home about contact travelog resepi bahasa jerman

My Another Bestfriend is Married!!

Hahahha, aku happy sangat-sangat masa tulis ni. Ingat tak dulu, aku pernah cite, aku ada kawan baik dari China, dia lelaki, tapi dialah kawan baik sepanjang-panjang dekat universiti, pastuh sama-sama praktikel semua. Dulu masa prektikel kitorang selalu gosip-gosip, borak tak hengat donya semua. And dia ada cerita dia nak kawen bulan 1 tahun 2016 ni. Tapi lepas habis praktikal bulan 9 tahun lepas, masing-masing busy dengan hidup masing-masing. Aku sendiri lupa nk contact-contact dia, tanya kabor. Baru semalam macam teringat nak meseg tanya, 

"Oi Yuchen, ko dah kawen ke belom?"

Tiba-tiba harini dia update gambar kawen dia dekat Facebook. I am more than happy to see my bestfriend gets married! Seronok sangat. Happy for him :D Semoga dapat anak satu team bola, dengan sorang coach sekali yer! Hihihi





Dulu ingat tak aku cerita, dengan dia ni kalau cakap pape, senang jer dia faham aku. Kawan aku yang Moroko dengan Afrika selalu tak faham, apa aku cakap. Pastu ada satu hari ni, aku dengan Yuchen otw nak pergi kerja. Sama-sama dalam bas. Masa tuh ramai sangat orang dalam bas tuh, padat giler. Pastuh aku cakap kat Yuchen, kalau kat Malaysia ni keadaan sesak camni, kita akan kata,

"Sesak sangat bas ni. Dah macam tin...."

Aku tak habes cakap lagi, pastu Yuchen sambung,

"Tin sardin!"

See, benua sama, memang pemahaman bahasa pon sama! Hahahhaha. Cam tak caya jer Yuchen ni China dari Tanah Besar China nun Great Wall of China sana. Kalau borak dengan dia, aku selalu terkeluar cakap Melayu, sebab selalu rasa dia ni macam kawan senegara. Hehhehe. Apelah Aicha ni! Hhahahaha. :D

Alhamdulillah :D Allah hat uns geholfen :D

Assalamualaikum and one big yellow hello to this beautiful blogging world! 
How's everyone doing? 




Baru 3 minggu tak update blog, rindunya tuh terasa macam da berapa abad la blog ni ditinggalkan. Hehehhe. To those who wonder, where had I been to, thanx for wondering. Ngee, ngee. Terpaksa tinggalkan kejab blog tercinta ni, sebab nak fokus siapkan thesis. Kejar dateline orang kata! Sebabkan nak kejar dateline nak hantar thesis ni, I almost dead-at-the-line jugaklah, jenuh betol menulis penuh tertib ikut segala halah format yang lecturer nak. 

Kalau ikut hati aku, memang ku bantai aje format ikut suka. Tapi sebabkan lecturer yang jadi supervisor aku tuh, dia jugaklah cikgu yang uruskan segala tok nenek permarkahan, dengan sijil aku nak habes belajar nanti, ada lebih baik, guwa ikut jer apekonbondo yang dia nak. Untung-untung dia puas hati, markah final pon dapat cun kan. Tapi terpaksalah korbankan blog tak berupdate sampai genap 3 minggu arini kann. Sorry, my beloved blog, for abadoning u. Jangan majok deh!

During the time yang aku dok menulis jer thesis ni kan (read : menyalin jer dari buku, hahahahha :D), banyak jugak benda berlaku dalam hidup aku. Susah nak gambarkan camne akhirnya boleh, Alahmdulillah siap jugak thesisnya.



Terputus hubungan dengan dunia luar
Korang bayangkan, aku benti kerja sebab nak siapkan thesis, arituh ada ceritakan. Pastuh dan-dan dah start fokus 'menulis' thesis, research kaw-kaw kat internet, tiba-tiba housemate ynag buatkan internet rumah cakap, pasni dia taknak da share Internet rumah. Dengan muka belagak dia kata, "Pandai-pandai koranglah nak hidup tulis thesis tanpa internet. Hahhahaha" Gelak macam setan. Ok, part yang ada dialog atas tadi tuh, aku tipu. 

Housemate aku, kesian dia. Sebabkan kitorang share internet 4 orang, maybe salah sorang macam download movie & TV series secara haram, pastuh housemate yang buat internet tuh yang dapat surat saman, sebab internet atas nama dia. 2 kali ok surat saman datang, satu harganya 800 lebih euro, satu lagi 400 sumthing. Tak taulah camne dia bayar. Aku diam je, sebab memang bukan aku pon ynag buat. Tak pasal aku nak bayar pulak kann.


Menulis thesis tanpa internet
So, lepas 13 Februari tuh, surat saman kedua sampai pukul 11 pagi camtuh. Housemate aku cakap, internet mati pukul 2 petang. Lepas pukul 2, dia matikan semua wifi tok nenek. Aku rasa nak nangis weh masa tuh. Thesis kitorang dua memang 100% rely pada research. INTERNET RESEARCH. 

Pastuh kitorang (Cik Juwaily & me) gagahkan diri, pergi beli simkad internet, buat wifi hotspot dekat phone, pastuh connect ke laptop. Pastuh masa beli simkad internet tuh, tiba-tiba ada masalah nak aktivkan simkad tuh. Kitorang pergilah menumpang rumah junior, sebab nak aktivkan simkad tuh kena login kat internet, internet rumah da takde. Jenuh, berpeloh, marah pon ada. Sebab orang lain punya tahi, orang lain bau busuk. Eh, eh?! Hahhahahah :D :D Aku still sampai sekarang rasa, aku tak salah langsung dalam hal internet tok net ni. Kenapalah aku yang kena hadapi sume ni. Entahlah.

So nak dijadikan cerita, simkad internet yang kiorang beli tuh cukuplah untuk check whatsapp, bukak 1-2 browser untuk research. Kalau bukak banyak, cepatlah dia habes. Quota kitorang just 1,5 GB untuk sebulan. So, nak berjimat internet, kitorang gagahkan diri lagi, Isnin sampai Jumaat, tiap-tiap hari bawak laptop pergi Uni, and buat kerja. Kadang-kadang duduk dekat tempat study, bising sangat, susah buat kerja. Pindah pulak pergi masuk dalam lab komputer. Pastu lab komputer heater dia tak function, sejuk bukan main, pindah lagi tempat. Hidup memang nomad habes arrr masa tuh. seminggu lebih jugaklah. 



Tiba-tiba bantuan turun dari langit
Kadang-kadang aku rasa, susah sangat nak hadapi keadaan takde internet tuh. Tapi bantuan tuh Allah hantar dalam macam-macam bentuk. First, hari yang nak aktivkan simkad internet tuh ada masalah tuh, jiran kitorang orang Iraq tuh kasi kitorang nasi dengan lauk untuk makan tengahari. Masa tuh kitorang dok keluar masuk rumah kan, nak setelkan isu simkad ada masalah tuh. Memang kitorang tak pikir makan da masa tuh. Tiba-tiba dapat makanan. Alhamdulillah sangat. Sedap sangat Bruder Asyraf tuh masak, dia bagi nasi beras basmati, makan dengan kuah ada baked bean. Nikmat betol dapat bantuan waktu tengah susah, tengah stress ni, Alhamdulillah.


Second bantuan datang, bila junior kitorang Pavi and Akmal habes exam. Diorang nak jalan-jalan melawat super junior kitorang dekat bandar lain. So Pavi let us use his room + INTERNET to do our work while he was away, for more than 2 days. Syukur yang amat sangat. Alhamdulillah.


Bantuan third, Nabila sister baru di Bingen nak balik Malaysia cuti sebulan. So dia tinggalkan keycard bilik dia untuk kitorang, so that kitorang boleh guna internet rumah dia. I am more than thankful. Sekarang pon online dekat bilik dia, sebab temankan Cik Juwaily siapkan thesis dia plak.

Pavi yang kiri sekali tuh...
Sebelahnya Akmal...
Nabila pulak yang gadis manis paling kanan sekali tuh :D
Thanx alot peeps, for helping us during this hard time :D



Conclusion
After all kesusahan ni, Alhamdulillah thesis aku dah berjaya disiapkan. Suami aku belom siap lagi, dia ada lagi sebulan untuk berjuang. Dateline dia lagi sebulan. Tapi thesis aku sendiri, Alhamdulillah semalam dah print cantik-cantik. Arini nak burn masuk dalam CD, InsyaAllah esok pukul 10 pagi waktu Jerman, aku akan submit dekat supervisor aku. Korang semua doakan semuanya berjalan lancar. Doakan jugak kitorang dapat markah comel-comel macam 1,0 ataupun 1,3 untuk thesis kitorang. But so far, I am more thankful dengan bantuan yang Allah beri masa susah 2-3 minggu ni. Kalau pasni, markah thesis ni so-so je pon, takpelah. I am still thankful. :D Alhamdulillah :D

P/s: Allah hat uns geholfen, maksudnya Allah has helped us :D




Thanx for reading this very long entry!
Semoga Allah membalas yang baik-baik dekat korang jugak!
Aminn :D

Nak Tau Sapekah Gerangan Edit Blog I Olls?!

Assalamualaikm, & hye!

Masa korang baca entry ni, aku maybe tengah berdengkur lagi dekat atas katil. Sila jangan kutuk ahkak ni bangun lambat ke apendek ek, akak ni bukan duduk di Malaysia, duduk negara jauh di sebelah barat bumi, beza masa 7 jam lambat dari Malaysia. Ofkos la aku tido lagi masa orang Malaysia dah bangun menjalani aktiviti harian diminggu baru yang indah ni kann?! Ahaks! 

Abaikan intro yang awkward atas tuh. Sebenarnya nak cakap, arini umur aku da genap 2* tahun, 1 bulan! Yeyeah! Hahhahaha. Masa birthday aku arituh, Aina Akmal, adinda kita yang suka edit-mengedit blog tuh wish aku birthday, and she popped a question to me, nak tak dia edit kan blog. I ollss terus tersenyum lebar, ear-to-ear I senyum you know! Terus cakap, 

"Nak-nak! Pewlis editkan blog ahkak yang tak seberapa ni! Pewlis!"

GEdik betul budak Aisya tuh. Hahahhaha. Maka setelah kitorang tetapkan 'date', its like date makwe pakwe gtuh, jadi setelah kitorang tetapkan 'date'-nya, maka Aina pon editkan blog I olls. Hasilnya yang engkorang semua tengah tengok sekarang ni lah. Cantek kan? 

The Header! :D First time tengok, terus pengsan, jatuh cinta, gedebuk2! Hehehehe :D


Suka sangat header dengan semua-semua benda yang Aina buatkan kat blog ni. Rasa macam blog ni dapat tanki udara nafas baru bila dah edit. Terus I olls semangat nak berblogging balik semula. Selama ni punyalah semangat tuh kembang kucup, malaap jer kann. Hahahhahah :D

The Blog :D Pink kann? I lioke!
Dalam semua-semua yang Aina edit ni, paling feveret sekali bila dapat scroller warna pink. HEhehehe. Scroller pon suka, aku ni kan. Suka sangat, sebab boleh la tarik2 jer scroller, pasni takdelah sidebar I olls panjang berjela-jela, 3 tahun scroll blog, sidebar tak habes lagi ke ape kann. I really like the idea, and ofkos the look!

Nampak tak scroller pink I ools kat tepi kanan tuh?!
Selalu2 la scroll korang. I scroll blog u, U scroll blog I balik!
We the scroller friends! Ehhh?! Hahhahahah :D
Aina, Aina, Aina! My beloved adinda Aina! Thanx alot sebab editkan blog akk ni. Rasa macma cakap thanx je tak cukup nak gambarkan rasa tengkiu dalam hati tuh. HEhehehe. :D InsyaAllah next time bila akk dah balik Malaysia, kalau akk perlukan bantuan edit blog lagi, memang akk cari Aina yer. Aina belajar elok-elok tau untuk SPM, akk doakan semuanya lancar untuk Aina, semoga Allah permudahkan semuanya! Muah wantauzen time! Hihihi :D

Kepada yang berminat untuk dapatkan khidmat edit blog,
silalah ke:



Muah!
Thx for reading this!
Adios Amigos!
Tchuss :D

German Accent & My Boss.

Assalamualaikum & hye!

So, the story is, semalam adalah hari last aku kerja. Dann hari ni, aku da teringat-ingat boss kesayangan ku. Aik, rindu ke hape? Hahahaha. In case anyone ever wonders, how my beloved German boss looks like, he looks like this:


This is my boss. Nama dia Uli, just say it macam Uli tepung gtuh. Hahahhaha. Itu nama manja dia tau! Nama sebenar dia lain. Dia hebat berbahasa Jerman (ofkos la kann) dan English. But when he speaks English, he always sounds like ziss:


Boss aku ni la yang hebat programming, aku cerita dulu-dulu tuh. Dia jugaklah yang tiba-tiba pop the weird question to me,

''Deine Vater oder deine Großvater war indisch oder?"
(Translation: Ayah ko, ataupun atok ko bangsa India kann?)

Hahahahha. Dari boss ni, dapat belajar banyak sangat benda. Dia suka terangkan Jerman idioms dekat aku, which I dont really care to know. Hhahahahaha. Dia macam bapak dekat aku, anak dia pon baya-baya aku jugak. Boss, I miss u already!


p/s:
Dia boss aku dari May 2014, sampai September 2015 jer. After that, aku dapat boss lain, yang tak sebest boss ni. So, aku nobatkan, Uli is my bestest boss I ever had! Hehehehe :D Farewell boss :D



Bubye! Thx for reading ziss!
Really enjoyed my time working in Germany!
Tazzabar nak balik MALAYSIA!!!!!!

Segmen Blogwalking by Aina Akmal

Assalamualaikum & hye!
Arini baru sempat nak join segmen by Aina Akmal. Sorry Aina, akk terlambat sikit, terlupa :D Ngee ngee :D Mai-mai sape2 yang berminat, jom join sekali :D Selamat bersegmen & all the best!


Apakah memori paling bahagia tahun lepas?
Aaaa.. Macam susah nak jawab soalan Aina ni. Rasanya paling bahagia last year bila habes lulus kesemua exam. Punyalah 4 tahun bertarung nyawa nak habeskan exams untuk Degree Elect. Eng. ni, akhirnya last year hujung bulan 10 camtuh lulus kesemua subjek dengan jayanya. Leganya tuh, Tuhan jer tau camne :D Memang lepas habes jer, terus tengok cite korea bertalu-talu. Semua yang tertinggal, semua tengok balik semula. Hahhahha :D

Goodluck Aina, tahun ni SPM kan! Do your bestest tau! Muah!



Tamat 10 Feb 2016 
(bukan 4 Feb macam dalam gambar tau!)
Bye, ciao cin ciao!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...