home about contact travelog resepi bahasa jerman

Kelas Bahasa Jerman #9 : Girls

Harituh jalan-jalan dekat Bandar Bingen dengan Cik Juwaily, pastuh terjumpa signboard ni. Lawak plak. Rasa nak share dekat sini. Hihihi :D Signboard ni dekat depan satu salon rambut masa tuh.


"Liebe Frauen: Es gibt noch andere Dinge im Leben als Schuhe, zum Beispiel Haare!"

Maksud dia:
"Women, there are things in life other than shoes, for example HAIR!"

Biasalah orang perempuan ni memang tak boleh dipisahkan dengan kasut kann. Kalau orang laki, sepasang kasut cukup untuk semua occasions kann. Kita yang perempuan ni, mesti nak kasut lain-lain ikut pada occassion. Nanti tak sesuai dengan baju la, ape la. Aku la tuh. Sampai sekarang still rasa kasut yang bertingkat-tingkat dekat rumah ni, tak cukup tau! Hahhahahahah :D Bukan kasut jer, baju pon same! Aisya, perempuan sangat you! Hihihihi :D

Matlamat kehidupan aku:

"Nak jadi kaya, sampai boleh beli baju & kasut tanpa tengok pricetag!"

"Nak jadi kaya, supaya setiap kali beli baju, boleh terus beli the whole outfit. Takyah penat pikir nak mix-match kan baju dah pastuh! Hihihi :D"

(self-monolog : Masalahnya bila nak kayanya tuh? Kuihh, kuihh :D)


Sekian~
Thanks for reading :D
Muah!


Girls Day Out with Nabila

Kira-kira sebulan lepas, masa aku dok sebok paksa diri siapkan thesis, Nabila bagitahu dia nak balik Malaysia cuti lepas dia habes exam. Aku kan takde internet dekat ghumah kann, setiap hari hidup nomad dekat FH (baca: uni) sebab nak absorb wifi FH guna buat thesis. Serap seberapa banyak internet yang boleh, pulun kaw-kaw tulis thesis. Tapi bila Nabila cakap, dia nak balik cuti Malaysia, aku terus, "Nabila.... Nak pinjam rumah, guna internet." Hahaha, begitu sekali desperatenya aku masa tu. Nabila ni sporting, dia memang tak berkira, dia kata, gunalah rumah dia buat macam rumah sendiri. Aku pon menggelinjang keseronokkan! Yeehuu!

Dann masa yang sama aku tengah dok WS dengan si Nabila, Nabila ajak sekali date minggu next-nya tuh. Sebelum dia berlepas balik ke tanah Malaya. Aku sebonarnya memang excited je nak dating-dating dengan Nabila ni, tapi sebab busy tulis thesis, aku cakap dengan Nabila, "Tak janji.. Kalau dapat siapkan thesis ni sebelum Sabtu, kita date ek!". Sabtu tulah hari nak date-nya. Akk Aisya engkorang ni kalau kerja tak siap, tak best feeling dia nak keluar bersuka-ria ni. Haa gtuh kann. 

Aku pulun buat laju-laju thesis aku, hari Rabu tuh lagi da siap. Khamis dengan Jumaat edit-edit sikit, betolkan ejaan semua, maka Sabtu dapatlah aku dengan my beloved Nabila dating berdua! Suami tinggal jaga rumah. Muahahaha. Gadis-gadis je boleh date, katanya Girls Day Out kan! Boys-boys tak boleh ikut. Hihihi.



Nak tau tak betapa bersungguhnya kitorang nak menjayakan hari Girls Day Out kitorang, sanggup bangun pagi-pagi da bertolak pergi Bandar Mainz. Kalau tak silap, aku macam amek bas pukul 9.30 pg kot masa tu. Baguskan kami! Nak dating punya pasal, sanggup bangun awal pagi. hihihi

Nasib baik i olls da check siap-siap, hari yang nak keluar tuh takde pape game bola, so boleh naik train dengan happy! Satu tips kalau hidup dekat Jerman ni, bergantung dengan train nak kesana kemari. *Nur Kumalasari! Eh, eh??* Haa, tips-nya kena always check game bola yang diadakan dalam Jerman ni, tengok sekali depa main dekat mana, mana lawan mana. Seeloknya elak la keluar masa ada game dekat kawasan dekat kita. 

Sebab orang Jerman ni, hilang tamadun dia bila game bola. Time nilah tiba-tiba diorang langsung satu hapah rules tak diikutnya. Menggila diorang ni mabuk setiap kali ada game bola. Merokok dalam train ada, bawak botol arak tumpah-tumpah, kencing bersepah dalam train, nyanyi lagu team bola masing-masing, patriotik sangat. Hihihi. Kadang-kadang polis ada jaga train, suruh diorang diam, jangan hisap rokok ke apa, diorang balik marah polis. Polis pon tak dan dah nak control diorang, sebab diorang mabuk teruk bila tengok game bola ni. Hahahaha.

Ok, takmau cite pasal tuh panjang-panjang. I olls nak tunjuk gambar sekitar Girls Day Out guwa sama sistur Nabila. So kita enjoy!


A day when girls are going out, mustilah girls kena men-try mekap di kedai, yang dipakaikan oleh kakak kedai yang mekap dia meletop. Haa, korang tengok, akk tuh ada berus banyak giler keliling pinggang dia. Haa, sape-sape takde berus nak bersih rumah, bolehlah pinjam dengan akak ni. Hihihi :D

After we try mekap-mekap, kitorang shopping baju pulak! Girls dengan baju, memang tak dapat nak dipisahkan. Aku sendiri, ada 2-3 helai lagi blouse belom bukak pricetag. Pastuh setiap pagi, aku heboh takde baju nak pakai. I shud slap my own face! Hihihi :D



Comel Nabila, bila tak boleh buat pilihan.
I like this colour! Chantek!
Sementara tunggu Nabila try baju, i olls posing-posing dulu dengen cermin mata ni. Hihihi. Aku suka sangat ceromen-mato bulat cemni, tapi belum jumpa lagi satu yang betul-betul berkonan di hati den ni haa. Teehee :D

Engkorang nampak tak handbag warene cokolat dokek belakang eden tuh?
Baru perasan, comel la beg tuh! Kenapa arituh tak perasan?! Hissh


Suka blouse kotak2 besar ni. Tapi barang-barang sume da shipping balik Malaysia,
rasa berdosa kalau tambah lg bekalan baju! *Facepalm!*
Nak tahu tak. Aku kan suka sangat sweater comel cam dekat bawah ni. Geram giler tengok, dah lah dia murah. Macam 10 euro je kot. *Pengsan* Tapi sebabkan nak balik Malaya dah, banyak sweater cecomel kena sedekah kasi dekat orang. Rasa nak nangis tau pisah dengan sweater I olls. So, for this sweater, sebelum I olls ada apa-apa 'hubungan' sentimental dengan dia, baiklah takyah beli. Sabor Aisya, Sabor!


Sebenarnya ada gmbr lagi better dri ni, tapi rasa comel plak candid
gigi besar, pastuh banyak sangat cakap masa ni. Padan muka i olls! Hihihi
Yes, follow me, I am your inspiration! *perasan!*

Penat shopping, kita makan dulu! Sedap giler weh nasi ni, gebus. I lioke! Nanti balik Malaya, musti rindu banget!



To Nabila, tengkiu very-very much *muah2* sebab kasi tumpang rumah sepanjang 4 weeks ni. Kalau tak, tak tahu cane kitorang nak siapkan thesis kann. Jasamu dikenang sepanjang zaman! Hihihi. And, Nabila, make sure u settle down in KL, wenn u come back for good nanti tau. So that, kita boleh Girls-Day-Out lagi nanti. Next will be Pavilion yer! Promise?! 

Hihihihi. I miss u already, dear Nabila. Balik la Doshland cepat-cepat. Kita date last sebelum me flying-flying back to tanah Malaya. Till then, love u much! Muah! :D :D :D


Thanks alot for reading!
Muah to you too :D
Have a nice day!

Sewangi Cintaku Kepada Electrical Engineering!

Orang kata, tak salah me-reward diri sendiri! Haa, bersempena dengan aku da selamat menamatkan pengajian 5 tahun di Joromen ni (Alhamdulillah!), maka aku telah menghadiahkan diri sendiri sesuatu yang maybe si diri sendiri ni perlukan. Ehh, ayat aku macemmmm? Entahlah. Hahahhaha :D 

Ceritanya macem ni, aku dapat hadiah perfume Gucci masa kawen dulu (2 tahun lebih dulu). Tapi sebabkan aku ni jenis tak boleh pakai perfume banyak-banyak, nanti pening la ape la, jadi minyak wangi tuh still wujud sampai arini. Tapi pump dia rosak sikit. 

Kadang-kadang pump sekali, keluor. Kadang-kadang pump 10 kali sampai lenguh tangan pon, tak keluor-keluor. Jadi eloklah aku belikan botol perfume baru, gantikan yang lama tuh. Dann inilah reward konon-kononnya dekat diri sendiri. Lama da order, lambat bebenor dia post ke rumah. Tapi takpelah, sampai jugak akhirnya kann.

Tilam Lama Botol lama tukar baru! neno neno neno!
(Kiri tuh botol lama, kanan tuh yang baru!)

Psstt, psstt!! Budget Mademosoille sangat!
Menggedik betol mak dara ni!! Hihihi
I am one happy girl! Hihihi. Dah dapat satu hadiah cenonet ni untuk diri sendiri, dah puas hati dah. Dah, mai kita balik Malaysia! 

P/S:
Ingat nak tunjuk dekat engkorang rupa rumah kitorang, tengah berkemas nak shipping barang balik Malaysia apa semua. Tapi macam sepah sangat pulak, huduh! So, tak jadi tunjuk! Kehkehkehk :D

Tengs alot for reading!
Muah!
Anneyoung :D

Bila Junior Datang Melawat Bingen!

Lebih kurang seminggu sebelum aku hantar thesis arituh, kami di Bingen ada terima kunjungan adik-adik junior datang melawat Bingen. Ewahh! Skema bebenor ayat kita yer! Kekekeke. Adik-adik junior aku ni, diorang sekarang dekat Bandar Cologne, Germany. Diorang baru sampai ke Joromen ni bulan 1 arituh, sekarang depa tengah buat bridging course dekat Cologne. Nanti bulan 9 masing-masing akan masuklah university pilihan hati masing-masing. Sekarang ni belum masuk lagi, still dekat Language School lagi. 

So adik-adik yang datang ni, diorang datang Bingen 2 hari, tido bermalam dekat rumah Akmal dengan Pavi. Aku kann, rasa meriah sangat jumpa adik-adik ni. Seronok tengok diorang, happy jer. Oooh, I miss being 20 again! Bestnya life masa muda-mudi. Bila tengok orang muda enjoy life ni, cheq tiba-tiba rasa diri cheq ni tua macam umoq da masuk 75 tahun. Kahkahkah. 

Makan! :D

Adik-adik ni dengan Akmal + Pavi masak sedap-sedap masa diorang ada dekat Bingen. Diorang jemput siap kitorang (Aku, Cik Juwaily, dgn Nabila) makan sekali Nasi Ayam Hainan masa tuh. Marverlous giler, sumpah sedap giler diorang masak. Tengkiu juniors! Terima kasih daun keladi, lain kali masak la lagi! Hihihihihi


Siap makan, dengar adik-adik ni perkenalkan diri. Taaruf orang kata!

Seronok sebenarnya borak-borak dengan adik-adik juniors ni semua. Terkenang zaman muda-mudi dulu-dulu. Aku pon ada melawat seniors jugak dulu, sebab nak tengok universiti senior-senior, mana yang berkenan dihati. Haa gtuh! Juniors ni pon tengah survey-survey lagi, diorang belum pilih lagi uni mana nak masuk, course apa nak amek. 

Tapi beza arr, aku dengan juniors. Juniors ni masak siap kasi abang, akak makan. Aku dulu-dulu, datang melawat senior, senior yang masakkan susah payah. Bila nak raya, aku lagi menebeng pergi dekat rumah senior, tumpang makan rendang dengan ketupat. Aisya yang dulu, bukanlah yang sekarang. Sekarang reti dah masak rendang sendiri, cewah! Pujilah sikit. Kikikih :D

Btw, juniors kitorang ada buat video masa diorang datang melawat Bingen ni. Nanti bila I olls da balik Malaysia, kot-kot rindu Bingen, boleh arr I olls tengok balik entri ni kann. Sape-sape yang berminat nak tengok keindahan Bingen (indah ke masalahnya! Kahkahkahkah), mai lah tengok video juniors aku buat ni. Kot-kot terminat, boleh arr follow sekali Youtube Channel diorang:

M. P. M. A
(Menantu Pilihan Mak Awak)



Sekian~
Tengs for reading!
Muah!

Pencuri Gula

Kitorang tinggal sebulan je lagi nak duduk dekat Jerman ni. Sape happy kak Aisya nak balik Malaysia da, angkat tangan?! Saya, saya, saya! *perasan bebenor aisya tuh!* Hahaha. Oklah kan, sikit lagi perjalanan nak dah sampai ke penghujung ni, time nilah housemate kitorang buat macam-macam hal. Tapi sabor yolah. So today, we will gossip talk about my housemates.



Aku dengan Cik Juwaily (my Husband) duduk dalam satu rumah yang ada 6 bilik, tapi toilet & dapur kena share dengan orang. Dulu-dulu 4 bilik je ada orang. 

Bilik 1  : Aku & Cik Juwaily,
Bilik 2 : Kak Atie (housemate & kakak senior tersayang), 
Bilik 3 : Amina (kawan dari Morokko),
Bilik 4 : David (orang Jerman).

(Dari kiri) Me, Kak Atie, & Amina

And then, kak Atie balik Malaysia, and Amina pindah ke bandar Mainz, masuklah housemates baru. Nak dijadikan cerita, kitorang dapat housemate orang pelarian (Asylum Seeker) dari negara Iraq, dua orang lelaki. And after sometimes, masuk pulak orang pelarian dari Syria. Makcik, pakcik dengan anaknya. Sekarang rumah ni semua 6 bilik da penuh. 

Bilik 1  : Aku & Cik Juwaily,
Bilik 2 : Asy (Pelarian dari Iraq), 
Bilik 3 : Saf (Pelarian dari Iraq),
Bilik 4 : David (orang Jerman),
Bilik 5 : Makcik Jam + Husband (Pelarian dari Syria),
Bilik 6 : Anak Makcik Jam, nama tak diketahui (Pelarian dari Syria jugak).

Kenapa Jerman ni banyak orang pelarian ni?
Kalau korang nak tau kenapalah kitorang ni duduk dengan pelarian ni kann, meh cheq cerita serba sedikit. Syria kan macam ada krisis + pergolakan kan (I dont know the real story, silalah engkorang tanya pakcik Gugel :D). Masa Syria krisis teruk tuh, kerajaan Jerman cakap depa kasi pelarian masuk ke negara Jerman ni untuk dapatkan perlindungan. Rasanya dalam bulan 10 ataupun 11 tahun lepas kerajaan Jerman announce benda tuh. Since then, ramailah pelarian dari macam-macam negara masuk ke Jerman ni. Ada dari Syria, ada dari Iraq, Afghanistan, go-head-gostan. I dont know much, tapi pelarian ni datang dari various countries, various nationalities. Sebab tulah kitorang pon dapat housemates macam-macam negara, nak dijadikan cerita. 

Dan diorang ni hidup selesa jugaklah dekat sini, sebab rumah sewa kerajaan Jerman bayarkan, dapat lagi duit poket berapa-berapa ratus setiap bulan, pastuh ada orang macam kebajikan masyarakat selalu datang melawat, tengok keadaan diorang, bagi TV, bagi macam-macam. So, they kinda live happily in Germany, to say it in a simple way. Gaya aku cakap macam jahat giler kan. I have my bad side, just accept it. Kahkahkahkah :D


Living with asylum seekers ni rasa lain la
Ini tak sampai lagi klimax cerita weh. Kitorang (aku, Cik Juwaily, dengan David housemate Jerman kitorang) hadapi macam-macam hal la jugak since duduk dengan pelarian ni. Yelah, kitorang faham jer, diorang baru datang ke Jerman, bahasa Jerman pon tak boleh cakap, English pon sikit-sikit sangat, so communication tuh memang masalah la jugak. Tapi ok jer. Still tolerable la jugak kann.

But one day, something happens
Setiap selasa, ada makcik clearner datang bersihkan rumah kitorang. bersihkan dapur, bersihkan toilet. Biasanya, makcik cleaner akan provide sebotol sabun basuh pinggan baru. Tuan rumah belikan sabun tuh. And then ada satu minggu ni, makcik cleaner lupa letak botol sabun basuh pinggan yang baru. Sabun lama yang ada pon da tinggal sikit-sikit. So macam hari Sabtu, memang dah habeslah sabun yang lama tuh. Ari Ahadnya, aku dengan Cik Juwaily pergi rumah Nabila untuk online, cik Juwaily sambung tulis thesis dia kan, malam baru kitorang balik balik rumah kitorang. Sampai jer rumah dalam pukul 12 malam, kitorang masuk toilet. Kencing apa semua dulu sebelum tido (Mak ai pesan, kencing dulu sebelum tido, jangan kencing malam atas katil! Kahkahkahk). 

Masa masuk toilet tuh, tengok-tengok sabun basuh tangan aku takde dekat dalam toilet. Telinga aku panas. Cik Juwaily pergi check dekat toilet tingkat atas, pon takde. Cari-cari jumpa botol sabun basuh tangan aku dekat dapur, da kosong habes. I was like, whaaaattt? Semua orang ada sabun sendiri kot, weh gunalah sabun ko sendiri nak basuh pinggan. I can clearly understand tau, ok Ahad dekat sini kedai market semua tutup, so maybe tak boleh pergi beli. Tapi aku sendiri basuh pinggan guna sabun basuh kain, pahal diorang nak amek sabun tangan aku buat basuh pinggan kan. Suka-suka hati. Guna sampai habes siap. Ayoyo! Aku memang speechless masa tuh.

Lagi speechless kan, aku tengok bekas gula aku, biasanya aku letak jer kat dapur. Tapi biasanya no one, NO ONE touches my stuffs. That particular day, gula aku almost habes, sehabes-habesnya. Aku lagilah terkesima. A few days sebelum gula aku lesap tuh, aku baru jer topup sekilo gula masuk dalam bekas tuh. Rasa nak nangis. 

So aku bertindak agak blunt
Aku wassap bro ASY tanya, "Ehh, ko dengan kawan-kawan ko guna gula dengan sabun aku ker?" That was direct! Diorang pon mengaku. Diorang cakap, sebab Ahad market tak bukak. Aku pon terpaksa bagitau diorang, lain kali tanyalah dulu sebelum guna. Pastuh hagak-hagak la guna, jangan sampai habes kann.  Hahahhaha. A few days later, Bro ASY dengan Bro SAF pulangkan gula aku sekilo. Kahkahkahkah. Bro SAF tuh beriya-iya cakap sorry dekat aku. Aku senyum jer. No hard feelings pon sebenarnya. Besok-besoknya aku ok jer borak dengan diorang, kalau jumpa kat dapur.



Bila aku pikir balik sekarang, giler blunt aku punya ayat dekat diorang masa tuh. Aku tak patut cakap macam tuh. Tapi cik Juwaily macam cakap sumting to me, maybe aku memang ada character yang blunt camtuh. Dulu aku pernah cakap direct benda ape lagi entah dekat diorang. Aku memang camni weh. Kesian orang sekeliling. Dulu-dulu masa baru datang Jerman, duduk serumah 4 orang pompuan sama-sama pon, housemate aku selalu halakan aku kedepan, kalau nak tegur housemates lain, dapur kotor ke apa. Suruh aku cakap. Aku memang cakap jer, tak pandang kiri kanan weh. Tapi aku tegur, dengan harapan ada improvement la pastuh. Abang kakak aku pon selalu cakap, mulut aku ni kuang ajor, sebab blunt sangat bila bercakap. Kalau salah, memang depan-depan muka aku bagitahu weh. Giler lahh.

Yang pasal gula ni, aku tak marah pon diorang amek barang aku, kalau diorang tanya dulu. Kalau pon aku takde dekat rumah masa tuh kan, wassap pon ok. Bukan main amek jer. Isu ni memang nampak macam remeh kan, gula dengan sabun tuh berapa sen sangat la kann, tapi kalau kita biarkan, maybe esok-esok benda lagi besar yang diorang amek tanpa mintak izin ni kann. Hahahha. So that the story, about pencuri gula! 

I am so sorry for being blunt to you, pencuri gula. But, aku memang macam ni, Kalau aku memang rasa, aku tak salah, yang benda yang ko buat tuh terang-terangan salah depan mata aku, sorry Bro, I got to tell you, you are so wrong! Hahhaha, that's just me! I say my heart out!


P/S:
Btw, nak tanya pendapat korang. Aku nak buat giveaway kasi calendar comel-comel dengan satu buku travellog. Ok tak kalau buat giveaway-nya awal bulan April (maybe 2 minggu gtuh), pastu hadiahnya aku bawak balik Malaysia, baru post dekat korang? Sape setuju? Tapi macam lambat la jugak, dah bulan berapa, baru nak kasi calendar kann. Takpelah lambat, dari xde langsung kan :D Tell me your opinion about this yer! Muah!


Thanx for reading!
I am sorry, if this entry hurts anyone reading it!
Muah!

Swizerland Travelogue : Lauterbrunnen Waterfall, Interlaken

Assalamualaikum, kengkawan semua! Apa khabar semua?
Lama bebenor rasa tak hapdet belog ni kann. 

Arini nak sambung cerita tentang Interlaken, Swizerland. Ehh apadah, pergi sana sehari jer, cerita sampai 3 entri. Dey, ini belog aku, aku punya suka daa! Hahaahahaha. However, tak nak panjang-panjang cerita, this one will be the last entri about Interlaken, before I can finally go back to real life. Ini jelah bekalan nak menguatkan semangat dah hujung-hujung pengajian aku dekat Jerman ni. Nak pergi travel lagi entah bila la kann. Kenangan yang ada elok jugaklah kita kongsi-kongsikan kann. Tak gtuh?

Sape yang berminat nak jenguk entri sebelum ni pasal Interlaken, Swizerland, silakan ke sini yer :D
LINK 1
LINK 2

Jadi selepas kitorang tanya tourist info, mana lagi tempat best kena pergi, depa halakan kami ke satu waterfall ni. Dia terletak dekat kawasan bukit jugak. Naik kereta maybe dalam setengah jam kot, dari Interlaken Town ke sini.




Cha-cha!! Cha-cha is a new way of saying Tat-ta-tara. Hihihi. Btw this waterfall, beautiful, magnificent waterfall ciptaan Allah ni, nama dia Lauterbrunnen Waterfall, ataupun dalam bahasa Jerman dia Lauterbrunnen Wasserfall. Haa engkorang sebut je macam mana engkorang suka. Aiman tak kesah der. Kekekeke. Ehh, rasanya waterfall ni ada nama lain dia, kalau tak silap Jemah, nama lainnya tuh adelah Staubbachfall. Btw, kat sini parking kereta kena 2 Euro kot, tak ingat sangat. 2 Euro setiap kereta tau, bukan berjemaah. Hehehehe.


Inilah pemandangan masa mula2 kitorang parking kereta! Cantek x?

Masa jalan menghala ke air terjun ni, terjumpa group Malaysians.
Kitorang borak macam da kenal setahun! Kahkahkah.

Dekat Interlaken ni, habes kubor pon nampak cantek. Sebab ada
awan-awan. Kekekeke :D

Kalau korang nak tahu, sebelum daki naik bukit air terjun ni, ada macam mata air. Airnya sejuk giler, jernih. Boleh buat minu-minum, hilangkan dahaga. Wuduk pon bagus gak ni!





Lepas dah minum-minum, bergabar bagai. Barulah boleh mulakan process pendakian. Himnae!




Nak tengok tak pemandangan dari atas bukitnya? Serius berbaloi mak Jemah, dengan pak Jemah memanjat bukit nan tinggi ni. Cantek gilor dari atas. Pemandangannya menyebabkan kitorang tarik nafas dalam-dalam la, bak kata omputeh, BREATH-TAKING VIEW sangat! Hihihi :D







Sebelum kitorang bergerak balik, kitorang pusing-pusing dulu cari port nak makan tengahari pulak. Yelah makanan kann ada banyak berkodi-kodi kitorang bawak kann. Sebenarnya kitorang masa tu makan dalam kesejukan. Tiba-tiba tengah makan-makan hujan turun, tak memasal kitorang makan nasi lemak kari banjer time tuh. Hahahha. Pemandangan masa makan pon cantek, kitorang makan dekat gigi-gigi gusi air warna hijau biru-biru. Serius cantek. Tapi gambar dia tak tau pi mana. So no fotos. So sorry bebeyh! :D

Thanks everyone for making my wikend one great memory to ponder in future :D Adik-adik student exchange semua dah balik Malaysia dah sekarang. *Rindu!* Till we meet again, guys! Till we meet again, Interlaken!

I surely love you a lot, Interlaken!
Cheongmal Saranghamnida! Muah! :D



In loving memory, Haziq Janudin
21.01.1993 ~ 30.01.2016
Al-Fatihah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...