home about contact travelog resepi bahasa jerman

Projek Suri Rumah Berjaya : Episode 1 DIY Tilam Babycot

Alkisahnya baru sekejab tadi, Kak Sally call aku. Kak Sally kata, dia ada dekat-dekat Shah Alam, mula-mula macam nak datang rumah aku melawat Fikri, sekali tak sempat pulak. Takde rejeki lagilah mama Fikri nak jumpa Aunty Sally Fikri. Takpe insyaAllah nanti-nanti adalah rezekinya tu. 


So how's everyone wikend? Kitorang wikend-wikend ni masa untuk pergi kenduri kawen, ramai bebenor kawan kawen umur 25-27 camnie. Hehehe. Semalam dah pergi 2 kenduri kawen orang, arini takde kenduri nak pergi, sooo duduk ajelah diam-diam dekat rumah. Masak pon malas wikend-wikend ni, aku kirim jer suruh Kembar Cik Juwaily dengan Isterinya belikan nasi dengan lauk. Cheq malaih nak masak makan tengahari. Cheq rajin nak buat benda lain ja. Haa apabende yang cheq tengah dok rajin buat tuh?


Ni nak cerita. Aku tengah buat 1 projek ni. Cewah, projek! Projek nak menjahit tilam untuk babycot Fikri! Hihihi. Akk ipar kesayangan aku nak kasi babycot dia dekat kitorang, tapi tilamnya takde, dia dulu-dulu lapik dengan toto jer. Aku dah lama beli kain, kekabu bagai nak buat tilam ni, tinggal lagi, progress tu jer yang slow sangat. This week macam dapat buat banyak. Nak tengok tak banyak mana cheq dah buat? Hihiihi. Semangat nak cite, padehal buat tak seberapa sangat pon. Kahkahkah :D :D :D Siapa-siapa rasa nak belajar, meh ikut ajaran sesat aku. Kikiki :D Semoga bermanfaatla yer!


Dah siap semua bahan ada, mula-mula korang potong kain korang supaya dapat size dia 270cm X 150cm. Pastu lipat dua. make sure bahagian kain yang cantik bertemu. Right side together, omputeh kata! Hihhihihi Korang jahit sekeliling dia, tinggal dalam 40cm bukaan. Bukaan ni nanti tempat kita nak masukkan kekabu. Gtuh! Lepaih kome dah jahit comel-comel tu, maka terbalikkan kain korang, yang bahagian cantik tarik bawak keluor. Aterr tetiba jadi orang perokk pulak! Hahahhaha :D


Haa issekarang kita nak mengosok ler kain kita ni. Mula-mula tekan iron dekat atas jahitan. Make sure korang tarik kain korang tegang-tegang, barulah dapat gosok tepat-tepat atas jahitan tu.


Lepaih itu, kome gosok lagi atas jahitan komen tu, this time jahitan korang duduk tepiiiii sekali kain. Kita gosok ni bukan apa, supaya kain tu kemas, dah jahitan kita dapat kita tekan bagi kat bahagian tepi tuh kemas. Cantek sedappp mater teman menengoknya! Hee ehhmmm! Hahahhaa :D


Da sudah itu, mengkome cari 1 barang yang lebar dia dalam 2.5 inchi, ke 3.0 inchi. Aku guna henfon Samsung S6 aku jer. Haa guna barang ni untuk buat garisan macam dekat atas ni. Garisan-garisan ni macam panduan kita time nak jahit dengan isi-isi kekabu nanti. Once dah siap lukis garisan ni sampailah the whole kain, korang jahit atas garisan yang first sekali, tapi dekat bahagian yang paling dalam, meaning garisan yang paling jauuuuuhhh sekali dari bukaan kain korang. Jangan jahit dekat garisan paling luar. Garisan paling luar tu dekat dengan bukaan. Jangan jahit situ. Nanti susah nak masukkan kekabu. Haa dah sudah itu.... (Bersambung di next entri...kahkahkah)



Sebenarnya aku tak siap lagi menjahit tilam ni, susah bebenor nak cari masa si Fikri tidur. Kalau dia dah lena, barulah mama dia boleh menyumbat kain ni dengan kekabu. Tapi belum lagi dapat kesempatan tu. Jadi, kita sambunglah cerita menjahit tilam babycot ni dalam entri yang akan datang yer.  Doakan aku tekun nak habiskan menjahit ni. Jahit guna tangan tau! Jangan memain! Hihihihi


Stay tuned, stay cute, korang! 
Thanx alot for reading!
Muah XOXO :D :D :D 





8 comments:

  1. Comelnya fikri senyum . Tahniah kak aisya dah selamat bersalin ..

    ReplyDelete
  2. Fikri tu senyum macam memahami sangattttt kan?? Geram tau !

    ReplyDelete
  3. wahhh.. cutenya..

    psstt.. mia nak jemput untuk join ga.. http://www.mialiana.com/2016/09/giveaway-3d-gold-stemcell-serum-my.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...