home about contact travelog resepi bahasa jerman

Girls Day Out with Nabila

Kira-kira sebulan lepas, masa aku dok sebok paksa diri siapkan thesis, Nabila bagitahu dia nak balik Malaysia cuti lepas dia habes exam. Aku kan takde internet dekat ghumah kann, setiap hari hidup nomad dekat FH (baca: uni) sebab nak absorb wifi FH guna buat thesis. Serap seberapa banyak internet yang boleh, pulun kaw-kaw tulis thesis. Tapi bila Nabila cakap, dia nak balik cuti Malaysia, aku terus, "Nabila.... Nak pinjam rumah, guna internet." Hahaha, begitu sekali desperatenya aku masa tu. Nabila ni sporting, dia memang tak berkira, dia kata, gunalah rumah dia buat macam rumah sendiri. Aku pon menggelinjang keseronokkan! Yeehuu!

Dann masa yang sama aku tengah dok WS dengan si Nabila, Nabila ajak sekali date minggu next-nya tuh. Sebelum dia berlepas balik ke tanah Malaya. Aku sebonarnya memang excited je nak dating-dating dengan Nabila ni, tapi sebab busy tulis thesis, aku cakap dengan Nabila, "Tak janji.. Kalau dapat siapkan thesis ni sebelum Sabtu, kita date ek!". Sabtu tulah hari nak date-nya. Akk Aisya engkorang ni kalau kerja tak siap, tak best feeling dia nak keluar bersuka-ria ni. Haa gtuh kann. 

Aku pulun buat laju-laju thesis aku, hari Rabu tuh lagi da siap. Khamis dengan Jumaat edit-edit sikit, betolkan ejaan semua, maka Sabtu dapatlah aku dengan my beloved Nabila dating berdua! Suami tinggal jaga rumah. Muahahaha. Gadis-gadis je boleh date, katanya Girls Day Out kan! Boys-boys tak boleh ikut. Hihihi.



Nak tau tak betapa bersungguhnya kitorang nak menjayakan hari Girls Day Out kitorang, sanggup bangun pagi-pagi da bertolak pergi Bandar Mainz. Kalau tak silap, aku macam amek bas pukul 9.30 pg kot masa tu. Baguskan kami! Nak dating punya pasal, sanggup bangun awal pagi. hihihi

Nasib baik i olls da check siap-siap, hari yang nak keluar tuh takde pape game bola, so boleh naik train dengan happy! Satu tips kalau hidup dekat Jerman ni, bergantung dengan train nak kesana kemari. *Nur Kumalasari! Eh, eh??* Haa, tips-nya kena always check game bola yang diadakan dalam Jerman ni, tengok sekali depa main dekat mana, mana lawan mana. Seeloknya elak la keluar masa ada game dekat kawasan dekat kita. 

Sebab orang Jerman ni, hilang tamadun dia bila game bola. Time nilah tiba-tiba diorang langsung satu hapah rules tak diikutnya. Menggila diorang ni mabuk setiap kali ada game bola. Merokok dalam train ada, bawak botol arak tumpah-tumpah, kencing bersepah dalam train, nyanyi lagu team bola masing-masing, patriotik sangat. Hihihi. Kadang-kadang polis ada jaga train, suruh diorang diam, jangan hisap rokok ke apa, diorang balik marah polis. Polis pon tak dan dah nak control diorang, sebab diorang mabuk teruk bila tengok game bola ni. Hahahaha.

Ok, takmau cite pasal tuh panjang-panjang. I olls nak tunjuk gambar sekitar Girls Day Out guwa sama sistur Nabila. So kita enjoy!


A day when girls are going out, mustilah girls kena men-try mekap di kedai, yang dipakaikan oleh kakak kedai yang mekap dia meletop. Haa, korang tengok, akk tuh ada berus banyak giler keliling pinggang dia. Haa, sape-sape takde berus nak bersih rumah, bolehlah pinjam dengan akak ni. Hihihi :D

After we try mekap-mekap, kitorang shopping baju pulak! Girls dengan baju, memang tak dapat nak dipisahkan. Aku sendiri, ada 2-3 helai lagi blouse belom bukak pricetag. Pastuh setiap pagi, aku heboh takde baju nak pakai. I shud slap my own face! Hihihi :D



Comel Nabila, bila tak boleh buat pilihan.
I like this colour! Chantek!
Sementara tunggu Nabila try baju, i olls posing-posing dulu dengen cermin mata ni. Hihihi. Aku suka sangat ceromen-mato bulat cemni, tapi belum jumpa lagi satu yang betul-betul berkonan di hati den ni haa. Teehee :D

Engkorang nampak tak handbag warene cokolat dokek belakang eden tuh?
Baru perasan, comel la beg tuh! Kenapa arituh tak perasan?! Hissh


Suka blouse kotak2 besar ni. Tapi barang-barang sume da shipping balik Malaysia,
rasa berdosa kalau tambah lg bekalan baju! *Facepalm!*
Nak tahu tak. Aku kan suka sangat sweater comel cam dekat bawah ni. Geram giler tengok, dah lah dia murah. Macam 10 euro je kot. *Pengsan* Tapi sebabkan nak balik Malaya dah, banyak sweater cecomel kena sedekah kasi dekat orang. Rasa nak nangis tau pisah dengan sweater I olls. So, for this sweater, sebelum I olls ada apa-apa 'hubungan' sentimental dengan dia, baiklah takyah beli. Sabor Aisya, Sabor!


Sebenarnya ada gmbr lagi better dri ni, tapi rasa comel plak candid
gigi besar, pastuh banyak sangat cakap masa ni. Padan muka i olls! Hihihi
Yes, follow me, I am your inspiration! *perasan!*

Penat shopping, kita makan dulu! Sedap giler weh nasi ni, gebus. I lioke! Nanti balik Malaya, musti rindu banget!



To Nabila, tengkiu very-very much *muah2* sebab kasi tumpang rumah sepanjang 4 weeks ni. Kalau tak, tak tahu cane kitorang nak siapkan thesis kann. Jasamu dikenang sepanjang zaman! Hihihi. And, Nabila, make sure u settle down in KL, wenn u come back for good nanti tau. So that, kita boleh Girls-Day-Out lagi nanti. Next will be Pavilion yer! Promise?! 

Hihihihi. I miss u already, dear Nabila. Balik la Doshland cepat-cepat. Kita date last sebelum me flying-flying back to tanah Malaya. Till then, love u much! Muah! :D :D :D


Thanks alot for reading!
Muah to you too :D
Have a nice day!

13 comments:

  1. Comelnya sweater tuhh, cimelnya bag tuh, comelnya girls tuh *ehhh ? Baca entry kak aisya mesti ada perasaan nak jejak kaki pergi jerman .. Huhu T_T

    ReplyDelete
  2. Nabila cantik! hahahaha...kak Aisya pun cantik gila tudung tuuu! hahahaha..lepas ni mesti rindu rinduan jadi kenang kenangan insan ku sayang kini milik orang..eh?

    ReplyDelete
  3. Comel Nabila...ecah..baju2 tu pun cantik laaaaa....bestnya shopping sana..

    ReplyDelete
  4. dua-dua wanita ni comel dan cantik, baju sweater yang color putih tu sangat cantik. Ada gambar2 tu menambah kecomelan sweater tuh.

    ReplyDelete
  5. Terbaik blog anda.. Saya dapat belajar serba sedikit di blog ini.. anda boleh follow blog saya juga (http://megawealthvet.blogspot.my/)

    ReplyDelete
  6. Seronoknya berdating! Beg coklat tuh memang serius cantikkkkk!

    ReplyDelete
  7. kak aisya ni comel betul! hahahha, kadang gambar cantik tu super comel!

    ReplyDelete
  8. ala seronoknya tengok..memang aisya dan nabila tu comel..

    kak wana suka tengok baju yang ada banyak gambar tu..ada awan bagai..suka koleksi baju macam tu..hee :)

    ReplyDelete
  9. Memang gegirls sangat kalau Girls Day Out macam ni :D

    ReplyDelete
  10. Best sesekali dapat luangkan masa dengan GF..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...