home about contact travelog resepi bahasa jerman

Check Up Pregnancy Di Jerman

Assalamualaikum & hye everyone! 

Alhamdulillah arini dapat curi masa sikit nak cerita pengalaman mengandung di perantauan. Anyone interested to continue reading? Thanks, if you stay tuned to this blog :D So, nak dijadikan cerita, kira-kira 6-7 bulan jugaklah mengandung dekat Jerman sebelum bertolak balik Malaysia arituh. Merasalah jugak dapat doktor omputeh sekejab. Hehehehe.

Dezember 2015
Baby Umbut 2 month dalam perut! Kecik giler dia masa ni.
Sekarang da besar dah! Hihihi
So lepas aku dapat positive result dari 2 UPT test yang aku buat *sampai 5 UPT aku buat, baru positive ok!* kira-kira sendiri rasanya macam 6 weeks kot baby-nya masa tuh. But, I'm a first-timer, ofkos la aku tak tau sangat apa kena buat, camne nak dapat checkup dekat Jerman ni haa. Kat sini takde klinik desa ataupun hospital kerajaan, macam yang aku tengok akak ipar aku pergi setiap kali dia pregnant dekat Malaysia. Serius takde idea, apa nak buat masa tuh. Clueless, aku pon pm kak Liza Raunheim dekat facebook, because I know exactly kak Liza ada pengalaman pregnant dekat sini, so I guess, I went to the right person to ask. 

Kak Liza happy sangat bila tahu aku pregnant. Kak Liza pon baru lepas bersalin anak second, dapat anak lelaki. Kak Liza, I am so happy for u! Hahhaha, you know happiness is something we shud share right? So sambung cerita, kak Liza cakap, try call mana-mana Gynecologist (pakar sakit puan) yang dekat dengan rumah, buat appointment siap-siap. Tak boleh lambat-lambat check perut ni. Haa, gtuh kata kak Liza you! Kalau dalam bahasa Jerman, Gynecologist ni dipanggil : 

Frauenarzt (panggilan utk Dr Lelaki)
Frauenärztin (panggilan utk Dr Perempuan)

Inilah buku pregnant masa dekat Jerman sana.
Sama jer benda yang doktor tulis dalam dia, macam Msia jugak :D

Aku choose untuk jumpa doktor perempuan, sebab nak selak tunjuk perut, tunjuk semua tak segan sangat. Kalau lelaki, macam weird jer. Hahahhaha. Aku call banyak jugak klinik pakar sakit puan dekat Bingen, unfortunately kebanyakkannya dah penuh appointment sampailah Februari 2016 (masa aku call tuh tengah bulan 11, 2015). Boleh bayangkan tak betapa tensionnya aku masa tuh? Klinik last yang aku call tuh ckp,  


Klinik:  Haa tengah bulan 2 tahun depan baru ada slot kosong, kalau nak jumpa doktor

Aku:    Saya dah 6 weeks pregnant, ok ke kalau tak jumpa doktor, pastu bulan 2, 2016 tuh first time jumpa doktor? 

Klinik:  Ehh tak boleh lambat-lambat jumpa doktor. Mana boleh bulan 2 nanti baru datang. Meh makcik carikan satu slot kosong untuk kamu jumpa doktor.


Terharu sangat dengan makcik tersebut. Thank you makcik! Dapat jer first appointment, memang happy habes. So, jumpa doktor tuh 2 kali check-check semua. But, the doctor does not suit me well. Atas sebab-sebab tertentu, aku tukar doktor lain. Tak boleh nak cerita sangat kenapa, kalau tak nanti, berjela sangat entry ni :D

LoL



=======================================================

Tips untuk senang dapat buat appointment dengan pakar sakit puan di Jerman, when you know you're pregnant:
  • Make sure, bila call tu, terus bagitahu, "Saya dah pregnant sekian-sekian, dan saya nak check up"
  • Mistake aku masa call banyak klinik, dan tak dapat buat appointment, maybe sebab aku call dan cakap nak buat appointment sahaja, tanpa terangkan terlebih dahulu yang aku ni pregnant. The clinic people probably think that, I am just some regular patient, bukan expectant mum.
  • Same jugak kalau call klinik lain, untuk bertukar doktor, make sure, first sekali mention, dah pregnant berapa-berapa weeks. Baru dapat layanan tip-top!
  • And ofkos, call la masa klinik buka. Kalau tak sape nak layan kan. Boolayan! Hihihihi

=======================================================

Thanks for reading this!
Doakan baby Umbut dalam perut den ni sehat walafiat yer :D
Yes, becos cik Juwaily and me decided, we dont want to spoil the baby's gender in this blog yet,
we agree to call the baby Umbut! Macam umbut kelapa pulak kan!
Hihihi :D Muah! Bye!

How's Life?

In case anyone ever wonders, apelah hakak Aisya ni buat dalam hidup dia lepas balik Malaysia ni kan, memanjang kata dia tuh busy tak sempat nak update blog kann, mari kita lihat dan selongkar life hakak Aisya nak tak? Hihihihi :D

Since balik Malaysia, I got to admit, life's tough, susah jugak bila kita da kawen, pastuh kita duduk lagi dengan parents. Kitorang asyik berulang Melaka-Selangor jer, kejab dekat rumah mak aku, kejab dekat rumah mentua. Kereta sendiri pun belum ada lagi. So, agak susah nak settlekan banyak benda, tapi ok la banyak orang tolong kitorang. Alhamdulillah and thx alot to everyone yang dah hulurkan tangan untuk tolong kitorang. Bukan senang nak start over life dekat Malaysia ni, but Allah tuh adil, DIA hantar ramai orang sekeliling untuk tolong kitorang. Alhamdulillah Allah :D

Nak tengok apa yang kitorang buat sepanjang sebulan dah ada dekat Malaysia ni? Haa mai terjah!



So nak dijadikan cerita, sampai2 Malaysia, abang aku suruh sewa rumah arwah makcik aku kat Klang. Tapi rumah lama, so kena 'bela' sikit dulu, sebelum boleh duduk. Cik Juwaily la tungkus-lumus mengecat-mengemas rumah yang kitorang nak duduk. 3 minggu mengecat, baru Ahad minggu lepas dapat pindah masuk rumah ni. Alhamdulillah :D Arini offically seminggu 3 hari duduk rumah baru! Hihihi *I lioke!* Ada sebab tau kenapa Cik Juwaily sorang jer yang beriya mengecat, aku duduk jer menengok. Hehehehe :D I'll tell you guys later ek!


Haa tadi dah ceritakan kitorang asyik berulang Melaka-Selangor kann? Sambil menyelam, kita pon minum la air Coconut Shake Melaka sekali! Hihi. Kampung Cik Juwaily bukan dekat Alor Gajah, or Batu Berendam, tapi sebab si bini ni gedikkan, suami ikutkan jelah. Hahhaha. Sedap sangat Coconut Shake ni, I olls baru tau! Kasi chan ek, I olls da almost 3 tahun tak balik Malaysia u know! Hihihi. Sambil minum tuh, cheq makan jugak cucur udang sedap giler kat Medan Selera Alor Gajah. Puas hati, perut kenyang, baru teruskan perjalanan balik rumah mentua. hihihihi :D Tak senonoh betol aku ni jadi menantu kan :D Hahahhaha.


Catching up with Besties!! Haa, ini best friend dah almost 15 years, u know! Haruslah aku rindu gilor dekat diorang ni, kalau boleh jejak Malaysia jer, nak terus jumpa diorang. Cium-cium pipi bagai! Hahhahaha. Lagi dua ekor takde plak, diorang kerja. So, Aini dengan Fara jer sempat jumpa arituh. They made me 'Welcome Home Cupcakes!' Suka sangat!


Lepas da penat-penat mengecat-mengemas rumah, maka kitorang pon pergilah bersuka-ria mandi-manda! Hihihi. Dekat dengan rumah Cik Juwaily ada 2 air terjun. Dekat jer, tak sampai 5 min jer pon. Bak kata orang, sepelaung jer jarak dia. Dulu-dulu masa mula2 kawen, kitorang naik motor jer pergi mandi air terjun ni, u know! Romantik u know! Hihihihi.



Last but not least, I have an announcement to make! Ada sebab tau, kenapa kitorang laki-bini kelam-kabut nak siapkan thesis nak balik Malaysia. This is the reason!




I am currently 33-week pregnant! Hihihihi. Tadi pagi pergi check perut, nurse cakap, kena bawak baju baby dengan buku mengandung tuh pergi mana-mana. Bila2 masa jer ni boleh meletop! I know, what u olls are thinking, mesti korang nak cakap kan,


"Keciknya perut 8 bulan lebih mengandung!!"


Hehehehe. Alhamdulillah baby sehat-sehat jer, walaupun dia nampak kecil bebenor. Korang doakanlah yang baik2 yer untuk kitorang. Doakan Cik Juwaily cepat dapat kerja, baby pon sehat. Tu jer I olls nak, buat masa sekarang. Other than that, I am happy enaf with my life rite now!


Bye, ciao cin cau!
Cincau-cincau, laicikang!
Balik-balik Malaysia, terus cari laicikang dengan cendol!
Baby yang nak, bukan aku! 
Hahhahaha :D :D


Pengumuman Pemenang Giveaway Kalendar Minions + Buku Travellog

Assamualaikum dan salam sayang semua! Sorry lambat bebenor announce pemenang giveaway arituh. Lepas balik Malaysia ni, banyak benda kena settle, mengecat rumah dengan jayanya lagi this week, internet pon tak berapa nak adooo, jadilah tertangguh process nak announcenya tuh. Maafin guwe dong! So the winners are:


Pemenang Kalendar Minions :
Peserta No 9 : http://syeenderella.blogspot.my/2016/04/giveaway-kalendar-minions-buku-travelog.html


Pemenang Buku Travellog :
Peserta No 23 : http://www.mohdnoorshawals.com/2016/04/giveaway-kalendar-minions-buku-travelog.html


Korang silalah emelkan dengan aku details-details korang ke

SITI.AISYA.IBRAHIM@GMAIL.COM

nanti I olls postkan hadiah korang yer :D Emel cepat-cepat tau, lagi cepat boleh pergi post hadiahnya tuh! Kepada yang belum menang, InsyaAllah nanti aku buat giveaway lain tau! Jangan sedih2 tau! Hihihihi

Details diperlukan
Nama:
Alamat:
No penyertaan:
URL blog:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...