home about contact travelog resepi bahasa jerman

Bila Junior Datang Melawat Bingen!

Lebih kurang seminggu sebelum aku hantar thesis arituh, kami di Bingen ada terima kunjungan adik-adik junior datang melawat Bingen. Ewahh! Skema bebenor ayat kita yer! Kekekeke. Adik-adik junior aku ni, diorang sekarang dekat Bandar Cologne, Germany. Diorang baru sampai ke Joromen ni bulan 1 arituh, sekarang depa tengah buat bridging course dekat Cologne. Nanti bulan 9 masing-masing akan masuklah university pilihan hati masing-masing. Sekarang ni belum masuk lagi, still dekat Language School lagi. 

So adik-adik yang datang ni, diorang datang Bingen 2 hari, tido bermalam dekat rumah Akmal dengan Pavi. Aku kann, rasa meriah sangat jumpa adik-adik ni. Seronok tengok diorang, happy jer. Oooh, I miss being 20 again! Bestnya life masa muda-mudi. Bila tengok orang muda enjoy life ni, cheq tiba-tiba rasa diri cheq ni tua macam umoq da masuk 75 tahun. Kahkahkah. 

Makan! :D

Adik-adik ni dengan Akmal + Pavi masak sedap-sedap masa diorang ada dekat Bingen. Diorang jemput siap kitorang (Aku, Cik Juwaily, dgn Nabila) makan sekali Nasi Ayam Hainan masa tuh. Marverlous giler, sumpah sedap giler diorang masak. Tengkiu juniors! Terima kasih daun keladi, lain kali masak la lagi! Hihihihihi


Siap makan, dengar adik-adik ni perkenalkan diri. Taaruf orang kata!

Seronok sebenarnya borak-borak dengan adik-adik juniors ni semua. Terkenang zaman muda-mudi dulu-dulu. Aku pon ada melawat seniors jugak dulu, sebab nak tengok universiti senior-senior, mana yang berkenan dihati. Haa gtuh! Juniors ni pon tengah survey-survey lagi, diorang belum pilih lagi uni mana nak masuk, course apa nak amek. 

Tapi beza arr, aku dengan juniors. Juniors ni masak siap kasi abang, akak makan. Aku dulu-dulu, datang melawat senior, senior yang masakkan susah payah. Bila nak raya, aku lagi menebeng pergi dekat rumah senior, tumpang makan rendang dengan ketupat. Aisya yang dulu, bukanlah yang sekarang. Sekarang reti dah masak rendang sendiri, cewah! Pujilah sikit. Kikikih :D

Btw, juniors kitorang ada buat video masa diorang datang melawat Bingen ni. Nanti bila I olls da balik Malaysia, kot-kot rindu Bingen, boleh arr I olls tengok balik entri ni kann. Sape-sape yang berminat nak tengok keindahan Bingen (indah ke masalahnya! Kahkahkahkah), mai lah tengok video juniors aku buat ni. Kot-kot terminat, boleh arr follow sekali Youtube Channel diorang:

M. P. M. A
(Menantu Pilihan Mak Awak)



Sekian~
Tengs for reading!
Muah!

20 comments:

  1. hahaha kelaka la entry ni Aisha, awak pun still muda lagi. Bezanya awak dah nak balik Malaysia,pasti akan merindui suasana di German.

    ReplyDelete
  2. bestnyaaa dapat peluang belajar dekat negara orang kan? hehehe..

    ReplyDelete
  3. ok laa tu Aisya.. nanti terindu2 German plak..

    ReplyDelete
  4. Taknak tgok video tuuh takut tgoda nak pegi sana .. Ngeeee ..

    ReplyDelete
  5. nicelah video ni, lawa diorang edit!
    nanti kak aisya da balik malaysia mesti rindu dgn bingen

    ReplyDelete
  6. perghhh! siap video! nnt esok kak sally tgk sbb data tak mengizinkan sangat neh...hahahaha...LOL! lepas ni kita lepak KL pulak laaa :D

    ReplyDelete
  7. haaaa, rindu dgn Bingen & Rudesheim tuu.

    ReplyDelete
  8. seronoknyaaa, jeles tengok. hiks. by the way, fiqa kenal salah sorang junior dalam first pic. my ex schoolmate ><

    ReplyDelete
  9. Students Malaysia masih buat Deutschkurs kat CDC Hansaring ke? Owhhh rindu tempat pertama di Jerman... hostel lama kat Kolpinghaus, Froebelstrasse...

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah, meriah kak ana tengok, sure aisya dan suami akan merindui saat2 suka duka di sini bila pulang ke tanahair nanti kan, all the best my dear :)

    ReplyDelete
  11. salam .. wah seronok nya kumpul ramai ramai then masak!

    ReplyDelete
  12. Nice... ooo kt germany kna p sana dulu baru pilih uni ke...

    ReplyDelete
  13. haaailaa Aisya.. kalo yang muda ni cakap missing being 20.. akak ni guano ?

    ReplyDelete
  14. bestnyaa la belajar oversea.. tulaa dulu akak ni tak blajaq rajin2..
    masuk MRSM dok memain banyak lalala..

    ReplyDelete
  15. dah mcm gathering raya plak tgk ;-)

    ReplyDelete
  16. wow..seronok la kan kena masakkan nasi ayam yang sedap gila..bertuah dapat junior yang rajin lagi pemurah macam tu kan aisya kan.. :D

    ReplyDelete
  17. Kita masa sampai dulu-dulu pun seniors yang baik hati tolong masakkan. hehe

    ReplyDelete
  18. Peluang yang tidak semua dapat..
    memori yang akan dikenang bila sudah tidak disitu..

    ReplyDelete
  19. bestnya dapat study kat obersei. Tak dpt peluang tu. Tunggu phd maybe. hakhak :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...