home about contact travelog resepi bahasa jerman

Frohes Neues Jahr 2016

Kalau cakap pasal tahun baru, mesti semua orang nak reset balik azam kann?! Cliche! Kekekeke. Jahat betol mulut orang yang cakap, memasang azam tahun baru ni too mainstream dan too cliche. Patut kita cili kan aje mulut-mulut mereka tuh. Tahun baru, baguslah tu pasang azam baru, and you have another 365 days to achieve it kann. Bagus apa! Lagipon tak best la jugak hidup takde azam, takde matlamat macam ahkak Aisya engkorang ni. Jangan ditanya azam tahun baru aku apa, matlamat hidup aku terlalu random dan tak kena masa, and banyak, kang kalau aku listkan, memang sampai besok tak habes lagi engkorang baca. Hahhahaha


So, to be simple, I azam nk capai jer ape-ape yang boleh dicapai, dengan usaha tak seberapa I ni. Boleh?! Boleh ajaa! Azam I olls, suka hati I olls la nak set camne pon. Kekekeke. Btw tahniah & terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Tahun Indah 2015 for me. Life is more beautiful with lots of people around kann?! hihihi. Tenchu tau, you guys made my year a great and blissful one! Tenchu-tenchu! :D




And sebagai meraikan tahun yang bertukar, maka kami di Bingen, Doshland ni pon celebrate la barang sedikit tidak. Orang kata, "ehh, tahun last kot nak sambut New Year kat sini, haa sambut la kaw-kaw sikit kann." Haa gtuh mak jemah ko cakap, jadi kitorang pon men-JEMAH kan diri, prepare segala halah semua for the New Year! Yippi!


Mercun Shopping!

The only time of the year, yang kerajaan Jerman benarkan semua rakyat marhaen dia beli mercun dan main, adalah masa malam New Year! Since masa 31 Disember tuh kedai bukak halfday jer, kitorang shopping hari sebelum tuh lagi. Banyak gilor beli mercun this year! Sebab ramai orang nak main same. Hihihi :D



Btw for everyone's informations, dekat sini mercun depa jual dekat kedai barang-barang rumah jer, macam Tesco, Giant gtuh. Melambak banyak depa jual. Masa kitorang dok belek-belek nak pilih ni, nampak pekerja dia topup lagi stok mercun banyak-banyak. HEaven.....!!!





Sini kerajaan tak sponsor mercun untuk malam New Year, sape nak bunga hapi, haa beli la sendiri. Ada yang murah, ada yang mahal. Ikutlah, kalau set yang besar banyak giler mercun rocket dalam dia, mahal la sikit. Aku tak tau harga dia berapa, sebab kitorang bayar share-share :D

Tengok akk cashier ni, muka takde feeling pon jual mercun. Sebab completely legal masa New Year. Hahahha :D

Hasil tangkapan kitorang, share bayar 6 orang :D
Sebab 6 makhluk Tuhan paling seksi nak main :D Ouch!

But still, even its completely legal to play Mercun, still kena ikut rules yang dia tetapkan.
Baca buat-buat faham la ek, ahkak malas nk translate :D hihihihi


Makan Malam New Year

Malam semalam, kitorang buat ayam KFC dengan mashed potato, hihiihi! Yelah KFC kat Deutschland ni bukannya halal, da 2 tahun setengah aku tak merasa KFC, apelah salahnya kuarkan sikit peluh, usaha titik peluh sendiri buat KFC ni. Tiba-tiba aku terbayang masa masak ni, peluh menitik kat makanan. Macam yek jerrr! Hihhihihi :D Yak!




Chef yang masak ayamnya mestilah Cik Juwaily, dengan Suami kak Atie. Aku pulak buat mashed potato. Tapiiiii, since ahkak Aisya engkorang ni rajin giler, aku guna mashed potato segera jer, isi air panas, susu, butter, tak sampai 5 minit, siap! You know, you have to do your job like a boss, right? Hihihi, because that's how I usually do stuff :D Why take the long journey, lenguh-lenguh tangan lenyek kentang, if you can just buy kentang segera jer kann?! Hihihi :D Winn!


Haa, tapi aku buat sendiri kuah untuk mashed potato tuh. Aloorr yang omputeh panggil Gravy, Gravy tuh. Haa yang tuh buat sendiri. Sedap ok! Resepi sini LINK. Kalau ikut resepi ni, ikut betol-betol yer anak-anak, tepung dia suruh letak 5 sudu, jangan gatai pi letak 6 sudu. Nanti jadi macam aku, jenuh nak kacau, lenguh tangan mak! HIhihihi :D It felt like kacau dodol you know! Penat giler! Hahhahaha


KFC before :D

KFC after :D

Mucas-dili-si-os-so!! Hahhahah :D

Past makan, kita main kad dulu! Lambat lagi nak midnight kan :D
aku cukup pantang org yang belum midnight dah kelemtum-kelemtam bakor mercun, geram aku, Spoiler!
Rasa nak bakor rumah Landlord aku, pukul 6 petang dia da start bakor mercun. Spoiler alert betol!


Klimax! The Midnight Show!



Nampak tak lembaga hitam dalam ni?
Kalau xnampak, tandanya pendek umur. Hihihihi :D

Comel kak Atie. Excited betol dengan Mercun Butterfly ni :D COmel :D



Tengok kanak-kanak riang bukak kotak Excalibur.
Ber-kaliber semua ni :D Bukan main lagi korang main kann :D

Excalibur ni bila dia meletop, kuat giler bunyi dia. Sakit dada.
Macam bunyi pistol (like I've ever heard, how a gun sounds la kann, hahahahahha)
Dah lah lama, dia meletop bertalu-talu lebih kurang 2 min, kalau tak silap. 





Mula-mula kitorang guna botol sos tiram ni, nak tegakkan mercun rocketnya.
Pastuh lepas excalibur dah habes guna, dialah jadi pengganti botol tiram ni.









Bakar... :D

Pastuh lari!!! :D Hiihihihi :D







Nampak tak, ada bodak excited sangat sambut new year dalam video tuh? Hahhahaha. Kanak-kanak sangat! If people ask u my age, just tell them, "she's always sweet 16" Hahhahahah. Yek sangat!



Beramai-ramai mengimarahkan malam new year. Berlawan-lawan dengan orang sebelah-menyebelah. Berdentum-dentam malam tadi. Sakit dada. Adoyai! But still, its a blast! And we had great time together!


Life is short, live it.
Love is rare, grab it.
Fear is awful, face it.
Memories are sweet, cherish it :D

Happy New Year 2016!


Yeppi Nuyer, Ebeli Badi!
Have a blast!
And a great year ahead!
Just dont forget me, please :D
Muah!



14 comments:

  1. Very nice post, impressive. its quite different from other posts. Thanks for sharing.

    buy weighing scale online

    ReplyDelete
  2. aisyaaaa. hahaha rasa mcm ada kat sanaaaa :D sini pun meriah gilaaa bunga api, lol baru nak rasa sbb selama ni duk new year tmpt lain jeee. tapi dah rasa mcm perang apa je dahh, mcm kilat petir merata2. kite kan duduk rooftop kann, the best view lah nak tgk fireworks.

    sama jugakkkk dari maghrib je dah penuh bunga api. hahaha.

    the best part ialah bangun2 pagi, SNOOOOOWWWWWWWW :D:D:D:D

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru 2016 aisya. seronoknya depa main mercun. ditambah pula dpt makan ayam kfc yg sedap :)

    ReplyDelete
  4. best nyee duduk luar negara merasa pngalaman berbeza dari Malaysia. Selamat Tahun baru akak Aisya ^^

    ReplyDelete
  5. wah wah kak aisya! meriah giler tahun baru....kita awal2 lagi dah tido! apa2 pun sebelum terlambat happy new year kak aisya!

    ReplyDelete
  6. mercun tu dijual mcm jual makanan je..haha..

    ReplyDelete
  7. Oh maiiiii yaaaa! Seronoknya main bunga api, kak Aisya! :D

    ReplyDelete
  8. seronoknya baca entry ni! dah lama tak main mercun :D meriah tahun baru kak aisya, hehe

    ReplyDelete
  9. nampak seronok je shopping bunga api tu :) Hana follow sini

    ReplyDelete
  10. hepi new year Aisya!bestnya kat Jerman main mercun legal!ada tak kes putus jari macam kat Malaysia?hahaha

    ReplyDelete
  11. uwaaaa. bestnya kak Aisyaa main mercun kat obersii. heheh. ^_^
    hepi new year!

    ReplyDelete
  12. hahaha pergh kemain mercun dia jual. sini xtau la kalau buat jualan besar-besaran macam tu. hahah. sedapnya tengok ayam kfc tu. kami sambut ny biasa-biasa je. btw, happy new year kak Aisya :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...