah tutup kilang, so barang baby memang diorang nak kasi ajer. Kitorang pon happy. Tapi! Tapi dilemma kitorang, anak kitorang ni sulong, dialah yang first sekali, kiranya spesel la kan. Alih-alih nak kasi pakai baju sepupu yang dah lusuh-lusuh sikit, macam kesian jer. Tapi Cik Juwaily pointed out, maybe kitorang patut ajar anak kitorang 'ZUHUD', jangan semua benda nak baruuuu jer. Kalau semua nak baru jer, memang banyaklah 'PRICETAG' nya. U get the idea, apa kaitan benda-benda dalam title entri ni tak?

Mama kata, kat rumah bedung guna kain batik Mak Juah dengan Mama Bedah kasi.
Jangan nak hensem-hensems sangat kat rumah, nanti kucing pon jatuh cinta kat I olls ni!
*perasan!*

Nak dijadikan cerita, kitorang beli baju baru dalam 8 ke 10 pasang je, sekadar untuk pakai keluar *especially untuk pergi Tesco, kahkahkah, maknya suka sangat dengan Tesco!* ataupon pergi checkup kat klinik desa. Gilerlah, sikit giler baju kitorang beli, 10 pasang jer. Barut-bedung sume guna yang recycle. Semua elok-elok lagi akak-akak aku kasi. Tapi, kami amatlah berSYUKOR! Sebab sepanjang dalam pantang, setiap kali orang datang melawat baby Fikri, mesti orang kasi hadiah macam-macam. Baju sahaja Fikri dapat almost 20 PASANG! Banyak giler weh! Sampaikan tak sempat pakai lagi, Fikri da besar sikit, sekarang semua macam sendat dia pakai. Aku sekarang duduk dekat rumah pon, aku pakaikan baju cantek yang orang kasi, takot Fikri membesar cepat, nanti tak muat, sayang!

Kain bedung cotton flannel mama belikan RM12.
Mama kata mahal, jadi mama beli kain sendiri,
pastu jahit jadi bedung. Baru RM 6 jer! Yeehaa! :D

So, marilah kita sama-sama bersyukur. Kadang-kadang kita takut-takut nak keluar duit untuk anak, tapi memang betul, anak ni 'REZEKI'. Dia sahaja banyak rezekinya, mungkin bukan dari kita sendiri, tapi dari siapa-siapa yang Allah hantar untuk membantu. Soo, I am grateful :D Alhamdulillah :D Terima kasih banyak kepada semua yang datang melawat, dan bagi hadiah macam-macam. Semuanya berguna sangat-sangat! Kami happy sangat2!

Fikri @ baby Umbut ~ 1 month old
Ini kita pakai baju Mak Juah kasi. Nak tau tak,
baju ni utk baby 3 month, tapi Fikri baru sebulan dah sendat. Ayoyo!

Thx for reading!
Thats all for today!
Let us all say Alhamdulillah
for the life Allah has given us!
:D :D :D
XOXOXO

Cool & Trendy Nike Bag Collection

Well, who doesn't love Nike? I know for sure that I do! Nike is the one brand that you can always rely on to when it comes to sport shoes. This amazing brand has been known as one of the pioneers in both sports and fashion industry.


For years Nike has been providing us with the most extensive shoes, ever! However for the past years, Nike has been able to pull the card as the major player in the industry, leaving behind all its rivals with their latest collection of quality products. Today Nike comes up with the best collection of shoes for both men and women. The best part about Nike is it has never failed to produce high quality shoes with the help of modern technology in their process of shoe making.

Apart from their superb line of shoes, they also offer quality sport accessories too. Yes, they do! They have all sorts of accessories in store such as sports equipments, socks, gloves, and even sport bags.


Nike has a quite amazing collection of bags for men and women. Made of the best materials, you will be amazed with the quality of Nike bags as they are reliable and can be worn to gym, to the park, and even stylish enough for casual activities! My husband used Nike bags as his daily rucksack to classes & lectures during his degree and masters study because Nike bags are just stylish enough for different occasions!

You must check out the latest Nike bag collection as it is trendy enough for you to wear casually. It seems Nike's bold decision to play with fresh and fashionables has paid off.


Meet My NEW Femly Member!

Haa, seperti yang didoa-doa dalam entri sebelum ni, punyalah aku fuh kanan, fuh kiri, bagi budak dalam perut ni keluar lepas aku makan segala ketupat, rendang, lemang bagai, yes, dia memang betul-betul keluar lepas semua makanan-makanan tuh aku siap digest! Haha! 

Nak dijadikan cerita, masa raya ke-4 dok main ketuk-ketampi dengan Cik Juwaily dengan harapan baby yang dah overdue ni nak ler keluar. Sekali turun jer ketuk-ketampi yang first, terasa rupp, macam something turun kat bawah. Feeling macam period tiba-tiba. Aku pon berlari pergi toilet check. Kecewa! Sebab takde pape. Sekali nak jirus toilet, tengok-tengok ada darah seketol besar giler kat lantai toilet. Aku terus jerit ajak Cik Juwaily pergi hospital. Excited kaw-kaw kitorang laki-bini! Hahahaha. Lama bebenor tunggu babynya! Nak beraya, memang dah raya masa tuh, dah taknak tunggu lagi, memang nak jumpa sangat-sangat babynya. Hahahahah :D **Kalau ingat balik pagi Sabtu raya ke-4 tuh, rasa sweet pon ada! Ahaks!**

Makan kaw-kaw dulu sebelum pergi hospital,
aku bedal mee goreng mamak, dengan roti telur siap!
kononnya supaya ada tenaga nak meneran, hihihihi :D

But walaupun dah turun tanda, doktor cakap, jalan belum bukak lagi. Doktor suruh pergi berjalan raya lagi seround, dua round, pastuh dah sakit-sakit teruk sikit, baru datang hospital balik. Aku memang dah risau time ni, ko kalau tetiba tengah seronok beraya-beraya, tiba-tiba pecah air ketuban kat rumah orang ke apa, mana mak nak sorok muka mak ni, nak oi!!!! Hahahha. Tapi aku pergi jugak beraya petang Sabtu tu. Lepak-lepak borak-borak dengan femli member. Malamnya pergi Aeon Shah Alam jalan-jalan, dengan harapan cepatlah baby dia nak keluar. Excited ni nak jumpa ni!

Pergi beraya! Makan lemang memang tak pandang kiri kanan dah!!

So nak dijadikan cerita, Ahad malam tuh aku dengan Cik Juwaily gedik-gedik meng-admit-kan diri masuk hospital, dengan alasan konon-konon baby dalam perut kurang bergerak. So dapat masuk hospital malam Ahad tuh. Elok jer masuk hospital, terus rasa-rasa contraction semua. Haa, memang penangan environment hospital tuh dapat mempercepatkan contraction, korang tau! Esoknya pukul 6:30 pagi dah bukak 3cm, pecah ketuban. Loooooong story short, pukul 11:00 pagi Isnin masuk labor room, pukul 6:14 petang baby keluar dari perut. Normal labor. 

Masa bukak berapa entah, Cik Juwaily dah dibenarkan masuk labor room untuk temankan meneran. Hospital Shah Alam memang benarkan suami temankan isteri masa labor. SO Cik Juwaily memang tengok la susah payah nak beranakkan anak dia ni camne. Hahahahah. Perjalanan segala mak nenek contraction tuh aku taknaklah cerita kat sini, itu semua orang tahu camne sakit dia tuh. Hahahha :D


Baby Umbut! Welcome to the world, bebeh!
 6:14pm, 11 July 2016, baby boy

Soooo, that's how baby Umbut is brought to this world! Tahniah kepada semua yang betol teka baby ni boy! Clap, clap, clap! Pandai korang kan :D Nah aku kasi hadiah kiss *MUAH* *MUAH* *MUAH* Doakanlah baby Umbut ni membesar jadi manusia yang berguna kepada masyarakat, baik budi bahasa, ada adab, suka tolong orang. Tu jer mak nak! Mak-mak dah sekarang, terasa penuaan di situh! Hihihihi

**Sebenarnya, kitorang dah ada name dah untuk baby ni, tapi aku tak tanya Cik Juwaily lagi, sama ada, nak reveal ke tak name dia dekat blog, atau nak guna name glemer, hihihihi** Keputusannya kita tunggu dalam entri next yer!

Till then! Thanks for reading!
Nanti free-free, kita story breastfeeding journey kita pulak ek!
Sekarang still terkial-kial lagi! hihihi :D

Meet My Femly!

Assalamualaikum & hye!
Salam Ramadhan!

Dah nak habes Ramadhan dah, Aisya! Baru nak wish salam Ramadhan kan. Hihihihi. So nak dijadikan cerita, seminggu sebelum aku dengan Cik Juwaily bertolak balik dari Jerman ke Malaysia 2 bulan lepas, kitorang sempat pergi travel sekejab. Seriusly, memang sekejab giler. 2 hari sini, 2 hari sana, 2 hari sinun, pastuh balik. Seminggu jer travel dengan Cik Juwaily, his twin brother dengan wife twin Cik Juwaily. 

Haa, first time rasanya aku reveal kat blog ni yang Cik Juwaily ni ada twin kann. Jangan korang tertanjat boboi plak! Hahhaha. Incase korang pasni jalan-jalan Keyell ke, Shah Alam ke, Sarawak ke, mane-manelah, incase korang ternampak orang muka macam Cik Juwaily, tapi with another woman yang bukan aku, haa jangan plak korang gossip cakap, "Ehh, ehh! Itu macam suami blogger blah-blah-blah jer. Dengan orang lain, psttss psstt blah blah blah" Jangan tau! Takmo gossip-gossip tau! Babab nanti! hihihihih :D

Bingen, Germany

Heidelberg, Germany

Cik Juwaily - Interlaken, Switzerland

Mak Buyong pon nak lompat jugak!
Masa ni da almost masuk 6 month preggy.
Tp perut tak berapa nampak sangat lagi.

Interlaken, Switzerland

Paris, France
Tapi walau camne jauh pon kita travel, tak sama rasa dia dengan balik semula ke tanah air. And dapat spend time dengan femly. Serius, semenjak balik Malaysia ni, aku memang banyak giler spend time dengan anak-anak buah, abang, akak sume. Anak-anak buahlah yang buat hidup ni tak rasa sunyi. Lagipon, rumah yang aku duduk sekarang ni memang dekat jer dengan rumah abang aku. So anak-anak buah memang sentiasa ada depan mata. 

Hai Sume! Name saye Humairah! Name glemer Merah!
Saya selalu buat ucu saya senak bila dokong saya. Sebab saya lasak sangat2! Hihihihi

Dioranglah rajin datang tolong masa cat-cat, basuh rumah arituh. Aku sekarang boring duduk jer dekat rumah sorang-sorang, Cik Juwaily da start kerja 1 Jun arituh. Memang kalau rasa boring duduk sorang-sorang, aku pergilah rumah abang aku, main dengan anak-anak buah sume. Hehhehehe. Pandaikan aku pergunakan anak buah aku, bila I feel the need of human companionship! Kikikiki :D 

Yg ni namanya Irfan. Dia ni rajin ajak Cik Juwaily pergi menjala ikan.
Ikan yang tengah bakar ni, hasil usaha dia dengan Pakchu dia la ni. :D :D
Kalau si Irfan ni bercakap, sume orang gelak-gelak. Dia ni lawak!

Yang ni nama sebenar Salima, panggilan kat rumah Cuma.
Jangan tersilap pulak, ni bukan Aidijuma tau! Jauh sekali!

Yang ni Atilla. Nama glemer dia, Kak Rong. Sebab
gigi dia RONGak! Hahahahah :D

Si hidung kombang ni pulak, namanya Nabil. Kalau dia ni makan roti canai,
sekeping xcukup. Kena 2.5 keping baru dia kenyang. Hahhaha :D

Aku da 39 weeks pregnant sekarang, ikut jangkaan doktor bersalinnya 1 Syawal ni, yakni Rabu minggu depan. Bila da sarat ni, banyak benda tak larat buat. Kejab-kejab anak buah aku datang rumah, check, ucu dia ok lagi tak. Hahahahaha. Aku selalu la suruh-suruh diorang macam-macam. Suruh belikan makanan kat bazaar. Suruh belikan air batu, aterrr tekak orang mengandung ni asyik nak melantak air sejuk jer, nak diapakan. Hhihihi. 

Nampak gayanya, keboyotan telah menyebabkan aku kemalasan, dan kedahsyatan selera makan, dan minum. Hihihihi :D Kebuyongan juga telah menyebabkan blog ni terbiar selama lebih sebulan. Maafin guwe dong! Badan guwe ini bereeetttt banget! Hihihii

Mak Buyong - 38w3d

Sebenarnya entri ni nak wish SELAMAT HARI RAYA kat korang. Melalut jauh plak dah. Hehhehe. Korang pon wish la jugak aku senang bersalin. Doa-doalah baby ni jangan keluar raya 1st, keluarlah lambat sikit, mama dia nak makan ketupat palas dengan rendang daging dulu siap-siap. Past da makan tuh, nak terberanak pon, beranak la! hihihihi :D

Selamat Hari Raya, korang!
Maaf zahir batin, kalau ada terkasar bahasa ke,
terlambat post hadiah giveaway ke kann.
Salah dan silap jangan disimpan di dalam hati!
Bye, ciao cin cau!
Buka nanti minum yeos cincau pon sodap! Heheheheh




Check Up Pregnancy Di Jerman

Assalamualaikum & hye everyone! 

Alhamdulillah arini dapat curi masa sikit nak cerita pengalaman mengandung di perantauan. Anyone interested to continue reading? Thanks, if you stay tuned to this blog :D So, nak dijadikan cerita, kira-kira 6-7 bulan jugaklah mengandung dekat Jerman sebelum bertolak balik Malaysia arituh. Merasalah jugak dapat doktor omputeh sekejab. Hehehehe.

Dezember 2015
Baby Umbut 2 month dalam perut! Kecik giler dia masa ni.
Sekarang da besar dah! Hihihi
So lepas aku dapat positive result dari 2 UPT test yang aku buat *sampai 5 UPT aku buat, baru positive ok!* kira-kira sendiri rasanya macam 6 weeks kot baby-nya masa tuh. But, I'm a first-timer, ofkos la aku tak tau sangat apa kena buat, camne nak dapat checkup dekat Jerman ni haa. Kat sini takde klinik desa ataupun hospital kerajaan, macam yang aku tengok akak ipar aku pergi setiap kali dia pregnant dekat Malaysia. Serius takde idea, apa nak buat masa tuh. Clueless, aku pon pm kak Liza Raunheim dekat facebook, because I know exactly kak Liza ada pengalaman pregnant dekat sini, so I guess, I went to the right person to ask. 

Kak Liza happy sangat bila tahu aku pregnant. Kak Liza pon baru lepas bersalin anak second, dapat anak lelaki. Kak Liza, I am so happy for u! Hahhaha, you know happiness is something we shud share right? So sambung cerita, kak Liza cakap, try call mana-mana Gynecologist (pakar sakit puan) yang dekat dengan rumah, buat appointment siap-siap. Tak boleh lambat-lambat check perut ni. Haa, gtuh kata kak Liza you! Kalau dalam bahasa Jerman, Gynecologist ni dipanggil : 

Frauenarzt (panggilan utk Dr Lelaki)
Frauenärztin (panggilan utk Dr Perempuan)

Inilah buku pregnant masa dekat Jerman sana.
Sama jer benda yang doktor tulis dalam dia, macam Msia jugak :D

Aku choose untuk jumpa doktor perempuan, sebab nak selak tunjuk perut, tunjuk semua tak segan sangat. Kalau lelaki, macam weird jer. Hahahhaha. Aku call banyak jugak klinik pakar sakit puan dekat Bingen, unfortunately kebanyakkannya dah penuh appointment sampailah Februari 2016 (masa aku call tuh tengah bulan 11, 2015). Boleh bayangkan tak betapa tensionnya aku masa tuh? Klinik last yang aku call tuh ckp,  


Klinik:  Haa tengah bulan 2 tahun depan baru ada slot kosong, kalau nak jumpa doktor

Aku:    Saya dah 6 weeks pregnant, ok ke kalau tak jumpa doktor, pastu bulan 2, 2016 tuh first time jumpa doktor? 

Klinik:  Ehh tak boleh lambat-lambat jumpa doktor. Mana boleh bulan 2 nanti baru datang. Meh makcik carikan satu slot kosong untuk kamu jumpa doktor.


Terharu sangat dengan makcik tersebut. Thank you makcik! Dapat jer first appointment, memang happy habes. So, jumpa doktor tuh 2 kali check-check semua. But, the doctor does not suit me well. Atas sebab-sebab tertentu, aku tukar doktor lain. Tak boleh nak cerita sangat kenapa, kalau tak nanti, berjela sangat entry ni :D

LoL



=======================================================

Tips untuk senang dapat buat appointment dengan pakar sakit puan di Jerman, when you know you're pregnant:
  • Make sure, bila call tu, terus bagitahu, "Saya dah pregnant sekian-sekian, dan saya nak check up"
  • Mistake aku masa call banyak klinik, dan tak dapat buat appointment, maybe sebab aku call dan cakap nak buat appointment sahaja, tanpa terangkan terlebih dahulu yang aku ni pregnant. The clinic people probably think that, I am just some regular patient, bukan expectant mum.
  • Same jugak kalau call klinik lain, untuk bertukar doktor, make sure, first sekali mention, dah pregnant berapa-berapa weeks. Baru dapat layanan tip-top!
  • And ofkos, call la masa klinik buka. Kalau tak sape nak layan kan. Boolayan! Hihihihi

=======================================================

Thanks for reading this!
Doakan baby Umbut dalam perut den ni sehat walafiat yer :D
Yes, becos cik Juwaily and me decided, we dont want to spoil the baby's gender in this blog yet,
we agree to call the baby Umbut! Macam umbut kelapa pulak kan!
Hihihi :D Muah! Bye!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...