home about contact travelog resepi bahasa jerman

Meet My NEW Femly Member!

Haa, seperti yang didoa-doa dalam entri sebelum ni, punyalah aku fuh kanan, fuh kiri, bagi budak dalam perut ni keluar lepas aku makan segala ketupat, rendang, lemang bagai, yes, dia memang betul-betul keluar lepas semua makanan-makanan tuh aku siap digest! Haha! 

Nak dijadikan cerita, masa raya ke-4 dok main ketuk-ketampi dengan Cik Juwaily dengan harapan baby yang dah overdue ni nak ler keluar. Sekali turun jer ketuk-ketampi yang first, terasa rupp, macam something turun kat bawah. Feeling macam period tiba-tiba. Aku pon berlari pergi toilet check. Kecewa! Sebab takde pape. Sekali nak jirus toilet, tengok-tengok ada darah seketol besar giler kat lantai toilet. Aku terus jerit ajak Cik Juwaily pergi hospital. Excited kaw-kaw kitorang laki-bini! Hahahaha. Lama bebenor tunggu babynya! Nak beraya, memang dah raya masa tuh, dah taknak tunggu lagi, memang nak jumpa sangat-sangat babynya. Hahahahah :D **Kalau ingat balik pagi Sabtu raya ke-4 tuh, rasa sweet pon ada! Ahaks!**

Makan kaw-kaw dulu sebelum pergi hospital,
aku bedal mee goreng mamak, dengan roti telur siap!
kononnya supaya ada tenaga nak meneran, hihihihi :D

But walaupun dah turun tanda, doktor cakap, jalan belum bukak lagi. Doktor suruh pergi berjalan raya lagi seround, dua round, pastuh dah sakit-sakit teruk sikit, baru datang hospital balik. Aku memang dah risau time ni, ko kalau tetiba tengah seronok beraya-beraya, tiba-tiba pecah air ketuban kat rumah orang ke apa, mana mak nak sorok muka mak ni, nak oi!!!! Hahahha. Tapi aku pergi jugak beraya petang Sabtu tu. Lepak-lepak borak-borak dengan femli member. Malamnya pergi Aeon Shah Alam jalan-jalan, dengan harapan cepatlah baby dia nak keluar. Excited ni nak jumpa ni!

Pergi beraya! Makan lemang memang tak pandang kiri kanan dah!!

So nak dijadikan cerita, Ahad malam tuh aku dengan Cik Juwaily gedik-gedik meng-admit-kan diri masuk hospital, dengan alasan konon-konon baby dalam perut kurang bergerak. So dapat masuk hospital malam Ahad tuh. Elok jer masuk hospital, terus rasa-rasa contraction semua. Haa, memang penangan environment hospital tuh dapat mempercepatkan contraction, korang tau! Esoknya pukul 6:30 pagi dah bukak 3cm, pecah ketuban. Loooooong story short, pukul 11:00 pagi Isnin masuk labor room, pukul 6:14 petang baby keluar dari perut. Normal labor. 

Masa bukak berapa entah, Cik Juwaily dah dibenarkan masuk labor room untuk temankan meneran. Hospital Shah Alam memang benarkan suami temankan isteri masa labor. SO Cik Juwaily memang tengok la susah payah nak beranakkan anak dia ni camne. Hahahahah. Perjalanan segala mak nenek contraction tuh aku taknaklah cerita kat sini, itu semua orang tahu camne sakit dia tuh. Hahahha :D


Baby Umbut! Welcome to the world, bebeh!
 6:14pm, 11 July 2016, baby boy

Soooo, that's how baby Umbut is brought to this world! Tahniah kepada semua yang betol teka baby ni boy! Clap, clap, clap! Pandai korang kan :D Nah aku kasi hadiah kiss *MUAH* *MUAH* *MUAH* Doakanlah baby Umbut ni membesar jadi manusia yang berguna kepada masyarakat, baik budi bahasa, ada adab, suka tolong orang. Tu jer mak nak! Mak-mak dah sekarang, terasa penuaan di situh! Hihihihi

**Sebenarnya, kitorang dah ada name dah untuk baby ni, tapi aku tak tanya Cik Juwaily lagi, sama ada, nak reveal ke tak name dia dekat blog, atau nak guna name glemer, hihihihi** Keputusannya kita tunggu dalam entri next yer!

Till then! Thanks for reading!
Nanti free-free, kita story breastfeeding journey kita pulak ek!
Sekarang still terkial-kial lagi! hihihi :D

21 comments:

  1. alhamdulillah...kak sally dok perati je si Umbut ni belum masuk blog lagi..hahahaha...tahniah Aisya & Juwaily! hihihi

    ReplyDelete
  2. Tahniah aisya. Selamat berpantang. Seronoknya bau baby wangi..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah n tahniah aisya n husband... comenya umbut.. moga jadi anak yg sihat soleh yer.. aminnn

    ReplyDelete
  4. Congrats to both of u mommy and daddy...

    Selamat berpantang Aisya.. too cute ur Umbut...

    ReplyDelete
  5. salam singgah. awk dijemput join GA sy! :D

    http://www.akuseorangtraveler.com/2016/07/travelog-faghuzi-giveaway-by-aku.html

    ReplyDelete
  6. comelnye baby!!!
    tahniah aisya!!!

    ReplyDelete
  7. sempoi je boleh pulak sambung beraya nak dekat2 bersalin ni, hehe
    tahniah dah jadi ibu! comel sangat tau baby kak aisya, geram tengok!

    ReplyDelete
  8. Comel sangat baby kak Aisya! :D

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah & Tahniah... Semoga ibu & baby sihat dan ceria selalu...

    ReplyDelete
  10. Tahniah Aisya, alhamdulillah semuanya selamat :)

    ReplyDelete
  11. Aaaa, teringin nak melawat baby F 😁😁😁

    ReplyDelete
  12. alahai comelnya baby! kiut miut gini buat rasa geram je nak picit...

    ReplyDelete
  13. eh... awat kite baru tahu nih.
    tahniah akak ku syggh. muahhhh banyak2 kat baby boy ehhh (๑・ิω・ิ)っ

    ReplyDelete
  14. comelnya.. tahniah Aisya dan suami.. selamat berpantang ya Aisya..

    ReplyDelete
  15. hai aisya....

    lama arzmoha tunggu nak tgk baby juwaily dan aisya....hahaha
    sori lama tak singgah....comel sangat baby....tahniah

    baby boyyyyyy bestnya...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...