home about contact travelog resepi bahasa jerman

Aku Ada Cerita Nak Disampaikan

Last week, dengan kegilaan otak aku, aku pon tulis surat berenti kerja dekat sini. Since aku rasa, susah bebenor nak concentrate tulis Thesis, dalam masa yang sama kerja kan, aku rasa ok la tu keputusan aku. Dann, notis berenti kerjanya cuma 2 minggu. Jadi next week last.

Tadi aku inform boss lama aku, kata aku nak berenti da. Next week last. Pastu dia tanya, aku still stay Bingen ke apa. Aku cakap, haah, sebab nak habiskan Thesis. Pastuh dia tanya soalan cepumas kuasa nambelasratus!

''Deine Vater oder deine Grüßvater war indisch oder?"
(Translation: Ayah ko, ataupun atok ko bangsa India kann?)


I was like, whaaaattt? Kenapa bila aku cakap pasal benti kerja, tiba-tiba la makhluk Tuhan paling seksi ni tanya camnie pulak. Adoyai, tak faham kontext! Pastuh boss aku cakap, maybe after 6 months, dia nak buat test (Dia ketua jabatan test engineering kat sini), nanti dia nak test warna anak mata beza-beza. Ada macam European eyes, Asians eyes, pastuh dia cari orang yang mata hitam macam aku. Pastuh aku pon explain kat dia, maybe takleh tolong kot, sebab tengah bulan 4 nak balik Malaysia dah. Dalam hati aku,


"Mentang-mentang engkorang semua mata biru, tiba-tiba korang 
highlight mata aku colour hitam kan! Racist! Hahhahaha :D"


Hahahhahaha :D Tak tau kenapa rasa heppy sangat lepas cakap dengan boss lama.. Rindu nak programming dengan dia, sampai pening.


FYI, I am quarter-blood Indian, atok belah mak India, that explains how I got my very dark, but beautiful eyes. Beautiful? Perasan!

Segmen Blogwalking | Yaya Cendana

Assalamualaikum & hye! Apa kabar semua orang harini?
Aku arini makan gaji buta jer takde kerja sangat kat tempat kerja.
So sempat-sempatkan la diri join segmen ni. Jom sekali! 


Klik banner tau!
Selamat bersegmen semua!
Nanti kalau sempat, nak pergi blogwalking :D
Muah! Anneyoung :D



It's a Sad-Sad Saturday

Assalamualaikum & hye!


You see these guys? Tengoklah buat kali terakhir, tatap lama-lama, sampai mata juling! sebab 2016 ni diorang akan pergi military service for two years! Arghh, sedihnya! Ji Chang Wook, Seo In guk, Jang Geun Suk, Lee Min Ho, and Lee Seung Gi, all beautiful oppas, farewell! Till we meet again :D



Last year (2015) air mata menitis bila dapat tahu dua orang ni nak pergi military. Sebenarnya paling menitis sekali air mata masa Micky Yoo Chun nak pergi. Baru jer minat dia lepas tengok The Girl Who Sees Smell (Sensory Couple), berkenalan kejab sangat. Pastuh dah terpisah lagi. Tersuka sangat gaya Micky Yoo Chun ni bila dia bercakap, lembut sangat suara dia, I lioke! Tercaer hati I ni! Tapi apekan daya.

Sedih sangat bila pikir, they will be going for military for two years, after two years, I'll be like 26-27 yo, maybe masa tuh busy kerja, beranak apa semua, maybe dah tak dapat tengok drama-drama diorang, when they come back. I hate growing up! I want to stay and feel like teenagers! Tapi what to do, farewell to both of you too :( I'm literally crying hard rite now :(



And thanx wikipedia for asking. You mean everything to me :D
THx for reading this entry!
Muah!

Diari Hari Ini :D

Pukul 9:15 pagi sekarang. Firma yang aku kerja ni, biasanya senyap sunyi, tiba-tiba bunyi bising sikit. Sebab semua orang dengan punctualnya mengeluarkan bekal makanan masing-masing untuk sarapan pagi. Yes, the Germans at my firm usually eat breakfast at 9:15 pagi, sampai 9:30 pagi. Bekalan yang diorang bawak, sangat typical German, iaitu roti keras yang dipotong dua, kemudian tengah-tengah disombat dengan cheese barang beberapa helai, dan tomato plus timun. 

Camnilah roti orang Jerman selalu makan. Best jugak makan kalau tengah lapor!


Aku sarapan sekali tak? 
Jawapannya, tak. Sebab pukul 7:00 pagi lagi aku dah sarapan sebelum bergerak pergi kerja. Sambil sarapan boleh gaduh-gaduh gurau-gurau manja dulu dengan Cik Juwaily kat dapur, sampai housemate lain pon terbangun, and mintak roti kitorang beberapa keping. New housemate, 2 lelaki student exchange berasal dari Iraq. Donno much about them, but one of them macam sakit kepala since kelmarin, and keep asking me for Panadol (tapi brand Panadol tidak dijual di Jerman, jadi aku bagi jer dia Paracetamol)

Ini sarapan aku pagi tadi, Brezel mit Käse Überbacken
(Roti Pretzel dengan cheese yang dibakar)
Sumpah sedap giler! I loike!


Camne environment bekerja di Jerman? Best ke tak?
I would say, best dan tak best. Best sebab takde waktu specific untuk masuk kerja. Korang boleh datang bila korang suka, dan balik bila korang suka, asalkan korang siapkan kerja. Dann, asalkan korang memenuhi bilangan working hours yang ditetapkan untuk seminggu. Contohnya orang yang kerja permenant, weekly working hours diorang adalah 40 jam. Pandai-pandailah bahagikan sendiri masa, dan pastikan dapat buat all 40 hours dalam seminggu. Kalau harini nak kerja 10 jam, besok kerja 6 jam, pastu 8, 8, 8 jam lagi pon boleh. Datanglah pukul berapa yang convenient, dan balik la bila da cukup berapa-berapa jam. Tapi biasanya diorang buat everyday 8 jam, untuk 5 hari. Senang!

Macam aku, weekly working hours aku just 15 jam sekarang. So sehari aku datang kerja 7 jam, besoknya kerja lagi 8 jam. Pastuh takyah pikir dah pasal kerja. Best giler sebenarnya takde specific masa masuk kerja ni, sebab kalau bangun lambat pon, boss tak pandang selek. Boss baik jer macam biasa, like nothing happens! And you come to work, like you're the boss! Haa best kan?!




Dann lagi satu best, sebab takde sistem hierarchy. Boss macam kawan, dia tak treat macam "Aku boss, ko pekerja, ko kena ikut cakap aku". Semua orang adalah kawan. Kalau boss buat salah, dia mintak maaf kat pekerja dia, dan pekerja tak perlu kerja dengan rasa gerun di dalam hati. Sebab tuh, aku selalu rasa, boss aku yang nama Uli dulu tuh macam bapak aku. Dia treat aku baik, macam tak terasa pon dia tulah boss paling besar untuk seluruh department kitorang. Tapi sekarang dia dah tak jadi boss aku lagi dah, I got a new boss.

Thanks for reading my not-so-diary diary ni!
Tiba-tiba rasa nak menulis, walaupon kedengaran lame!
Hahhahahahah :D
Have a nice day, everyone!
Anneyoung!

Apa Fesyen Baju Kurung Ada Sekarang Kat Malaysia?

Kawan-kawan, tell the world, I'm coming home! Hihihi. Macam yang beberapa blogger dah tanya, dan dah tahu bila aku nak balik Malaysia, Yes, I'm coming back! And this time for good. *Excited* *Mata berpinar* Kasi la chance akk nak excited sikit, dah almost 3 tahun tak balik ok, u donno what I feel deep down in my heart. Lately memang homesick tak menahan, sikit-sikit nak menitis jer ayor mate ni. Degil ko matakan, aku cakap jangan sebok nak menangis!

Dann yang paling bestnya nak balik Malaysia for good ni adalah.... *drum rolls* dapat raya Malaysia! Woi, dah 5 tahun tau sambut 1 syawal kat tempat orang, repeat la pakai baju raya nan sehelai yang ada bawak tuh. Serius wa cakap lu, raya kat negara orang, tak best. Takde mak yang masakkan rendang ketupat, takde baju kurung baru masa raya yang mengikut trend. Terasa ketinggalan sangat di dalam hati. *Sedih*



Haa, engkorang ada dengar ke. Aku dengar dari Cik Bedah (ahkak aku la) katanya Malaysia sekarang baju raya kemain lagi style cantik-cantik. Memang takde arr aku raya tahun nie baju raya sepasang jer, memang ku beli berpasang-pasang. Ater katanya, da 5 tahun tak membeli kann. Semua jenis, semua style baju kurung fesyen terkini, modern, tak modern, baju kurung peplum, baju kurung peach, baju kurung durian, *Eh-eh!*, semua aku nak beli.

Jaman IT, mekti sekarang ni, bukan payah tunggu raya baru boleh shopping. Tak payah tunggu orang bukak bazaar raya lagi, dah boleh shopping, cuci-cuci mata. Sekarang ni haa da boleh start cuci mata, usha-usha baju kurung yang cecantik. I olls, aku suka cuci mata di sini FESYEN BAJU KURUNG TERKINI 2016.




Rasa nak nagis tengok baju kat online cecantek camnie. Huwaaaaa. *Mata rasa berdarah! Hahhaha* Korang pon tahu kann, ahkak Aisya engkorang ni hantu shopping online. Tak senang duduk tengok baju lelawa camni. Masa duduk rumah lama dulu, kalau aku dengan Cik Juwaily pergi kelas, memang Tuan Rumah la mengambikkan barang aku shopping online, bila sampai. Semenjak pindah rumah baru ni, Tuan Rumah bengis. Cuak angat nak mintak tolong tunggukan barang online sampai. Ngee ngee.

Btw, engkorang semua suka style baju kurung camne? Aku ni minat baju kurung sebab simple, tapi elegant. Dalam masa yang sama kemas. Nak duduk-duduk bersila masa raya pon sonang! Taste engkorang camne? Tell me in the comment down below! Muah!



P/S:
I balik InsyaAllah bulan 4 ni. Doakan segalanya berjalan lancar yer. I olls sekarang tengah konon-kononnya busy menulis thesis. Haktuih, belakon je tuh! Muahahahha :D


Terima kasih sudi baca :D
Muah from far-far-away land :D

DIY Postcard Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum dan salam sayang tahun baru! Sempena dengan tahun baru ni, kak Sally kusayang ada buat giveaway! Mai join, syarat semua senang korang. Rugi kalau tak join, poskad ni kak Sally DIY sendiri ok! Kepada yang da join, goodluck yer :D

Aku memang, dengar jer hadiah dia poskad, mengelintin aku nak join giveaway ni. Aku suka sangat-sangat poskad. Kak Sally pon ada mention kat SINI, dia kata selalu dapat poskad dari aku. 

Sebenarnya kak Sally, kita tak ingat sangat poskad yang kita hantar, tak ingat sape terima poskad yang mana. Yang kita ingat, setiap kali lalu kedai buku, nampak poskad cantek, terus teringat Kak Sally, Kak Siti yang Menaip, teringat akak-akak, dengan adik-adik yang rajin komen blog kita. Rasa macam dapat 2 orang kakak baru semenjak blogging 2 tahun lepas. Meh sape-sape lagi yang nak jadi adik-akak dengan kita, meh-meh. Kita berkenalan dengan lebih lanjut, nanti I olls balik Malaysia bulan 4 ni for good, kita boleh dating beramai-ramai ! Hihhihi Suka angat! :D


If you, you and you want to join this giveaway,
just give the banner one HARD CLICK, 
and you will be brought to kak Sally's beautiful blog :D
And goodluck, btw!
Muah, Bye!
:D :D :D

Hanis! Thanks For Coming :D

Assalamualaikum, dan salam Ahad. Hihihi. Maybe ramai da tahu, atau mungkin ada jugak antara korang yang belum tahu, Hanis Amanina from Czech Republic came to Bingen, Germany to visit me! Hahahhaa. *Excited!* Ceritanya camnie, lama da macam PM-PM dengan Hanis ajak dia datang Bingen, tak sangka Hanis betol-betol datang. Dalam Hanis busy dengan exam, sempat dia penuhi permintaan aku suruh datang Bingen. Terharu sangat! Hanis dengan kawan-kawan drive jauh dari HK nak datang ke Bingen ni. Terharu kuasa nambelas! Hihihihi.

(Listen to this as you read LINK)


Bingen ni takde apa sangat masa winter, nak pergi hiking kat bukit anggur pon tak dapat, sebab kabus tebal dengan sejuk sangat-sangat. Kesian sangat dekat Hanis and friends. Tapi still, seronok sangat ada orang datang melawat kitorang. So, dari kami di Bingen, hostnya aku sendiri, Cik Juwaily, and kakak housemate aku, kak Atie. Harap Hanis dengan kawan-kawan arituh semua seronok duduk 3 hari dengan kitorang. Sorry tau kalau terkurang terlebih pape ker kann.


But walaupun Bingen takde apa sangat, still dapat bawak Hanis ke Weihnachtsmarkt Rüdesheim (Rüdesheim Christmas Market). Seronok sangat dapat kasi Hanis dengan kawan-kawan try makanan-makanan orang Jerman dekat sini, bila nak dekat Christmas.

5 Perkara Yang Interviewer Nak Tengok Dalam Resume Kita

Diam tak berapa diam, tak lama lagi dah nak habes belajar dah. Huwaaaa rasa tua sangat. Jadi disebabkan rasa tua meresap dalam diri, konon-kononnya hormone matang pon menaik waktu-waktu ni kann, jadi aku pon pergi bertanya kepada pakcik Gugel, apa jawatan-jawatan kosong yang ada untuk hamba yang lemah macam cheq ni haa. 


Banyak jawapan yang pakcik Gugel bagi. Tapi yang paling best sekali, aku terjumpa tips-tips penting untuk resume, cover letter, dan ada jugak tips untuk sukses interview kerja. Tapi takdelah semua tips tuh aku nak share sekaligus kat sini kann, pening pulak engkorang karang. Arini, biar cheq share 5 Perkara yang Interviewer Nak Tengok Dalam Resume Kita. Semoga dapat memberi manfaat kepada semua rakyat marhaen alam maya ni yer :D Hihihihi



1. Adakah calon yang memohon sesuai dengan jawatan yang ditawarkan?
Benda first sekali depa akan tengok dekat resume kita adalah KELAYAKAN AKADEMIK kita. Contohnya, kalau memohon pekerja sebagai engineer kann, tak bolehlah dalam resume kita tulis Degree Doktor yang medical-medical tuh. Tak sesuai la kann. Logik la.


Dann penting jugak, kita percantikkan resume kita, supaya nampak macam kita sesuai benorrr dengan jawatan yang firma tu tawarkan. Edit-edit sikit pon ok, tapi jangan membongak dahsyat sangat sudahlah. Hihihihihi

Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com


Nak join Segmen ni ? 50 blogger yang terawal dan mengikut kesemua syarat akan terpilih ! First come . First serve ! :D

Caranya mudah sahaja !

SYARAT WAJIB





1. Buat SATU entri bertajuk --->  SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com
2 . Kemudian , ikut step seterusnya di blog Lyssa ye ----> http://www.lyssasecret.com/


**Boleh tambah ayat korang sendiri mengikut kreativiti masing-masing**

Australia's Souvenirs Giveaway By SitiYangMenaip & SalbiahM

Bello, everyone! Arini aku nak join giveaway kak Siti yang Menaip dengan kak Sal :D Antara 2 blogger yang rajin betol datang melawat blog I olls yang tak seberapa ni. Kak Siti & Kak Sal, u know I love you guys kann, so lemme win, please :D Lagiponnnnn, 8 Januari ni bedeh kita. Kekekek. Gedik Aisya!


Tag : Hanis Amanina :D
Goodluck semua yang join jugak :D
Muah!
:D

Frohes Neues Jahr 2016

Kalau cakap pasal tahun baru, mesti semua orang nak reset balik azam kann?! Cliche! Kekekeke. Jahat betol mulut orang yang cakap, memasang azam tahun baru ni too mainstream dan too cliche. Patut kita cili kan aje mulut-mulut mereka tuh. Tahun baru, baguslah tu pasang azam baru, and you have another 365 days to achieve it kann. Bagus apa! Lagipon tak best la jugak hidup takde azam, takde matlamat macam ahkak Aisya engkorang ni. Jangan ditanya azam tahun baru aku apa, matlamat hidup aku terlalu random dan tak kena masa, and banyak, kang kalau aku listkan, memang sampai besok tak habes lagi engkorang baca. Hahhahaha


So, to be simple, I azam nk capai jer ape-ape yang boleh dicapai, dengan usaha tak seberapa I ni. Boleh?! Boleh ajaa! Azam I olls, suka hati I olls la nak set camne pon. Kekekeke. Btw tahniah & terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Tahun Indah 2015 for me. Life is more beautiful with lots of people around kann?! hihihi. Tenchu tau, you guys made my year a great and blissful one! Tenchu-tenchu! :D




And sebagai meraikan tahun yang bertukar, maka kami di Bingen, Doshland ni pon celebrate la barang sedikit tidak. Orang kata, "ehh, tahun last kot nak sambut New Year kat sini, haa sambut la kaw-kaw sikit kann." Haa gtuh mak jemah ko cakap, jadi kitorang pon men-JEMAH kan diri, prepare segala halah semua for the New Year! Yippi!


Mercun Shopping!

The only time of the year, yang kerajaan Jerman benarkan semua rakyat marhaen dia beli mercun dan main, adalah masa malam New Year! Since masa 31 Disember tuh kedai bukak halfday jer, kitorang shopping hari sebelum tuh lagi. Banyak gilor beli mercun this year! Sebab ramai orang nak main same. Hihihi :D



Btw for everyone's informations, dekat sini mercun depa jual dekat kedai barang-barang rumah jer, macam Tesco, Giant gtuh. Melambak banyak depa jual. Masa kitorang dok belek-belek nak pilih ni, nampak pekerja dia topup lagi stok mercun banyak-banyak. HEaven.....!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...