home about contact travelog resepi bahasa jerman

Alhamdulillah :D Allah hat uns geholfen :D

Assalamualaikum and one big yellow hello to this beautiful blogging world! 
How's everyone doing? 




Baru 3 minggu tak update blog, rindunya tuh terasa macam da berapa abad la blog ni ditinggalkan. Hehehhe. To those who wonder, where had I been to, thanx for wondering. Ngee, ngee. Terpaksa tinggalkan kejab blog tercinta ni, sebab nak fokus siapkan thesis. Kejar dateline orang kata! Sebabkan nak kejar dateline nak hantar thesis ni, I almost dead-at-the-line jugaklah, jenuh betol menulis penuh tertib ikut segala halah format yang lecturer nak. 

Kalau ikut hati aku, memang ku bantai aje format ikut suka. Tapi sebabkan lecturer yang jadi supervisor aku tuh, dia jugaklah cikgu yang uruskan segala tok nenek permarkahan, dengan sijil aku nak habes belajar nanti, ada lebih baik, guwa ikut jer apekonbondo yang dia nak. Untung-untung dia puas hati, markah final pon dapat cun kan. Tapi terpaksalah korbankan blog tak berupdate sampai genap 3 minggu arini kann. Sorry, my beloved blog, for abadoning u. Jangan majok deh!

During the time yang aku dok menulis jer thesis ni kan (read : menyalin jer dari buku, hahahahha :D), banyak jugak benda berlaku dalam hidup aku. Susah nak gambarkan camne akhirnya boleh, Alahmdulillah siap jugak thesisnya.



Terputus hubungan dengan dunia luar
Korang bayangkan, aku benti kerja sebab nak siapkan thesis, arituh ada ceritakan. Pastuh dan-dan dah start fokus 'menulis' thesis, research kaw-kaw kat internet, tiba-tiba housemate ynag buatkan internet rumah cakap, pasni dia taknak da share Internet rumah. Dengan muka belagak dia kata, "Pandai-pandai koranglah nak hidup tulis thesis tanpa internet. Hahhahaha" Gelak macam setan. Ok, part yang ada dialog atas tadi tuh, aku tipu. 

Housemate aku, kesian dia. Sebabkan kitorang share internet 4 orang, maybe salah sorang macam download movie & TV series secara haram, pastuh housemate yang buat internet tuh yang dapat surat saman, sebab internet atas nama dia. 2 kali ok surat saman datang, satu harganya 800 lebih euro, satu lagi 400 sumthing. Tak taulah camne dia bayar. Aku diam je, sebab memang bukan aku pon ynag buat. Tak pasal aku nak bayar pulak kann.


Menulis thesis tanpa internet
So, lepas 13 Februari tuh, surat saman kedua sampai pukul 11 pagi camtuh. Housemate aku cakap, internet mati pukul 2 petang. Lepas pukul 2, dia matikan semua wifi tok nenek. Aku rasa nak nangis weh masa tuh. Thesis kitorang dua memang 100% rely pada research. INTERNET RESEARCH. 

Pastuh kitorang (Cik Juwaily & me) gagahkan diri, pergi beli simkad internet, buat wifi hotspot dekat phone, pastuh connect ke laptop. Pastuh masa beli simkad internet tuh, tiba-tiba ada masalah nak aktivkan simkad tuh. Kitorang pergilah menumpang rumah junior, sebab nak aktivkan simkad tuh kena login kat internet, internet rumah da takde. Jenuh, berpeloh, marah pon ada. Sebab orang lain punya tahi, orang lain bau busuk. Eh, eh?! Hahhahahah :D :D Aku still sampai sekarang rasa, aku tak salah langsung dalam hal internet tok net ni. Kenapalah aku yang kena hadapi sume ni. Entahlah.

So nak dijadikan cerita, simkad internet yang kiorang beli tuh cukuplah untuk check whatsapp, bukak 1-2 browser untuk research. Kalau bukak banyak, cepatlah dia habes. Quota kitorang just 1,5 GB untuk sebulan. So, nak berjimat internet, kitorang gagahkan diri lagi, Isnin sampai Jumaat, tiap-tiap hari bawak laptop pergi Uni, and buat kerja. Kadang-kadang duduk dekat tempat study, bising sangat, susah buat kerja. Pindah pulak pergi masuk dalam lab komputer. Pastu lab komputer heater dia tak function, sejuk bukan main, pindah lagi tempat. Hidup memang nomad habes arrr masa tuh. seminggu lebih jugaklah. 



Tiba-tiba bantuan turun dari langit
Kadang-kadang aku rasa, susah sangat nak hadapi keadaan takde internet tuh. Tapi bantuan tuh Allah hantar dalam macam-macam bentuk. First, hari yang nak aktivkan simkad internet tuh ada masalah tuh, jiran kitorang orang Iraq tuh kasi kitorang nasi dengan lauk untuk makan tengahari. Masa tuh kitorang dok keluar masuk rumah kan, nak setelkan isu simkad ada masalah tuh. Memang kitorang tak pikir makan da masa tuh. Tiba-tiba dapat makanan. Alhamdulillah sangat. Sedap sangat Bruder Asyraf tuh masak, dia bagi nasi beras basmati, makan dengan kuah ada baked bean. Nikmat betol dapat bantuan waktu tengah susah, tengah stress ni, Alhamdulillah.


Second bantuan datang, bila junior kitorang Pavi and Akmal habes exam. Diorang nak jalan-jalan melawat super junior kitorang dekat bandar lain. So Pavi let us use his room + INTERNET to do our work while he was away, for more than 2 days. Syukur yang amat sangat. Alhamdulillah.


Bantuan third, Nabila sister baru di Bingen nak balik Malaysia cuti sebulan. So dia tinggalkan keycard bilik dia untuk kitorang, so that kitorang boleh guna internet rumah dia. I am more than thankful. Sekarang pon online dekat bilik dia, sebab temankan Cik Juwaily siapkan thesis dia plak.

Pavi yang kiri sekali tuh...
Sebelahnya Akmal...
Nabila pulak yang gadis manis paling kanan sekali tuh :D
Thanx alot peeps, for helping us during this hard time :D



Conclusion
After all kesusahan ni, Alhamdulillah thesis aku dah berjaya disiapkan. Suami aku belom siap lagi, dia ada lagi sebulan untuk berjuang. Dateline dia lagi sebulan. Tapi thesis aku sendiri, Alhamdulillah semalam dah print cantik-cantik. Arini nak burn masuk dalam CD, InsyaAllah esok pukul 10 pagi waktu Jerman, aku akan submit dekat supervisor aku. Korang semua doakan semuanya berjalan lancar. Doakan jugak kitorang dapat markah comel-comel macam 1,0 ataupun 1,3 untuk thesis kitorang. But so far, I am more thankful dengan bantuan yang Allah beri masa susah 2-3 minggu ni. Kalau pasni, markah thesis ni so-so je pon, takpelah. I am still thankful. :D Alhamdulillah :D

P/s: Allah hat uns geholfen, maksudnya Allah has helped us :D




Thanx for reading this very long entry!
Semoga Allah membalas yang baik-baik dekat korang jugak!
Aminn :D

11 comments:

  1. salam kak aisya , Allah menduga , Allah juga beri bantuan

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak kerana berjaya! , yana pon masa nak habis tesis degree tu je tahu :D

    ReplyDelete
  3. Miss reading your blog, kak Aisya! Alhamdulillah, banyak nikmat yang Allah bagi masa kak Aisya dalam kesusahan :)

    BTW, baru tahu yang kalau dekat Germany kalau orang download secara haram kena saman :O

    ReplyDelete
  4. Susahnya time2 kite tgh buat thesis penting pulaklah housemates matikan internet T___T nasib baik ada orang2 yg dtg bantu.

    Anyway, tahniah dh siapkan thesis tu! Wlaupun banyak kesusahan yg berlaku. Harap Allah gantikan segala kesusahan semasa buat thesis tu dgn kegembiraan dpt marks yg bagus! :D

    All the best utk husband kak aisya jugak!

    ReplyDelete
  5. Rindu nak baca blog niih :D
    Banyaak naaauu dugaan akak. Kalau saya, dah menangis berbakul bakul dah. Haha . baru tahun yg german xleh download secara haram. Ishhh, siapa punya kerja, pergi download secara haram, takpasal pasal susahkan org lain sama.

    Dan tahniah utk akak berjaya siapkan thesis :D dan boleh kemas barang, balik malaysia,

    ReplyDelete
  6. Tahniah sebab dah brjaya siapkan akak. Moga dapat markah yg comel2. Doakan saya yg bakal menempuh FYP sem nih. Fiuhh! ;)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, bantuan Nya datang diketika kita amat memerlukannya.. all the best aisyah .

    ReplyDelete
  8. haah lah, teringat Aisya pernah cerita pasal download movies ni T___T Mujur wasap tak banyak guna data sangat, hohooo rasa bersalah tetiba duk wasap :)

    yeay yeay dah siap thesis! may you get all the best for the marks! dah banyak pengorbanan untuk thesis ni kan, insyAllah He will give you the best one!

    ReplyDelete
  9. Dugaan kan belajar ni...ada banyak benda yg jadi...kak Sally pun mmg tgh terduga bila kena g kelas jauh kat hujung Puncak Alam sana...

    takpelaa...semoga semuanya akan lebih baik lepas ni...InsyaAllah! Cepat sikit buat thesis tuu...kata nak ngedate bulan April!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...