home about contact travelog resepi bahasa jerman

Pencuri Gula

Kitorang tinggal sebulan je lagi nak duduk dekat Jerman ni. Sape happy kak Aisya nak balik Malaysia da, angkat tangan?! Saya, saya, saya! *perasan bebenor aisya tuh!* Hahaha. Oklah kan, sikit lagi perjalanan nak dah sampai ke penghujung ni, time nilah housemate kitorang buat macam-macam hal. Tapi sabor yolah. So today, we will gossip talk about my housemates.



Aku dengan Cik Juwaily (my Husband) duduk dalam satu rumah yang ada 6 bilik, tapi toilet & dapur kena share dengan orang. Dulu-dulu 4 bilik je ada orang. 

Bilik 1  : Aku & Cik Juwaily,
Bilik 2 : Kak Atie (housemate & kakak senior tersayang), 
Bilik 3 : Amina (kawan dari Morokko),
Bilik 4 : David (orang Jerman).

(Dari kiri) Me, Kak Atie, & Amina

And then, kak Atie balik Malaysia, and Amina pindah ke bandar Mainz, masuklah housemates baru. Nak dijadikan cerita, kitorang dapat housemate orang pelarian (Asylum Seeker) dari negara Iraq, dua orang lelaki. And after sometimes, masuk pulak orang pelarian dari Syria. Makcik, pakcik dengan anaknya. Sekarang rumah ni semua 6 bilik da penuh. 

Bilik 1  : Aku & Cik Juwaily,
Bilik 2 : Asy (Pelarian dari Iraq), 
Bilik 3 : Saf (Pelarian dari Iraq),
Bilik 4 : David (orang Jerman),
Bilik 5 : Makcik Jam + Husband (Pelarian dari Syria),
Bilik 6 : Anak Makcik Jam, nama tak diketahui (Pelarian dari Syria jugak).

Kenapa Jerman ni banyak orang pelarian ni?
Kalau korang nak tau kenapalah kitorang ni duduk dengan pelarian ni kann, meh cheq cerita serba sedikit. Syria kan macam ada krisis + pergolakan kan (I dont know the real story, silalah engkorang tanya pakcik Gugel :D). Masa Syria krisis teruk tuh, kerajaan Jerman cakap depa kasi pelarian masuk ke negara Jerman ni untuk dapatkan perlindungan. Rasanya dalam bulan 10 ataupun 11 tahun lepas kerajaan Jerman announce benda tuh. Since then, ramailah pelarian dari macam-macam negara masuk ke Jerman ni. Ada dari Syria, ada dari Iraq, Afghanistan, go-head-gostan. I dont know much, tapi pelarian ni datang dari various countries, various nationalities. Sebab tulah kitorang pon dapat housemates macam-macam negara, nak dijadikan cerita. 

Dan diorang ni hidup selesa jugaklah dekat sini, sebab rumah sewa kerajaan Jerman bayarkan, dapat lagi duit poket berapa-berapa ratus setiap bulan, pastuh ada orang macam kebajikan masyarakat selalu datang melawat, tengok keadaan diorang, bagi TV, bagi macam-macam. So, they kinda live happily in Germany, to say it in a simple way. Gaya aku cakap macam jahat giler kan. I have my bad side, just accept it. Kahkahkahkah :D


Living with asylum seekers ni rasa lain la
Ini tak sampai lagi klimax cerita weh. Kitorang (aku, Cik Juwaily, dengan David housemate Jerman kitorang) hadapi macam-macam hal la jugak since duduk dengan pelarian ni. Yelah, kitorang faham jer, diorang baru datang ke Jerman, bahasa Jerman pon tak boleh cakap, English pon sikit-sikit sangat, so communication tuh memang masalah la jugak. Tapi ok jer. Still tolerable la jugak kann.

But one day, something happens
Setiap selasa, ada makcik clearner datang bersihkan rumah kitorang. bersihkan dapur, bersihkan toilet. Biasanya, makcik cleaner akan provide sebotol sabun basuh pinggan baru. Tuan rumah belikan sabun tuh. And then ada satu minggu ni, makcik cleaner lupa letak botol sabun basuh pinggan yang baru. Sabun lama yang ada pon da tinggal sikit-sikit. So macam hari Sabtu, memang dah habeslah sabun yang lama tuh. Ari Ahadnya, aku dengan Cik Juwaily pergi rumah Nabila untuk online, cik Juwaily sambung tulis thesis dia kan, malam baru kitorang balik balik rumah kitorang. Sampai jer rumah dalam pukul 12 malam, kitorang masuk toilet. Kencing apa semua dulu sebelum tido (Mak ai pesan, kencing dulu sebelum tido, jangan kencing malam atas katil! Kahkahkahk). 

Masa masuk toilet tuh, tengok-tengok sabun basuh tangan aku takde dekat dalam toilet. Telinga aku panas. Cik Juwaily pergi check dekat toilet tingkat atas, pon takde. Cari-cari jumpa botol sabun basuh tangan aku dekat dapur, da kosong habes. I was like, whaaaattt? Semua orang ada sabun sendiri kot, weh gunalah sabun ko sendiri nak basuh pinggan. I can clearly understand tau, ok Ahad dekat sini kedai market semua tutup, so maybe tak boleh pergi beli. Tapi aku sendiri basuh pinggan guna sabun basuh kain, pahal diorang nak amek sabun tangan aku buat basuh pinggan kan. Suka-suka hati. Guna sampai habes siap. Ayoyo! Aku memang speechless masa tuh.

Lagi speechless kan, aku tengok bekas gula aku, biasanya aku letak jer kat dapur. Tapi biasanya no one, NO ONE touches my stuffs. That particular day, gula aku almost habes, sehabes-habesnya. Aku lagilah terkesima. A few days sebelum gula aku lesap tuh, aku baru jer topup sekilo gula masuk dalam bekas tuh. Rasa nak nangis. 

So aku bertindak agak blunt
Aku wassap bro ASY tanya, "Ehh, ko dengan kawan-kawan ko guna gula dengan sabun aku ker?" That was direct! Diorang pon mengaku. Diorang cakap, sebab Ahad market tak bukak. Aku pon terpaksa bagitau diorang, lain kali tanyalah dulu sebelum guna. Pastuh hagak-hagak la guna, jangan sampai habes kann.  Hahahhaha. A few days later, Bro ASY dengan Bro SAF pulangkan gula aku sekilo. Kahkahkahkah. Bro SAF tuh beriya-iya cakap sorry dekat aku. Aku senyum jer. No hard feelings pon sebenarnya. Besok-besoknya aku ok jer borak dengan diorang, kalau jumpa kat dapur.



Bila aku pikir balik sekarang, giler blunt aku punya ayat dekat diorang masa tuh. Aku tak patut cakap macam tuh. Tapi cik Juwaily macam cakap sumting to me, maybe aku memang ada character yang blunt camtuh. Dulu aku pernah cakap direct benda ape lagi entah dekat diorang. Aku memang camni weh. Kesian orang sekeliling. Dulu-dulu masa baru datang Jerman, duduk serumah 4 orang pompuan sama-sama pon, housemate aku selalu halakan aku kedepan, kalau nak tegur housemates lain, dapur kotor ke apa. Suruh aku cakap. Aku memang cakap jer, tak pandang kiri kanan weh. Tapi aku tegur, dengan harapan ada improvement la pastuh. Abang kakak aku pon selalu cakap, mulut aku ni kuang ajor, sebab blunt sangat bila bercakap. Kalau salah, memang depan-depan muka aku bagitahu weh. Giler lahh.

Yang pasal gula ni, aku tak marah pon diorang amek barang aku, kalau diorang tanya dulu. Kalau pon aku takde dekat rumah masa tuh kan, wassap pon ok. Bukan main amek jer. Isu ni memang nampak macam remeh kan, gula dengan sabun tuh berapa sen sangat la kann, tapi kalau kita biarkan, maybe esok-esok benda lagi besar yang diorang amek tanpa mintak izin ni kann. Hahahha. So that the story, about pencuri gula! 

I am so sorry for being blunt to you, pencuri gula. But, aku memang macam ni, Kalau aku memang rasa, aku tak salah, yang benda yang ko buat tuh terang-terangan salah depan mata aku, sorry Bro, I got to tell you, you are so wrong! Hahhaha, that's just me! I say my heart out!


P/S:
Btw, nak tanya pendapat korang. Aku nak buat giveaway kasi calendar comel-comel dengan satu buku travellog. Ok tak kalau buat giveaway-nya awal bulan April (maybe 2 minggu gtuh), pastu hadiahnya aku bawak balik Malaysia, baru post dekat korang? Sape setuju? Tapi macam lambat la jugak, dah bulan berapa, baru nak kasi calendar kann. Takpelah lambat, dari xde langsung kan :D Tell me your opinion about this yer! Muah!


Thanx for reading!
I am sorry, if this entry hurts anyone reading it!
Muah!

19 comments:

  1. huhuh.. kalau aina pun pantang org sentuh brg tak mintak izin ni, atleast bgtau la kan.
    p/s: buat la GA tu hihi ada je yg nak join! =)

    ReplyDelete
  2. kadang2 bagus juga orang yang cakap berterus terang ni, senang nak faham.

    ReplyDelete
  3. i was like that before this. Tapi entah kenapa tiba-tiba jadi phlegmatic sikit, setiap kali nak cakap duk fikir nak taknak nak taknak. End up, kite simpan je dalam hati. Yg tak bagusnya, buat macam ni boleh jadi burst up at the end. :D haha

    So far alhamdulillah. Kalau ada pinggan mangkuk tak basuh dalam sinki, I always think, ni sebab rendam lepas berkerak ni, takpelah, meh kita basuhkan. Sbb kadang2 sy pun terendam periuk nasi, pastu lupa basuh, tengok2 pagi2 dah siap basuh, dah siap kering pulak tu.

    ReplyDelete
  4. Anyway, they have your phone number kann? Memang salah la tu nak guna barang org tak bagitahu. Wasap kan senang.... T___T

    ReplyDelete
  5. dik.... gula ngan sabun je kot...

    ha ha ha...

    ReplyDelete
  6. germany and turkey were very nice to de asylum...

    kadang sesama islam sendiri lagi teruk melayan saudara sesama islam yang dlm kesusahankan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan ingat semua asylum seeker ni baik2 orangnye. Yang baik ada, tapi sikit sangat bilangannya. boleh kira dengan jari. bukan nak benci diorang2 ni. Tapi masalahnya kebanyakan diorang ni datang jerman, buat tahi. Sebagai contoh kes yang dekat cologne masa new year 2016. Kalau tak tahu, sila google ye. Polis sampai kena buat serbuan dekat kem pelarian ni, dan polis jumpa banyak henfon curi, botol2 arak, wallet curi etc.

      Dan jangan ingat asylum seeker ni semua datang dari syria. Ada jugak yang datang dari negara arab lain seperti morocco, iraq, arab saudi, mesir. Diorang yang datang selain dari negara syria ni sebenarnya malas nak bekerja kat negara diorang, bukannya ada masalah keselamatan seperti di syria pun. diorang tahu kerajaan jerman buka pintu untuk asylum seeker, so diorang ambil kesempatan ni untuk dapat duit free (rumah kerajaan jerman bayarkan, dapat duit kocek lagi). Diorang duduk rumah hisap rokok berkotak2, habiskan duit tax kami yg bekerja di jerman ni, minum arak, borak2, malas cari kerja, tak solat, kacau2 perempuan bertudung yang lain kat tepi jalan, raba perempuan jerman, even worst sampai tahap kes rogol. Bila dah jadi macam ni, mampu ke cik nhhas beri layanan yang baik dekat orang2 camni? Saya bekerja di jerman, bawa anak dan isteri, jadi trauma dengan asylum seeker ni. Cik nhhas kene duduk dulu serumah sebumbung dengan asylum seeker ni, baru boleh sembang lebat nak cakap orang sesama islam sendiri lagi teruk melayan asylum seeker ni. Ada sebab kenapa kami benci mereka2 ni. Even orang jerman pon benci sebenarnya, cuma mereka mengambil langkah berdiam diri. Sebab tu kalau tengok dalam media, orang jerman nampak baik terima asylum seeker ni. Hakikatnya ramai antara diorang tak berpuas hati dengan pelarian ni selepas sebulan 2 diorang masuk jerman. Lepas tu kami umat islam yang lain dapat tempias dengan negative attitude pelarian ni. Kene ludah pun ada.

      And one more thing, jangan ingat orang arab ni baik. Kalau kita pikir balik, kenapa nabi turun dekat negara arab, bukan europe or usa or jepun or negara selain arab. Sebabnya mudah je, sebab orang arab ni adalah bangsa paling teruk dalam dunia ni. Allah turunkan nabi kepada mereka untuk betulkan attitude, akhlak diorang ni. So stop judge orang arab ni baik. Saya kenal banyak orang arab. Boleh dikatakan 1 dari 5 orang je yang baik, yang ada adab sopan. Yang lain suka argue, suka cari gaduh, pengotor, tak solat dan macam2 lagi lah. tak dan nak listkan semua benda buruk tentang orang arab ni.

      Delete
    2. Ok terima kasih...
      garang nya .. hihihi...

      Delete
    3. Betul tu...
      orang dh buat baik... sentiasa ada yang tak baik ambik kesempatan dan mnyusahkn hidup org2 baik yg lain.. .

      Delete
  7. menghitung hari dah aisya dan suami, memang agak tidak selesalah bila serumah dengan pelbagai latar belakang dan budaya yang berbeza ni kan, haha pasal GA tu, mahunya tak nak..nak nak nak join :) tak zabarrr :)

    ReplyDelete
  8. kalau saya jadi kak aisya pun marah gak tau. pernah ada pengalaman org amek barang kita x mintak izin, tuptup habis dia guna barang kita. nak marah pun.. aye..

    buat la giveaway kak aisya!

    ReplyDelete
  9. Tetiba teringat dekat sorang kawan niih. Jenis sama spesis dengan kak aisya, cakap lepas, kalau dia rasa benda tuu salah ..

    Kak aisya, buat GA . Nak kalendar :D walaupun dah bln 4 tp ttp kusudi terima :D

    ReplyDelete
  10. Teringat pulak zaman praktikal, member gaduh dgn housemates lain sebab kes malas kemas dapur. Hahaha..lama AB tak singgah sinikan. :)

    Nak gak join GA!

    ReplyDelete
  11. salam! huh macam macam la... btw akak punya GA yana sokong

    ReplyDelete
  12. terlalu jujur, terkadang ada bagusnya juga :D saya ikut menyimak saja :)

    ReplyDelete
  13. huhu..begini la kalau tinggal serumah dengan penyewa lain yang kadang buat kita rasa nak marah, sakit hati pun ada..tapi kalau pinjam atau guna barang kita kena la dengan cara yang betul..kan..

    ReplyDelete
  14. Perangai saya pun lebih kurang macam kak Aisya juga. Tapi sekarang macam dah kurang sikit sebab nak kurangkan konflik. lol


    Btw, apa beza ya asylum seeker dengan refugee ni ya? Kami dekat sini memang belajarlah pasal Germany baik hati sanggup ambil refugees etc etc.

    ReplyDelete
  15. Pergh!! Ohsem.. Better be blunt dari depan baik belakang cakap lain..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...