home about contact travelog resepi bahasa jerman

Swizerland Travelogue : Lauterbrunnen Waterfall, Interlaken

Assalamualaikum, kengkawan semua! Apa khabar semua?
Lama bebenor rasa tak hapdet belog ni kann. 

Arini nak sambung cerita tentang Interlaken, Swizerland. Ehh apadah, pergi sana sehari jer, cerita sampai 3 entri. Dey, ini belog aku, aku punya suka daa! Hahaahahaha. However, tak nak panjang-panjang cerita, this one will be the last entri about Interlaken, before I can finally go back to real life. Ini jelah bekalan nak menguatkan semangat dah hujung-hujung pengajian aku dekat Jerman ni. Nak pergi travel lagi entah bila la kann. Kenangan yang ada elok jugaklah kita kongsi-kongsikan kann. Tak gtuh?

Sape yang berminat nak jenguk entri sebelum ni pasal Interlaken, Swizerland, silakan ke sini yer :D
LINK 1
LINK 2

Jadi selepas kitorang tanya tourist info, mana lagi tempat best kena pergi, depa halakan kami ke satu waterfall ni. Dia terletak dekat kawasan bukit jugak. Naik kereta maybe dalam setengah jam kot, dari Interlaken Town ke sini.




Cha-cha!! Cha-cha is a new way of saying Tat-ta-tara. Hihihi. Btw this waterfall, beautiful, magnificent waterfall ciptaan Allah ni, nama dia Lauterbrunnen Waterfall, ataupun dalam bahasa Jerman dia Lauterbrunnen Wasserfall. Haa engkorang sebut je macam mana engkorang suka. Aiman tak kesah der. Kekekeke. Ehh, rasanya waterfall ni ada nama lain dia, kalau tak silap Jemah, nama lainnya tuh adelah Staubbachfall. Btw, kat sini parking kereta kena 2 Euro kot, tak ingat sangat. 2 Euro setiap kereta tau, bukan berjemaah. Hehehehe.


Inilah pemandangan masa mula2 kitorang parking kereta! Cantek x?

Masa jalan menghala ke air terjun ni, terjumpa group Malaysians.
Kitorang borak macam da kenal setahun! Kahkahkah.

Dekat Interlaken ni, habes kubor pon nampak cantek. Sebab ada
awan-awan. Kekekeke :D

Kalau korang nak tahu, sebelum daki naik bukit air terjun ni, ada macam mata air. Airnya sejuk giler, jernih. Boleh buat minu-minum, hilangkan dahaga. Wuduk pon bagus gak ni!





Lepas dah minum-minum, bergabar bagai. Barulah boleh mulakan process pendakian. Himnae!




Nak tengok tak pemandangan dari atas bukitnya? Serius berbaloi mak Jemah, dengan pak Jemah memanjat bukit nan tinggi ni. Cantek gilor dari atas. Pemandangannya menyebabkan kitorang tarik nafas dalam-dalam la, bak kata omputeh, BREATH-TAKING VIEW sangat! Hihihi :D







Sebelum kitorang bergerak balik, kitorang pusing-pusing dulu cari port nak makan tengahari pulak. Yelah makanan kann ada banyak berkodi-kodi kitorang bawak kann. Sebenarnya kitorang masa tu makan dalam kesejukan. Tiba-tiba tengah makan-makan hujan turun, tak memasal kitorang makan nasi lemak kari banjer time tuh. Hahahha. Pemandangan masa makan pon cantek, kitorang makan dekat gigi-gigi gusi air warna hijau biru-biru. Serius cantek. Tapi gambar dia tak tau pi mana. So no fotos. So sorry bebeyh! :D

Thanks everyone for making my wikend one great memory to ponder in future :D Adik-adik student exchange semua dah balik Malaysia dah sekarang. *Rindu!* Till we meet again, guys! Till we meet again, Interlaken!

I surely love you a lot, Interlaken!
Cheongmal Saranghamnida! Muah! :D



In loving memory, Haziq Janudin
21.01.1993 ~ 30.01.2016
Al-Fatihah

10 comments:

  1. Cantikkkknyaa subhanallah. :')
    Harap sangat dapat sampai ke tmpat ni. Kena masukkan dlm travel list nih. Hihi

    ReplyDelete
  2. Kita berpeluang duduk hostel yang view dia ialah waterfall tu. :D memang cantik2 sangat, kalau dapat bangun pagi2 dgn view macam ni hehe. oh ye, nak tambah, setakat yg kita check, souvenirs kat Lauterbrunnen adalah antara yg murah taw :D

    ReplyDelete
  3. Lama tak jenguk Aisya.. Ya Allah cantiknya view kat sini..sampai kuburan pun cantik..
    tak puas tengok..batu2 gunung, awan dan kabus kehijauan rumput dan pokok pastu petempatan yang kemas dan tersusun.. Subhanallah cantik sangat2....tak ada video ke Aisya..

    ReplyDelete
  4. subhanallah cantik sgt niii T___T seronoknya area2 rumah yg duduk kt situ!
    dia punya view ni cm selalu tengok dlm cerita kartun :D

    ReplyDelete
  5. subhanallah, cantik sangat2 la Interlaken ni, a must place to go...masuk dalam vison board nih.

    ReplyDelete
  6. Subhanallah cantiks! ,, lama tak pergi waterfall :D

    ReplyDelete
  7. Cantiknya Interlaken! Suka gila tgk waterfall dia...berapa jauh kena daki ni Aisya? easy going track ke macam mana..? gaya mcm tinggi pulak haa....

    p/s : Alfatihah buat Haziq Janudin, siapa ni yer?

    ReplyDelete
  8. Tak ajak kitorang kt sini pongggg.. Hahahaha

    ReplyDelete
  9. Cantiknya pergunungan itu. Best nya tempat sejuk. Malaysia sekarang sedang kepanasan. Hihi.

    ReplyDelete
  10. Subhanallah, cantik sangat-sangat! Bilalah saya nak dapat menjejakkan kaki ke Switzerland ni? Dah lama dah teringin nak pergi sini.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...