home about contact travelog resepi bahasa jerman

Pijak Sudah Bumi Malaya!!

Hahhahaha. Assalamualaikum sume! Lama bebenor tinggalkan belog ni, rasa macam berkerak da. Kena gosok-gosok sikit, bagi kerak dia tanggal. So nak dijadikan cerita, macam-macam benda berlaku sepanjang bulan 4 ni.

Arituh lepas publish jer entri GIVEAWAY, aku, cik Juwaily dengan 2 orang lagi family member pergi travel round trip sekitar Europe. Round trip ok, bukan square ataupon rectangle trip! Hihihi. So round trip arituh kitorang jalan dari Jerman drive ke Interlaken, Switzerland, kemudian ke Paris, last sekali kitorang melawat la sekejab Taman Bunga Keukenhof di Holland. Perasaan? Haa ni nak cite! Dah lama bebenor akk rasa, akk ni tak pergi travel, bila dapat pergi jalan kali ni, memang terasa nikmatnyaaaaaaa! Kalau boleh taknak da balik-balik Jerman semula. Tapi round trip tuh sekejab jer macam 10 hari gtuh. Pastu balik jer rumah lepas travel, terus packing-packing barang balik Malaysia. Yeehhaaa!

Pijak sudah tanah malaya! Hihihi :D

Sooo, officially 17 April 2016, cik Juwaily and me arrived in our beloved country, Malaysia. Sampai-sampai terkejut dengan bahang Malaysia. Hari first sampai, 3-4 kali kitorang mandi. Punyalah berpeluh, baju sampai basah. Hahahhaha. But, overall, I'm happy to be back! 


Muka penat giler turun2 flight. Kitorang travel more than 15 hours, lengas betol rasa badan.
Sampai2 terus makan KFC! Hahahah Rindunya KFC halal! :D :D :D

Sape-sape berminat nak ajak dating-dating (especially Kak Sally, Kak Siti yang Menaip, Scha Nazri dll), mai la PM. Nanti kita set satu date, boleh girls day out! Kikiki :D InsyaAllah kalau free-free sikit, boleh la jugak datang kenduri kawen, kalau ada blogger sudiiiii nak jemput we olls. Hehehehe. Buat masa sekarang, kitorang (me & cik Juwaily) tengah busy jugak cat-cat rumah, basuh rumah, nak pindah masuk. Sape-sape free rasa nak datang tolong, meh lah sekali! Hihihi.


P/S: 
Pemenang giveaway akan diumumkan insyaAllah dalam minggu depan. Stay tuned!


Thanx for reading!
Muah!!

Giveaway Kalendar Minions + Buku Travelog by JINDRISSKA

Assalamualaikum & hye!

Sebenarnya tengah busy ni, pastuh maybe lepas ni takde internet dah. Tapi sebab dah janji nak buat giveaway, so here we go! Entry pendek jelah ek. Banner tak sempat nak buat, jadi aku kasi korang gambar kalendar Minions-nya ajer sebagai banner giveaway ni. Gambar buku travellog-nya aku terlupa nak snap, InsyaAllah nanti da dapat internet balik, aku update yer :D Ajakla kawan-kawan rakan taulan semua join tau!! Syarat senang jer :D

GIVEAWAY TAMAT 18 APRIL 2016 
(Pukul 12 malam Malaysia :D)

Banner ni tau utk korang copy-paste :D hihihihi
Lama dah beli, tapi asyik menangguh jer nak buat giveaway, sorry!
Btw, kalendar ni, setiap bulan ada gambar Minions posing lain-lain,
Comel tau!

Syarat-syarat penyertaan giveaway:
1. Follow blog JINDRISSKA.blogspot.com
2. Komen beberapa entri, dengan tujuan nak membodek empunya blog. Kekeke
3. Buat satu entri tentang giveaway ni, letakkan banner, beserta backlink, kemudian publishkan.
4. Kalau nak kasi personal mesej membodek cheq ke ape ke, tulis sekali dalam entri korang tuh yer
5. Tinggalkan URL blog engkorang di ruangan komen entri ini. Di sini, sini. Jangan paste tempat lain pulak. Babab kang! Hihihi


Giveaway bermula sekarang!!!

Senarai peserta:


29. GIVEAWAY TAMAT!!!




All the best!
Viel Erfolg!
Nanti bila giveaway ni berakhir, 
I olls maybe da pijak tanah Malaya!!!!
Hihihi :D Muah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...