home about contact travelog resepi bahasa jerman

Meet My Femly!

Assalamualaikum & hye!
Salam Ramadhan!

Dah nak habes Ramadhan dah, Aisya! Baru nak wish salam Ramadhan kan. Hihihihi. So nak dijadikan cerita, seminggu sebelum aku dengan Cik Juwaily bertolak balik dari Jerman ke Malaysia 2 bulan lepas, kitorang sempat pergi travel sekejab. Seriusly, memang sekejab giler. 2 hari sini, 2 hari sana, 2 hari sinun, pastuh balik. Seminggu jer travel dengan Cik Juwaily, his twin brother dengan wife twin Cik Juwaily. 

Haa, first time rasanya aku reveal kat blog ni yang Cik Juwaily ni ada twin kann. Jangan korang tertanjat boboi plak! Hahhaha. Incase korang pasni jalan-jalan Keyell ke, Shah Alam ke, Sarawak ke, mane-manelah, incase korang ternampak orang muka macam Cik Juwaily, tapi with another woman yang bukan aku, haa jangan plak korang gossip cakap, "Ehh, ehh! Itu macam suami blogger blah-blah-blah jer. Dengan orang lain, psttss psstt blah blah blah" Jangan tau! Takmo gossip-gossip tau! Babab nanti! hihihihih :D

Bingen, Germany

Heidelberg, Germany

Cik Juwaily - Interlaken, Switzerland

Mak Buyong pon nak lompat jugak!
Masa ni da almost masuk 6 month preggy.
Tp perut tak berapa nampak sangat lagi.

Interlaken, Switzerland

Paris, France
Tapi walau camne jauh pon kita travel, tak sama rasa dia dengan balik semula ke tanah air. And dapat spend time dengan femly. Serius, semenjak balik Malaysia ni, aku memang banyak giler spend time dengan anak-anak buah, abang, akak sume. Anak-anak buahlah yang buat hidup ni tak rasa sunyi. Lagipon, rumah yang aku duduk sekarang ni memang dekat jer dengan rumah abang aku. So anak-anak buah memang sentiasa ada depan mata. 

Hai Sume! Name saye Humairah! Name glemer Merah!
Saya selalu buat ucu saya senak bila dokong saya. Sebab saya lasak sangat2! Hihihihi

Dioranglah rajin datang tolong masa cat-cat, basuh rumah arituh. Aku sekarang boring duduk jer dekat rumah sorang-sorang, Cik Juwaily da start kerja 1 Jun arituh. Memang kalau rasa boring duduk sorang-sorang, aku pergilah rumah abang aku, main dengan anak-anak buah sume. Hehhehehe. Pandaikan aku pergunakan anak buah aku, bila I feel the need of human companionship! Kikikiki :D 

Yg ni namanya Irfan. Dia ni rajin ajak Cik Juwaily pergi menjala ikan.
Ikan yang tengah bakar ni, hasil usaha dia dengan Pakchu dia la ni. :D :D
Kalau si Irfan ni bercakap, sume orang gelak-gelak. Dia ni lawak!

Yang ni nama sebenar Salima, panggilan kat rumah Cuma.
Jangan tersilap pulak, ni bukan Aidijuma tau! Jauh sekali!

Yang ni Atilla. Nama glemer dia, Kak Rong. Sebab
gigi dia RONGak! Hahahahah :D

Si hidung kombang ni pulak, namanya Nabil. Kalau dia ni makan roti canai,
sekeping xcukup. Kena 2.5 keping baru dia kenyang. Hahhaha :D

Aku da 39 weeks pregnant sekarang, ikut jangkaan doktor bersalinnya 1 Syawal ni, yakni Rabu minggu depan. Bila da sarat ni, banyak benda tak larat buat. Kejab-kejab anak buah aku datang rumah, check, ucu dia ok lagi tak. Hahahahaha. Aku selalu la suruh-suruh diorang macam-macam. Suruh belikan makanan kat bazaar. Suruh belikan air batu, aterrr tekak orang mengandung ni asyik nak melantak air sejuk jer, nak diapakan. Hhihihi. 

Nampak gayanya, keboyotan telah menyebabkan aku kemalasan, dan kedahsyatan selera makan, dan minum. Hihihihi :D Kebuyongan juga telah menyebabkan blog ni terbiar selama lebih sebulan. Maafin guwe dong! Badan guwe ini bereeetttt banget! Hihihii

Mak Buyong - 38w3d

Sebenarnya entri ni nak wish SELAMAT HARI RAYA kat korang. Melalut jauh plak dah. Hehhehe. Korang pon wish la jugak aku senang bersalin. Doa-doalah baby ni jangan keluar raya 1st, keluarlah lambat sikit, mama dia nak makan ketupat palas dengan rendang daging dulu siap-siap. Past da makan tuh, nak terberanak pon, beranak la! hihihihi :D

Selamat Hari Raya, korang!
Maaf zahir batin, kalau ada terkasar bahasa ke,
terlambat post hadiah giveaway ke kann.
Salah dan silap jangan disimpan di dalam hati!
Bye, ciao cin cau!
Buka nanti minum yeos cincau pon sodap! Heheheheh




17 comments:

  1. SEMOGA SELAMAT DELIVER DAN SELAMAT HARI RAYA ;-)

    ReplyDelete
  2. wah nk dpt bb..anak 1st ye??? semoga lancar semuanya

    ReplyDelete
  3. baru dpt tngok gmbr preggy... comel la.lela teka anak kak eshah lelaki.

    ReplyDelete
  4. swiss salah satu negara yang saya nak sangat visit. Untuk kak aishah, semoga selamat bersalin =)

    ReplyDelete
  5. tergelak-gelaklah saya baca entry akak ni, lawak betul ayat!
    selamat hari raya in advance! semoga dipermudahkan urusan utk bersalin. harap kak aisya sempatlah merasa makan ketupat rendang ye :p

    ReplyDelete
  6. wahhhhh 1 syawal due hihihihi semoga selamat melahirkan kak :)

    ReplyDelete
  7. Wahh, comel comel anak buahhh...hehe~

    semoga selamat bersalin,,,best ehh, baby Syawal yang mulia gituuuuuuu~

    ReplyDelete
  8. selamat hari raya aisya!
    semoga dipermudahkan urusan aisya utk bersalin..
    semoga semuanya selamat..

    =)

    ReplyDelete
  9. btw nina nk ucap selamat hari raya, maaf kalau ada salah silap dlm menulis di blog ni :) and selamat bersalin.. semoga dipermudahkan

    ReplyDelete
  10. Muka twin nak sama tapi tak serupa. Hehe .. Selamat hari raya jugak ^^ moga dipermudahkan urusan untuk bersalin :)

    ReplyDelete
  11. kembar tak iras sangat eh...jangan risau..hahahaha... Selamat Hari Raya, Maaf zahir Batin Aisya! and congrats for the newborn baby! :)

    ReplyDelete
  12. Wah suami kak Aisya kembar rupanya. Ada chance la nak ada anak kembar pada masa hadapan :D

    ReplyDelete
  13. Ooohhh two-winn ghupenya!
    Selamat Hari Raya, Aisya. Tahniah atas kelahiran si kecil. Selamat menempuh fasa baru dan selamat berpantang :)

    ReplyDelete
  14. selamat hari raya ;)
    agaknya dah selamat bersalin kan kan kan

    ReplyDelete
  15. ehem. selamat hari raya akak ku sayang.. weee lg lewat banauuu wish nya. heee

    ReplyDelete
  16. ohh cik Juwaily ada twin rupanya baru tau.. apapun tahniah Aisya dah selamat bersalin.. pantang betul2 tau..

    ReplyDelete
  17. nak ucap selamat hari raya ni masih sempat ka dah terlambat...hehe

    apapun alhamdulillah dan kembali ke malaysia dan dah dapat baby...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...