home about contact travelog resepi bahasa jerman

Zuhud, Pricetag & Syukor

Arrrrghhh lamanya tak update blog! Sekali update-update, nak cerita pasal baby pulak. So lame!!! Hahahaha, maafkan akak Aisya adik-adik, maklumlah kami ni new parent katanya, anak sulung ni ibarat 'drug' bagi kami. Cewah! Drug sangat kann! Yupp, baby Fikri ni ibarat 'drug' sebab dia sangat memabukkan. Tengok dia senyum boleh jadi mabuk, tengok dia nangis boleh jadi mabuk, even dia berak bunyi perr-perr pon dengar macam commmmeeeell jer! Nampak tak betapa mabuknya kitorang semenjak jadi mak-bapak orang ni. Kikikiki.

Fikri @ baby Umbut ~ 1 day old

So ni nak cerita. A few months before tibanya baby Fikri ni ke dunia fana dan penuh pancaroba ni, kami (Cik Juwaily & me) menghadapi dilemma. Haa, belum jadi parents lagi dah dilemma, u olls nampak tak? Susah tau nak jadi parents ni. Hihihi. Dilemma kitorang ni bukan apa pon, kitorang just berbelah bahagi nak beli baju anak, kiranya baju si Fikri nilah. Haa dah kenapa nak beli baju jer pon, amende dilemmanya tuh?

Baju kita, mama dengan ayah belikan.
Mittens dengan booties comel ni ada kawan mama kita kasi!
Sukanya kita! Booties kita ada mateeee! :D :D :D hihihihi

Alkisahnya kakak aku, dengan akak ipar memang simpankan baju baby, dengan barut, bedung semua untuk aku guna. Diorang semua dah masuk 4-series, dah tutup kilang, so barang baby memang diorang nak kasi ajer. Kitorang pon happy. Tapi! Tapi dilemma kitorang, anak kitorang ni sulong, dialah yang first sekali, kiranya spesel la kan. Alih-alih nak kasi pakai baju sepupu yang dah lusuh-lusuh sikit, macam kesian jer. Tapi Cik Juwaily pointed out, maybe kitorang patut ajar anak kitorang 'ZUHUD', jangan semua benda nak baruuuu jer. Kalau semua nak baru jer, memang banyaklah 'PRICETAG' nya. U get the idea, apa kaitan benda-benda dalam title entri ni tak?

Mama kata, kat rumah bedung guna kain batik Mak Juah dengan Mama Bedah kasi.
Jangan nak hensem-hensems sangat kat rumah, nanti kucing pon jatuh cinta kat I olls ni!
*perasan!*

Nak dijadikan cerita, kitorang beli baju baru dalam 8 ke 10 pasang je, sekadar untuk pakai keluar *especially untuk pergi Tesco, kahkahkah, maknya suka sangat dengan Tesco!* ataupon pergi checkup kat klinik desa. Gilerlah, sikit giler baju kitorang beli, 10 pasang jer. Barut-bedung sume guna yang recycle. Semua elok-elok lagi akak-akak aku kasi. Tapi, kami amatlah berSYUKOR! Sebab sepanjang dalam pantang, setiap kali orang datang melawat baby Fikri, mesti orang kasi hadiah macam-macam. Baju sahaja Fikri dapat almost 20 PASANG! Banyak giler weh! Sampaikan tak sempat pakai lagi, Fikri da besar sikit, sekarang semua macam sendat dia pakai. Aku sekarang duduk dekat rumah pon, aku pakaikan baju cantek yang orang kasi, takot Fikri membesar cepat, nanti tak muat, sayang!

Kain bedung cotton flannel mama belikan RM12.
Mama kata mahal, jadi mama beli kain sendiri,
pastu jahit jadi bedung. Baru RM 6 jer! Yeehaa! :D

So, marilah kita sama-sama bersyukur. Kadang-kadang kita takut-takut nak keluar duit untuk anak, tapi memang betul, anak ni 'REZEKI'. Dia sahaja banyak rezekinya, mungkin bukan dari kita sendiri, tapi dari siapa-siapa yang Allah hantar untuk membantu. Soo, I am grateful :D Alhamdulillah :D Terima kasih banyak kepada semua yang datang melawat, dan bagi hadiah macam-macam. Semuanya berguna sangat-sangat! Kami happy sangat2!

Fikri @ baby Umbut ~ 1 month old
Ini kita pakai baju Mak Juah kasi. Nak tau tak,
baju ni utk baby 3 month, tapi Fikri baru sebulan dah sendat. Ayoyo!

Thx for reading!
Thats all for today!
Let us all say Alhamdulillah
for the life Allah has given us!
:D :D :D
XOXOXO

9 comments:

  1. Hahahaha...kak sally takde masa lg nk g jumpa Fikri..insyaAllah soon!!

    ReplyDelete
  2. hi fikri~ comelnya awak! :D
    murah rezeki keluarga akak, banyak org bagi hadiah utk baby. hehe

    ReplyDelete
  3. I'm sure you know the best for Fikri. :D
    Stay cute, Aisya! :D Stay funny as well, both Aisya & Zu

    ReplyDelete
  4. Hai fikri sayang comelnya muahhh geram cik ash tengok ni

    ReplyDelete
  5. comelnye fikri! meh sni nk ciom skit..

    ReplyDelete
  6. Alolo nyomeinye.
    Tingat zaman dedolu.
    Last timang baby in 2013.
    Mungkinkah sejarah berulang?

    ReplyDelete
  7. comelnyaaa... dh mcm kucing kek nis. hehehe. suka tgk baju baby smua lawa2 kt kedai.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...